Takziah dari saya. Saya simpati. Boleh masuk page di bawah kalau ada kemusykilan.
Peguam Syarie:Asyraf & Associates
BIARLA DIA TAKNAK BAYAR NAFKAH ANAK. SAYA LETIH NAK TURUN NAIK MAHKAMAH. Ini adalah keluhan yang biasa didengari dari para ibu. Mereka mengalah untuk membuat tuntutan nafkah anak dan sanggup membiarkan diri terbeban dengan masalah kewangan dan biarkan bekas suami hidup senang lenang. Kesusahan yang berlaku adalah di atas diri anda sendiri. Adalah menjadi kebiasaan kes-kes di mahkamah tak boleh selesai dengan hanya sekali kehadiran kecuali jika bekas suami setuju dengan tuntutan anda. Perlu diingat mahkamah juga banyak kes lain yang perlu dikendalikan. Mahkamah juga perlu berhati-hati dan memastikan keadilan setiap pihak tercapai. Berkaitan dengan tempoh masa penyelesaian kes,ianya adalah suatu perkara yang subjektif. Jika anda bagi kerjasama yang baik dan sentiasa ikut apa yang di arahkan oleh hakim,maka kes akan dapat diselesaikan dengan lancar dan cepat. Sebab tu bila kes di peringkat perbicaraan,hakim nasihatkan supaya lantik peguam supaya dapat membantu melancarkan kes. Berdasarkan pengalaman kami,banyak kes lewat diselesaikan sebab pihak2 tidak faham dan tidak akur dengan arahan mahkamah menyebabkan kes tidak dapat diteruskan. ANDA TAHU TAK? Sebenarnya ada 2 jenis tuntutan nafkah yang boleh dibuat iaitu Nafkah anak (kekal) dan juga nafkah anak sementara (interim). Tetapi nak dapatkan perintah sementara,kena file juga perintah kekal. Tak boleh file perintah sementara je. Bagi kes perintah nafkah sementara,ianya lebih cepat diselesaikan berbanding perintah kekal. Tetapi perintah sementara hanya berkuatkuasa selagimana perintah kekal belum diputuskan oleh Mahkamah. Apabila perintah kekal telah diputuskan,maka secara automatik,perintah sementara tersebut terbatal. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Sila share dan like page kami.
|