CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Aspirasi Ramli MS - Bi-Pop (BH)

[Copy link]
 Author| Post time 30-11-2005 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by krisp at 23-11-2005 05:00 PM
Syd, boleh tak kau requestkan Ramli MS buat penilaian kualiti vokal penyanyi sediaada (range, pengetahuan muzik etc).  Dengan membaca artikel2 spt ni, dapat
juga educatekan peminat-peminat muzik k ...



pasal yang nih, aku dah ckp pada bang ramli
dan dia ada komen laaa skit
tapi overall dia ada ckp, insyaALLAH dia cuba buat sthing
tapi kalau nak tulis direct2 nama artis ngan cacat cela dia, tak manis lah
cuma dia harap tulisan2 dia tuh
akan sampai mesejnya pada artis2 berkenaan dan mereka akan paham, amik ilmu yang dia titipkan dan perbaiki lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2005 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by matjawasp at 23-11-2005 08:28 PM
ramli m.s ni ada cipta lagu tak? kut kut siapa yang tahu lagu ciptaan dia


rasanya bang ramli lebih banyak jadik penerbit album
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2005 01:44 PM | Show all posts
Aspirasi: Amy sehebat Mick Jagger
Oleh Ramli MS
[email protected]


Saya anggap Amy sebagai penyanyi rock terbaik setakat ini. Sekalipun lebih 20 tahun saya mendengar Amy menyanyi, dia masih duduk di kelasnya yang tersendiri

揂SSALAMUALAIKUM. Mulai minggu ini, saya tidak akan bercakap lagi mengenai asas-asas nyanyian. Saya harap, apa yang saya curahkan selama tiga minggu berturut-turut sebelum ini, mencukupi untuk dijadikan panduan.

Minggu ini saya ingin bercakap mengenai seseorang yang cukup istimewa bakatnya. Yang saya lihat dan dengar kira-kira 20 tahun lalu ketika saya masih di Kings Studio. Pernahkah ada mengingati lagu Isabella? Ketika itu saya mendengar dasar muzik Search bersama M Nasir.

Ketika itu saya bertindak sebagai pemuzik undangan bermain keyboards. Nasir meminta saya mencantikkan lagi Isabella.

Jadi, yang kedengaran hanya asas saja, gitar, dram, bass dan suara penyanyinya. Apabila saya mendengar, inspirasi saya terhadap lagu itu, secara automatik, berputik.

Bagi saya, lagu itu memang bagus, lirik pun bagus, tapi penyampai lagu berkenaan, membuatkan saya rasa kagum. Itulah dia pweeett! Amy! Ketika saya mencantikkan lagu itu, tidak ada orang lain di dalam studio, kecuali saya dan jurutera bunyi. Apabila dah siap, barulah Nasir dan Amy datang.

Maka, kedengaranlah lagu yang cukup hebat itu. Anda pun tahu, berapa lama Isabella ciptaan M Nasir bertahan dan menduduki tangga tertinggi dalam carta lagu popular pada waktu itu. Dari situlah bermula minat saya terhadap Amy . Cara Amy menjiwai lagu-lagu dalam album Search, mengagumkan saya.

Amy hebat baik di dalam studio mahupun pentas. Kalau di pentas, aura dan karisma Amy sehebat penyanyi bertaraf antarabangsa, misalnya Mick Jagger dan Steve Taylor. Menerusi kaca mata saya, Amy seorang penyanyi rock yang 'ganas' seninya.

Penyampaiannya amat mengagumkan saya. Dia menyanyi dari jiwanya. Lagu hitsnya yang lain seperti Kejora, Fantasia Bulan Madu, Rozanna, anda boleh rasa pencapaian ilusi inteleknya dengan penjiwaan liriknya, begitu cemerlang.

Sekalipun selepas lebih 20 tahun saya mendengar Amy menyanyi, dia masih duduk di kelasnya yang tersendiri. Dia tetap unggul.

Bagi saya, Amy adalah seorang penyanyi rock yang terbaik di negara kita. Dia menggunakan bakatnya secara full throttle.

Seperkara lagi mengenai Amy ni, dia mempunyai nasib yang baik dikurniakan Tuhan dengan range suara yang begitu tinggi. Tidak ramai penyanyi lelaki yang mampu menyanyi sampai ke tahap E tenor.

Lazimnya penyanyi hanya boleh mencapai ke aras A saja, tapi Amy, E! Dia boleh melangkau tujuh note ke depan, lebih tinggi dari penyanyi biasa.

Bagi saya, itu adalah kurniaan Tuhan yang harus Amy hargai. Amy mempunyai keunikan, dia boleh menjangkau ke F sharp.

Penyanyi rock yang menghampiri keunggulan Amy, bagi saya ialah Saleem Iklim. Dia memiliki suara yang cukup bagus, enak didengar. Tapi, rocknya tidak 'seganas' Amy. Kita juga ada Ramli Sarip yang memiliki suara yang 'big'. Namun, sekiranya Amy mahu terus unggul, dia perlu menghasilkan album baru, bukan kompilasi.

Album baru akan membuatkan Amy terus diingati. Album baru adalah jangka masa hayat seorang penyanyi itu terus diingati. Bagi saya, keunggulan Amy harus ada kesinambungan selagi dia mampu.

Konsert tak berapa membantu kerana takkan Amy nak menyanyikan lagu 20 tahun lalu sampai 1,000 kali dalam 1,000 konsert? Lama-lama orang akan jemu. Macam mana pun Amy perlu tampil dengan album baru bersama lagu yang jangka hayatnya mampu bertahan lama.

Pada tahap umur Amy sekarang, saya tak nampak kehebatannya menurun, tetap unggul. Jika diberi masa untuk dia bekerja dengan komposer yang lebih hebat dan lebih unik untuk dunia rocknya, Amy akan menjadi seorang penyanyi yang lebih hebat dengan apa yang dia ada sekarang.

Dia perlu bekerja lebih keras untuk mencapai ke tahap yang lebih menandingi kehebatan masa lampaunya. Amy ibarat bintang rock Hollywood Malaysia! Saya masih anggap Amy sebagai penyanyi rock yang terbaik setakat ini. Itu rock, dalam genre lain, misalnya pop, saya melihat Jamal Abdillah masih unggul. Dia masih boleh bertahan.

Saya akan rasa sedikit terkilan jika Amy menggugurkan bakat semula jadinya begitu saja. Dia harus sambung apa yang dia ada sekarang. Terus berkarya, menghasilkan album baru dan menjayakan konsert. Semua itu harus dibuatnya.

Jumpa lagi!

[ Last edited by Syd at 13-12-2005 09:50 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2006 10:37 AM | Show all posts
Aspirasi: Usah pinggirkan penyanyi lama
Bersama Ramli MS


揂SSALAMUALAIKUM... Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca Bintang Popular, mudah-mudahan azam anda pada tahun lalu sudah pun tercapai dan hari ini 1 Januari, bermulalah tahun baru bersama azam yang baru juga.

Kita sudah pun berada pada 2006. Sungguh segar azam untuk kita memulakan sesuatu yang baru. Perkembangan muzik begitu pesat sekali. Saya melihat dari segi teknologi dan kreativiti dengan lahirnya ramai bintang baru dan ini satu perkembangan yang sihat.

Tapi, saya melihat sesuatu yang kita tak patut lupakan adalah bintang-bintang dan muzik lama.

Saya ingin bercakap mengenai lagu Melayu asli yang semakin dilupakan.

Ada juga penyanyi baru yang cuba memperbaharui lagu-lagu asli kita.

Tidak semestinya mereka perlu menyanyikannya dengan cara lama dan tidak semestinya mereka perlu membunuh muzik itu.

Apabila melakukan eksperimentasi terhadap lagu asli, janganlah sehingga ia dah tak ada asas!

Maknanya lagu berkenaan diberi nafas baru, tapi terlalu jauh ke depan sehingga tidak ada lagi keasliannya.

Apa yang saya perhatikan, mereka sanggup 'mengkafirkan' muzik itu sehingga hilang asas asal muzik itu. Namun, saya tidak menuding jari kepada sesiapa.

Memperbaharui lagu lama, lagu asli ke arah kemodenan, ia satu percubaan yang digalakkan untuk disesuaikan dengan era moden yang lebih global.

Namun, kita tidak boleh melupakan asas. Sebagaimana hari raya, kita pulang ke asas. Kita balik kampung, ada budaya macam tu. Jadi, sekalipun nak berubah, tidaklah terlalu drastik sehingga bau lagu Melayu asli itu dah tak ada langsung.

Itu dari segi perkembangan inti pati muzik asli yang cuba diperbaharui.

Kini, saya ingin bercakap mengenai penyanyi lama pula. Kita tidak boleh melupakan orang-orang Apabila melakukan eksperimentasi terhadap lagu asli, janganlah sehingga ia dah tak ada asas atau hilang keasliannya lama yang masih ada seperti Tan Sri SM Salim. Kalau nak belajar cara dia menyanyi, itu hak masing-masing.

Kalau nak lebih bagus, memperbaiki diri, lagi digalakkan.

Penyanyi lagu Melayu asli seperti Allahyarham Kamariah Noor, Datin Rafeah Buang, mereka penyanyi yang hebat! Yang lain tu seperti Aspalela Abdullah, Rosiah Chik dan Datin Orkid Abdullah. Kesemua mereka pernah bekerja dengan saya suatu ketika dulu. Hargailah mereka tatkala mereka masih hidup terutama Tan Sri SM Salim.

Andai 30 tahun lagi, jika ada umur yang panjang, mungkin saya pun akan menjadi orang lama.

Jadi, saya harap bakat-bakat baru yang berkecimpung dalam dunia nyanyian, jenguk-jenguklah asal usul muzik kita. Asas muzik seperti inang, zapin, asli dan sebagainya.

Kalau kita tak suka sekali pun, kita perlu tahu asal usul muzik itu, jadi budaya kita tak akan hilang begitu saja.

Jika anda tidak membawa khazanah muzik Melayu kita pada masa depan, tak ada siapa lagi yang akan berbuat begitu. Maknanya tak akan ada yang baru jika tidak bermula dengan yang lama. Tapi, tak perlu kita menyanyi seperti 30 atau 40 tahun lalu, itu kiranya dah lapuk.

Saya tidak bercakap mengenai lapuk, tapi keaslian, asas!

Memperbaharui adalah kreativiti anda. Tidak dihalang sama sekali, cuma jangan sesekali kita 'mengkafirkan' muzik sehingga hilang identiti budaya kita. Kalau tidak tahu, sebelum anda memulakan kerja-kerja rakaman, mengedarkan muzik itu kepada umum, kajilah dulu. Adakah muzik itu bersesuaian atau anda membunuh muzik anda sendiri.

Maknanya anda perlu mendengar muzik atau nyanyian daripada penyanyi yang saya sebutkan tadi. Anda mendengar dan anda akan tahu sedikit sebanyak. Kita tak boleh melupakan orang lama.

Bayangkan, 30 tahun lagi, anda pula dilupakan. Sekurang-kurangnya anda tahu asas, apa itu lagu Melayu asli.

Kalau kita tidak pelihara hasil intelek nenek moyang kita, semuanya akan lenyap. Kita nak salahkan siapa?

Wassalam, kita bertemu lagi minggu depan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 06:55 PM | Show all posts
Ramli MS layak jadi juri Juara Lagu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2006 12:01 PM | Show all posts
Dia jadik pengarah muzik malam tuh nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2006 12:06 PM | Show all posts
Aspirasi: Industri hiburan harus ada 'Perdana Menteri'
Bersama Ramli MS


揂SSALAMUALAIKUM... Kita baru seminggu melepasi Tahun Baru 2006. Satu jangkamasa yang saya kira dalam setahun ni, banyak boleh kita perbaiki dari segi semua arah untuk kepentingan industri kita. Di sini, semua kemelut industri hiburan yang kita lihat pada tahun lalu, macam-macam, tak pernah selesai.

Kenapa kita tidak berganjak, kalau berganjak pun sedikit saja dari segi mutu kerja. Kalau kita nak membandingkan dengan artis seberang, kenapa artis mereka mudah menembusi pasaran kita, tapi kita sukar ke sana.

Salah satu sebabnya, kita jangan salahkan artis Indonesia. Kita perlu meningkatkan karya kita dulu. Tidak dapat dinafikan, penduduk mereka pun 10 kali ganda dari kita. Negara kita 25 juta penduduk, mereka pula 250 juta!

Kalau kita ada satu Man Kidal, mereka ada 10 Man Kidal.

Jiwa muzik kita lain dari mereka, berlainan cita rasa. Muzik mereka lebih segar, kreatif. Di sana, persaingan begitu sengit untuk menjadi yang terbaik. Di tempat kita, kerja lebih banyak dari manpower. Saya berdiri di tengah-tengah dalam keadaan ini.

Berbalik kepada di awal tahun ini, saya kira kita harus mempertingkatkan hasil kerja kita dan memperbaiki kelemahan serta persefahaman yang kurang. Persatuan hiburan bergaduh. Perkara ini tidak seharusnya terjadi. Sebabnya yang menjadi mangsa, orang di bawah.

Di mana kita harus merujuk kalau Jeneral kita asyik bergaduh?

Industri kita ni terlalu banyak jemaah menteri. Kita tidak ada Perdana Menteri. Industri hiburan harus ada Perdana Menteri. Jadi, saya harap perkara harus diperbetulkan.

Cetak rompak yang tiada kesudahan, saya harap ia dapat dikurangkan, saya tak boleh cakap banyak pasal benda ni, sendiri mahu ingatlah. Apa yang saya perhatikan, pembikinan album setakat tangkap muat saja, satu, dua lagu saja yang bagus, yang lain sekadar filler. Di situlah kualiti kita kurang.

Bajet rakaman terbabit juga disebabkan cetak rompak.

Artis-artis bergaduh, turun naik mahkamah. Hindarkanlah, benda tu macam kuman saja. Pusing-pusing balik pun jumpa juga muka yang sama.

Kadang-kadang juga saya mendengar hasil penciptaan yang terlalu dekat dengan lagu yang sudah popular. Tidak salah melihat yang popular itu sebagai rujukan. Bukan saya kata kita tak boleh salin, pelajari dari yang terbaik sebagai rujukan, tapi tidak terlalu dekat mencedok.

Apabila kita memikirkan hal-hal yang saya katakan tadi, kenapa muzik kita sukar masuk Indonesia, hal-hal yang macam inilah yang menidakkan muzik kita diiktiraf, apatah lagi untuk muzik kita menembusi ke pasaran global.

Kita harus ada keaslian.

Saya beri contoh AR Rahman, seorang komposer dari India. Dia pernah dijemput untuk bekerjasama dengan Sir Andrew Lloyd Webber yang popular dengan lagu Memory dan The Phantom of the Opera. Saya sendiri meminati AR Rahman. Dia seorang penggubah lagu yang genius. Bayangkan dia dijemput oleh Sir Andrew, padahal dia hanya pencipta dari India.

Kenapa? AR Rahman ada originality.

Kreativitinya sungguh unik.

Kita harus memandang ke arah itu sebagai rujukan. Kenapa orang lain boleh buat, AR Rahman boleh buat, kita tak boleh? Kita boleh mendengar sebagai rujukan, tapi janganlah kita buat lagu yang hampir menyamai corak lagu yang dah sedia popular.

Tapi, saya tak salahkan komposer berkenaan kerana ia mungkin permintaan syarikat rakaman.

Semuanya terpulang kepada hak peribadi masing-masing.

Jadi, masuk 2006 ni, kita perbaikilah apa yang kita nampak negatif. Kita tak boleh tipu diri kita sendiri. Kita harus jujur berkarya.

Kalau anda di luar sana terbaca tulisan saya ni, fikirkanlah sejenak ke arah yang positif. Bukan tugas saya untuk mengubah persepsi orang lain.

Wassalam, kita bertemu lagi minggu depan, insya-Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2006 10:34 AM | Show all posts
Aspirasi: Ramli Sarip pejuang seni yang tulen
Bersama Ramli MS


Dia buat muzik untuk umum. Faedah yang bakal diperolehnya, dia tak berkira, yakni lebih banyak kepada amal jariah, atas ihsan. Dia tahu muziknya tidak komersial tapi muzik seperti itu membuatkan hatinya puas


揂SSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda satu subjek yang saya ingin utarakan selepas berbicara dengan seorang teman yang bertanyakan kepada saya mengenai industri seni kita. Dia bertanya, kenapa industri muzik kita tidak berganjak, masih berada pada takuk lama?

Saya jelaskan kepadanya, keadaan yang pernah saya tulis di ruangan ini dulu. Di antara perbualan kami itu, timbul satu subjek yang menarik perhatian saya iaitu mengenai siapa pejuang seni yang tulen di negara kita.

Maksudnya seseorang pencinta seni yang tidak mengira soal kepentingan atau faedah yang bakal diperoleh apabila penciptaan karyanya hanya mengikut kehendak jiwa.

Saya beritahu kawan saya, pejuang seni seperti itu ada di negara kita. Dia tanya siapa?

Pejuang seni itu ialah Ramli Sarip. Kenapa saya menamakan Ramli? Dilihat dari perjalanan Ramli yang saya kenal lebih 30 tahun dulu, dari Bukit Timah, Singapura, asalnya dari Sweet Charity, muziknya begitu rock & roll, komersial.

Namun, apabila memasuki era 90-an, muziknya lebih ke arah kerohanian. Ramli sanggup melupakan soal komersial. Kerohanian satu sifat seni yang berbentuk keinsafan. Dia sanggup melupakan apa saja jenis muzik, muziknya bukan untuk dijual. Muzik yang dihasilkannya lebih kepada kepuasan diri.

Ramli, yang berpuluh tahun berjuang dengan seni, akhirnya pergi ke arah kerohanian, menghambakan diri kepada Tuhan, sesuatu yang suci sehingga sanggup melupakan muzik dunia. Keaslian muzik Ramli, satu seni yang bukan untuk tujuan komersial.

Dia buat muzik untuk umum. Faedah yang bakal diperolehnya, dia tak berkira, lebih banyak kepada amal jariah, atas ihsan. Dia tahu muziknya tidak komersial tapi muzik seperti itu membuatkan hatinya puas. Sebab itu Ramli seorang pejuang seni yang tulen!

Inilah ciri-ciri semula jadi yang ada dalam diri Ramli. Sesuatu yang kita harus memberinya satu penghormatan. Selepas berpuluh tahun, Ramli akhirnya tidak mempedulikan komersial dan faedah dari karya aslinya.

Pergerakan muziknya dari rock & roll sampai ke tahap sekarang, kerohanian! Saya katakan, Ramli seorang pejuang seni yang tulen dari segi penciptaan.

Saya tak mengatakan pejuang seni yang berkarya kerana memikirkan faedah, wang ringgit, salah. Itu cita rasamasing-masing atau hak peribadi seseorang. Saya bercerita mengenai pengorbanan seseorang seperti Ramli Sarip.

Dia rela melupakan hasil dunia.

Muzik Ramli juga menjurus kepada keinsafan.

Dia buat muzik untuk dirinya, didengar oleh umum. Padahal bukan dia tak pernah buat muzik untuk Ella, Khadijah Ibrahim dan ramai lagi. Itulah yang saya maksudkan, muziknya bukan lagi untuk komersial, sebaliknya kerohanian, ketuhanan.

Ada juga pejuang seni yang tak tulen di negara kita. Kebanyakannya 慶loner

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2006 01:18 AM | Show all posts
ramli m.s kata lagu isabella m.nasir yg buat?heh heh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2006 08:58 AM | Show all posts
Aspirasi: Gurauan saya dan Jibeng memang `kasar'
Oleh Ramil MS


ASSALAMUALAIKUM... Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga penyanyi Allahyarham S Jibeng. Bagi saya, arwah S Jibeng adalah seorang penyanyi yang begitu ternama ketika zamannya.

Jibeng yang saya kenali, apabila saya menceritakannya, mungkin ramai yang sukar percaya. Arwah saya kenali sejak saya berusia sembilan tahun lagi.

Ketika itu kami di Singapura. Pada masa itu, arwah dan bapa saya, Mohd Salleh sering bermain muzik dalam satu kumpulan. Mereka sering menjayakan persembahan di majlis orang kahwin, di mana bapa saya bermain akordian, arwah pula menyanyi.

Jadi, dari situlah saya mengenali arwah Jibeng sehinggalah hari ini, saya mengenalinya melebihi empat dekad. Dia seorang yang sungguh kelakar dan `kalis' gurau. Gurauan antara saya dan arwah, memang `kasar'. Dia dapat meneka dengan tepat kalau seseorang itu bergurau dengannya hingga ke tahap yang melampau.

Arwah pasti menyebut nama saya. Ini mesti kerja si Ramli, anak Salleh! Tak ada orang lain yang berani kacau aku macam ni!

Bayangkan pada suatu hari tu, Jibeng sedang berdiri menunggu teksi di Singapura sekitar 1980-an. Saya pula sedang memandu, ternampak arwah.

Apabila kereta saya sampai di depannya, saya membunyikan hon sekuat hati! Arwah tak panik, dia tenang saja. Saya boleh dengar arwah berkata, ini tak ada orang lain, ini kerja Ramli, anak Salleh!

Kali terakhir saya bertemu arwah ketika menghadiri rakaman Melodi Raya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Saya masih sempat bergurau dengan arwah.

Apabila ternampak Jibeng, saya terus menarik bajunya dari belakang. Arwah boleh cakap, Ramli, duduk sini borak dengan aku!

Jadi, bayangkan, betapa rapatnya hubungan saya dengan arwah Jibeng.

Kami juga pernah berkerja di studio untuk menghasilkan album irama 60-an sekitar 1980-an. Jibeng sungguh kelakar, kami dah macam anak beranak.

Tapi, keakraban kami melebihi segala-galanya. Apabila saya jumpa arwah, saya mesti peluk dia.

Ketika saya masih kecil, saya masih ingat kenakalan saya, saya minta dia duit. Abang Jibeng, minta lima sen! Arwah sering berkunjung ke rumah saya di Singapura untuk bertemu dengan bapa saya kerana dia belajar menyanyi dengan beliau. Mereka sering berdua, kadang-kadang pak cik saya, S Atan, pun ada sama.

Arwah dah anggap saya macam anaknya sendiri. Pengalaman kami berkerja di studio, sungguh kelakar. Saya selalu buli dia. Kadang-kadang orang lain memarahi saya kenapa saya bergurau melampau sangat dengan Jibeng.

Tapi, mereka tidak faham. Sebenarnya antara saya dan Jibeng, dah macam anak beranak. Itulah kemesraan kami.

Komitmen Jibeng superb! Dah saya katakan sebelum ini, orang lama kalau nak masuk studio jam 8 malam, 7.30 dia dah terpacak depan pintu. Kalau menyanyi lagu tiga minit, tiga minit lagu tu habis. Walaupun penglihatan Jibeng tidak baik, tapi pendengarannya sungguh tajam.

Apabila dia dah cacat penglihatan, dia menggunakan pendengarnya 200 peratus! Semua orang buta macam itu. Minda mereka, fokus terhadap kerja melebihi orang biasa. Penghayatannya amat mengagumkan. Tumpuannya hanya berfokus kepada bunyi. Tidak dari mata, tapi dari minda.

Suaranya sungguh merdu. Dengarkan saja lagu hits Jibeng seperti Musafir Di Aidilfitri, Inai Di Jari dan macam-macam lagi. Nyanyian arwah sungguh menusuk kalbu. Dia juga seorang pemain bongo yang baik. Semasa hayatnya, kita sudah ada seorang Stevie Wonder Malaysia walaupun tak sehebat Stevie Wonder di Amerika tu...

Jadi marilah kita sama-sama sedekah al-Fatihah kepada rohnya. Kita jumpa lagi minggu depan, insya-Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2006 09:41 AM | Show all posts
Aspirasi: Tidak akur budaya Barat seperti Valentine's Day
Oleh Ramli MS


Jiwa saya masih kuat dengan budaya Melayu walaupun saya bekerja dalam dunia hiburan. Saya pun pernah jadi muda. Tapi, tak pernah sekalipun saya meraikan Hari Memperingati Kekasih ini


揂SSALAMUALAIKUM...

Hari saya menulis cerita ini kebetulan jatuh pada Hari Memperingati Kekasih (Valentine's Day), 14 Februari.

Saya tak faham, hari ini saja (14 Februari), saya menerima banyak kiriman SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) daripada teman-teman khususnya wanita yang mengucapkan Selamat Hari Valentine!

Namun, tidak satu pun saya balas! Saya tak faham kenapa mereka sangat-sangat terikut budaya Barat? Bagi saya, sebagai orang Melayu dan berbudaya Melayu, kita tidak perlu mengikut budaya dari Barat itu seperti Valentine's Day.

Tapi, saya tidak mengatakan Hari Memperingati Kekasih itu tidak elok, tapi itu sebenarnya budaya Barat. Ada yang sanggup beli bunga, hantar bunga, beli coklat, konon-kononnya sayang sangat pada kekasih tu. Secara peribadi, ia terserah nak ikut, tak nak ikut.

Bagi diri saya, takkan saya akur dengan budaya Barat seperti itu.

Jiwa saya masih kuat dengan budaya Melayu walaupun saya bekerja dalam dunia hiburan.

Saya pun pernah jadi muda.

Tapi, tak pernah sekalipun saya meraikan Hari Memperingati Kekasih ini.

Sekalipun saya sudah berumah tangga, di mana bekas isteri saya seorang bekas penganut agama Kristian, kami pun tak pernah pun sambut Valentine's Day. Sebabnya bekas isteri saya itu kini berbudaya Melayu. Sekali lagi, ia hak masing-masing. Terpulang sama ada nak sambut ke tidak Valentine's Day itu.

Kepada artis Melayu yang sedang bercinta, ghairah menyambut Valentine's Day, bagi saya itu hak masing-masing. Mungkin mereka melihat Valentine's Day se suatu yang indah bagi mereka.

Dah saya katakan, saya berkecimpung dalam dunia hiburan yang serba serbi kebaratan, tapi saya tetap berjiwa dan berbudaya Melayu.

Saya tak pernah campur adukkan hal kerja dengan peribadi.

Peribadi saya, saya tetap seorang Melayu. Apa yang kita lakukan di muka bumi ini perlu ada batasan.

Tapi, kalau masih ada artis Melayu, orang Melayu nak sambut juga Valentine's Day, terpulanglah...

Ada orang bertanya saya, siapa 'date' Valentine kau? Saya cakap, saya tak sambut. Pada malam Valentine, sebelum saya menulis cerita ini, saya menulis lagu, saya bekerja. Dah bertahun-tahun macam inilah keadaannya. Saya tak pernah meluangkan masa saya untuk Valentine's Day.

Tapi, itu untuk diri saya sebab saya tak percaya kepada Hari Memperingati Kekasih. Ada juga yang saya lihat pasangan Melayu yang meraikan Valentine's Day hingga ke arah negatif. Tidur bersama sebelum berkahwin, mabuk, dah macam satu kelaziman.

Perkara ini tentunya melanggar peraturan budaya Melayu kita.

Apabila menyebut Valentine's Day, pasangan berkenaan pergi makan malam, tapi bukan sekadar dinner semata-mata, sebaliknya berdua-duaan sehingga terjebak ke arah kemaksiatan. Bukan nak kata artis kita saja, orang-orang kebanyakan pun sama.

Jadi, apabila kita memperingati Valentine's Day, sedikit sebanyak mempengaruhi keterbukaan fikiran kita sehingga melanggar peraturan budaya Melayu yang kuat bersandarkan kepada agama Islam. Selepas makan malam, ia tidak sekadar berakhir di situ saja, sebaliknya ke tempat lain yang ke arah negatif.

Tapi, sekali lagi terpulang kepada cita rasa masing-masing.

Mereka harus melihat lebih jauh lagi. Kita berkorban apa saja demi kekasih, walhal kekasih dia orang tu bukannya jujur sangat.

Kepada artis bukan Melayu dan ramai lagi, itu saya tak nak cakap apa-apa. Kalau mereka sambut Valentine's Day, itu hak mereka.

Begitu juga dengan artis Melayu, sekali lagi saya tegaskan, jika mereka tetap menyambut Valentine's Day sekalipun, itu hak mereka.

Saya sekadar memberi pendapat secara peribadi. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi.

Kerajaan tidak menyekat kehendak rakyat yang berbelah bagi menentukan hak masing-masing. Saya bercakap mengenai budaya Melayu kita. Kita perlu memelihara kebudayaan Melayu yang bersih, tidak boleh dicemari.

Sebenarnya budaya Melayu tidak menggalakkan kita menyambut Hari Memperingati Kekasih kerana kesan negatifnya terlalu ba nyak. Tahulah, apabila asyik bercinta, lupa segala-galanya. Mak dan ayah kita sendiri pun, sanggup kita lawan.

Nak cakap saya kolot sebab tak sambut Valentine's Day, cakaplah...

learn from the best, insya-Allah hidup kita akan lebih diberkati.

Baiklah, sehingga kita bertemu lagi minggu depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 11:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 02:29 PM | Show all posts
thanks syd....
aku suka opinion ramli ms ni
aku pon x miss gak...
dia berfikir secara logik...
menegur dalam diam...
membetulkan yang bengkok...
takde la anggap hiburan ni gosip semata2...
ada gak ilmu yang aku dapat dr opnion dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 03:00 PM | Show all posts
yup, artikel dia wat orang berfikir
bukan takat baca apa yang ada dlm paler dia jerk
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 03:35 PM | Show all posts
Ramli MS dan Astro punya aspirasi yg tak sehaluan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 04:45 PM | Show all posts
itulah
lain2 pendapat
tapi ramli ms tegas dgn pendirian dan pendapatnya
(pendapat peribadi aku)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2006 05:22 PM | Show all posts
Aspirasi Ramli MS - kelahiran artis2 yg jujur dlm seni, berkualiti (bukan sj dari kacamata peminat) yg boleh dihormati oleh pengiat seni.

Aspirasi Astro - mengaut sebanyak keuntungan dgn melahirkan artis2 yg mempunyai latarbelakang & cerita yang jauh melebihi bakat mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 09:01 AM | Show all posts
dari perbandingan tuh mmg jelas sekali
pandangan yang tentu amat berbeza
dari segi matlamat
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 11:30 AM | Show all posts
maeya suka sgt baca aspirasi ramli ms.................
idea dia bernas, tulus, tepat...................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 11:42 AM | Show all posts
lagi satu...

dia jujur

itu yang dia selalu tekankan bila ditanya ttg kerjaya, komen, matlamat etc

dia jujur ckp, wpun pedas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064211 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list