Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu iaitu Tajul Ariff kini telah selamat bergelar bapa setelah isterinya Nurul Shamieza Eddie melahirkan puteri sulung mereka pada 16 November jam 11.56 malam.
Penyanyi tersebut mengumumkan khabar gembira itu melalui laman Instagram beliau.
"Yeay, alhamdullilah anak daddy Adriana Carissa selamat dilahirkan pada 16 November malam tadi jam 11.56 malam,"
Memilih nama Adrianna Carissa untuk anak sulungnya itu, Tajul memberitahu akan mendedahkan wajah puterinya kelak apabila sudah besar sedikit.
Di ruangan komen, Tajul dan isteri dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis. Untuk rekod, Tajul Ariff dan isteri mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017.
Walau bagaimanapun, Tajul merahsiakan perkahwinannya itu dari pengetahuan umum dan hanya didedahkan pada tahun ini. Apa-apapun, tahniah buat Tajul dan isteri! - CARI
|