CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PlainJane90

Tak nak tapi Nak

[Copy link]
 Author| Post time 21-5-2018 08:37 AM | Show all posts
Terima kasih semua yang memberi komen.
Saya hargai dan semua nasihat akan disemat jauh2 ke dalam pangkal hati.
Saya tahu benda ini akan ambil masa. Saya benarkan diri saya menangis, meraung dan lepas tu saya akan move on.
Tambah pedih bila mengetahui hakikat yang saya ni cuma rebound semata2, yang dia tak pernah pun sayangkan saya dan cuma anggap saya ni tempat untuk dia lepaskan kesunyian.
Saya betul2 manusia paling bodoh kan? Umur dah lanjut tapi masih tak tahu nak bezakan samada orang tu betul2 sayang kita ataupun tidak.
Salam Ramadhan semua. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 09:29 AM | Show all posts
PlainJane90 replied at 18-5-2018 04:44 PM
Hahaha.
Thanks bel146.
Yup! Saya memang menangis aja sekarang ini. Tak ada nak sekat ...

its ok..tu jadik pengalaman hidup tt...what doesnt kill u, makes u stronger..kann..nanti da move on..dia mati pon tt xkesah da..haha..time heals everything..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
PlainJane90 replied at 21-5-2018 08:37 AM
Terima kasih semua yang memberi komen.
Saya hargai dan semua nasihat akan disemat jauh2 ke dalam pa ...

macamana tahu dia xpenah sayang awk
kan dia wasap awk sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
PlainJane90 replied at 21-5-2018 08:37 AM
Terima kasih semua yang memberi komen.
Saya hargai dan semua nasihat akan disemat jauh2 ke dalam pa ...

Sedih plak baca. Hugs
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 12:15 PM | Show all posts
TT,

Jangan buang masa menangis untuk lelaki yg hanya muncul dalam hidup you untuk you rasa semua yg u rasa ni ...buang masa

I cakap dari pengalaman, i punyalah sayang dan faham  ala ala understanding gitu...end up I yang dilukai...so my point...


your happiness is the key of all

listen to your guts

be wise and think smart

be pratical

decide

move on


happpiness bukan terletak pada cinta pada seorang lelaki sahaja, banyak lagi. Jangan buang masa dgn lelaki yg banyak konflik dan doubts.....nnt  you yg merana...


Trust me.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 12:37 PM | Show all posts
bulanbulat replied at 19-5-2018 02:51 PM
Orang baran often manipulative
Time sweet, dia sweet nak mampus sampai kenyangla hati perasaan per ...

woww....sgt2 betul ye..
penah ngan jantan camni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2020 04:44 PM | Show all posts
Salam semua...
Dah dua tahun rasanya tak berkunjung ke board ini. Dan, hari ini tiba-tiba tergerak hati untuk berkunjung balik. Membaca apa yang pernah ditulis di board ini, rasa macam...kalaulah masa boleh diundur..Dan tetap juga merasakan diri ini bodoh kerana masih mengulangi kesilapan yang sama.

Pada forumers yang pernah memberi komen pada post ini, selepas membaca apa yang saya dah lalui dan kesilapan yang sedang saya tanggung, mungkin dalam hati akan terdetik 'I told you so...' atau 'Dah terlambat nak menyesal sis...' tapi, pandangan masih saya perlukan, semoga saya lepas keluar daripada ujian ini, atau mungkin boleh dijadikan pedoman, semoga tak ada lagi insan yang bodoh macam saya.

Saya telah berkahwin dengan lelaki yang sama. Selepas berbolak-balik samada dia lelaki yang baik atau tak, selepas saya lari dan berhijrah ke tempat yang lain, selepas dia berusaha mengejar tanpa henti, berusaha membuktikan bahawa dia benar-benar sungguh inginkan saya..akhirnya kami bernikah pada musim PKP.

Emak dan abah menerima dia seadanya. Statusnya, keadaan kewangannya, sikapnya yang cemburu buta, semua mak abah terima dengan harapan bahawa satu hari nanti dia akan berubah. Emak dan abah saya menganggap dia seperti anak sendiri, ketika dia tiada satu sen pun di dalam poket, emak dan abah yang memberikan duit untuk dia menyewa bilik, mencarikan dia motor untuk bekerja, dengan harapan semoga dia adalah lelaki yang terbaik untuk saya. Tak pernah sekali pun emak dan abah mengungkit kisah silamnya, menghina dirinya, yang selalu emak dan abah pesan, kerja baik-baik, usaha rajin-rajin pasti akan ada kesenangan yang akan timbul. Dan akhirnya, dia berjaya mengumpul duit untuk belanja perkahwinan kami.

Tipu kalau saya cakap, sepanjang tempoh pertunangan, kami tak pernah bergaduh. Kami selalu bergaduh depan mak abah saya, dan mak abah saya akan jadi tukang pendamai. Dia apabila di  rumah mak abah tak perlu disuruh, tahu membawa diri. Laju sahaja dia bangun untuk membantu, tak kekok meskipun bukan di rumah sendiri. Disuruh ke kedai membeli barang, tolong cat rumah, membaiki paip, tolong bertukang, malah hantaran kahwin kami pun, kami buat sama-sama dengan bantuan mak.

Disebabkan sikap rajinnya itu, emak abah merasakan bahawa dia perlu diberi peluang kedua. Meskipun dia mempunyai kisah silam, namun emak abah yakin bahawa dia boleh berubah. Dan saya, sejujurnya, apabila melihat emak abah yang senang dengan sikapnya, sedikit sebanyak terbuka rasa hati untuk terus berhubungan dengannya meskipun kadang-kadang saya sedih kerana kami terlalu kerap bergaduh.

Dia pernah mengamuk di depan mak abah, dia pernah menghempas telefon saya depan mak abah, dia pernah melulut merayu pada abah disebabkan abah muak dengan sikap barannya yang suka menghempas barang, dan kami pernah bertengkar depan mak abah sampaikan buat kali pertama saya mendengar jeritan abah.

Tapi, sekarang..walau banyak keburukan dirinya yang pernah dia perlihatkan, dia tetap menjadi suami saya. Cinta pertama saya, yang cuba saya nafikan, yang saya larikan diri, yang saya anggap perasannya pada saya hanyalah sekadar main-main, telah menjadi suami pada beberapa bulan yang lepas.

Namun, baru-baru ini, emak dan abah bercakap yang emak dan abah dah muak dengan sikapnya. Perangainya emak cakap, takkan berubah. Emak abah mula merasakan bahawa dia adalah lelaki yang silap untuk saya. Handphone saya dan handphone dia sekali lagi dipecahkan, dan barang-barang dalam rumah musnah sebab dia mengamuk. Amukannya pula hanya disebabkan dia mengatakan saya melawan cakapnya. Emak dan abah betul-betul kecewa dengan sikapnya, dan saya terus merasakan dunia saya gelap. Andailah dulu saya kuatkan hati untuk melangkah pergi..andailah dulu saya kuatkan hati untuk berpisah dengannya, andailah dulu saya ikut nasihat forumers di sini, pasti saya takkan menulis lagi di sini, pasti saya bebas daripada hidup dengannya, pasti emak abah takkan kecewa, bingung memikirkan pasal saya.

Emak dan abah menyuruh saya menuntut fasakh. Kata abah, biarlah berpisah sebelum ada anak. Dahulu diberikan peluang sebab emak abah rasa dia mampu berubah, tapi rupanya semua sia-sia. Sekarang barang yang musnah, esok lusa, silap-silap saya yang dibunuhnya.

Sejujurnya, jiwa saya kosong sekarang ini. Suami saya dah beberapa kali meminta maaf, merayu supaya saya jangan tinggalkan dia, sebab dia merasakan bahawa emak abah dah tak suka padanya, dan apabila kami bersembang, saya sendiri pasti akan menangis tanpa tahu sebabnya.

Mungkin perceraian memang terbaik untuk saya kan, sebab suami boleh dicari ganti, tapi ibu bapa tetap kekal sampai mati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorr tt siannya..ikutlah ckp parents tu.kata org benda yg dah jadi jgn disesal.even i pn masih blur lagi dgn ayat tu?susah tk nyesal benda yg kita rasa boleh dielak tp nape tk elak dlu hukhuk..kuatkan semangat ye tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2020 09:06 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 28-7-2020 09:08 PM

Kagum gak laaa sanggup ko update lepas 2thn posting yg dulu..hidup skrg tak seindah mimpilah kan.Memang patut org marah sebb tah kenapa ko ni degil sgt nak kawin dgn dia.
Huuurmmmm org baran ni memang sweet talker.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Speechless baca..tt kahwin dgn lelaki tu juga
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla cerai tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 07:40 AM | Show all posts
MissyMolly replied at 28-7-2020 05:25 PM
Lorr tt siannya..ikutlah ckp parents tu.kata org benda yg dah jadi jgn disesal.even i pn masih blur  ...

Terima kasih MissyMolly...
Benda memang dah jadi, dan semua ini memang berpunca daripada saya.
Kadang-kadang memang wujud rasa menyesal, tapi rasa menyesal tu sikit. Sayang saya pada dia dah membutakan saya agaknya.
Mak saya pun cakap, semua orang wajar diberi peluang kedua, tapi bila peluang tu disalahgunakan, semua jadi sia-sia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 07:43 AM | Show all posts
Meiizu replied at 28-7-2020 09:06 PM
Kagum gak laaa sanggup ko update lepas 2thn posting yg dulu..hidup skrg tak seindah mimpilah kan.Mem ...

Saya memang tak pernah nak berangan tinggi-tinggi. Cukuplah sekadar angan-angan nak ada suami yang baik macam kawan-kawan saya yang lain.
Tapi nampaknya, semua tu bukan rezeki saya.
Dia memang baik, rajin..Itu kebaikan dia yang mak abah saya puji.
Tapi entahlah...bila datang barannya, habis semua barang nak dirosakkan.
Lebih daripada sepuluh handphone rasanya dia belikan selepas dia rosakkan.
Sikap kuat menghempas barangnya itu yang emak dan abah tak boleh dah nak terima.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 07:44 AM | Show all posts

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
PlainJane90 replied at 29-7-2020 07:40 AM
Terima kasih MissyMolly...
Benda memang dah jadi, dan semua ini memang berpunca daripada saya.
K ...

Tp yg bagusnya u kawen pn mmg parents restu.apa2 pun bkn u buat kptsn sendiri kan?tah la..dugaan org ni lain2..all the best u!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 09:45 AM | Show all posts
sepjg pekahwinan dia ada pukul tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2020 09:51 AM | Show all posts
MissyMolly replied at 29-7-2020 08:41 AM
Tp yg bagusnya u kawen pn mmg parents restu.apa2 pun bkn u buat kptsn sendiri kan?tah la..dugaan o ...

Ya parents saya restu.
Masa saya balik semula ke kampung selepas putus hubungan dengan dia, dia yang contact mak saya, merayu-merayu minta maaf.
Mak abah rasa kasihan, bagi peluang bagi duit carikan motor carikan bilik sewa untuk dia cari pekerjaan baru.
Walaupun kami memang kerap bergaduh depan mak abah saya, dan mak abah saya sendiri pun dah tengok perangai dia yang suka menghempas barang masa kami bertunang, tapi mak abah tetap bagi dia peluang.
Cuma sekarang, mak abah cakap mak abah dah tawar hati. Mereka rasa mereka dah silap buat keputusan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 09:52 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 29-7-2020 09:45 AM
sepjg pekahwinan dia ada pukul tak

Tak pernah pukul..dia cuma pukul diri dia sendiri dan rosakkan barang-barang aje.
Kalau dia rasa nak mengamuk, dia akan jauhkan diri daripada saya.
Lepas tu dengarlah bunyi tung tang tung tang dkr luar rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
PlainJane90 replied at 29-7-2020 09:51 AM
Ya parents saya restu.
Masa saya balik semula ke kampung selepas putus hubungan dengan dia, dia y ...

Iols rasa parents u pentingkan u je ni.depa tgk laki u lyn u mcm tu yg depa kata sebaiknya berpisah.kalau laki u layan u elok tkdenya srh cerai..dah la nk raya ni.mesti syahdu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 10:14 AM | Show all posts
MissyMolly replied at 29-7-2020 10:08 AM
Iols rasa parents u pentingkan u je ni.depa tgk laki u lyn u mcm tu yg depa kata sebaiknya berpisa ...

Ya rasa sedih sgt sekarang. Tak tahu kenapa. Walaupun saya tahu perangai buruk dia, tapi saya tetap rasa sedih bila mak abah suruh berpisah.
Rasanya suami saya pun dah dapat hint, sebab dia dah banyak kali tanya mak abah dah benci dia ke? Awak nak tinggalkan abg ke? Abg minta maaf..Abg tak boleh nak kawal baran abg.
Sekarang pagi-pagi sebelum nak ke tempat kerja, mesti dia akan peluk dan cakap..bila abg balik kerja nnti, awk ada dekat rumah kan? Kita jumpa lagi kan petang ni?
Kenapalah saya pilih jalan hidup macam ini? Kalau dulu saya kuatkan hati tinggalkan dia, mesti saya dah bahagia sekarang.
Single tapi bahagia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.221042 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list