CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

[Jenayah] Mayat diikat dengan motosikal ditemui dalam sungai, UPDATED #49 Si Tertuduh

[Copy link]
Post time 25-12-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile punya takut bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Siak tul.perangai jantan tak bertelo ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:47 AM | Show all posts
mak aii...umur 21 dah bunuh orang....modes operandi nya boleh tahan plak tu..nk hilangkan mayat ikat dgn motorsikal mcm tu sekali….mesti banyak tgk citer CSI ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 12:04 PM | Show all posts
sungguhpun aku tak gemar org bangla nie... tapi membunuh org bangla sesuka hati nie dah melampau sangat.

21 thn dah bunuh orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu bunuh orang ker?

Ada rakan subahat ke?

Berat kerja ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 12:13 PM | Show all posts
Yamaha Kriss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2018 01:36 PM | Show all posts
Pendek akal betul. Kan dah kena tangkap polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2019 01:16 PM | Show all posts

Khamis, 3 Januari 2019 | 11:56am


Tertuduh dibenar jalani pemeriksaan psikiatri

Oleh Muhammad Apendy Issahak
[email protected]


BATU GAJAH: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi pertuduhan bunuh dan melupuskan mayat rakan sekerja mereka dalam kejadian di Kampung Gajah, dekat sini dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Noor Izwan Mat Zamin, 19, dan Mohamad Amier Amzar Mohd Aspar, 22, didakwa membunuh Md Ovaidul, 32, warga Bangladesh yang bekerja di ladang lembu milik bapa Mohamad Amier Amzar.

Kedua-duanya didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu di Sungai Kinta, kawasan Sungai Galah, Kampung Gajah di dalam daerah Perak Tengah, antara jam 8.20 malam hingga 10.20 malam, 15 Disember lalu.

Bagi pertuduhan pertama itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Mohamad Amier Amzar dan Muhammad Noor Izwan.

Pertuduhan kedua, rakan yang bekerja di ladang lembu sama itu didakwa secara bersama melupuskan mayat Md Ovaidul di lokasi dan masa yang sama dengan niat menyembunyikan pembunuhan.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan dikenakan denda.

Mohamad Amier Amzar yang juga suspek utama diwakili peguam Mahinderjit Singh dan Muhammad Noor Izwan tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dijalankan Nur Farhana Hashim di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mahinderjit memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dihantar untuk pemeriksaan psikiatri mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Prosedur Jenayah kerana dimaklumkan ahli keluarga Mohamad Amier Amzar tertuduh berkenaan kurang siuman.

Mohd Fitri kemudian membenarkan tertuduh berkenaan dihantar ke Hospital Bahagia Hulu Kinta, Tanjung Rambutan selama sebulan, manakala seorang lagi tertuduh tidak dibenarkan jamin dan sebutan semula kes ditetapkan 30 Januari ini di Mahkamah Majistret Parit.

Pada 18 Disember lalu polis menerima maklumat awam penemuan satu mayat reput dalam sungai yang selepas dibawa ke darat, mayat didapati diikat dengan tali pada kaki kanannya dan tali itu pula diikat pada sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang dipercayai dijadikan sebagai pemberat bagi menenggelamkan mayat.

Terdapat kesan kelar pada leher mangsa dan dua kesan luka di belakang kepala mangsa di mana siasatan awal polis mendapati mangsa dibunuh pada 15 Disember lalu.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa apabila suspek memaklumkan kepada isterinya yang dia keluar makan bersama mangsa pada hari kejadian, namun mangsa menafikan perkara itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2019 01:16 PM | Show all posts


MUHAMMAD Noor Izwan Mat Zamin (dua dari kiri) dan Mohamad Amier Amzar Mohd Aspar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini, bagi pertuduhan bunuh dan melupuskan mayat rakan sekerja mereka dalam kejadian di Kampung Gajah, dekat sini dua minggu lalu. - Foto Muhaizan Yahya
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 01:26 PM | Show all posts
nak berbini tak ngaku gila pulak..
bunuh orang terus ngaku gila?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2019 01:29 PM | Show all posts
kejam gila manusia neh.

bini dia neh garang macam sape?

yang dia takut sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 3-1-2019 01:16 PM
MUHAMMAD Noor Izwan Mat Zamin (dua dari kiri) dan Mohamad Amier Amzar Mohd Aspar dihadapkan ke M ...

Budak noor izwan tu tak pasal2 tido lokap berdepan dakwaan mahkamah walhal dia cuma tlg anak tokey yg separa siuman jek
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER: BARU ni saya ada tengok satu documentary kes pembunuhan, sebenarnya untuk tenggelamkan mayat tak perlu menggunakan pemberat pun utuk tengelamkan mayat ...



Aah..tp terbayang..besepah nya isi prt myt..dimakan ikan..lalu ikan dimakan kitaa..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 05:22 PM | Show all posts
dah kenapa marah sangat sampai bunuh orang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.060957 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list