|
"Moga Ini Berita Baik Buat Anda" - Amyza Sedia Terima Dokumen Dari Peg
[Copy link]
|
|
Myza dok promote anak tembun dia menyanyi. Pada halwa telinga aku, ok ok jerk lah nyanyi, tapi ada calon nak jadi budak softie. Myza baru nak terima dokumen dan heboh sekampung. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ade peguam yg bersuara ....katenye acik renoma agak biadap....aiols bkn lulusan law....tp hrp2 take note la ye ....
Nasihat saya kepada sesiapa yang telah dinamakan sebagai Defendan, jangan mempermain-mainkan proses mahkamah.
Level Writ Saman bukan macam level Notis Tuntutan.
Notis Tuntutan mungkin dianggap hanyalah sekeping surat dari peguam. Boleh buat dono aje. Boleh try wait and see. Entah-entah peguam ni sekadar nak gempaq (takut-takutkan) saja.
Tapi Writ Saman adalah dokumen yang telah didaftarkan di mahkamah. Dah ada nombor kes. Siap dah dapat tarikh sebutan kes di mahkamah.
Bila kes difailkan, procedural law dah take place. Setiap tindakan seterusnya, baik di pihak Plaintif mahupun di pihak Defendan, ada peruntukan undang-undang yang mesti strictly followed.
Defendan tak boleh main lari sembunyi, atau acah-acah mengejek Plaintif, atau memperolok-olokkan peguam. Macam yang artis sorang ni buat. No no no, janganlah cari pasal!
Lebih-lebih lagi bila tempoh untuk Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran dah tamat, sebutan kes sudah dijalankan, Afidavit Penyampaian dan Perakuan Ketidakhadiran sudah difailkan serta proses permohonan Plaintif untuk Penghakiman Ingkar terhadap Defendan sudah bermula.
Sikap Defendan yang tidak ambil serius boleh mengundang adverse effects. Silap haribulan, bukan saja Penghakiman Ingkar diberikan oleh mahkamah, malah tuntutan aggravated damages turut dibenarkan.
Aggravated damages boleh diberikan oleh mahkamah kepada Plaintif, sekiranya terbukti adanya tindakan-tindakan Defendan yang sangat keterlaluan dan melampau, hingga menambahkan kesusahan dan stress kepada Plaintif.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|