CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sang_Pencinta

Lavida Coin Milik DS Vida Diumum Haram Oleh Bank Negara Malaysia

[Copy link]
Post time 30-8-2018 11:51 AM | Show all posts
pasti dato vida tiap hari ada orang pm dia mintak pinjam duit

ala, ada forumers kat sini pun dengar2 selalu pm orang mintak pinjam duit

bila tak dapat pinjam, dia marah puloppp

dasar hati nurani tiada noor islam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2018 12:00 PM | Show all posts
palmolive replied at 30-8-2018 10:53 AM
setakat baca pagi ni dalam pemerhatian..takde pulak tulis diharamkan

https://www.bharian.com.my/bisne ... ewangan-bank-negara
Lavida Coin masuk senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.
Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.
Turut disenaraikan adalah laman web berkaitan penawaran Lavida Coin iaitu luxgalaxies.com dan www.lavidacoin.com
Berdasarkan penyenaraian terkini itu, BNM kini sudah menyenaraikan 423 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan.
Berdasarkan Amaran Pengguna Kewangan yang dikeluarkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.
Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans, pengendali takaful, penggurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini perniagaan perkhidmatan wang) diberikan lesen oleh BNM.
Semalam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata, ia sedang memantau maklumat sedia ada mengenai mata wang kripto Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan terutama yang membabitkan mata wang kripto dan token digital.
“Kami sudah pun menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan.
Kertas putih itu mendakwa Lavida Coin ditawarkan sebagai inisiatif pembiayaan swasta bagi pengumpulan modal atau dana bernilai untuk pembangunan tiga projek dan hanya pembiayaan ramai saja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan terbabit.
Sebelum ini, Datuk Seri Vida (DSV) memperkenalkan mata wang digital atau kripto dikenali Lavida Coin pada harga yang ditetapkan iaitu 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71).
Menurut ahli perniagaan dan selebriti itu, ia ditawarkan pada harga serendah RM99 bagi 30 unit Lavida Coin sehingga RM9,900 (3,000 Lavida Coin) dan urus niaga dijalankan dalam Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar Brunei dan Dolar Amerika Syarikat (AS).










Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 30-8-2018 10:50 AM
Pelancaran Lavida Coin Singapura

Woah!! Smpi kat spore jgk.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:07 PM | Show all posts
ia dalam alert list
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:14 PM | Show all posts
dia ni penyokong kuat pakatan harapa, memang terlepas punya


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:19 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 30-8-2018 03:20 AM
Individu kaya seperti Mark Zuckerberg, Bill Gates, Li Kah Sing dan Tan Sri Albukhary pun tak perna ...

Sebab mereka flush otak dalam jamban dan masukkan taik dalam kepala.
Kaya raya pun sebab rata2 pengguna kat malaysia ni tak berapa nak bijak, malas membaca/mengkaji & mudah tertipu dengan testimoni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm token kat funfair je nilai n bentuk dia. Kih3.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:48 PM | Show all posts
Orang tamak selalu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 01:01 PM | Show all posts
harap BNM tolong la  sebarkan si penipu nie..jgn bagi dia tipu ramai org lagi..bagi kesedaran la kat deme nie..si bibir besar nie kalu tak menipu tak sah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
lateefah replied at 30-8-2018 11:51 AM
pasti dato vida tiap hari ada orang pm dia mintak pinjam duit

ala, ada forumers kat sini pun deng ...

Di sini pula kamu ya
Aku kira vida ini sifat penipunya
Sama seperti tuan kamu
Menipu itu berdosa
Aku harap kamu bertaubat dan stop
Dari menjadi khadam laba
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Di mata aku dia ni penjenayah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
DSV dijentik utk kesekian kali tp dia tetap la akan buat bodo
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:40 PM | Show all posts
mmg dasar penipu tul…………...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tk bole ditangkap kekalo produkny disahkan menyalahi undang2?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:01 PM | Show all posts
tak pernah serik ke?
or insaf maybe?
tuhan dah tarik nyawa anak dulu
should be more down to earth la vida oi
ni makin meriak angkuh cakap lagi sekarang ni
come on la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:14 PM | Show all posts
money landry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 02:21 PM | Show all posts

lebih tertarik pd batu permata yg tergantung

terus teringat Diva Aishah claim fake
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:26 PM | Show all posts
Beliau adalah scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:45 PM | Show all posts
sampai kiamat pon orang melayu tetap rela tersontot. dari Luxor, emas delay tok belagak , mface, Hai-o pad tampal kat dahi sampai la Lavidaloklak pon masih x sedar diri. Fikir logic la, mana ada pelaburan yang boleh janji untung cepat & banyak gitu je. Fund2 besar pon x berani nak buat ayat gerenti untung. pigidah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:52 PM | Show all posts

hahahahahahaha tergelak besar i tengok u ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.417753 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list