|
Ibu mengandung dituduh di bawah Ordinan Darurat kerana sebar berita tidak benar.
[Copy link]
|
|
X pasal2 melayang 5k aduhai |
|
|
|
|
|
|
|
Elok makcik-pakcik bawang dalam group kerja aku kena denda 5k ni. Meluat aku asyik la forward bukan-bukan pasal vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
Lpsni sila buru makteh ayaq nyoq plak.
Utk tak OT, bersyukur la kena 5k je, max sampai 100k. Kalau kene 100k tu maybe terberanak kt kandang mahkah la-la tu jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 3-6-2021 01:45 AM
cik_chili replied at 2-6-2021 09:34 PM
Makteh ka tu?
Bukan.dia ni buat cerita 9 murid sek aptah di Perlis kena covid. Aku baca camtu la.ini kes bln April, mak Teh viral tentang vaksin tu dlm bln mei...tentu Mak Teh tengah ketaq lutut ni. Adan uke
|
|
|
|
|
|
|
|
Forumer dalam ni pun tak lama lagi ada la yg bakal kena dakwa atas ordinan darurat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 2-6-2021 02:13 PM
Dia sebar apa...mak.teh ke ni....
Dah jumpa ke dia sebar apa?
Iol saspek mesti darurat untuk muhyiddin pertahan kuasa. Walaupun fakta. Tp didakwa. Lol |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 3-6-2021 06:06 AM
Dah jumpa ke dia sebar apa?
Iol saspek mesti darurat untuk muhyiddin pertahan kuasa. Walaupun fak ...
X tahu... tunggu info je dari sini.. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab nak tibai rakyat, laju je. Tapi bab nak paksa bank buat Mora, mana ordinan daruratnya? |
|
|
|
|
|
|
|
pizzahait replied at 3-6-2021 06:37 AM
Ada dekat post #44
Tq info.....cik pizza |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasti jangan kongsi..... Ingat la semat la dalam hati kita, pada akhir zaman, fitnah sampai di depan pintu dan di hujung jari... So nak share ka nak tulis ka, pastikan sahih dan betul, jangan menonong ja tulis, bila dah kena,,,, fb saya ka insta saya kena hack dak pun 0engurus insta yang salah pos...
#done bok brek... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by uori at 3-6-2021 08:13 AM
aku rasa nak report makcik aku lah sebab dok takut2kan mak aku nak cucuk vaksin.
korang taknak cucuk sudahlah.
jangan kacau orang nak cucuk.
mak aku nak cucuk pun takde dia bising2 sindir2 suruh orang cucuk sama.
sama macam kawan vegan aku.
ko nak makan rumput ko makanlah.
pastu ko nak sakit hati aku makan ayam kepci yang makin kecik dan berminyak tu.
aku takde pun suruh ko makan ayam, so kenapa nak merengsa?
gila apa nak suruh aku makan rumput seumur hidup, dengan takleh makan telur semua.
ko gila sensorang, jangan ajak aku sama.
sama jugak dengan geng2 kultus matahari.
lantak pi lah aku nak pakai sunscreen.
lainlah aku paksa ko pakai sama lumur sampai ke lubang pusat.
tak faham aku.
patut ada akta untuk semua ni sekali kan
#donemerempan
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pekdah kau buat2 cerita.... halusinasi ke apa... |
|
|
|
|
|
|
|
Membawang jangan sampai menyusahkan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Len kali klu dah mengidam sangat nak share letak soklan ..betul ke pasal ni... Takdela ko kena.. aduhaii |
|
|
|
|
|
|
|
ni ke mak teh bah kut teh... umo 28 tapi macam nenek intan loli yang dah beranak dan tunggu nak timbang cucu... lepastu tak sangka ada yang percaya cikki huduh. tudung singkat, pakai cermin mata dan gundu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Stinger = Blastof ke tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Suri rumah didenda RM5,000 mengikut Ordinan Darurat [METROTV]
Aizat Sharif
[email protected]
Kangar: Suri rumah menjadi individu pertama di negara ini didenda mengikut Ordinan Darurat selepas mengaku bersalah menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19.
Norjannah Rusli, 28, didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia mengaku bersalah menyebarkan berita palsu menerusi aplikasi telefon pintar di Arau pada April lalu.
Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut kertas pertuduhan, suri rumah berkenaan didakwa menggunakan aplikasi WhatsApp melalui nombor talian yang didaftarkan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau pada 10.31 pagi, 18 April lalu.
Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.
Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu Siti hajar Che Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Ketika prosiding, Mohd Nordin berkata, ia adalah kes pertama seumpamanya di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh namun perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih mengenai penularan Covid-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah terbabit.
Berikutan itu, pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.
Norjannah berbincang dengan Zuhair di pekarangan Mahkamah Sesyen Kangar hari ini. Foto Aizat Sharif
Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap tertuduh disebabkan sedang mengandung.
Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan Covid-19.
Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan Covid-19 yang semakin naik di negeri itu.
Selain mengenakan denda RM5,000 terhadap tertuduh, Hakim Musyiri turut memerintahkan suri rumah itu juga boleh dipenjara selama lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, tertuduh dilaporkan membayar denda terbabit.
Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif Covid-19.
Laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan selepas siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif Covid-19.
|
|
|
|
|
|
|
|
Metro ada sebut detail kesalahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|