CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: riccckyyy

Cerita-cerita Rakyat Melayu

[Copy link]
Post time 9-9-2005 01:39 PM | Show all posts
Riccckyyy can i contribute?  I use to have a large collection of Hikayat back in Muor... i need to dig up my treasure chest nampaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2005 01:51 PM | Show all posts
dear yipun,
silakan, sumbangan sdr amat dialu2kan. sdr org muo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 08:42 PM | Show all posts
Ini hikayat dari Muar... kalau orang belah sana tentu pernah dengar nama tempat Jorak... Jorak dapat nama dari kesah macam cerita Si Tenggang...  yang berbezanya kapal yang anak derhaka tu naik namanya Jong Merak.  Bila dah disumpah jadi batu, kapal tu dah jadi bukit kat situ.  Dari Jong Merak lama-lama mereka  hanya sebut hanya Jorak sampai la ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2005 01:36 PM | Show all posts
siti, kat jorak tu macam tak ada bukitlah. inipunkali pertama aku dgr cerita nama jorak ni. ceritalah sikit cerita yg kakak siti cerita masa kecik dulu. jgm lokek.
Reply

Use magic Report

Tsunamie This user has been deleted
Post time 10-9-2005 05:14 PM | Show all posts
:dia:    Beruk  intelek



:dia:    certa mengarut
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 10-9-2005 01:36 PM
siti, kat jorak tu macam tak ada bukitlah. inipunkali pertama aku dgr cerita nama jorak ni. ceritalah sikit cerita yg kakak siti cerita masa kecik dulu. jgm lokek.




Ada.... cuba pergi pekan Jorak.. pastu cari le Sekolah Kebangsaan Jorak....  Pekan Jorak tu letaknya dekat tepi Sungai Muar... dan tak jauh dari pekan tu... cuma lima minit kalau berjalan kaki... Ricky akan bertemu dengan sekolah tu... betul2 di kaki bukit Jorak...

Tentang cerita2 yang lain2 tu... InsyaAllah kalau saya ada kesempatan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Tsunamie This user has been deleted
Post time 10-9-2005 09:26 PM | Show all posts
Ler CT......ko mmg tero fasal certa d MUAR. Tempat parit tempat LORD ROK diam ko dak ukur ker.
Mungkin ade sejarah lame boleh d korek kat sane.Kalau ade ko kasih tao.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 09:39 PM | Show all posts
Originally posted by Tsunamie at 10-9-2005 09:26 PM
Ler CT......ko mmg tero fasal certa d MUAR. Tempat parit tempat LORD ROK diam ko dak ukur ker.
Mungkin ade sejarah lame boleh d korek kat sane.Kalau ade ko kasih tao.


Maaf le... saya tak le teror sangat... kat Johor  memang banyak tempat bermula dengan parit... sebab tu ada Parit Sulung... mungkin sebab dia merupakan parit yang mula2 sekali ada kat situ... Parit Bunga... sebab ada orang jumpa bunga dalam parit, Parit Jawa... sebab kat situ ada ramai orang Jawa..... Tapi Parit tempat LORK ROK TU... sapa tu... saya tak tahu lah....:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Tsunamie This user has been deleted
Post time 11-9-2005 07:08 AM | Show all posts
CT........KO mmg ahli sejarah ler.......mende tu xade sebenar nya.Ahli2 sejarah nie buat certa aje.Posting sane posting sine dapat ler duit sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2005 02:40 PM | Show all posts

PAK KADUK

Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sudah dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2005 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by Tsunamie at 11-9-2005 07:08 AM
CT........KO mmg ahli sejarah ler.......mende tu xade sebenar nya.Ahli2 sejarah nie buat certa aje.Posting sane posting sine dapat ler duit sikit.



He he he... cerita tu betul ke tidak... saya pun tak tak tahu... tapi dia bukan sejarah sebab tak boleh dibuktikan kebenarannya... dia hanya cerita yang diceritakan dari mulut ke mulut .....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2005 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 11-9-2005 02:40 PM
Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati ol ...



Ricky... cam mana cerita keseluruhan pak kaduk ni.... saya belum pernah dengar cerita ni.... boleh tak ceritakan kan kat sini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2005 11:20 PM | Show all posts

Seloka Pak Kaduk

Sungguh malang nasib Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang!
Pak Kaduk, Pak Kaduk,
Kalah sabung menang sorak,
Pak Kaduk, oi Pak Kaduk,
Kurang fikir sebab banyak borak!




Cuma dpt seloka ini jer. ceritanya lebih krg samalah, cerita pak kadok menang sorak, kampung tergadai. tak tau kalau ada forumer lain yg tau cerita penuhnya, mungkin boleh tlg ceritakan.

[ Last edited by riccckyyy at 11-9-2005 11:21 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 08:00 AM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 9-9-2005 01:51 PM
dear yipun,
silakan, sumbangan sdr amat dialu2kan. sdr org muo ke?


Thanx Riccckyyy..... Yep orang Muor....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 08:24 AM | Show all posts

Gajah yg Setia

Cerita Rakyat Negeri Perak.............

Kononnya, ada 2 ekor gajah yg bersahabat baik.  Seekor betina dan seekor lagi jantan.  Ke mana-mana mereka bersama.

Pada suatu hari, gajah jantan jatuh sakit.  Apabila gajah betina mendapat tahu gajah jantan sakit, ia berasa sangat sedih.  Ia segera mendapatkan gajah jantan.

"Wahai gajah betina, pada hari ini saya tidak dapat bersama-sama kamu mencari makanan," kata gajah jantan.

"Wahai gajah jantan, janganlah kamu berkata demikian. saya akan mencari makanan untuk kamu," kata gajah betina.

"Kamu sungguh baik hati," kata gajah jantan dengan terharu.

"Kamu juga baik hati dengan saya.  Dahulu semasa kaki saya terpijak duri, kamulah yang mengubatkan kaki saya," kata gajah betina.  Sejak hari itu, gajah betinalah yang mencari makanan untuk gajah jantan.  Hari demi hari berlalu, penyakit gajah jantan semakin tenat.

"Wahai gajah betina, saya rasa saya akan meninggalkan kamu buat selama-lamanya," kata gajah jantan.

"Janganlah berkata demikian, wahai gajah jantan.  Kamu akan sembuh," kata gajah betina.

Selang beberapa hari kemudian, gajah jantan pun mati.  Gajah betina sangat sedih.  Berhari-hari gajah betina tidak makan dan minum.  Ia duduk di sisi gajah jantan yang sudah mati itu.

Disebabkan gajah betina tidak makan dan minum, akhirnya ia jatuh sakit.  Setelah beberapa hari sakit, maka pada suatu hari, gajah betina pun mati.  Ia mati di sis sahabatnya, gajah jantan.  Begitulah kisah setiakawan dua ekor gajah yang tidak mahu berpisah sehingga akhir hayat.

Pada awalnya penduduk tempatan menyebut tempat itu sebagai "SETIAKAWAN".  Akhirnya sebutan "SETIAKAWAN" menjadi "SITIAWAN".


[ Last edited by yipun78 at 12-9-2005 08:26 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2005 04:56 PM | Show all posts
bagus citer yipun. yipun rajin2 lah posting masa saya offline 2 minggu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2005 08:13 AM | Show all posts

Padi dan Rumput Lalang

Pada zaman dahulu, suku Kadazan percaya bahawa padi tidak berkulit.  Mereka boleh memakan padi itu sebaik sahaja dituai.

Kononnya pada suatu hari, sewaktu melalui rumah jiran, beberapa orang yang tidak bertanggungjawab telah memetik padi yang belum masak.  Padi itu dimasukkan ke dalam raga mereka.  Tanpa memasaknya, mereka terus memakan padi itu.

Perbuatan mereka itu, membuatkan semangat padi amat marah.  Semangat padi menutup padi itu dengan kulit supaya manusia tidak dapat terus memakannya.

Pada waktu itu suku Kadazan juga percaya bahawa lalang boleh direbus untuk dimakan.  Pantang larang sewaktu merebusnya ialah penutup belanga tidak boleh dibuka.

Pada suatu hari, seorang perempuan telah merebus lalang di dalam belanga.  Ketika ibu mentuanya pergi mengangkat air, perempuan itu menjaga rebusan lalang.  Dia membuka penutup belanga.  Apabila mendengar bunyi tapak kaki ibu mentuanya, dengan segera dia menutup belanga itu.

Tidak lama kemudian, memikirkan lalang itu sudah masak, ibu mentuanya mengangkat belanga itu dari dapur.  Alangkah terkejutnya perempuan tua itu apabila mendapati lalang itu tidak masak seperti yang diharapkan.  Dia syak menantunya telah melanggar pantang dengan membuka belanga itu.  Sejak hari itu, lalang tidak lagi boleh dimakan.  Semua orang kampung marah dengan perbuatan perempuan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2005 06:27 PM | Show all posts

Pak Kadok Si Pandir

Ramli Sarip


Bersamalah kita teruskan perjalanan
dengan rasa tabah dan penuh kesabaran
ketekunan, kecekalan
Biar apa yang menentang perjalanan
wajarlah kita pastikan pencapaian
dan tujuan, kejayaan
Peduli segala cemuhan
yang menghambat kejayaan
harus kesampingkan
Tak guna kita sorakkan kejayaan
kalau hanyalah sekadar di pinggiran
percumalah, perjuangan
Kita kan tak ingin kecundang
biar pun jiwa mu taruhan
pastikan kesampaian
Mahukah kita kini ulangi lagi
kisah pak kadok yang kehilangan
tanah tergadai dek kebodohannya
Atau mampukah kita menjadi
si pandir yang cuma berangan-angan
dan di persia, di persia
La... la... la... pa... pa...
la... la... pa... pa... lah papa


http://www.lyricsprovider.com/song.php?id=80136

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2005 06:54 PM | Show all posts

Pak Kadok

Mas
Sekolah Melayu Sepoy Lines
17 Mac 1955

Pusaka Kadok sudah lama berpulang
kisahnya tak pernah lagi disebut orang ..
namun
watak, sikap dan egonya
masih terwaris hingga sekarang.

Pak Kadok asli
membuat sensasi di tengah gelanggang
dengan baju kertas yang rabak dek lonjak;
Pak Kadok kini
membuat sensasi di tengah kota
dengan baju berumbai, seluar bercetai

yang terwaris:
watak Pak Kadok yang tak tahu malu!

Pak Kadok dulu
ayamnya menang kampungnya tergadai
kerana miliknya sudah bertukar tangan;
Pak Kaduk baru
hartanya terjual penebus judi
tumpang berteduh di gedung pembeli

yang terwaris:
sikap Pak Kadok yang kehilangan harga diri

Pak Kadok purba
biar alah sabung asalkan menang sorak
berlagak biow die pape asei begaye;
Pak Kadok semasa
biar jatuh terlungkup tiada mengapa
asalkan misainya tidak mencecah tanah

yang terwaris:
ego Pak Kadok yang banyak aksyen!


http://www.canberrasec.net/~c1e1 ... ite/sajak%20mas.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2005 02:04 PM | Show all posts

Pak Kadok

Pak Kadok mempunyai seekor ayam laga, Jalak, yang memang jaguh berlaga. Pak Kadok melatihnya setiap hari untuk satu pertandingan laga ayam pertaruhan dengan raja. Hari pertandingan pun sampai dan oleh kerana semua pakaian Pak Kadok buruk dan lusuh, dia telah memutuskan untuk pergi ke pertandingan memakai pakaian dibuat dari kertas. Di tapak pertandingan, Pak Kadok terlihat dan terpikat ayam laga kepunyaan raja yang kelihatan jauh lebih cantik dan telah bersetuju untuk bertukar ayamnya, Jalak, suka sama suka dengan ayam raja. Pertandingan pun dimulakan dengan perlawanan, Jalak bertemu ayam raja yang telah ditukar tadi. Perlawanan sungguh hebat dan penuh dengan tendang-tendang, patuk-mematuk, cakar-mencakar dan taji-menaji antara kedua-dua ekor ayam. Setelah lama bertarung dengan sengetnya, Jalak akhirya menang dan Pak Kadok meloncat-loncat gembira bersorak untuk merayakan kemenangan Jalak yang bukan lagi kepunyaannya lagi. Dia telah terlupa yang dia telah menukarkan Jalak dengan ayam raja. Pak Kadok yang malang juga terlalu beria-ia bersorak menyebabkan terkoyak pakaian kertasnya dan menampakkan bontotnya. Orang ramai terus mengetawakannya melihat gelagat Pak Kadok. Pak Kadok menjadi malu dan juga hilang pertaruhan berupa tanah kampungnya. Begitulah nasib Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.079691 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list