Author|Post time 13-8-2017 08:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
August 13, 2017
Marina kecam pengecut buat kecoh, cuba ancam Dr M
FMT Reporters
ShareTweetPinMail
marina-2
PETALING JAYA: Marina Mahathir menyifatkan kekecohan tercetus pada forum Nothing to Hide 2.0 ialah perbuatan pengecut bertujuan mengancam nyawa ibu bapanya yang berusia lebih 90 tahun.
“Hanya pengecut yang akan melakukannya.
“Pengecut jenis apakah yang akan mencetuskan kekecohan dan membahayakan satu pasangan berusia 90 tahun?” tulis anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad di Twitternya dengan meletakkan hashtag #thugsandhooligans (samseng).
Kekecohan tercetus pada forum Nothing to Hide 2.0 kira-kira 5.30 petang tadi, kira-kira 2 jam selepas program yang berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Shah Alam dimulakan.
Ia berlaku ketika Dr Mahathir menjawab soalan hadirin mengenai tragedi Memali yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.
Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau tiba-tiba membaling kasut dan disusuli suar, kerusi dan botol air ke arah pentas di mana Dr Mahathir berada ketika itu.
Dua bom asap turut dilemparkan ke arah peserta, sekali gus mencetuskan “cahaya api” berwarna kuning merah.
Suasana itu mencetuskan panik di kalangan pemimpin dan peserta forum itu, menyebabkan mereka cuba menyelamatkan diri dan berlaku pergelutan di kalangan penyokong Dr Mahathir dan peserta yang tidak berpuas hati.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kemudiannya diselamatkan penganjur program, iaitu Pemuda PPBM.
Sementara itu, bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin menyuarakan kebimbangan jika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) boleh diadakan secara aman ekoran kekecohan yang tercetus pada forum anjuran Pemuda PPBM petang ini.
“Kali ini, kekecohan bukan lagi antara kaum berbeza, tetapi ia berlaku dalam kalangan kaum sama. Melayu dengan Melayu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata, ada 2 kemungkinan yang timbul iaitu Umno akan dipersalahkan dan mungkin ada pihak yang sengaja mensabotaj untuk memburukkan Umno.
“Bila perkara begini berlaku, tidak boleh dinafikan pihak yang akan disalahkan adalah pihak Umno. Tetapi, kita juga tidak boleh nafi yang mungkin ini adalah sabotage untuk memburukkan Umno.”
Bekas menteri penerangan itu berkata, keselamatan Dr Mahathir menjadi keutamaan sekarang kerana beliau bukan lagi perdana menteri.
“Walaupun beliau mempunyai seangkatan penyokong, tetapi keselamatan ketika beliau menjadi perdana menteri berbeza dengan sekarang.
“Tetapi, kebimbangan utama saya ialah PRU14 akan datang kerana jika perkara begini boleh berlaku sekarang, ia tidak menolak kemungkinan ia boleh berlaku pada pilihan raya nanti.”
Post time 13-8-2017 08:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Setelah sekian lama aku tak masuk CI, satu kepelikan aku kenapa CI sekarang didominasi oleh bangsa2 pondan dan gay tak siap hah... masing2 sibuk nak jadi pondan kah dalam CI sekarang..?