|
KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]
[Copy link]
|
|
thanks saat..info yg paling b'guna.. dulu pernah juga masuk kedai ni, org pandang kita ni sengkek je..maklum je le kita ni pakai selekeh je..pastu layan acuh x acuh je.. smp skrg i x pernah masuk lg kedai itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu gagal berniaga kerana Melayu ?
Melayu gagal berniaga kerana Melayu ?SEMUA orang Melayu tidak perlu terperanjat atau tersentak dengan pendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia tiga hari lalu bahawa peniaga Melayu cuma menguasai 10 peratus unit hartanah (ruang niaga) komersiol di seluruh negara.
Justeru bangsa kita sebenarnya masih lagi merangkak-rangkak dalam dunia perniagaaan ketika bangsa lain sudah meluncur laju meninggalkan kita jauh di belakang.
Ini diburukkan lagi dengan sikap orang Melayu sendiri yang biasanya tidak senang melihat bangsanya maju.
Pandangan seorang ahli korporat, Datuk Sulaiman Samat yang mengatakan orang Melayu berperasaan hasad dengki sesama sendiri memang ada kebenarannya.
Sebenarnya sifat-sifat negatif orang Melayu inilah yang menjadi batu penghalang untuk orang Melayu mampu bersaing dengan kaum lain dalam dunia perniagaan.
Kejayaan bangsa sendiri selalu dilihat dengan penuh prasangka buruk dan ada kalanya diperlekehkan sedangkan kehebatan kaum lain terus dikagumi.
Ketika kaum lain bersepakat dan tolong menolong sesama sendiri untuk memajukan perniagaan masing-masing, kita pula lebih senang dengan cara kita sendiri membawa haluan masing-masing demi keuntungan sendiri.
Ketika mereka bertungkus lumus membantu rakan mereka yang baru hendak belajar berniaga, kita pula sibuk memikirkan siang malam cara bagaimana hendak melumpuhkan perniagaan rakan kita yang baru hendak naik - takut menggugat perniagaan kita pula nanti!
Ketika Dewan Perniagaan kaum lain berhempas pulas memikirkan cara terbaik untuk mewujudkan lebih ramai lagi tauke-tauke di kalangan mereka, mengukuhkan lagi dana mereka supaya dapat disalurkan kepada peniaga-peniaga mereka yang memerlukan bantuan; Dewan Perniagaan Melayu pula membuang masa bercakaran sesama sendiri memikirkan soal jawatan itu dan ini daripada mengambil tahu tentang nasib rakan-rakan mereka yang mungkin perlukan bantuan modal dan nasihat.
Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah berupaya menelurkan ramai usahawan Melayu dan juga beberapa kerat tokoh korporat Melayu yang boleh kita banggakan pada hari ini. Paling penting dapat juga memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum sebelum DEB diperkenalkan.
Begitu juga penubuhan Mara misalnya telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang Melayu yang menghadapi masalah modal untuk berniaga - begitu juga bantuan dari segi nasihat dan kepakaran malah ruang niaga juga turut disediakan oleh Mara.
Di kawasan bandar, UDA pula memainkan peranan mendapatkan tapak-tapak ruang niaga untuk disewakan atau dibeli oleh orang Melayu yang hendak berniaga. Begitu juga bank-bank khususnya seperti Bank Bumiputra dan Bank Pembangunan, Bank Pertanian ditubuhkan khusus untuk memberi kemudahan kredit kepada Melayu yang ingin berniaga.
Agensi-agensi yang terbabit untuk membantu orang Melayu berniaga juga sentiasa menganjurkan program-program latihan kepada peniaga Melayu untuk melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran supaya dapat bertahan dalam sepak tendang dunia perniagaan.
Di peringkat pembangunan wilayah pula, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu orang Melayu supaya mampu memiliki tanah sendiri.
Felda, Felcra, Dara , Kejora , Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan banyak lagi rata-ratanya ditubuhkan khas untuk memastikan bahawa ekonomi orang Melayu tidak terus jauh ketinggalan berbanding dengan kaum yang lain. Dan di setiap pembangunan wilayah berkenaan, kerajaan memberi peluang kepada orang Melayu untuk membangunkan sendiri bandar-bandar yang bakal menjadi pusat kegiatan ekonomi penduduk tempatan.
Di Dara, misalnya kita ada Bandar Tun Razak dan juga Bandar Jengka di LKWJ. Apa jadi dengan bandar-bandar itu setelah dua puluh tahun diamanahkan kepada orang Melayu untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat bandar yang rancak kegiatan ekonominya?
Tidak keterlaluan untuk saya mengatakan bahawa bandar itu ibarat hidup segan mati tak mahu.
Saya secara kebetulan sempat ke Bandar Tun Abdul Razak, Keratong Pahang baru-baru ini - amat menyedihkan setelah dua puluh tahun cuma ada gerai-gerai dan warong-warong kecil sahaja yang bertapak di situ - rumah kedai jauh sekali?
Namun begitu, pengalaman saya berkhidmat beberapa tahun di Jengka benar-benar membuka mata saya akan belang sebenar orang Melayu dalam perniagaan. Kegagalan Bandar Jengka untuk muncul setanding dengan bandar-bandar yang dikuasai oleh orang bukan Melayu berpunca daripada sikap orang Melayu juga. Amat menghairankan sebuah bandar yang hampir seratus peratus dikelilingi oleh orang Melayu tidak boleh dibangunkan - sedangkan dalam masa yang sama sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari situ yang dihuni oleh cuma sebilangan kecil komuniti Cina mampu menjadi sebuah bandar kecil yang boleh menawarkan pelbagai bentuk barangan dan kemudahan malah hingga kepada perniagaan jualan kereta sekalipun! Anehnya masyarakat Felda lebih seronok bertumpu di pekan Sungai Jerik ini daripada sama-sama menyumbangkan peranan mereka sebagai kuasa beli untuk membangunkan Bandar Jengka.
Cuma sejak kebelakangan ini, ekoran daripada munculnya UiTM, hospital, bank-bank, kegiatan ekonomi di Bandar Jengka sudah agak rancak dan dengarnya sudah ada usahawan Melayu yang mampu memiliki pasar rayanya sendiri.
Nah, apa lagi yang tidak dibuat oleh kerajaan untuk memberikan peluang kepada orang Melayu menceburkan diri dalam dunia perniagaan? Pada saya bukan faktor modal dan bukan juga faktor kemahiran dan kepakaran yang menjadi batu penghalang kepada kegagalan orang Melayu dalam bidang perniagaan kini.
Ia sebenarnya berkaitan dengan soal sikap orang Melayu sendiri yang kaya dengan hasad dengki, mementingkan diri sendiri dan tidak bersatu padu untuk membantu sesama sendiri.
Justeru, untuk memastikan survival orang Melayu dalam bidang ekonomi amalan-amalan yang merugikan bangsa - menikam dari belakang, memijak kepala orang lain untuk naik, menjadi enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis sama sekali.
Ambillah iktibar daripada kejayaan kaum lain yang boleh berdiri di atas kaki sendiri hasil daripada kekukuhan permuafakatan mereka, kerana tidak selamanya kita harus dilihat sebagai kaum yang suka bergantung kepada orang lain.
Oleh: AHMAD KAMIL MOHAMED
Pensyarah Jabatan Bahasa, UiTM Kampus Segamat, Johor
http://www.angelfire.com/ut/uitmsegamat/ahmad.htm |
|
|
|
|
|
|
|
melayu lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...... |
|
|
|
|
|
|
|
penulis artikel tersebut cuma seorang pensyarah dan bukanya seorang usahawan...buang yg keruh ambil yg jenih...
bagi sesergh org mungkin berpandangan begitu tp tidak bg aku...
stop mengata bangsa sendiri n bangsa lain...
melayu bknlah bangsa yg lemah....cuma kehebatanya x perlula di perbesarkan |
|
|
|
|
|
|
|
Teori lain..praktikal lain..
utk berniaga tidak boelh hanya pada teori shj...
kena lebih kan pada praktikal dan pengalaman |
|
|
|
|
|
|
|
melayu gagal berniaga salah satu sebabnya adalah kerana UMNO..... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm........ |
|
|
|
|
|
|
|
tak ...
sebab tak der displin ...
tak der semangat nak maju ke depan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 sicomel\ catat
hape kena mengena melayu gagal berniaga sebab UMNO?
Pengorbanan paling besar perlu datang daripada Bumiputera sendiri. Kerajaan dapat menyediakan pelbagai peluang, tetapi Bumiputera harus bersedia untuk berkorban harta, tenaga, masa dan memerah otak untuk mencipta kejayaan" toksah asyik nak tunding jari kat pihak lain. selami kelemahan diri kenapa gagal!!
""tiada kejayaan tanpa kegagalan""..
melayu melayu...
[ Last edited by elle_gogo at 2-11-2008 12:01 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
My 2 cents..
Ini pandangan aku yg mungkin salah dan mungkin ade betulnye...hehehehe
Satu fakta yg perlu kite telan pahit pahit adalah, orang lain dah sampai ke KL, kite baru nak bangun dari tido..
Melayu tidak gagal kerana die dilahirkan melayu ataupun hasad dengki...
Mana mana manusia kat dunia tak kire ape kaler kulit die, semuanye same.
Ini dr pemerhatian aku.
Pemerhatian Negative.
-Banyak orang Melayu yg ingin kaya cepat. Ini tak buleh disangkal dengan tumbuhnye MLM seperti cendawan dan jugak benda alah Invest cepat kaye tanpe membuat kajian selidik. Dan majoriti yg duduk sibuk siang malam mencari orang bawahan pyramid.
-Orang Melayu terutama di sektor construction hendak hidup senang, tak nak berpanas dan duduk dalam aircond. BIle mana mana kontraktor dapat project say 10million thru tender, dieorang tend untuk sub terus kepada orang lain dan hanya ambik comision 1 - 3%. Yang mana kalau dieorang buat sendiri, dieorang buleh dapat untung dalam 15 - 25%. Jadi instead of dapat untuk 2.5 million, dieorag dpt comission 250k. Malas punye pasal.
(ini juga slah satu sebab kenapa equity bumiputra tak pernah sampai 30%. Kalau nak diikutkan dari nilai pemberian kontrak, mmg sudah lebih dari 30%ekuiti di sektor construction. Akan tetapi, bile dieorang total sub, kitaran duit yg sepatutnye circulate dlm equity org melayu telah pun masuk dalam circulation kaum lain. Ini jawapan kepada kenapa org Melayu masih lagi tidak mampu menguasai ekuiti bumiputra 30% dlm ekonomi dan construction adalah pecahan yg kecil)
-Orang Melayu agak lambat tersedar yang kuasa politik tidak buleh menjamin kedudukan kam melayu di Mesia. Dan dieorang dah nampak kesan kalau tak pegang eknomi, hence DEB. Namun, sudah terlambat. License yg diberi dijual kepada kaum lain. Ini terbukti apabila hampir kesemua bahan bahan komoditi di Malaysia tidak dikuasai oleh orang Melayu. Dan ini pun satu sebab kenapa orang Melayu tak buleh compete dalam open market.
-Dalam sektor IT org melayu pun ketinggalan jauh kebelakang apabila kesemua komponen komponen di dominasi oleh kaum lain. Namun salah bagi kita utk persalahkan kaum lain. salahkan diri sendiri. Orang melayu apabila mendpat lesen ataupun AP untuk bawak masuk apa apa product dr luar negara, jalan singkat dieorang ambik dengan menyewakan lesen2 tersebut kepada non malays.
-Dalam bidang perumahan pun sama. Tanah adalah asalnya kepunyaan orang melayu. Dibeli dengan harga yang murah, dan dijual berlipat kali ganda sehinggakan org melayu tak mampu untuk memiliki hartanah. Jangan disalahkan orang lain, slahkan diri kita sendiri. Kenapa dijual secara membuta tuli. Kenapa tidak diusahakan? Senang sahaja jawapan die, Young Man want to get rich tomorrow.
-Orang melayu jugak gemar kepada liabiliti seperti kereta. Dpat sahaja job atau project, esok terus tukar kereta. Enjoy, shopping sana sini. Org melayu jugak bangga dengan liabiliti seperti kredit card gold atau platinum. Teramat bangga. Teruskan dengan perasaan bangga anda.
-Orang Melayu juga mempunyai perangai yg pelik. Graduan IT buat construction. Graduan Pertanian buat construction. Graduan Memasak pun masuk construction. Tak campur lagik geng2 UMNO yang tiba tiba menjadi contractor; yg dulunye posmen atau cikgu. Dan in the end of the day, graduan construction jugak masuk line construction. Jawapan kepada kenapa projeck tak pernah cukup.
Pemerhatian POsitive.
-Banyak orang melayu yang sudah mula membuat apa apa pekerjaan dengan sendiri dan tidak lagik mengamalkan konsep total Sub.
-Banyak juga orang Melayu sudah menerima hakikat tentang konsep cepat naik, cepat jatuh. Penyelesaian terbaik adlah pelan pelan kayuh. Untuk survive, kene ade job kecik kecik constantly every month. Job besar besar is a bonus.
-Orang melayu sudah mula tidak putus asa. Kalau tak dpt projek adalah adat. Kalau dapt itu bonus.
-Orang Melayu sudah mula reti bahasa yang konsep bisnes bukan lah seperti memetik buoh pauh. BUsiness is all about identifying a problem, provide a solution and you charge them. Tahniah, itu lah konsep business yg anda buleh sustain. BUkan dengan cara baca flyer "anda mahu kaya seperti saya?"
-Orang melayu sudah mula sedar yang kalau die ambik IT, die patut buat bisnes mengikut kepakaran apa yg die belajar kat universiti. Grduan pertanian buat business pertanian. Garduan IT buat la busines IT, dan graduan engineering akan buat keje engineering. Bagus.
Ini hanyalah pemerhatian aku yg tak seberape.
Orang Melayu buleh berniaga, dan tak perlu lah nak beli buku buku "Berniaga cara Orang Cina". Dalam Ajaran Islam dah complete dah cara nak buat business.
-Jangan kencing orang
-Jangan nak kaya cepat
-Jangan ada sifat tamak haloba
-Jangan berlagak sombong.
Honesty is the best policy. Jujur. Kalau ko takleh buat job tu, ckp takleh buat. Jangan kencing ckp buleh buat, pastu job terbengkalai. Ingat, honesty.
Kalau nak meniaga, ada bagusnya kalau kita ada mentor. Sebab dalam bisness, kekadang for the first 3 4 years takde hasil, kita down. Cari mentor yg buleh bagi kite kata kata semangat, bagitau cara macam mana nak survive. Jangan berlagak sombong.
So all in all, Melayu buleh compete in business. Takde kene mengena dengan kaum ke ape. Ini berkaitan dengan individu.
Dan, target kene ade. Michaelangelo berkata " the problem with most people nowdays is not that they set their aim to high and they cant reach it. But the very worst is that they set their goal failry low, and they reach it"
Business is not all about getting rich. Its all about maximum satisfaction and be passionate about it. By then, business will sustain.
Roger! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sicomel's post
Ini sebenarnye alasan yg agak kurang relevan.
Hehehehehe...
ni baru satu alasan.... 999 alasan lagik coming.
Nak 1000 daya, tak nak 1000 alasan dan dalih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 saatcham's post
Melayu gagal berniaga kerana Melayu ? aku tukarkan kepada
MELAYU BERJAYA BERNIAGA KERANA MELAYU...
bleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah..bagus jugak..sbb ramai gak melayu berjaya sbb melayu..bagus2..teruskan..positive thinking... |
|
|
|
|
|
|
|
melayu gagal kerana along ada??? |
|
|
|
|
|
|
|
angah tak dapat nk tolong..terpaksa la cari along... |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni jatuh bangun aku kerana melayu gak... hehehe aku berurusan dengan melayu... 95% dengan melayu
yg tolong aku naik pun melayu.. yg jatuhkan aku pun melayu... so aku nak kira mcmana nih?...
[ Last edited by sinar_inspirasi at 2-11-2008 08:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
nak ubah usahwan melayu kena ubah budaya nya dulu ..bak kata Tun Dr mahadir ...
pepatah secupak tak kan jadi segantang tak boleh pakai dah ..dan angan2 mat jenin pun tak boleh nak guna ...sebab mat jenin tu sebenarnya org yg berwawasan ...
satu sifat mmg ada dalam org melayu ialah PHD ...mmg nie sesiapa pun tak dapat nafikan . kalau ada melayu yang berjaya mula la kata rasuah laa ..guna kabel la ..padahal kita patut gembira sebab ada melayu yang berjaya ..
mereka ingat cina dan bangsa lain tak tau rasuah dan guna kable ke ..tolong sikit ..mereka lagi la selalu guna tu semua . melobi jgn cakap la ...baik projek kerajaan mahupun swasta ..melayu je yg bodoh dan diperbodohkan lagi dengan sentemen politik pembangkang mcm dap ... |
|
|
|
|
|
|
|
Biarkan hanya minoriti yang berubah perangai, itupun sudah mencukupi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|