|
[Pelbagai]
Cemana cara korang nak khusyuk dalam solat?
[Copy link]
|
|
yang Ustaz Kazim ajar....
dan insyAllah saya try to follow n memang sesangat membantu saya dalam try utk khusyuk dalam solat.
Ustaz ajar,
time bacaan2 dalam solat tu kan....make sure otak kita pun follow bacaan tu...kiranya bukan baca dalam hati...otak pun follow so that otak kita tak merawang pikir benda lain....
insyAllah anda akan lebih fokus dalam solat...
cuba lah... |
|
|
|
|
|
|
|
“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”— Surah al-Baqarah: 45-46
Istighfar setiap kali sebelum solat...
Dengan beristighfar, bintik-bintik hitam dihati kita akan hilang satu demi satu.
Bila dah beristighfar, maka hati kita akan bersih sikit.
Baru senang nak fokus..
Apa maksud solat?
Maksud solat ialah untuk kita membawa sifat2 di dalam solat ke dalam kehidupan seharian kita spt menutup aurat,menundukkan pandangan,membaca ayat al-quran,berzikir dan berdoa. Apabila di dalam sembahyang kita mensucikan diri dengan berwudhuk,fikiran kita hanya tertuju pada Allah SWT,lidah kita sentiasa berzikir dan gerakan badan kita sesuai dengan perintah Allah SWT, aurat di tutup dengan sempurna, maka di luar sembahyang pun kita harus melakukan perbuatan seperti itu.
Kita juga perlu meyakini bahawa dengan sembahyang Allah akan membantu dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sahabat2 r.a dahulu mereka begitu yakin dengan sembahyang sehingga anak yang mati boleh hidup kembali,pengisar gandum boleh mengeluarkan gandum dengan sendirinya. Semuanya menunjukkan betapa yakinnya mereka dengan perantaraan sembahyang dapat menyelesaikan masalah mereka.
Hari ini manusia ramai yang mensyirikkan Allah SWT,sehingga apa sahaja yg mereka lakukan mereka mencari asbab tanpa dahulu memohon pada pemberi asbab iaitu Allah SWT. Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda" Barangsiapa yang menjaga solahnya,maka ia akan mendapat lima keuntungan,
1) Allah swt akan menghilangkan kesempitan hidupnya.
2) Ia akan diselamatkan dari seksa kubur.
3) Ia akan menerima buku amalan dengan tangan kanan.
4) Ia akan melalui titian sirat sepantas kilat.
5) Ia akan masuk syurga tanpa hisab.
Untuk mendapat hakikat sembahyang ini maka kita kenalah jaga sembahyang kita di awal waktu dan galakkan suami dan mahram kita yg lelaki untuk bersembahyang di masjid...setiap pekerjaan yang kita lakukan perlulah mengikut waktu sembahyang,bukan waktu sembahyang itu mengikut pekerjaan kita maksudnya 5 ke 10 minit sebelum waktu sembahyang kita dah prepare wudhuk dan sudah berada di tikar sembahyang..biarlah kita menjadi manusia yang sentiasa tertunggu2 waktu utk mengabdikan diri pada Allah swt. Hendaklah kita bawa lima sifat dalam sembahyang kita iaitu:
1) Keyakinan yang sempurna terhadap janji2 Allah SWT.
2) Sembahyang seperti yang dicontahkan oleh Rasulullah SAW.
3) Tahu hukum sembahyang,sembahyang tawajjuh,tak lalai dan sebagainya.
4) Bawa sifat ehsan,di mana kita meyakini bahawa Allah SWT senantisa melihat kita,walaupun kita tidak dapat melihat Allah SWT.
5) Ikhlas yakni niat sembahyang semata2 kerana Allah SWT.
Selain itu juga kita perbanyakkanla sembahyang2 sunat yang lain seperti tahajjud,dhuha dll agar sembahyang tersebut dapat menampung kekurangan sembahyang fardhu kita..mohonlah pada Allah SWT semoga Allah SWT masukkan dalam diri kita sembahyang yang khusyuk..
#mekdolly |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|