|
ii) we LOVE Hazama - juara AF9 yg lain ada?
[Copy link]
|
|
makhayam.. mek dah lama baca thread uols tp mek x brani nk check in sbb mek fanatik fina gak..
...
elorna Post at 7-6-2011 10:04
Apa nan hado jer Jah umah Fina tuh...uols karats sheols tak gigih ke Jah....katanya tak ramai visitors sheols kat umah kaca tu noks |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nan hado jer Jah umah Fina tuh...uols karats sheols tak gigih ke Jah....katanya tak ra ...
Iswara Post at 7-6-2011 10:09
mek x kisah uols ramai ke idak!!
yg penting mek peminat fina ngan hazama!! |
|
|
|
|
|
|
|
mek x kisah uols ramai ke idak!!
yg penting mek peminat fina ngan hazama!!
elorna Post at 7-6-2011 10:18
Gitu kekdahnya....uols stalker umah babyrempit lah selama nih....mohon afundi20 Hazama ya noks. |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu kekdahnya....uols stalker umah babyrempit lah selama nih....mohon afundi20 Hazama ya ...
Iswara Post at 7-6-2011 10:27
baik!!! mek adalah stalker yg suci taw.. |
|
|
|
|
|
|
|
fan club hazama...mane nak beli t-shirt fan club nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
eee wartawan mane tu busuk nyer hati
hazama kalau tak berlatih.. heols mesti ngan gitar
last sunday iols pergi.. semua orang duk borak2.. heols sorang2 kat piano
heols tekan2 ulang.. iols rasa heols tengah baru cuba2 belajar keyboard
and iols berangan kot2 heols tengah cipta lagu
sebab orang yang pandai main instrument ni biasanye leh cipta lagu
bila dah penat layan peminat heols takde borak2..
tengok dalam diari pun tahu heols paling bersunggu2h..
ehhh banyak pulak iols bebel |
|
|
|
|
|
|
|
ulangtayang pesanan pak lang malam tadik:
jangan luper afundi .. tauuww.. |
|
|
|
|
|
|
|
KINI tinggal empat pelajar meneruskan perjuangan di final Akademi Fantasia 9 (AF9) apabila Erul tersingkir di Konsert 9, Sabtu lalu. Bagi Lena yang lega selepas diumumkan tiada penyingkiran pada Konsert 8 walaupun mendapat undian paling rendah, makin yakin dengan bakat yang ada padanya.
Lena juga sedar tenaga pengajar sayangkannya dan sentiasa mendapat pembelaan daripada Adlin Aman Ramlie apabila menyuruhnya tidak membuat persembahan lagu bonus bersama rakan seperjuangan apabila Lena masih tidak menghafal lirik lagu Badarsila sehari sebelum Konsert 9.
Persoalannya, Lena adalah pelajar yang suka mereka cerita dan berpura-pura, tetapi masih menjadi pelajar kesayangan Adlin kerana bakat nyanyiannya.
Fina akan meneruskan perjuangan bersama kumpulan Sassu yang disertai adik-beradiknya dan masih mempertahankan bahawa vokalnya adalah semula jadi begitu dan tidak menjerit seperti dikritik.
Untuk persiapan Konsert 9, Fina banyak berehat tetapi kini makin tertekan apabila konsert akhir AF makin hampir. Fina adalah pelajar perempuan paling suka diusik Hazama yang dianggap Fina seperti abangnya.
Azri pernah patah semangat dan menarik diri kerana sakit misteri, tetapi kini semakin bersemangat untuk menjadi juara atas nasihat rakan dan pengetua AF9. Kelemahan Azri adalah persembahan dan vokal yang terlalu keras. Azri tidak kisah dirinya digilai Lena dan hanya melayan Lena sebagai rakan seperjuangan.
Hazama rasa satu kemena�ngan apabila layak masuk ke final dan mula malas belajar melainkan hanya melayan peminat yang berada di luar rumah kaca. Hazama juga mula menunjukkan rasa megah diri apabila menye�dari dirinya diminati ramai dan agak malas belajar di akademi. Cabaran terbesar Hazama untuk bergelar juara adalah daripada Fina.
Dalam pada itu Kak Eton dengar, guru vokal Ning Baizura adalah yang paling komited di akademi kerana tidak pernah mengambil cuti, sebaliknya datang mengajar lima kali seminggu untuk mencurahkan ilmu.
Pengetua pula menaruh keyakinan tinggi semua finalis mempunyai kelebihan masing-masing dan sudah mempunyai tempat di industri. Amy percaya Hazama atau Fina akan memegang gelaran juara AF9.
Benarkah Adlin tidak pernah mengajar pelajar membuat persembahan lagu bonus kerana merasakan persembahan ini adalah membazir kerana tidak dikira dalam kritikan.
Lokasi konsert akhir AF9 masih dirahsiakan daripada pengetahuan pelajar.
p/s Pelik nye cara tulisan kak Eton ni..tak tau nak decribe camne tapi feliks |
|
|
|
|
|
|
|
fan club hazama...mane nak beli t-shirt fan club nie??
virgo83 Post at 7-6-2011 10:47
Pergi kat FB HFC Jah. |
|
|
|
|
|
|
|
layaan Diari Langsung...babyrempit tgh prektis ngan Cikgu Shafi |
|
|
|
|
|
|
|
KINI tinggal empat pelajar meneruskan perjuangan di final Akademi Fantasia 9 (AF9) apabila Erul ters ...
tensic~ Post at 7-6-2011 10:57
kak eton tuh tak yah amik pusing uols...tak der kredibiliti pon noks...saja nak kasi bakar uols layan metro tuh jer...baek uols gi bacab artikel kat dalam yg lagi satu tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
meh layan nih ader kredibiliti dari citer kak eton tuh
Memburu juara terakhir AF
Oleh Murshid Eunos
[email protected]
MENEPATI ramalan ramai pihak, kemuncak program realiti TV Akademi Fantasia 9 (AF9) Ahad ini di Dataran Putrajaya, Presint 3 memperlihatkan saingan sengit dua pelajar lelaki dan wanita.
Pentas akhir itu akan digegarkan Hazama Ahmad Azmi (Hazama) dan Mohamad Azri Abdullah (Azri) sebaris dua lagi pelajar, Lenaber Haidir (Lena) serta Nur Shafinaz Jebat (Fina).
Bersandar empat bintang berbakat besar dengan perbezaan latar belakang, pengalaman dan kekuatan dalaman, kesemua finalis itu dilihat layak mara ke pusingan kemuncak.
Melihat kegembiraan pada wajah keempat-empat peserta bertuah itu, senario gelanggang akhir nanti sudah dapat dihidu bahangnya dengan persembahan yang jauh lebih hebat dan mantap.
Bagaimanapun dalam pada bergembira, pentas AF9 minggu kesembilan lalu masih tidak terkecuali dengan penyingkiran.
Tinggal setapak lagi untuk menerjah gelanggang kemuncak, Khairul Najmuddin Abu Samah atau Erul akhirnya tersungkur.
Hanya mendapat 21 peratus undian pada akhir konsert malam Sabtu lalu, remaja 19 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu terpaksa mengusung keluar bagasi meninggalkan pentas.
Menyampaikan lagu Nadiku dendangan asal Sabhi Saddi dengan alunan vokal yang jelas, Erul terpaksa pasrah jua dengan keputusan SMS meskipun jauh di dalam hatinya diselimuti rasa kecewa.
Menyifatkan segala-galanya satu ketentuan dan enggan mempersoalkan rezeki yang tersurat, anak muda yang sinonim dengan imej bintang K-Pop itu terpaksa menelan hakikat menjadi mangsa SMS.
“Saya gembira melihat empat rakan lain berjaya meneruskan perjuangan. Mereka sememangnya layak dan ada kelebihan baik dari aspek vokal mahupun persembahan keseluruhan sepanjang musim ini. Saya sendiri tidak sabar menyaksikan persembahan mereka pada malam Ahad nanti.
“Saya tak mahu menipu diri saya bahawa saya memang kecewa kerana perjalanan saya sudah begitu hampir ke detik penghujungnya. Namun saya kena akur dengan keputusan kerana undian buat saya jauh di bawah berbanding yang lain. Ini adalah takdir dan saya sentiasa percaya dengan semuanya kerana mungkin ada sesuatu buat saya di luar sana,” ujarnya.
Erul kelihatan begitu tenang dan lancar menyusun kata ketika ditemui sejurus tamat konsert. Dia bagaimanapun enggan meratapi keputusan itu kerana sudah mendapat banyak pendedahan dalam AF9.
Menariknya, anak muda yang tidak lekang dengan senyuman ini mengharapkan Hazama akan menjulang trofi AF9 kelak.
“Saya memang mengagumi vokal Hazama. Mungkin ini adalah peluang terbaik buat Hazama untuk dinobatkan sebagai juara malam Ahad nanti.
“Tidak timbul langsung soal cemburu kerana bakat Hazama sudah terbukti dan dia ada pengalaman luas sebagai penyanyi,” katanya.
Pada konsert minggu lalu, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza diundang menjadi pengkritik undangan menemani dua pengkritik tetap, Fauziah Ahmad Daud dan Hattan. Selain tampil memberikan kritikan positif dan membina, Siti Nurhaliza sempat membuat persembahan menerusi lagi Destinasi Cinta sebagai selingan de�ngan suntikan susunan muzik yang baru.
Selain Erul dengan lagu Nadiku, konsert itu menyaksikan Lena menyampaikan lagu Badarsila nyanyian asal Siti Nurhaliza, Azri dengan vokal hebatnya menerusi lagu Here Without You (3 Doors Down) dan Hazama bersahaja menyampaikan lagu Dewa 19, Angin.
Fina yang dikecualikan daripada penjurian dan undian kerana layak secara automatik selepas menerima imuniti pada konsert kelapan, minggu lalu turut mempersembahkan lagu duet Kekanda Adinda bersama Monoloque.
Selain menyampaikan lagu masing-masing, empat bintang AF turut diberikan lagu bonus untuk dinyanyikan bersama. Membuka tirai konsert dengan lagu Kalau Cinta yang dipopularkan oleh Aliff Aziz dan Joanna serta lagu bonus Never Say Never nyanyian Justin Bieber pada penghujung konsert, jelas kesemua mereka menampakkan peningkatan yang baik selepas hampir tiga bulan berkurung
di akademi nyanyian ini.
Meninjau peratusan undian sebaik tamat konsert lalu, Hazama berjaya mendapat undian tertinggi sebanyak 29 peratus dan diikuti Lena dan Azri, masing-masing dengan 25 peratus.
Menurut produser Irwan Rauf serta Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, konsert akhir AF Ahad ini bakal menjadi sebuah acara besar-besaran bagi menghargai sokongan kesemua peminat yang meletakkan AF sebagai sebuah program realiti TV paling berjaya.
“Pejam celik, AF sudah pun sembilan tahun ke udara dan menjadi program realiti TV nombor satu di Malaysia. Lantas bersempena dengan konsert terakhirnya, Astro menjanjikan sebuah acara yang gilang-gemilang bagi menghargai sokongan peminat selama ini. Tidak hanya pada deretan persembahan dan kejutan, malah kami juga menyediakan sebuah konsep berbeza lengkap dengan rekaan pentas 360 darjah yang cukup berbeza.
“Sejak awal, kami bentuk siri terakhir AF dengan simbolik mendekatkan peminat dan penonton kepada pelajar. Lihat saja konsep rumah kaca yang dipamerkan kepada khalayak yang mana semuanya berpeluang melihat pelajar dengan dekat. Malah pentas konsert mingguan juga begitu ringkas dan dekat dengan penonton di dalam studio berbanding musim dulu. Jadi untuk konsert akhirnya Ahad ini, kami menjanjikan sesuatu yang sama dalam sentuhan berlainan.
“Empat peserta yang dipilih ke pentas akhir pula kami letakkan bagi saingan malam itu nanti lebih fokus dan sengit. Mereka akan menyanyikan lagu baru masing-masing serta sebuah lagu yang diberikan pihak fakulti.
“Saya percaya peminat dan penonton akan melihat sendiri perbezaan dan kesungguhan pihak produksi dalam menerbitkannya nanti,” katanya.
Pastikan temu janji anda dengan pelajar AF9, Ahad ini di Astro Ria untuk melihat siapakah bakal juara. |
|
|
|
|
|
|
|
kak eton tuh tak yah amik pusing uols...tak der kredibiliti pon noks...saja nak kasi bakar uo ...
alyssasarah Post at 7-6-2011 11:07
abaikan jer lar apa si kak eton mengomel tuh mak lang mak lang semua kat sini..
ramai mokcik pokcik dak-dak kecik dok jerit nama pak lang manjenggg dari luar rumah kaca tuh...
takkan lar wat muka kekwat bolayan khennn.
elok jak aai ols tinguk pak lang dengan lelain dok fokus dengan kelas.. lagi-lagi lar dengan kelas ticer Aris yang muka tak pernah senyum kena piyed bulanan tuh.. dorang takut.. sejak beliau dok meroyan bergegar satu rumah kaca..
nanti aai ols scan haplod picca pak lang kat artikel lagik satu tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
layaan Diari Langsung...babyrempit tgh prektis ngan Cikgu Shafi
alyssasarah Post at 7-6-2011 11:04
heols tgh praktis lagu apa alyssa ? |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 skodeng kat dance floor heols gigih prektis sowang2 |
|
|
|
|
|
|
|
heols tgh praktis lagu apa alyssa ?
gossip Post at 7-6-2011 11:13
pukau - tomok. skang prektis sowng2 kat dance floor pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Now kelas ning uols...lena tgh prektis ama dkt bilik vokal kannnnnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|