View: 9578|Reply: 99
|
Hospital Cuai, Wanita Cemas Bayi Tertukar Dibawa Pulang Keluarga Lain
[Copy link]
|
|
Tidak dinafikan, setiap hospital akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk setiap pesakitnya. Namun, ia tidak bermaksud pihak hospital boleh terlepas dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes tertukar bayi.
Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hafiza mendakwa bayinya tertukar dengan bayi pasangan lain. Kejadian tersebut berlaku di sebuah hospital beberapa hari yang lalu.
Gambar hiasan
Menurut Hafiza, dia telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.1 kilogram pada 12 Februari yang lalu secara pembedahan. Selepas bersalin, Hafiza memberitahu bahawa anaknya itu perlu ditahan di hospital kerana mengalami demam kuning.
Selepas sehari melakukan pemantauan, doktor memanggil mereka suami isteri untuk melihat cara penyusuan buat bayi. Pada hari tersebut juga, mereka yakin bahawa anak mereka boleh keluar dari hospital keesokan harinya. Namun, doktor memberitahu mereka tidak boleh membawa pulang bayi tersebut kerana berat badannya semakin berkurang.
Oleh kerana tidak sedap hati, mereka suami isteri menelefon semula doktor dan meminta kebenaran untuk datang menyusukan bayi tersebut. Semasa tiba di hospital dan hendak memberikan susu, Hafiza mendakwa bayi yang berada bersamanya itu bukan anaknya. Lantaran itu, dia meminta pihak hospital untuk membuat pemeriksaan semula.
Kredit foto: FB
Jelas Hafiza, pihak hospital meminta maaf kepada mereka dan mendakwa kecuaian yang berlaku adalah berpunca daripada mereka sendiri. Susulan itu, pihak hospital mengambil tindakan segera iaitu menghubungi ibu yang membawa anak mereka pulang.
Ujar Hafiza, mereka bersyukur kerana berjaya menemui anak mereka semula. Tambahnya, kesemua laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak hospital itu juga didakwa tersalah dan tertukar.
Sumber: OhBulan |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak dengar kes macam ni syukurlah bayi sebenar dapat ditemui semula. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ke ni.... melampau betul kes cuai mcm ni....seriau kalau kena kat diri sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm cite sinetron indon ttukar anak ptg2 kat tv9 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Naya betul
Kecik2 dulu aku selalu cakap kat adik aku, yg doc tertukar baby. Sebab dia aje yg gelap dlm family aku, meraung2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
Uwaaa.....menakutkan...ingat dlm cite filem je jadi mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Scary-nya. Tp kalau kat nicu tu mmg kdg2 risau ada nurse main letak je baby dalam cotb without check nama kat cot tu. Haritu masa baby kat nicu iols duk observe, dah terdetik dalam hati jgn lah anak aku tertukar dgn anak org lain.
Tapi kan masa discharge, diorang akan check dulu tag kat kaki baby dgn ic emak. Nurse kat nicu check, then guard depan pintu nicu check, pastu guard dekat lobby pun check juga. Dan diorg pesan jgn gunting tag kaki baby selagi x sampai kat umah. In this case xtau la mcm mana sampai boleh terlepas bwk balik. |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur kepada allah... bersyukur kepada kekuasannya... inilah masanya.. seluruh diriku... bersama bertaat pada allah....
lirik lagu sinetron anak ku bukan anak ku...ehhh betul ke lirik ni
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm sinetron bawang putih bawang merah. masa kecil tertukar juga. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok sgt dpt baby baru ke sampai family lagi 1 yang terbawak balik baby tu tak perasan yg diorg bawak balik baby org lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat kat india tadi. Scary dohh |
|
|
|
|
|
|
|
eh sama ngan iols kuat nyakat..iols bagitau kat adik, mak jumpa kat tepi kebun sayur cina sbb putih melepak drp bradik lain. lagi sorang adik yg gelap sikit iols bgtau jumpa tepi kuil. melalak2 dorang masa kecik2 dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
skerinya..agak2 baby yg dibwk balik tu dah 5 kali kenyang tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
pa benda la nurse2 tu buat....keje elok2 la... anak orang boleh buat main...
kalau tertukar bila dah besar baru perasan camne? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam cerita daughter from another mother kat Netflix.
Diorang tertukar baby sebab jururawat dalam bilik baby tu mandikan baby dengan buka tag. bila balik baby tertukar. Kemudian hospital baru perasan yang baby tertukar. But both family dah sayang sangat kat anak masing2.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Switched At Birth'(Bay tertukor ngn Daphne). |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bace Kat FB, sepital MElaka...sepital gomen |
|
|
|
|
|
|
| |
|