|
[Tempatan]
Main kutu salah di sisi undang-undang. Kutu tradisional tak termasuk. #update
[Copy link]
|
|
CupuCupu replied at 18-9-2018 03:40 PM
Aku ada kn ngan mbe fb..dia jd mak kutu..beratus kump bukak semua dia no1.asalnya ok.lm2,time turn k ...
Bgus sis btau je nama org cenggitu..jnis xtau halal haram.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak pernah main kutu masa umur akak sekolah rendah lagi dengan kawan2 sekelas akak. Tak sangka akak dah jadi penjenayah masa kecil lagi dekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 18-9-2018 04:38 PM
napa ko report polis tapi tak jadi apa?
under akta larangan kutu 1971 pindaan 2011, mmg mak kut ...
Aku xreport sbb xkena.yg kn dh bduyun2 gi report.tp ms tu polis kata xleh buat kes pun.sbb mak kutu bkn paksa korang masuk main.korang yg nak..jd tanggung la...yg akta baru ni xtau la plk..kdg polis ni pun ckp je lebih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama dah main kutu ni salah di sisi undang2. That aside, saya kurang paham kenapa org suka main kutu. Kalau pemahaman saya betul, kutu ni mcm menabung tanpa dividen/faedah. Kalau kita main kutu utk 12 bulan dgn kadar 1k sebulan, bukan ke elok kalau masukkan eFD je tiap bulan 1k juga. Habis 12 bulan, 12k pun dapat, dividen pun dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
nuril86 replied at 18-9-2018 08:48 PM
just nk tnylaa.... klw m kutu penipu kite blh buat report utk dptkan details diakan.. sbb member cad ...
buat repot polis sebut sekali akta 28 kat polis sarjan yg ambik laporan tu |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 18-9-2018 09:21 PM
Dah lama dah main kutu ni salah di sisi undang2. That aside, saya kurang paham kenapa org suka main ...
Kutu sbnya untung kalau dapat giliran cepat atau pertengahan... kalau dapat akhir.. mmgla sama.konsep.menabung di bank.sendiri. tp takut tak berdisiplin |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 18-9-2018 01:38 PM
buat repot polis sebut sekali akta 28 kat polis sarjan yg ambik laporan tu
ok sis.. akan ku sampaikan padanya nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
Aii harap mak mertua Nora Danish ada baca amaran polis sebab Puan Sri main kutu dgn kawan kawan Datin/Puan Sri.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha. payah juga nak relatekan benda ni.. tapi bila @supernaturalee dah kabor tu kita terima lah. maafkan hamba....
|
|
|
|
|
|
|
|
Oo. Kalau dpt awal, bolehlah masuk ke FD kumpul dividen gitu. Atau laburkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa ceti zaman dulu tak sekejam along zaman lani. sebab itu mereka boleh survive biz tersebut secara baik dan diterima hampir semua bangsa di sekitar mereka.
harap kita tidak terlibat dgn pinjaman2 spt along. even kalau boleh elakkan pinjaman bank juga kecuali utk pembelian yang paling penting dan besar. ada satu kawan saya ni sanggup simpan duit utk beli kereta secara tunai. sebab nak elak riba.
accrod 2.4 2009 dia beli secara tunai dgn rm48k. simpan duit selama 7 tahun lebih. dia kerja guru memandu. salute lah boleh beli accord cash (walapun 2nd). melopong kami yang bayar bulan2 800 ke bank utk sebuah besi.
|
|
|
|
|
|
|
|
accrod 2.4 2009 dia beli secara tunai dgn rm48k. simpan duit selama 7 tahun lebih. dia kerja guru memandu. salute lah boleh beli accord cash (walapun 2nd). melopong kami yang bayar bulan2 800 ke bank utk sebuah besi.
salute lh kwn kau
ada sorg kwn pun mcm tu jgk
beli kancil cash
dlm 2010 dulu
sbbnya xsuka berhutang
sanggup simpan cash tiap bln
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku buat kutu kutu emas
selalu nampak kat FB sheols
tapi sheols memang boleh di percayai |
|
|
|
|
|
|
|
aku main kutu dkt ofis...so far ok je...kutu utk bayar insurans dgn road tax kete...dan kutu jenjalan... |
|
|
|
|
|
|
|
kann. bahagia nya... tapi kerja makan gaji mcm aku ni susah nak menyimpan. nak tangguh / hapus ptptn pun tak menjadi. tinggal harapan sahaja lah. |
|
|
|
|
|
|
|
harap nya nanti dah selesai hutang 1000 billion tu boleh lah rakyat menikmati pendidikan percuma utk generasi akan datang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Skim wang kutu tradisional tidak termasuk dalam akta - SSM
Bernama | Diterbitkan pada September 20, 2018 05:28 MYT
KUALA LUMPUR: Aktiviti skim wang kutu secara tradisional yang tidak bermotifkan keuntungan tidak termasuk dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan skim wang kutu tradisional hanya memberikan kembali jumlah yang disumbang mengikut giliran yang ditetapkan.
"Skim wang kutu tradisional biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan dalam kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulkan wang mengikut keperluan masing-masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu," kata kenyataan itu.
Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 melarang mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (atau dahulunya Akta Syarikat 1965) atau perniagaan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menjalankan aktiviti perniagaan berbentuk skim wang kutu.
Jika didapati bersalah, penganjur boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
SSM menegaskan aktiviti wang kutu yang mendatangkan hasil yang berlipat ganda berbanding sumbangan yang diberikan termasuk sebarang pulangan tambahan selain daripada wang sumbangan asal adalah termasuk dalam aktiviti yang dilarang dan tidak terkecuali daripada akta tersebut.
Baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memaklumkan aktiviti main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, JSJK mendedahkan terdapat beberapa kes penganjur atau 'ibu kutu' menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
ni jenis yg main kutu dgn entah sapa2, memasing tak kenal
banyak aku tengok orang iklan kat socmed ajak join kutu
aku pun main kutu jugak, tapi dgn ahli keluarga jer
dedulu ade join kutu ngan org kampung, tapi ade yg ngelat lambat bayar
so malas dah....baik main kutu ngan family jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|