|
Hari Ini Dalam Sejarah PENGELUARAN WANG KERTAS RM 1
Pada hari ini dalam tahun 2000, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan semula wang kertas RM 1 untuk edaran. Seiring dengan pelaksanaannya wang kertas RM 2 pula akan ditarik balik dari edaran secara beransur-ansur. Wang kertas RM 1 yang baru dikeluarkan ini memiliki motif pelancongan selain dilengkapi ciri-ciri keselamatan tambahan bagi menghalang pemalsuan. Wang kertas RM 1 ini mampu mengatasi pemalsuan melalui mesin pendua, mesin pengimbas dan juga mana-mana teknologi mesin pencetak sedia ada. Di samping itu juga wang kertas RM 1 ini turut mengekalkan kelebihan anti pemalsuan yang telah sedia ada terbukti berkesan dalam penggunaannya sebelum ini. Antara sebab utama penggunaan semula wang kertas RM 1 ini dilaksanakan ialah bagi mengatasi masalah wang RM 1 syiling yang digunapakai sebelum ini menghadapi masalah kekurangan di dalam edaran semasa. Selain itu juga wang kertas ini turut menampilkan tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Dr Zeti Akhtar Aziz yang mula menyandang jawatan ini pada 1 Mei 2000. Hari ini penggunaan wang kertas berkenaan telah menjadi sebahagian dari alat mempermudahkan urusan jual beli seharian rakyat Malaysia dan mudah disimpan dan dapat digunakan dengan berkesan termasuk golongan kurang upaya..
Sumber : Arkib Negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARI INI DALAM SEJARAH - Dasar 'Malayanisation' Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu
Pada hari ini dalam tahun 1956, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dengan sebulat suara meluluskan dasar ‘Malayanisation’ perkhidmatan awam Persekutuan Tanah Melayu. Dasar Malayanisation adalah suatu dasar yang membolehkan penduduk tempatan yang berkelayakan mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam bagi menggantikan pegawai British. Ia dijangka akan dapat dicapai dalam tiga peringkat, iaitu:
· Peringkat pertama dalam tahun 1960.
· Peringkat kedua dalam tahun 1962.
· Peringkat ketiga dalam tahun 1965.
Bagi sesetengah jabatan, tidak ditetapkan tempoh perjawatan diisi dengan pegawai anak negeri/tempatan. Sehingga penghujung tahun 1960, Jabatan Kemajuan Syarikat Kerjasama; Jabatan Perikanan; Jabatan Hutan; Jabatan Penerangan; Jabatan Buruh dan Perhubungan Perusahaan; Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Haiwan telah berjaya mengisi sepenuhnya perjawatan dengan pegawai tempatan. Melalui dasar baru ini, Persekutuan Tanah Melayu menjadi negara pertama di antara negara yang merdeka di dunia berjaya mengubah perkhidmatan awam negaranya.
Sumber : Arkib Negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TODAY IN HISTORY - German Scientist Discovers X-rays
On this day in 1895, physicist Wilhelm Conrad Rontgen (1845-1923) becomes the first person to observe X-rays, a significant scientific advancement that would ultimately benefit a variety of fields, most of all medicine, by making the invisible visible. Rontgen's discovery occurred accidentally in his Wurzburg, Germany, lab, where he was testing whether cathode rays could pass through glass when he noticed a glow coming from a nearby chemically coated screen. He dubbed the rays that caused this glow X-rays because of their unknown nature.
X-rays are electromagnetic energy waves that act similarly to light rays, but at wavelengths approximately 1,000 times shorter than those of light. Rontgen holed up in his lab and conducted a series of experiments to better understand his discovery. He learned that X-rays penetrate human flesh but not higher-density substances such as bone or lead and that they can be photographed.
Rontgen's discovery was labeled a medical miracle and X-rays soon became an important diagnostic tool in medicine, allowing doctors to see inside the human body for the first time without surgery. In 1897, X-rays were first used on a military battlefield, during the Balkan War, to find bullets and broken bones inside patients.
Scientists were quick to realize the benefits of X-rays, but slower to comprehend the harmful effects of radiation. Initially, it was believed X-rays passed through flesh as harmlessly as light. However, within several years, researchers began to report cases of burns and skin damage after exposure to X-rays, and in 1904, Thomas Edison's assistant, Clarence Dally, who had worked extensively with X-rays, died of skin cancer. Dally's death caused some scientists to begin taking the risks of radiation more seriously, but they still weren't fully understood. During the 1930s, 40s and 50s, in fact, many American shoe stores featured shoe-fitting fluoroscopes that used to X-rays to enable customers to see the bones in their feet; it wasn't until the 1950s that this practice was determined to be risky business. Wilhelm Rontgen received numerous accolades for his work, including the first Nobel Prize in physics in 1901, yet he remained modest and never tried to patent his discovery. Today, X-ray technology is widely used in medicine, material analysis and devices such as airport security scanners.
Source : History Channel
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari Ini Dalam Sejarah - PERHIMPUNAN KEMAS SELANGOR PERTAMA KALI DIADAKAN 9/11/1984
Pada hari ini dalam tahun 1984, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor telah mengadakan perhimpunan pertamanya di Stadium Jugra. Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Haji Ahmad Razali Ali. Pengarah KEMAS Negeri Selangor, Encik Ibrahim Narek menegaskan bahawa perhimpunan tersebut yang bertemakan “Perpaduan Teras Kemajuan Masyarakat” diadakan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan di kalangan anggota KEMAS. Encik Ibrahim turut menyatakan bahawa program dan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk menguji dan mencungkil bakat-bakat yang ada di kalangan anggota KEMAS. Selain daripada itu, perhimpunan tersebut memberi kesempatan kepada anggota KEMAS untuk bertukar-tukar fikiran dan berbincang menyusun strategi gerak kerja KEMAS ke arah mewujudkan pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar. Pameran yang melibatkan beberapa agensi kerajaan turut diadakan semasa perhimpunan tersebut. Ia bertujuan untuk mempamerkan usaha kegiatan dan kemajuan masyarakat luar bandar. Sesungguhnya, perhimpunan KEMAS yang julung kali diadakan itu telah dapat mengeratkan perpaduan di kalangan anggota KEMAS.
Sumber - Arkib Negara
link : http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=67 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari Ini Dalam Sejarah - PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA 9/11/1994
Pada hari ini dalam tahun 1994, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Memorial ini merangkumi tiga bangunan penting, iaitu bangunan Residensi sebagai bangunan utama dan dua buah bangunan baru di kiri dan kanan bangunan Residensi. Bangunan Residensi dikekalkan sebagaimana asal dan dijadikan pameran bahan-bahan asal rumah tersebut semasa Tunku mendiaminya sebagai Perdana Menteri. Dua bangunan yang baru dibina pula dijadikan ruang pameran, tempat simpanan bahan dan ruang kerja. Penubuhan memorial ini adalah berdasarkan cetusan idea YTM Tunku yang menyatakan hasrat beliau agar bangunan Residensi dijadikan sebagai sebuah ‘perhiasan negara’. Ini adalah kerana ia merupakan kediaman rasmi Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa pemerintahan British sehingga Perang Dunia Kedua meletus, ia dijadikan kediaman rasmi Residen-residen British di Selangor. Bangunan asal dipindahkan oleh Residen British di Selangor, Captain W. Bloomfield pada tahun 1880 dari Kelang ke Jalan Brockman, Kuala Lumpur yang kemudiannya ditukar nama kepada Jalan Dato’ Onn oleh Tunku pada tahun 1963. Pembinaan memorial ini adalah sebagai tanda memperingati dan mengenang jasa-jasa, sumbangan dan kepentingan kepimpinan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Sumber : Arkib Negara
link : http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=69 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari Ini Dalam Sejarah - UTUSAN MENANGKAP RAJA LINGGA SAMPAI DI KUALA TERENGGANU 9/11/1862
Kemasukan Inggeris ke Tanah Melayu telah menjadikan politik tempatan sedikit kucar-kacir. Keadaan dalam negeri yang bergolak juga telah mengundang kuasa-kuasa barat untuk campor tangan dengan alasan menjaga kepentingan perdagangan syarikat-syarikat mereka. Pada hari ini 9 November 1862 satu lagi bentok campurtangan mereka dilakukan ke atas negeri-negeri Melayu apabila utusan Inggeris yang diketuai oleh Kolonel MacPherson sampai di Kuala Terengganu untuk menangkap Sultan Lingga, Raja Mahmud Muzaffar Shah. Utusan Inggeris yang datang dengan dua buah kapal perang itu meminta Sultan Terengganu, Sultan Umar menyerahkan Sultan Lingga dengan memberi tempoh 24 jam. Sultan Mahmud Muzaffar Shah telah dipecat oleh pemerintah Belanda dari takhta Riau-Lingga pada bulan September 1857 kerana ingkar menuruti perintah Belanda. Baginda Sultan adalah dari keturunan Sultan Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Setelah dipecat baginda telah pergi ke Singapura, Pahang dan Terengganu untuk meminta bantuan bagi mengambil balik takhta kerajaannya di Pulau Lingga tetapi gagal. Akhirnya bekas Sultan Lingga itu telah pergi ke Siam. Raja Siam menyambutnya dengan baik dan berjanji akan menolongnya. Setelah sembilan bulan lamanya beliau tinggal di Siam, pertolongan seperti yang dijanjikan tidak diterimanya. Sebaliknya baginda telah dijadikan alat untuk mengembalikan kuasa kerajaan Siam di negeri Terengganu. Dalam pada itu, Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Orfeur Cavenagh, telah mendapat maklumat menyatakan bahawa Sultan Lingga telah bertolak dari negeri Siam pada bulan Julai 1862 dengan sebuah kapal perang dan beliau akan dilantik menjadi Gabenor Siam di Terengganu dan Kelantan. Sir Cavenagh meminta Schamburg, wakil Inggeris di Siam menemui Menteri Luar Siam dan mendesak agar Sultan Lingga dipanggil pulang ke Siam demi menghormati Perjanjian Burney 1826, yang meletakkan taraf Terengganu sebagai negeri yang merdeka. Kerajaan Siam bersetuju untuk memanggil pulang bekas Sultan Lingga itu tetapi sehingga bulan Oktober 1862, tindakan tersebut tidak juga dilaksanakan. Pada bulan Oktober itu juga, Dewan Perniagaan Singapura telah menghantar surat memberitahu Gabenor Negeri-negeri Selat bahawa perniagaan mereka dengan Pahang telah terhalang disebabkan oleh serangan-serangan yang dilakukan oleh Wan Ahmad dengan bantuan dari Sultan Terengganu dan Sultan Lingga. Bagi menghalang pengaruh Siam di Terengganu serta juga menjaga kepentingan perdagangan Inggeris Gabenor Cavenagh telah menghantar dua buah kapal perang Inggeris yang tiba di Terengganu pada hari ini dalam tahun 1862. Angkatan tersebut diketuai oleh Kolonel MacPherson. Permintaan Inggeris supaya diserahkan Sultan Lingga, telah tidak diendahkan oleh Sultan Terengganu, malah baginda menyuruh bekas Sultan Lingga itu, lari ke Besut. Akibat dari itu bandar Kuala Terengganu telah dibedil selama dua hari dan dikepung dua minggu. Dalam hal ini Gabenor Cavenagh telah disalahkan. Raja Siam kemudiannya telah mengambil Sultan Lingga setelah 4 bulan menyembunyikan dirinya di Besut. Walau bagaimanapun Sultan Lingga telah datang lagi ke Terengganu dan kemudian ke Pahang dan mangkat di Pekan, Pahang pada tahun 1867.
Sumber ; Arkib Negara
link : http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=1224 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari Ini Dalam Sejarah - PERASMIAN DEWAN PANCARAN KEMAJUAN SUNGAI PASIR, KEDAH 9/11/1969
Belia memainkan peranan penting kepada kemajuan dan perkembangan sesebuah negara. Pelbagai pertubuhan belia telah ditubuhkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, yang mana semua pertubuhan tersebut telah berusaha dan berjumpa dalam memantapkan ekonomi dan pentadbirannya. Di atas kepentingan untuk mempertingkatkan dan memajukan kegiatan dan aktiviti semasa maka perlulah sebuah bangunan didirikan untuk menjalankan aktiviti persatuan. Persatuan Belia Pancaran Kemajuan Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah tidak ketinggalan mendirikan sebuah bangunan untuk menjalankan aktiviti persatuan belia. Bangunan ini telah dinamakan Dewan Belia Pancaran Kemajuan Sungai Pasir dan telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Malaysia, YB. Encik Mohd Khir Johari pada 9.11.1969, jam 6 petang. Bangunan yang tersergam indah ini telah didirikan dengan harga RM1,150 dengan bantuan dan kerjasama daripada Pejabat Luar Bandar, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri dan Persatuan Belia Pancaran Kemajuan Sungai Pasir. Pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan dengan adanya Dewan ini diantaranya aktiviti kebajikan dan masyarakat, lawatan dan sosial, pengawalan anasir-anasir jahat dan pasukan kawalan kampung, aktiviti agama Islam, hal ehwal wanita dan lain-lain. Persatuan Belia Pancaran Kemajuan juga telah menghantar ahli-ahlinya berkursus di Pusat Latihan Angkatan Belia Pelupur Negara Dusun Tua dan Pusat Latihan Pertak Kuala Kubu Baru. Di antara kursus-kursus yang diambil ialah urusan rumah tangga, pertukangan, jahitan, tarian, pimpinan, pertanian dan lain-lain. Selain daripada kegiatan di atas persatuan ini juga telah menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti drama, lawak jenaka, kugiran dan telah pernah dipersembahkan semasa menyambut perayaan 10 tahun Malaysia Merdeka di Sungai Petani dan Alor Setar. Sesungguhnya dengan perasmian dewan tersebut akan menjadi contoh dan teladan kepada peratuan-persatuan Belia lain di negeri Kedah untuk meneruskan kegiatan-kegiatan mereka demi kemajuan negara tercinta.
Sumber : Arkib Negara
link : http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=663 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra telah dibuka dengan rasminya oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 10 November 1994. Memorial ini diwujudkan sebagai memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Tunku sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957 – 1970). Memorial ini mempamerkan semua warisan berkaitan dengan Tunku yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, hadiah, keratan akhbar, baju dan perabot. Terdapat juga sudut tayangan audiovisual mengenai Tunku. Kesemua bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi tujuan memudahkan pelawat mengenali Tunku secara peribadi. Antara tema-tema tersebut adalah Tunku dan Kemerdekaan, Falsafah/Konsep Tunku serta Biografi Tunku. Selain dari itu turut dipamerkan adalah Bangunan Pejabat Lama Tunku ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Pelawat juga boleh melihat sendiri Bangunan Residensi yang didiami oleh Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan Residensi ini menjadi daya tarikan kepada pelawat kerana bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalnya serta kedudukan susun atur dalamannya. Terdapat juga pameran di bahagian luar dimana yang paling menarik adalah kereta Cardillac Fleetwood 1959 yang digunakan oleh Tunku. Kemudahan perpustakaan dan kedai cenderamata turut disediakan.
BAHAN
Meja ini telah digunakan semasa upacara deklarasi Pengisytiharan Penubuhan Malaysia oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka pada 16.09.1963
Telefon yang digunakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra sewaktu menjadi Perdana Menteri
- Meja Pengisytiharan Penubuhan Malaysia
- Telefon
Bola "Pesta Bola Merdeka" yang pertama di mana terdapat tandatangan pemain-pemain yang menyertai pesta bola merdeka 1957
Bush Jacket YTM Tunku Abdul Rahman Putra semasa upacara pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
- Bola "Pesta Bola Merdeka"
- Bush Jacket
Plaza Ukiran Granit Hitam di mana terdapat sebuah ukiran imej Almarhum Abdul Rahman daripada granit hitam dan 32 buah batu granit hitam yang mencatatkan peristiwa-peristiwa penting berkaitan dengan Almarhum Tunku.
credit to: arkib negara
Last edited by anniez08 on 10-11-2013 11:42 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TODAY IN HISTORY - World War I Ends
At the 11th hour on the 11th day of the 11th month of 1918, the Great War ends. At 5 a.m. that morning, Germany, bereft of manpower and supplies and faced with imminent invasion, signed an armistice agreement with the Allies in a railroad car outside Compiégne, France. The First World War left nine million soldiers dead and 21 million wounded, with Germany, Russia, Austria-Hungary, France, and Great Britain each losing nearly a million or more lives. In addition, at least five million civilians died from disease, starvation, or exposure.
On June 28, 1914, in an event that is widely regarded as sparking the outbreak of World War I, Archduke Franz Ferdinand, heir to the Austro-Hungarian empire, was shot to death with his wife by Bosnian Serb Gavrilo Princip in Sarajevo, Bosnia. Ferdinand had been inspecting his uncle's imperial armed forces in Bosnia and Herzegovina, despite the threat of Serbian nationalists who wanted these Austro-Hungarian possessions to join newly independent Serbia. Austria-Hungary blamed the Serbian government for the attack and hoped to use the incident as justification for settling the problem of Slavic nationalism once and for all. However, as Russia supported Serbia, an Austro-Hungarian declaration of war was delayed until its leaders received assurances from German leader Kaiser Wilhelm II that Germany would support their cause in the event of a Russian intervention.
On July 28, Austria-Hungary declared war on Serbia, and the tenuous peace between Europe's great powers collapsed. On July 29, Austro-Hungarian forces began to shell the Serbian capital, Belgrade, and Russia, Serbia's ally, ordered a troop mobilization against Austria-Hungary. France, allied with Russia, began to mobilize on August 1. France and Germany declared war against each other on August 3. After crossing through neutral Luxembourg, the German army invaded Belgium on the night of August 3-4, prompting Great Britain, Belgium's ally, to declare war against Germany.
For the most part, the people of Europe greeted the outbreak of war with jubilation. Most patriotically assumed that their country would be victorious within months. Of the initial belligerents, Germany was most prepared for the outbreak of hostilities, and its military leaders had formatted a sophisticated military strategy known as the "Schlieffen Plan," which envisioned the conquest of France through a great arcing offensive through Belgium and into northern France. Russia, slow to mobilize, was to be kept occupied by Austro-Hungarian forces while Germany attacked France.
The Schlieffen Plan was nearly successful, but in early September the French rallied and halted the German advance at the bloody Battle of the Marne near Paris. By the end of 1914, well over a million soldiers of various nationalities had been killed on the battlefields of Europe, and neither for the Allies nor the Central Powers was a final victory in sight. On the western front—the battle line that stretched across northern France and Belgium—the combatants settled down in the trenches for a terrible war of attrition.
In 1915, the Allies attempted to break the stalemate with an amphibious invasion of Turkey, which had joined the Central Powers in October 1914, but after heavy bloodshed the Allies were forced to retreat in early 1916. The year 1916 saw great offensives by Germany and Britain along the western front, but neither side accomplished a decisive victory. In the east, Germany was more successful, and the disorganized Russian army suffered terrible losses, spurring the outbreak of the Russian Revolution in 1917. By the end of 1917, the Bolsheviks had seized power in Russia and immediately set about negotiating peace with Germany. In 1918, the infusion of American troops and resources into the western front finally tipped the scale in the Allies' favor. Germany signed an armistice agreement with the Allies on November 11, 1918.
World War I was known as the "war to end all wars" because of the great slaughter and destruction it caused. Unfortunately, the peace treaty that officially ended the conflict—the Treaty of Versailles of 1919—forced punitive terms on Germany that destabilized Europe and laid the groundwork for World War II.
Source : History Channel |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARI INI DALAM SEJARAH - Pengurniaan Panji-Panji Pasukan Polis Di Raja Persekutuan Tanah Melayu
Pada hari ini dalam tahun 1961, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail telah berkenan mengurniakan ‘Panji-panji Penghormatan Tertinggi’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara pengurniaan panji-panji ini telah berlangsung di Pusat Latihan Polis Diraja Persekutuan, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Dalam satu perbarisan yang telah diadakan, Seri Paduka Baginda telah menerima tabik hormat daripada lebih 600 orang anggota dari seluruh cawangan Jabatan Polis. Turut hadir ialah Perdana Menteri; Tunku Abdul Rahman Putra, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan; Tun Abdul Razak, Menteri Keselamatan dan Hal Ehwal Dalam Negeri; Datuk Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pegawai-pegawai kanan polis. Pengurniaan tersebut merupakan satu penghargaan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota polis dalam memelihara keselamatan rakyat dan mempertahankan keamanan negara daripada ancaman komunis pada zaman darurat dari tahun 1948 sehingga 1960. Sesungguhnya, pengurniaan itu terus menjadi pendorong semangat bagi anggota yang sedang berkhidmat di dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Mereka bukan sahaja sebagai penjaga keamanan tetapi juga sebagai sahabat serta mata dan telinga kepada masyarakat.
Sumber : Arkib Negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nov 13, 1982:
Vietnam Veterans Memorial dedicated
Near the end of a weeklong national salute to Americans who served in the Vietnam War, the Vietnam Veterans Memorial is dedicated in Washington after a march to its site by thousands of veterans of the conflict. The long-awaited memorial was a simple V-shaped black-granite wall inscribed with the names of the 57,939 Americans who died in the conflict, arranged in order of death, not rank, as was common in other memorials.
The designer of the memorial was Maya Lin, a Yale University architecture student who entered a nationwide competition to create a design for the monument. Lin, born in Ohio in 1959, was the daughter of Chinese immigrants. Many veterans' groups were opposed to Lin's winning design, which lacked a standard memorial's heroic statues and stirring words. However, a remarkable shift in public opinion occurred in the months after the memorial's dedication. Veterans and families of the dead walked the black reflective wall, seeking the names of their loved ones killed in the conflict. Once the name was located, visitors often made an etching or left a private offering, from notes and flowers to dog tags and cans of beer.
The Vietnam Veterans Memorial soon became one of the most visited memorials in the nation's capital. A Smithsonian Institution director called it "a community of feelings, almost a sacred precinct," and a veteran declared that "it's the parade we never got." "The Wall" drew together both those who fought and those who marched against the war and served to promote national healing a decade after the divisive conflict's end.
source: http://www.history.com/this-day- ... -memorial-dedicated
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nov 13th, 1970
Bangladesh Cyclone
A 100 MPH tropical cyclone causes Tidal waves and storm surges that strike the shores of the Ganges Delta washing over coastal islands and devastated the densely populated delta region. An estimated 500,000 people were killed in the 20th century's worst disaster by cyclone. This area is now also one of the worst areas in the world to be affected by Global Warming as much of the area is now underwater with more land disappearing each year.
http://en.wikipedia.org/wiki/1970_Bhola_cyclone
The 1970 Bhola cyclone was a devastating tropical cyclone that struck East Pakistan (now Bangladesh) and India's West Bengal on November 12, 1970. It remains the deadliest tropical cyclone ever recorded, and one of the deadliest natural disasters in modern times. Up to 500,000 people lost their lives in the storm, primarily as a result of the storm surge that flooded much of the low-lying islands of the Ganges Delta.[1] This cyclone was the sixth cyclonic storm of the 1970 North Indian Ocean cyclone season, and also the season's strongest, reaching a strength equivalent to a strong Category 3 hurricane.
The cyclone formed over the central Bay of Bengal on November 8 and traveled north, intensifying as it did so. It reached its peak with winds of 185 km/h (115 mph) on November 11, and made landfall on the coast of East Pakistan (now Bangladesh) the following afternoon. The storm surge devastated many of the offshore islands, wiping out villages and destroying crops throughout the region. In the most severely affected upazila, Tazumuddin, over 45% of the population of 167,000 was killed by the storm.
1/2 milion OK!! scary!!!
Last edited by cikatilia on 13-11-2013 02:55 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia posted on 13-11-2013 02:52 PM
Nov 13th, 1970
Bangladesh Cyclone
1/2 juta ramainya...
|
|
|
|
|
|
|
|
novelloverzz posted on 13-11-2013 03:26 PM
1/2 juta ramainya...
mayat bersepah2
500k tu masuk yg hilang skali
entah kemana la ilangnya xjumpa2
beratus ribu
|
|
|
|
|
|
|
|
TODAY IN HISTORY - Moby-Dick Published
On this day in 1851, Moby-Dick, a novel by Herman Melville about the voyage of the whaling ship Pequod, is published by Harper & Brothers in New York. Moby-Dick is now considered a great classic of American literature and contains one of the most famous opening lines in fiction: "Call me Ishmael." Initially, though, the book about Captain Ahab and his quest for a giant white whale was a flop.
Herman Melville was born in New York City in 1819 and as a young man spent time in the merchant marines, the U.S. Navy and on a whaling ship in the South Seas. In 1846, he published his first novel, Typee, a romantic adventure based on his experiences in Polynesia. The book was a success and a sequel, Omoo, was published in 1847. Three more novels followed, with mixed critical and commercial results. Melville's sixth book, Moby-Dick, was first published in October 1851 in London, in three volumes titled The Whale, and then in the U.S. a month later. Melville had promised his publisher an adventure story similar to his popular earlier works, but instead, Moby-Dick was a tragic epic, influenced in part by Melville's friend and Pittsfield, Massachusetts, neighbor, Nathaniel Hawthorne, whose novels include The Scarlet Letter.
After Moby-Dick's disappointing reception, Melville continued to produce novels, short stories (Bartleby) and poetry, but writing wasn't paying the bills so in 1865 he returned to New York to work as a customs inspector, a job he held for 20 years.
Melville died in 1891, largely forgotten by the literary world. By the 1920s, scholars had rediscovered his work, particularly Moby-Dick, which would eventually become a staple of high school reading lists across the United States. Billy Budd, Melville's final novel, was published in 1924, 33 years after his death.
Source : History Channel
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARI INI DALAM SEJARAH - Perasmian Zoo Negara
Pada hari ini dalam tahun 1963, Zoo Negara Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Zoo ini terletak di Ulu Kelang, dekat Kuala Lumpur. Zoo Negara ditadbirkan oleh Persatuan Zoologi Malaysia dan di peringkat awal, projeknya meliputi kawasan seluas 17.01 hektar. Projek peringkat pertama dijalankan oleh persatuan ini ditumpukan kepada pembinaan bangunan pentadbiran dan hospital haiwan, serta tempat pemeliharaan binatang yang disesuaikan seperti keadaan alam semulajadi. Binatang yang dipelihara diperolehi dari dalam dan luar negeri seperti harimau, singa, gajah dan lain-lain. Antaranya didatangkan dari India, Indonesia dan Sri Lanka. Semasa pembukaannya, terdapat kira-kira 2 ribu ekor binatang dan mergastua dipelihara di zoo ini. Di dalam ucapan perasmiannya Tunku Abdul Rahman berkata pembinaan zoo di peringkat negeri perlu dijalankan untuk memelihara dan mengekalkan kehidupan binatang-binatang tempatan. Kerajaan Pusat akan membantu untuk membeli binatang-binatang dari luar negeri di dalam usaha membesarkan lagi zoo di negara ini. Perasmian Zoo Negara pada hari ini, dalam tahun 1963, diharap dapat mengekalkan dan memelihara kehidupan binatang serta mampu menarik lebih ramai pengunjung terutama para pelancong.
Sumber : Arkib Negara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nov 15, 1956:
Elvis makes movie debut in Love Me Tender
On this day in 1956, Love Me Tender, featuring the singer Elvis Presley in his big-screen debut, premieres in New York City at the Paramount Theater. Set in Texas following the American Civil War, the film, which co-starred Richard Egan and Debra Paget, featured Elvis as Clint Reno, the younger brother of a Confederate soldier. Originally titled The Reno Brothers, the movie was renamed Love Me Tender before its release, after a song of the same name that Reno sings during the film.Presley, who became one of the biggest icons in entertainment history, sang in the box-office hit Love Me Tender as well as the majority of the 33 movies (31 features and two theatrically released concert documentaries) he made in his career. Despite the commercial success of his films, many were considered formulaic and forgettable, and critics have argued that Elvis never achieved his full potential as an actor.
Elvis Aaron Presley, who was born on January 8, 1935, in Tupelo, Mississippi, began his music career with Sun Records in Memphis in 1954. In March 1956, he released his first album for RCA, Elvis Presley, which went to the top spot on Billboard's pop album chart and launched him on his way to super-stardom. In late March of that same year, Presley had his first Hollywood screen test, for a movie called The Rainmaker. He failed to get the role, which went to Burt Lancaster, and instead began shooting Love Me Tender that August. Soon after, on September 9, 1956, Elvis made the first of three appearances on The Ed Sullivan Show and the popular variety show received record-breaking ratings. (When Elvis made his third appearance on the program, the TV censors infamously allowed him to be shown only from the waist up, for fear his swiveling hips would scandalize the nation.)
In November 1957, Presley's third film, Jailhouse Rock, opened in theaters across the United States. The movie, which is considered by many critics to be one of his best, contains the now-iconic "cell block" dance production number, choreographed by Elvis and set to his song "Jailhouse Rock." Elvis's fourth movie, King Creole, was released in July 1958 and is also considered a standout, earning him some of the strongest reviews of his acting career. Co-starring Walter Matthau, Carolyn Jones, Vic Morrow and Dean Jagger, King Creole was helmed by Casablanca's Michael Curtiz and based on a Harold Robbins novel called A Stone for Danny Fisher.
The "King of Rock 'n' Roll"'s eighth film, Blue Hawaii, debuted in 1961 and ushered in an era of Presley movies featuring lightweight plots, pretty girls and multiple musical numbers. Among his other films during this time are Fun in Acapulco (1963), Viva Las Vegas (1964), Clambake (1967) and The Trouble with Girls (1969). Elvis's 29th movie, a Western called Charro! in which he sported a beard , was released in 1968 and is the one film in which he doesn't sing on camera.
Presley's final feature film was Change of Habit (1970), in which he portrayed a doctor and Mary Tyler Moore played a nun. After suffering from health problems and drug dependency, Elvis died at the age of 42 on August 16, 1977, at Graceland, his home in Memphis, Tennessee.
source: http://www.history.com/this-day- ... t-in-love-me-tender
Last edited by punkerzoe on 15-11-2013 03:27 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TODAY IN HISTORY - First Stock Ticker Debuts
On this day in 1867, the first stock ticker is unveiled in New York City. The advent of the ticker ultimately revolutionized the stock market by making up-to-the-minute prices available to investors around the country. Prior to this development, information from the New York Stock Exchange, which has been around since 1792, traveled by mail or messenger.
The ticker was the brainchild of Edward Calahan, who configured a telegraph machine to print stock quotes on streams of paper tape (the same paper tape later used in ticker-tape parades). The ticker, which caught on quickly with investors, got its name from the sound its type wheel made.
Calahan worked for the Gold & Stock Telegraph Company, which rented its tickers to brokerage houses and regional exchanges for a fee and then transmitted the latest gold and stock prices to all its machines at the same time. In 1869, Thomas Edison, a former telegraph operator, patented an improved, easier-to-use version of Calahan's ticker. Edison's ticker was his first lucrative invention and, through the manufacture and sale of stock tickers and other telegraphic devices, he made enough money to open his own lab in Menlo Park, New Jersey, where he developed the light bulb and phonograph, among other transformative inventions.
The last mechanical stock ticker debuted in 1960 and was eventually replaced by computerized tickers with electronic displays. A ticker shows a stock's symbol, how many shares have traded that day and the price per share. It also tells how much the price has changed from the previous day's closing price and whether it's an up or down change. A common misconception is that there is one ticker used by everyone. In fact, private data companies run a variety of tickers; each provides information about a select mix of stocks.
Source : History Channel
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARI INI DALAM SEJARAH - Pasir Salak Dikuasai Oleh Inggeris
(Gambar: Kaw kubu Dato Maharajalela mempertahan dari serangan Inggeris)
Pada hari ini dalam tahun 1875, Pasir Salak telah diserang dan dikuasai oleh angkatan tentera Inggeris. Serangan yang dilakukan itu adalah sebagai tindakbalas Inggeris terhadap Sultan dan Pembesar-pembesar Melayu Perak bersabit dengan pembunuhan Residen Pertama Inggeris di Perak, J.W.W. Birch. Melalui Perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan Abdullah dengan Gabenor Negeri-negeri Selat Sir Andrew Clarke, pada 20 Januari 1874 Negeri Perak terpaksa menerima seorang Residen Inggeris. Fungsi Residen Inggeris adalah sebagai penasihat kepada semua perkara pentadbiran negeri itu kecuali hal-hal berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Perak. Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris di Singapura J. W. W. Birch telah dilantik menjadi Residen Inggeris yang pertama bagi negeri Perak. Perlantikan Birch sebenarnya tidak diperkenankan oleh Sultan Abdullah memandangkan Birch tidak boleh bertutur bahasa Melayu, jahil mengenai adat istiadat Melayu dan sikapnya memandang rendah akan kebolehan sultan dan pembesar-pembesar tempatan mentadbirkan negeri. Sikap Birch itu menyinggung perasaan sultan dan para pembesar negeri. Tindakan pertama Birch ialah mengubahsuaikan adat istiadat Melayu dan menjadikan negeri Perak seperti tanah-tanah jajahan Inggeris di Negeri-negeri Selat yang mendatangkan banyak hasil kewangan bagi penjajah Inggeris. Dalam usaha melaksanakan sistem pungutan dan kawalan cukai, Birch bersama rombongan mudik ke hilir Sungai Perak untuk mengisytiharkan bahawa pungutan cukai hanya boleh dijalankan oleh pemungut-pemungut yang dilantik oleh Residen Inggeris. Tindakan sedemikian telah ditentang oleh Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak juga oleh sultan sendiri. Akibatnya pada waktu subuh 2 November 1875, Birch diserang dan dibunuh. Pembunuhan Birch telah menggemparkan pegawai-pegawai Inggeris di Perak dan di Negeri-negeri Selat. Mereka menganggap peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu menentang penjajahan Inggeris. Pada 7 November 1875, Inggeris telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar lalu menyerang Pasir Salak. Serangan Inggeris itu dapat dipatahkan oleh perwira-perwira Melayu yang dipimpin oleh Datuk Maharaja Lela. Dalam pertempuran itu Kapten Innes pemerintah pasukan Inggeris dan dua orang askarnya telah terkorban. Menyedari akan tentangan orang-orang Melayu begitu hebat, pihak berkuasa Inggeris di Negeri-negeri Selat meminta bantuan tentera dari India dan Hong Kong untuk melancarkan serangan kedua dengan menggunakan kapal perang dan askar-askar yang lengkap dengan senjata. Oleh kerana Inggeris mempunyai angkatan perang yang besar dan alat senjata moden berbanding dengan senjata keris, lembing dan pedang orang-orang Melayu, maka tidak hairanlah pada hari ini dalam tahun 1875, Pasir Salak telah dikuasai oleh Inggeris. Pembunuhan Birch ini telah memberi peluang keemasan penjajahan Inggeris menjadikan alasan utamanya mencerobohi dan menakluki negeri Perak serta menggunakan kekerasan tentera.
Sumber : Arkib Negara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada hari ini dalam tahun 1991, Perasmian ‘Taman Burung Kuala Lumpur’ telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Bainun. Taman Burung tersebut berharga RM12 juta dan terletak di kawasan Taman Tasik Perdana. Taman Burung tersebut dianggap sebagai sebuah sangkar burung yang terbesar di dunia. Ia berkeluasan 3.2 hektar dan menempatkan kira-kira 6,000 ekor burung daripada 200 spesis tempatan dan luar negara. Antaranya ialah burung kenyalang, ranggung, nuri, serindit, panglin, flamingo, green pigeon, scarlet macao dan berbagai jenis lagi. Taman Burung tersebut juga dilengkapi dengan sebuah sudut penetasan iaitu `inkubator', tempat penetasan dan pemanasan telor burung, restoran, kiosk minuman, gerai cenderamata dan tempat-tempat duduk di sekitar taman. Taman tersebut telah menjadi satu lagi daya penarik kepada Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari dan menjadi tumpuan ramai terutama di hari-hari kelepasan am dan hujung minggu. Sesungguhnya, perasmian Taman Burung Kuala Lumpur bukan sahaja menjadi tempat pelancongan untuk pelancong-pelancong luar negara malah sebagai tempat bersejarah, istirehat dan rekreasi penduduk ibu kota.
credit info :- http://hids.arkib.gov.my/readarticle.php?article_id=73
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|