|
Wanita Dan Dunia Risikan (merge with noraidil_06's thread)
[Copy link]
|
|
noraidil_06 replied at 16-2-2019 07:44 AM
Tidak banyak sangat juicy story berkaitan dgn Blossom Wong. Mungkin tidak diceritakan atas faktor-fa ...
Beratnya tgk rambut dia. Tu belum lagi setinggi matternhorn |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg akak nora
i like cerita yang macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe nanti aku merged. letak atas nama perisik perisik wanita
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan kisah Blossom
Blossom seorang yang agak boyish di zaman sekolah dan menganggap kerjaya guru tidak sesuai dengannya.
Apabila terlihat iklan tentang intake polis, beliau telah memohon dan dipanggil utk menjalani latihan di pd August 1957. Tamat latihan beliau telah dihantar ke Penang dan mengalas tugas sebagai Special Branch. Satu tugas yang agak berat utk seorang perempuan.
Beliau sangat jarang memakai uniform dek kerana nature of her job. Uniform beliau adalah cheongsam.
Di dalam gambar beliau sedang mengiringi Robert Kennedy Jr. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Blossom's stories.
Blossom dipindahkan ke ipoh dan masih menjadi SB dan di bawah beliau terdapat 5 balai.
Apabila berkahwin, Blossom pindah ke Kuala Lumpur dan selalu menyamar dan merisik pusat-pusat pelacuran terutamanya di Jalan Ampang. Mamasan kecut perut bila tahu Blossom is around.
Blossom juga antara perintis siasatan berdasarkan DNA.
According to Blossom, there is nothing glamourous about her job. Beliau bersara dlm thn 1993.
Tq pretty Blossom for ur service |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Anna Chapman. Perisik Russia |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Anna Vasilyevna Chapman (Russian: Анна Васильевна Чапман, born Anna Vasil’yevna Kushchyenko 23 February 1982) adalah seorang perisik, petugas media, ejen hartanah & model Russia.
Beliau ditangkap di US dlm tahun 2010 berkaitan dengan jaringan perisik yg dihantar oleh kerajaan Russia.
Anna pernah berkahwin dgn seorang warga British dan mengunakan nama Anna Chapman. Melalui perkahwinan itu Anna mendapat kerakyatan British yang kemudiannya digunakan untuk beliau memasuki US.
Haish gambar mugshot pun cantik. Caner? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Anna Chapman
Semasa ditangkap pd June 2010Anna Chapman tinggal di NY.
Bersama-sama beliau 9 orang lg ditangkap tetapi Anna paling menangkap perhatian kerana rupenye yg cantik & her flirtious nature.
Anna mengaku salah dan deported back tu Russia. Sekembali ke Russia, beliau menjadi petugas media & model majalah lelaki dewasa.[youtube]pDejREYkcXo[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Anna Chapman
Espionage may have been a family business. Vasily Kushchenko, bapa Anna, bekerja sebagai diplomat Russia dan disyaki juga membuat kerja-kerja spy.
Anna belajar ekonomi Moscow University. Bertemu Alex Chapman semasa bercuti di London. Mereka bernikah dalam tahun 2002 dan pada kebanyakan masa tinggal di Russia & England.
Di England, Anna berkerja dgn mcm2 syarikat termasuk Barclay's Bank. Anna & Alex bercerai dalam tahun 2006. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aduhhh lawanyaaa... Beauty with brain gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Virginia Hall-Perisik wanita yg digeruni semasa perang dunia kedua, menjadi wira yg tak didendang. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noraidil_06 at 18-2-2019 09:04 PM
Sambungan Virginia Hall.
Credit to website The Patriot.
Kegiatan perisikan semasa Perang Dunia Kedua (WWII) merupakan sesuatu yang cukup merbahaya bagi mana-mana perisik termasuk golongan Hawa. Ini kerana pergerakan mereka sentiasa diperhatikan oleh pihak musuh sama ada Kempeitai (Jepun) atau Gestapo (Nazi Jerman). Jika tersalah langkah, bukan saja operasi mereka terjejas tetapi kematian menanti di ruang seksaan atau pada muncung senapang. Bagi perisik wanita Bersekutu, Virginia Hall, kegiatan perisikannya bukan saja gagal dikesan Gestapo tetapi menjadikannya wira yang tak disanjung semasa perang. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noraidil_06 at 18-2-2019 09:09 PM
Anak kelahiran Baltimore, Maryland ini dilahirkan pada 6 April 1906 dalam sebuah keluarga berada. Beliau memulakan pembelajaran di Roland Park Country School sebelum menyambung pendidikan di Radcliffe College dan Barnard College (kini Universiti Columbia). Semasa di dua institusi berkenaan, Hall mempelajari Bahasa Jerman, Itali dan Perancis. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan kisah Virginia
Selepas mendapat restu kedua-dua ibu bapanya untuk menamatkan pelajaran di benua Eropah, beliau mengembara ke sana dan belajar di Jerman, Perancis dan Austria sebelum diambil sebagai kerani di Kedutaan Amerika di Warsaw, Poland pada tahun 1931 sebelum bekerja di Konsulat Amerika di Smyrna, Turki. Bagaimanapun pada tahun 1932, hasratnya untuk menyertai Perkhidmatan Luar (Foreign Service) tidak kesampaian selepas tertembak kaki kirinya semasa ekspedisi memburu di Turki. Ini menyebabkan kaki kirinya dipotong dan Hall terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada kayu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jadi bagaimana wanita secekal Hall ini boleh terjerumus dalam dunia perisikan? Ia berbalik semula kepada cubaannya menyertai Perkhidmatan Luar. Penyertaannya pada kali pertama ditolak atas alasan Hall seorang wanita, satu komen yang dianggap mengejutkan menurut Judith Pearson, penulis buku biografinya yang bertajuk The Wolves at the Door: The True Story of America’s Greatest Female Spy. Permohonan Hall buat kali kedua turut ditolak kali ini bukan atas sebab gender tetapi atas faktor kecacatan kaki yang dialaminya.
*Childhood photo |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kecewa dengan kerenah Perkhidmatan Luar, beliau meletak jawatan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat dan mengembara ke Paris sebagai orang awam semasa negara itu diancam serangan tentera Nazi Jerman. Di sini, Hall menjadi pemandu ambulans untuk tentera Perancis tetapi terpaksa melarikan diri ke Britain selepas Perancis jatuh ke tangan rejim pimpinan Adolf Hitler. Dalam sebuah parti koktel, beliau meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap Hitler dengan para tetamu lain. Ketika inilah menurut Pearson, seorang wanita tidak dikenali menyerahkan kad bisnesnya kepada Hall dan memberitahu, “Jika anda berminat untuk menghalang Hitler, datang dan jumpa saya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noraidil_06 at 19-2-2019 11:26 PM
Sambungan Virginia Hall
Wanita tersebut merupakan inspirasi kepada salah seorang watak pembantu siri James Bond, Miss Moneypenny yang bernama Vera Atkins. Atkins diberi amanah oleh Perdana Menteri Winston Churchill untuk merekrut individu yang berkelayakan sebagai ejen untuk Operasi Khas Eksekutif (Special Operations Executive (SOE)). Atkins tertarik dengan keupayaan Hall bertutur dalam pelbagai bahasa, mempunyai pengetahuan berkenaan lokasi-lokasi perkampungan Perancis dan kemampuannya untuk berfikir pantas.
To be continued
(Nak gi bergedik kt LE jap) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Info menarik & inspiration |
|
|
|
|
|
|
| |
|