CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: CARI-MAL

Teresa Kok Padam Perkataan 'Melayu' Di Hantaran FB

[Copy link]
Post time 8-3-2021 03:25 PM | Show all posts
maybe in the future can wrote bangsa Malaysia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts


Kisah Siti Noor Madzariah: Antara yang membantu dan tuduhan perkauman

Oleh BORHAN AHMADMarch 5, 2021 7:48 am1




Siti Noor Madzariah adalah bekas pramugari Malaysia Airlines (Mas). Enam tahun lalu, beliau telah diberhentikan oleh majikannya.

Semalam, beliau terpaksa datang ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana sudah tersepit sangat – tiada duit dan lapar.

Bukan sahaja beliau bahkan lima anak-anaknya di rumah juga lapar setelah tiada makanan yang boleh beliau berikan.


Madzariah meminta Teresa memberikannya makanan untuk beliau dan anak-anaknya kerana lapar sangat.

Selepas diberhentikan oleh Mas sejak enam tahun lalu, Madzariah tidak mendapat pekerjaan tetap untuk menampung keperluan beliau dan anak-anaknya.

Beliau juga tidak mampu untuk membayar sewa rumahnya yang terletak di Sri Manja, Jalan Klang Lama. Beliau juga tidak mampu membayar ansuran bulanan untuk motosikalnya.

Selepas Teresa Kok memberikan wang tunai RM300 dan makanan untuk beliau dan keluarga, beliau terlalu berterima kasih sehingga sanggup memegang kaki ahli Parlimen beliau kerana terlalu gembira.

Ucapan terima kasih juga bertalu-talu keluar dari mulut beliau kepada Teresa.

Perkara ini dicerita Teresa melalui Facebook beliau. Sebagai ahli Parlimen dan bekas menteri, Teresa terasa sangat tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh wanita yang kurang bernasib baik ini.

Inilah cerita anggota masyarakat kita yang tertekan selepas hilang pekerjaan dan seterusnya berada dalam situasi darurat dan kawalan pergerakan akibat Covid-19.

Selain Madzariah, ramai lagi rakyat Malaysia di luar sana yang berhadapan dengan masalah sebegini.

Ketika PKP 1.0 dikenakan untuk mengekang Covid-19, ramai yang hilang mata pencarian mereka.

Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) merekodkan seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November 2020 akibat kesan penularan COVID-19.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, pembuangan pekerja itu termasuk melibatkan golongan berkemahiran tinggi, masing-masing membabitkan kategori pengurus seramai 13,109 orang; profesional (26,079 orang) dan juruteknik serta profesional bersekutu (19,095 orang).

Ke mana mereka harus pergi ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Wakil rakyat adalah tempat yang paling mudah untuk mereka tuju.

Ini kerana, muka wakil-wakil rakyat inilah yang ditunjukkan kepada mereka ketika kempen pilihan raya diadakan dahulu.

Mendapat wakil rakyat seperti Teresa Kok yang mempunyai pusat khidmat dan petugas yang didikasi sudah tentu memudahkan mereka mendapatkan bantuan.

Bagaimana dengan wakil rakyat boleh bercuti 55 hari bekerja dan keluar negara ketika Covid-15? Sudah tentu dia akan dimaki hamun oleh mereka. Jika tidak secara terbuka tentu dalam hati mereka akan berbuat demikian.

Teresa meminta semua rakan-rakannya di Facebook agar membantu Madzariah untuk mendapatkan pekerjaan untuk membolehkan beliau menanggung keperluan beliau dan lima anak-anaknya.

Teresa meminta sesiapa yang mempunyai pekerjaan yang sesuai untuk Madzariah boleh menghubungi Pusat Khimat beliau dengan menghubungi nombor telefon 03-7983 6768.

Cerita Teresa ini telah mendapat respon yang sangat banyak dari orang ramai. Hampir 2,000 komen diberikan rakan Teresa terhadap cerita ini. Kebanyakannya memuji kerja YB Seputeh ini.

Catatan Dr Kamarul di Facebook beliau tentang cerita Teresa.

Namun ada juga pihak yang mengutuk Teresa kerana kononnya menghina orang Melayu dengan meletakkan gambar beliau (padahal Teresa mendapat persetujuan Madzariah untuk meletakkan gambar ini).

Seorang profesor Melayu yang namanya selalu keluar di media milik Pas, Dr Kamarul Yusoff menulis:

“Apa tujuan you tulis dia Melayu, dia menangis dan dia berlutut kat you? Apa bukti dia menangis dan dia berlutut kat you? Nampak muka dia ceria-ceria saja dan bukan muka orang kelaparan pun? Lagi satu, kalau you ikhlas mau bantu dia kenapa you pi letak nombor telefon you, kenapa you tak letak nombor telefon dia atau nama bank dia terus?”

Tulisan beliau dibalas dengan 204 komen oleh para pembaca cerita Teresa ini.

Bukan setakat komen itu sahaja, profesor ini telah membuat komen pula di Facebook beliau dengan mengutuk dan menghina tindakan Teresa ini.

Inilah dilema Malaysia. Ia telah dipisahkan oleh isu perkauman dan agama oleh kumpulan yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam. Ketika satu pihak ingin membantu, satu pihak lain pula menyatakan ia satu penghinaan kepada kaumnya.

Semoga Malaysia selamat mengharungi penyakit perkauman dan agama yang sempit ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
miracle_forever replied at 8-3-2021 12:06 PM
maksudnya dia tipu je ex crew?

Menurut kenalan aku yg juga excrew Mas,
si Siti Noor ni adalah ex pramugari yg sama2
pernah fly dgn member aku satu flight dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 01:12 PM | Show all posts
teresa kok bagi angpau ke ittew?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Polikus! Nasib baik parti ko kna hencap!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.032482 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list