CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lagendahidup

Kisah Pengalaman Merawat

[Copy link]
Post time 24-12-2018 11:56 AM | Show all posts
lama betul tak masuk rumah ini...

parking lu kjap sni..
tak sempat nak habiskan...settle kerja dulu . nnt smbg baca...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Blom ada sambungan ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 08:35 PM | Show all posts
nape tak sambung lg tt?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 11:19 AM | Show all posts
lagendahidup replied at 7-12-2018 08:05 AM
Sambungan....

Selepas nampak makhluk asap berbadan besar ni aku mula interaksi dengan dia. Benda  ...

tt bila nak update...



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 12:09 PM | Show all posts
lagendahidup replied at 21-12-2018 05:48 PM
maaf ya buat masa ni saya tak dapat nak sambung cerita lagi sebab line internet dkt kampung tak bera ...

Salam tt

Pasir Puteh yg kat negeri mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:53 AM | Show all posts
tt ples sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 09:50 AM | Show all posts
Assalamualaikum

Maaf ya semua lama tak update dekat sini. Sibuk sikit kebelakangan ni dengan urusan keluarga.  Ok baik kali ni aku akan sambung kisah rawatan yang terkini sebagai perkongsian untuk semua. Semoga kita semua dapat ambik iktibar daripada kisah kali ni.

Sihir Pemakan Janin

Kisah kali ni bermula apabila keluarga pesakit menghubungi aku untuk mintak pandangan mengenai masalah yang anak dia alami. Kita namakan si anak ni sebagai Ju la ya mudah sikit. Si Ju ni masih muda lagi dan sudah berkahwin selama 5 tahun tapi masalahnya dia belum lagi dikurniakan cahaya mata. Sudah banyak kali sebelum ni dia “lekat” tapi masalahnya selepas dua tiga hari dia disahkan lekat mesti dia akan ‘turun darah” balik. Pernah sekali bila scan nampak jelas ada dua kantung iaitu mungkin kembar tapi selang beberapa hari dia akan turun darah sama seperti sebelumnya.

Jadi macam biasa bila keluarga dia tanya dekat aku pasal masalah ni benda pertama aku sarankan buat medical checkup secara menyeluruh sebab selalunya benda macam ni jadi sebab masalah rahim lemah tapi katanya Ju dah banyak kali dapatkan rawatan di hospital swasta tapi dia disahkan normal dan tak dak sebarang masalah dari segi fizikal.

Bila dengar macam tu aku pon musykil jugak. Boleh jadi disebabkan oleh gangguan. Jadi nak ringkas cerita aku set satu tarikh dengan Ju dan keluarga dia untuk kenal pasti punca sebenar masalah yang dia alami.

Bersambung daaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2019 09:51 AM | Show all posts
soul_fly replied at 31-1-2019 12:09 PM
Salam tt

Pasir Puteh yg kat negeri mana ni?

Wassalam .Pasir Puteh di negeri Kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:14 PM | Show all posts
brp bnyk sambung daaaa.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 04:32 PM | Show all posts
Sambungan Sihir Pemakan Janin

Tibalah hari yang ditetapkan untuk sesi rawatan. Sebelum mula sesi rawatan macam biasa aku tanya Ju ada tak alami benda yang aneh sepanjang tempoh keguguran ni. Kata Ju memang sebelum ni banyak benda aneh yang dia alami contohnya selalu nampak bayang suami dia di rumah padahal suami dia dah p kerja dan juga selalu bermimpi benda yang pelik-pelik dan ngeri macam tu.

Ringkas cerita aku pon mulakan sesi rawatan. Mula-mula sekali dalam kaedah rawatan aku ialah kenal pasti punca gangguan. Gangguan bagi pandangan aku la dapat dibahagikan kepada 2 jenis. Pertama gangguan disebabkan dampingan yang bawahnya dapat kita klasifikasikan pada saka, jin asyik, menempel, ilmu dan sebagainya dan kedua disebabkan oleh sihir atau jin yang berniat jahat. Udoh la cita sikit-sikit lagipun fokus utama ialah kisah rawatan bukan ilmu rawatan kan.

Ok berbalik kepada cerita,  selepas dilihat punca sebenar penyakit barulah aku tahu yang masalah yang dialami Ju ialah disebabkan oleh gangguan sihir. So nak mudah cerita aku tarik makhluk yang ganggu dan letak pada badan si Ju untuk mudah kita setelkan urusan yang tertunggak cewah. Tarik ja terus jadi merasuk la si Ju ni. Selepas proses seksa-menyeksa selama sejam barulah si jin sihir ni mahu bagi kerjasama dan ceritakan apa yang dia buat pada badan Ju. Kerja utama jin sihir ni ialah memakan janin Ju yang menurut si jin ni sangatlah lazat. Patotla si Ju ni kerap sangat sakit di kawasan peranakan tapi bila bawak ke hospital x dapat kesan pulak punca penyakit, pelik bin ajaib betol.

Jadi nak ringkas cerita punya pasal, jin sihir tersebut aku hapuskan dengan izin Allah dan satu amaran keras diberi kepada si tok moh agar jangan lagi ganggu si Ju ni. Kalau tidak gue fire lu tok moh. Pantang bebenor teman dengan tok moh zalim dan ambik kesempatan ni.

Akhir cerita saya nak nasihatkan dekat semua bila kita bercakap dengan sesiapa pon kita kena hati-hati agar tak terguris hati perasaan orang lain. Kita kena ingat kalau dia x boleh serang kita dia boleh jadi akan serang orang yang terdekat dengan kita. Kadang-kadang si tukang sihir pandai jugak, dia akan serang orang yang paling kita saying sebabnya ni akan bagi kesan yang lebih mendalam pada kita berbanding serang diri kita sendiri.

Bak kata orang tua-tua kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 10:13 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua .alang-alang dah log in hari ni saya nak kongsi sikit kaedah rawatan untuk penyakit sihir yang berulang-ulang.

Pendapat saya bagi sihir yang berulang lebih elok jika ditukar kaedah rawatan daripada defensive ke offensive. Daripada bertahan kepada menyerang. Jika sebelum ni pergi berubat kita cuma buang saja sihir dan sebagainya tapi masih berulang sakit, jadi lebih baik kita mulakan serangan kepada orang yang menjalankan sihir.

Pendapat saya dalam kaedah serangan ini elok dilakukan serangan kepada 3 pihak:
1. Tukang sihir
2. Pengupah sihir
3. Sesiapa saja yang terlibat dalam sihir

Tapi kena ingat jangan buat serangan utnuk mematikan diaorang cuma lebih kepada peringatan agar diaorang hentikan perbuatan sihir-menyihir ni.

Kaedah-kaedah serangan ada pelbagai cumanya selalu perawat tak akan buat kaedah serang sebab akan ada risiko kepada perawat. Risiko daripada serangan balas daripada tukang sihir dan sebagainya.

Jadi kepada sesiapa yang ada masalah sihir berulang, saya cadangkan berhenti bertahan dan mulakan serangan agar jadi pengajaran pada diaorang. Setel
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lagendahidup replied at 26-2-2019 10:13 AM
Assalamualaikum semua .alang-alang dah log in hari ni saya nak kongsi sikit kaedah rawatan untuk pen ...

Tuan, boleh kongsikan kaedah yg tuan gunakan utk serangbalas serangan sihir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
lagendahidup replied at 26-2-2019 10:13 AM
Assalamualaikum semua .alang-alang dah log in hari ni saya nak kongsi sikit kaedah rawatan untuk pen ...

Tuan...kongsi cerita baru.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 11:59 AM | Show all posts
best baca cerita dari seorang  perawat..
sy ni pulak dh biasa tgk org merawat sbb kerasukan..
tolong sambung lg TT.. setia menunggu cerita dr TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2019 09:45 AM | Show all posts
Maaf lama x posting

Kebelakangan ni kebanyakan kes yang saya dok rawat ialah kes melibatkan masalah rumah tangga dan juga kes kanser

X banyak sangat kes gangguan. Ada satu dua saja kes gangguan jadi nak kongsi pon x ada sangat. Tunggu saya dapat kes gempak-gempak saya kongsi dekat sini ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2019 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Encik tt ada dtg ke kl atau selangor ke utk mengubat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2019 10:24 AM | Show all posts
zeetacunn replied at 1-10-2019 01:00 AM
Encik tt ada dtg ke kl atau selangor ke utk mengubat?

saya sekarang memang menetap di selangor
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 09:55 AM | Show all posts
lagendahidup replied at 2-12-2018 11:22 AM
sambungan....

maaflah lambat ya, banyak kirija skrg maklumlah zaman ekonomi sekarang kena pulun c ...

pesakit masa tengah menulis ni, dia dalam keadaan duduk ke baring?
tapi tak boleh bercakap ya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 12:28 PM | Show all posts
lagendahidup replied at 6-12-2018 11:08 AM
Maaf ya xsempat nak sambung tulis cerita hari tu .terpaksa mintak tolong P.A x berbayar tuliskan .in ...

wah kena bagi elaun jugak ni kat PA
mesti seronok kalau dapat dgr cerita ni secara live dari awak.
sambil lopong2 mulut, tangan letak bwah dagu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.188724 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list