CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: lanesra

[Jenayah] Bayi maut dipercayai ditampar bapa sakit mental. (UPDATED) Suspek kemungkinan di

[Copy link]
 Author| Post time 1-6-2019 06:47 AM | Show all posts
Bapa pukul mati bayi kemungkinan dibebaskan – Ketua Polis Perlis

ARAU – Seorang bapa yang didakwa menampar hingga mati bayi perempuannya berusia enam bulan dijangka dibebaskan berikutan polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohamad berkata, bedah siasat terhadap bayi perempuan itu tidak menemui kecederaan atau pendarahan serius selain doktor mengesahkan suspek tidak mengalami masalah mental seperti yang dilaporkan.

“Polis tidak menolak kemungkinan bayi pasangan itu mempunyai sejarah penyakit yang tidak diketahui,” katanya kepada media selepas melancarkan Op Selamat 15 sempena Perayaan Aidilifitri di Kilometer 26 Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini, hari ini.

Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan ujian deoksiribonukleik (DNA) pasangan itu daripada Jabatan Kimia, katanya”

Noor Mushar berkata, ibu bayi itu yang merupakan rakyat Thailand kemungkinan ditahan di bawah Akta Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Sabtu lepas, lelaki berumur 44 tahun itu ditahan kerana disyaki menampar sehingga mati bayi itu selepas bertengkar dengan isterinya yang memaksa beliau makan ubat sakit mental di kediaman mereka di Kampung Baroh, Santan di sini.

Beliau direman sejak Rabu lepas dengan tempoh reman itu dijangka berakhir pada 4 Jun depan. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2019 06:59 AM | Show all posts
lanesra replied at 1-6-2019 06:47 AM
Bapa pukul mati bayi kemungkinan dibebaskan – Ketua Polis Perlis

ARAU – Seorang bapa yang didak ...

Tak sakit mental pun?
Macamana laporan awal wartawan boleh tulis beliau pernah beberapa kali mendapatkan rawatan sakit mental di HTF?
Wartawan dapat maklumat daripada siapa?  Takkan wartawan suka suki tulis siap bagitau tempat rawatan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok....blh gigih buat anak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko sakit mental, ko nak kawin... Dah tu x nak makan ubat. Ko dah naya anak orang lepas tu ko bunuh anak ko...
Sian baby... Tapi mungkin ini yg terbaik untuk dia.. kalau umur panjang, x tahu apa lagi dugaan untuk dia.. Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 1-6-2019 06:59 AM
Tak sakit mental pun?
Macamana laporan awal wartawan boleh tulis beliau pernah beberapa kali mend ...


Maybe wartawan dapat maklumat drp wife. Tapi wife punya stetmen taknak makan ubat prescription drp psychiatric department tu macam mental sgt suami dia.


Entah2 wife tu yg mental. Tapi suami yg lelama stress dgn wife pastu seek for professionals . Psychiatric patients BUKAN semua ada mental illness . Kalau setakat mood disorder /stress bukan lah dikategori pesakit mental . Dr pakar yg akan tentukan . So maybe nengok record heols kat hosp heols BUKAN sakit mental spt yg wife cakap
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
lostfaith replied at 29-5-2019 01:10 PM
Jgn kawin ngan pesakit mental. Pesakit mental tak sepatutnya beranak pinak. Beranak pinak hanya untu ...

Susah nak tau. Ramai sangat pesakit mental skrg ni. Nampak normal tp mental
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik buat post mortem... terbukti tkde pendarahan @ apa2 akibat penderaan fizikal...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, siannya baby tuh!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.277643 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list