|
[Tempatan]
COVID-19. Luahan doktor bengang dengan penduduk JB. Zon merah tapi tak diawasi P
[Copy link]
|
|
Peterpan17 replied at 16-4-2020 02:25 PM
patutlah rakyat pun degil. Sejenis dgn rakyatnya. Negeri Johor elok ksh PKP smp ujung tahun terus ...
Kalau ada yang tegur nanti pintu rumah kena ketuk. Agong ok lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah la kesian frontliner n doc la mcm ni.. Spesis degil ni.. Kat tempat aku ni ade gak mcm ni.. Tp belah satu lg.. Kwsn perumahan aku ni baik lg org nye.. Jiran2 oder foodpanda je nampak nye.. Yg jd mslh foodpanda sampai bunyi hon kuat2 dah gan aku2 melatah.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam WhatsApp berleter panjang giler....
tiada kesabaran nak tunggu sampai habis....
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang aku perhati, kalau kat supermarket cam aeon mydin tu ok je, amik suhu, sanitize, mark q line, wajib pakai mask etc.
Yang kat pasar pagi tu ya ampon sampai berlaga bontot. Sebab open access kot, aku lak seram. Lain2 kat area aku ni so far compliance level agak bagus la. Takde berkuntum2. |
|
|
|
|
|
|
|
bile frontliner doktor start bergaduh dgn frontliner polis, tu dah bahaya, aku rs doktor lg stress dr polis |
|
|
|
|
|
|
|
Semak fakta sebelum tuduh orang lain tak buat kerja - Ayob Khan
3-4 minutes
JOHOR BAHRU: Polis Johor menasihatkan orang awam terutama golongan profesional supaya menyemak terlebih dahulu fakta sebelum memuat naik sesuatu video atau gambar sehingga mengelirukan masyarakat.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata adalah tidak bertanggungjawab untuk menularkan fakta yang tidak sahih sehingga kerja dan dedikasi pihak lain dinafikan sewenang-wenangnya.
Beliau turut menyangkal dakwaan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini menerusi sebuah video viral sejak semalam yang mendakwa polis tidak membuat kerja dan hanya duduk di pejabat dan menyifatkannya sebagai sangat tidak bertanggungjawab serta melulu.
“Kita sudah semak lokasi yang dinyatakan doktor ini iaitu di Pasar Larkin, sebuah kedai serbaneka di Taman Bukit Mutiara serta sebuah pasar raya di Taman Daya dan berdasarkan siasatan memang ada penjarakan sosial jadi dakwaan doktor itu tidak tepat.
“Untuk makluman juga Polis Johor sudah menangkap 2,503 orang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan jadi macam mana ada dakwaan yang cakap polis tidak ambil tindakan.
“Sepanjang PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, seramai 3,765 pegawai dan anggota polis ditugaskan sama ada di sekatan jalan raya (SJR) , kawasan kuarantin, hospital dan sebagainya.
“Polis Johor turut dibantu 1,575 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seramai 741 anggota, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) seramai 339 anggota serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) seramai 261 anggota, sukarelawan polis (156) dan polis bantuan (78).
“Ia termasuk kawalan di sebanyak 12 pusat kuarantin di Johor yang dikawal polis (108), RELA (66), APM (108), sukarelawan polis (9) dan polis bantuan (3). Itu belum masuk kawalan ketat di 15 hotel kuarantin, tujuh hospital, 62 lokasi sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini dan pemeriksaan mengejut yang dilakukan 1,551 anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Semalam, video daripada doktor berkenaan yang berdurasi 12 minit 26 saat viral di laman sosial, antara lain mendakwa polis tidak membuat kerja selain tiada penjarakan sosial di beberapa lokasi tumpuan.
Ayob Khan berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang kritikan atau aduan dari mana-mana pihak tetapi perlu berdasarkan fakta bukan hanya sekadar khabar angin.
Dalam perkembangan sama, Ayob Khan turut menafikan gambar tular di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang semalam yang tidak mengamalkan penjarakan sosial terhadap tahanan PKP.
“Gambar yang tular itu tidak tepat kerana ketika itu tahanan baru sampai ke IPD berkenaan dan semasa proses dokumentasi dijalankan kita lakukan penjarakan sosial terhadap mereka,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun sama.. Aku g aeon yg 20km away from umah aku.. Takde polis jaga langsung..
Ade sekali tu.. Aku g econsave yg 26km away dr umah aku pun zero roadblock.. Yg paling dekat tesco.. 10km..tp aku suka lg g aeon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tuding sana-sini pula. Warga JB dah mula rasa kebal dengan penyakit covid-19? Jiran di seberang tambak dah mula tambah 300-400 setiap hari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
yang jenis degil ni adalah yang kurang membaca dan mendedahkan diri dengan info2 berguna pasal covid. So diorang anggap covid ni benda yang biasa macam demam ke apa alah nanti baiklah kalau kena. Ujung2 menyusahkan semua orang kau memang sial yach |
|
|
|
|
|
|
|
Saw her video on ig feed. Lamaaaaaaaaaaa sermon ittew |
|
|
|
|
|
|
|
sume nak hrpkan polis ... diri sendiri tak boleh pk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 16-4-2020 03:17 PM
Semak fakta sebelum tuduh orang lain tak buat kerja - Ayob Khan
3-4 minutes
Abg polis dah marah.
Doktor pun jgn la komplen tak tahu hujung pangkal. Frontliners lain buat keje juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Org Johor jangan nak bersuka ria sangat keluar ke sana ke sini. Kawan iols cakap belakang rumah kakak dia ada pekerja balik dari Singapore dh positive. Hari tu pon ada yg terlepas dari Singapore masuk Johor n trus balik kampung di nismilan |
|
|
|
|
|
|
|
zon merah pun rmai kluar xde pngwasan. kebal virus btul org kt sana yeh |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahla JB dr yg kecik smpai ke besar degillllll |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri sembilan pun kena take note. Degil. Langgar pkp. Sendayan rembau. Now sendayan pertambahan 26 kes. 11 keluarga + pelajar tahfiz. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok je plat johor kalau bawak kereta kat kl. Mcm samseng. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 16-4-2020 06:43 PM
Haiwan je tak faham bahasa. Kecuali apes lah. Yg degil tak paham bahasa ni level bawah apes. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti doktor bengang tu bengang sambil dengar lagu bengang mantera |
|
|
|
|
|
|
|
Org johor ni dia punya degil lain macam sikit. Berapa kali kawan dr i kena kuarantin sebab sekor2 tak megaku ada kontak rapat dengan tabligh, baru balik oversea. Bodo tau org mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|