CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: venez

ARKIB TUGASAN KOMPUTER - UNTUK RUJUKAN

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2006 08:25 AM | Show all posts

Charles Babbage - Bapa Komputer @ Arkitek Komputer Moden



Asal Usul & Pendidikan
Charles Babbage dilahirkan pada tahun 26 Disember 1791 di Teignmouth, Devonshire UK dan adalah anak kepada Benjamin Babbage, seorang pekerja Bank di England. Babbage seorang yang amat cerdik di dalam bidang matematik ketika remaja.  Pada tahun 1811, beliau sambung belajar ke Kolej Trinity, Cambridge & mendapati beliau mampu menjadi tutor di Kolej tersebut.  Menamatkan pengajian dari Peterhouse pada tahun 1814.  Beliau menerima MA dari Cambridge University pada tahun 1817.  Telah dilantik sebagai Ketua Matematik di Cambridge tetapi tidak pernah mengajar di universiti tersebut.  Beliau meninggal dunia  pada tahun 1871.

Awal Pembabitan
Pada suatu hari apabila beliau cuba menyelesaikan beberapa masalah matematik, beliau mendapati bahawa jadual-jadual matematik yang beliau gunakan penuh dengan beberapa kesilapan. Beliau memutuskan bahawa suatu mesin boleh direkacipta yang membolehkannya memnyelesaikan masalah matematik dengan mengira perbezaan antara dua persamaan matematik. Oleh itu beliau membuat satu mesin demonstrasi yang dipanggil mesin pembeza (difference engine). Mesin yang diciptanya mendapat sambutan yang baik sehinggakan pada tahun 1830 beliau telah memutuskan untuk memulakan pembinaan ke atas satu versi model mesin pembeza yang sempurna, dengan bantuan kewangan dari kerajaan British pada masa itu.

Walau bagaimanapun, beliau mendapati bahawa kesilapan-kesilapan yang terkecil adalah cukup untuk membuatkan mesin yang direkanya tidak berfungsi. Beliau telah dipandang rendah oleh rakan-rakan seperjuangannya yang menganggapnya sebagai seorang yang hendak mencipta sesuatu mesin yang cukup mustahil. Akhirnya kerajaan British menark balik bantuan kewangan yang diberikan kepada beliau.



Gambar Charles Babbage di setem, 1991


Namum begitu, beliau tidak putus asa. Beliau kemudiannya merekabentuk sebuah mesin yang lain, dipanggil mesin analitikal (analytical engine), di mana mesin tersebut berupaya menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Mesin itu juga tidak pernah dibina oleh beliau pada masa itu, tetapi ia merangkumi lima bahagian utama yang terdapat pada komputer-komputer masa kini, iaitu:
a.  sebuah alat input,
b.  sebuah ruangan ingatan untuk menyimpan nilai nombor yang hendak diproses,
c.  sebuah pemproses (processor) atau pengira nombor,
d.  sebuah unit kawalan untuk mengarahkan tugas-tugas yang akan dijalankan dan turutan pengiraan, dan
e.  sebuah alat output.

Augusta Ada Byron (The Countess of Lovelace) adalah merupakan pengaturcara (programmer) yang pertama sekali di dunia dan beliau telah membantu Babbage dalam merekabentuk arahan-arahan untuk mengendalikan proses-proses pengirann untuk mesin analitikal tersebut. Penglibatan beliau tidak boleh diperkecilkan: beliau telah memastikan bahawa secara teorinya rekacipta Charles Babbage boleh berfungsi. Tambahan pula, beliau telah menerbitkan beberapa siri nota-nota yang kemudiannya membolehkan mereka pada masa kini merealisasikan impian Charles Babbage.

Enjin Penganalisaan ini mempunyai banyak persamaan dengan organisasi komputer sekarang. Mesin ini tidak dapat disudahkan pembinaannya oleh Babbage kerana teknologi pada zaman tersebut amat terhad. Namun usahanya telah disambung dengan jayanya oleh George Scheutz (1855) dan oleh anak lelaki Babbage iaitu Henry (1889).



Kejayaan-Kejayaan Babbage
a.  Mencipta Difference Engine 1 pd tahun 1832 untuk bidang matematik

b.  1827, beliau memperkenalkan tabel logaritma dari nombor 1 hingga 108000
c.  1831, beliau telah menubuhkan British Association for the Advancement of Science
d.  1832 beliau telah menerbitkan buku "Economy of Manufactures and Machinery.  
e.  1834, beliau telah mengasaskan Statistical Society of London dan pada tahun 1864 beliau telah menerbikatn Passages from the Life of a Philosopher.  
f.  Charles Babbage Institute ditubuhkan utk memperingati jasa-jasa beliau (http://www.cbi.umn.edu/)[/colour]

Rujukan
1.  http://ei.cs.vt.edu/~history/Babbage.html

[ Last edited by  inazlina at 19-6-2006 10:16 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2006 06:01 PM | Show all posts

TUGASAN PRA-FASA 2

Sepanjang karier saya dalam bidang pengkomputeran, dua jenama komputer yang sering saya gunakan adalah DELL dan HP. DELL diguna semasa bekerja di universiti dulu dan HP di pejabat sekarang. PC, Workstation, server, printer, mahupun scanner semuanya HP. Jadi alang-alang saya dah guna HP ni, saya nak ceritakan sikit mengenai siapa pengasas HP atau nama penuhnya Hewlett Packard.

Nama Hewlett Packard itu sendiri merupakan gabungan nama dua pengasas syarikat berkenaan. Bill Hewlett dan David Packard merupakan orang yang bertanggungjawap mengasaskan dan memperkasakan HP di mata dunia.. Bagi tugasan ini, saya hanya nak menceritakan tentang kehidupan dan kejayaan Bill Hewlett.

William Hewlett


Bill Hewlett atau nama sebenarnya William Redington Hewlett, dilahirkan pada 20 Mei 1913 di Ann Arbor, Mich. Beliau berpindah ke California ketika berumur 3 tahun apabila ayahnya yang merupakan seorang ahli fizik, bekerja di Stanford Medical School. Sejak dibangku persekolahan lagi Hewlett telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang sains dan telah melakukan banyak eksperimen fizik dan kima. Hinggalah pada tahun 1930, beliau diterima masuk ke Stanford University. Umur 17 dah masuk universiti, saya umur 19 baru jejak kaki kat U.. Dua tahun ketinggalan nampaknya..

Hewlett berkenalan dengan David Packard semasa mereka menuntut di Stanford. Kedua-dua sahabat baik ini banyak dipengaruhi oleh  profesor mereka, Frederick E. Terman yang mengajar dalam bidang kejuruteraan radio. Hewlett menerima ijazah B.A pada tahun 1934 dan lima tahun kemudian, beliau menerima ijazah kejuruteraan elektrik dari universiti yang sama. Beliau dianugerahkan ijazah Sarjana dari Massachusetts Institute of Technology pada tahun 1936.

Pada tahun 1939, beliau telah mengahwini Flora Lamson, dan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Eleanor, Walter, James, William dan Mary. Flora Hewlett meninggal dunia pada tahun 1977 dan setahun kemudian Hewlett mengahwini Rosemary Bradford.

Dengan galakan Terman, kedua-dua sahabat ini mula menceburi bidang perniagaan elektronik dan mereka mula berbincang untuk menubuhkan syarikat sendiri pada Ogos 1937 dan akhirnya, pada 1 Januari 1939, mereka telah menubuhkan Syarikat Hewlett-Packard. Syarikat ini beroperasi disebuah garaj kecil di Palo Alto dengan modal keseluruhan $538. Garaj itu kini telah dinobatkan sebagai titik permulaan kelahiran Lembah Silikon dan menjadi mercu kebanggaan California.

Garaj HP



Semasa di Stanford, Hewlett telah menulis tesis berkenaan dengan teknologi kejuruteraan elektonik terbaru yang menjadi asas kepada produk pertama Hewlett-Packard. "HP Model 200A" merupakan nama yang diberi kepada osilator pertama mereka. Pada tahun berikutnya, 1940, Walt Disney telah menempah lapan unit osilator Model 200B untuk digunakan dalam penataan bunyi bagi filem  Fantasia. Pada tahun 6 Januari 1942, setelah tiga tahun bertapak dalam pengeluaran osilator, William Hewlett telah dianugerahkan United States patent 2,268,872 untuk osilatornya.

William Hewlett's Oscillator - Patent Drawing 2,268,872


Pada tahun 1947, Hewlett telah dilantik sebagai Naib Presiden HP. Sepuluh tahun kemudian, beliau dipilih sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi HP. Apabila Perjanjian Rom pada 1957 membuka ruang perniagaan ke Eropah, Hewlett berkeyakinan untuk membawa HP keluar dari Amerika Syarikat. Hasilnya, pada tahun 1959, HP dengan rasminya memiliki kilang di Boeblingen, Jerman. Pada tahun yang sama juga, satu ibu pejabat untuk Eropah telah dibuka di Geneva, Switzerland.

HP mula menjual stoknya kepada umum pada tahun 1957. Hewlett dan Packard merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat tersebut. Mereka turut menjual saham HP kepada pekerja mereka dengan harga diskaun bagi membolehkan mereka berkongsi kejayaan dengan HP. Jika Packard terkenal dengan kebijaksanaannya mengatur perniagaan, Hewlett pula dikenali kerana kepakarannya dalam bidang saintifik. Keserasian perkongsian dua sahabat ini menjadi tunjang kegimalangan HP di dunia.

Pada tahun 1964, beliau dilantik sebagai Presiden HP dan seterusnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada tahun 1969. Akhirnya pada tahun 1977, beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden dan setahun kemudian melepaskan jawatan CEO kepada John A. Young. Bagaimanapun beliau kekal sebagai Pengerusi Eksekutif sehingga tahun 1983 dan bertugas pula sebagai naib pengerusi sehingga 1987.

Bill Hewlett meninggal dunia pada 12 January 2001. Sepanjang kariernya dengan HP, Hewlett telah dilihat sering berada di Makmal HP, bekerja bersama-sama jurutera HP menjalankan kajian. Beliau amat percaya yang teknologi baru akan membawa kejayaan kepada syarikatnya. Sumbangan beliau telah banyak mengubah kehidupan manusia, bukan sahaja dari segi teknologi tetapi juga dari segi pengurusan.


JAWATAN LAIN YANG PERNAH DISANDANG DAN KEJAYAAN-KEJAYAAN LAIN

Perang Dunia Kedua - Beliau mengetuai seksyen elektronik di New Development Division of the War Department Special Staff.
1950 to 1957 - Lembaga Pengarah Institute of Radio Engineers ( sekarang dikenali sebagai Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE)).
1954 - Presiden Institute of Radio Engineers.
1956 to 1958 - Presiden Palo Alto-Stanford Hospital Center (sekarang dikenali Stanford Medical Center).
1958 to 1962 - Pengarah Palo Alto-Stanford Hospital Center.
1958 to 1968 - Pemegang amanah untuk Mills College di Oakland, California.
1963 to 1974 - Pemegang amanah untuk Stanford University.
1966 - Beliau dan isteri menubuhkan William and Flora Hewlett Foundation.
1969 to 1970 - Ahli White House bagi kawasan San Francisco.
1972 to 1974 - Pengarah Drug Abuse Council di Washington, D.C.
1972 to 1978 - Pengarah Kaiser Foundation Hospital and Health Plan.
1983 - Presiden Ronald Reagan menganugerahkan beliau National Medal of Science.
1995 - Beliau dianugerahkan Lemelson-MIT Prize Lifetime Achievement Award.
Oktober 1999 - Hewlett menerima Eta Kappa Nu Association's Eminent Member Award

Ini la serba sedikit pengenalan Hewlett. Banyak lagi yang boleh diceritakan tetapi masa tak mengizinkan..

RUJUKAN

1. http://www.hp.com
2. http://en.wikipedia.org/wiki/William_Hewlett
3. http://www.invent.org/hall_of_fame/76.html
4. http://inventors.about.com/od/hstartinventors/a/William_Hewlett.htm
5. http://www.old-computers.com/history/detail.asp?n=8&t=1
6. http://www.smallbusinessnotes.com/history/hewlett.html


[ Last edited by  padlie at 18-6-2006 11:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 11:37 AM | Show all posts
TUGASAN PRA-FASA 2...

Linus Torvalds pengasas Linux




Intro

Kata "Linux" untuk saat ini sudah tidak asing lagi bagi para pengguna internet dan komuniti mahasiswa yang memiliki hobby untuk mencuba software-software baru. Secara singkat dapat dikatakan, Linux adalah suatu sistem operasi yang bersifat multi user dan multi tasking, yang dapat berjalan di berbagai platform termasuk prosesor Intel 386 ataupun yang lebih tinggi. Sistem operasi ini mengimplementasikan standard POSIX. Linux dapat berinteroperasi secara baik dengan sistem operasi yang lain, termasuk Apple, Microsoft dan Novell. Nama Linux sendiri diturunkan dari pencipta awalnya, Linus Torvalds, Sebenarnya dia cuba menggabungkan pada suatu kumpulan software lengkap yang bersama-sama dengan kernel menyusun suatu sistem operasi yang lengkap.

Latar belakang



Linus Benedict Torvalds dilahirkan pada December 28, 1969. Beliau berasal dari Finland. Beliau dibesarkan di Helsinki (ibu negara Finland dan merupakan Bandar yg terbesar disana). Beliau telah menghabiskan masanya sebagai software engineer atau lebih dikenali sebagai pembangunan dalam Linux. Beliau telah menulis mengenai Linux kernel ketika masih belajar di Helsinki University.



Beliau telah melakukan laser eye surgery dan tidak lagi menggunakan cermin mata.

Ramai yg mengatakan bahawa middle name Linus adalah adalah "God". Ada yg mengatakan ia adalah Eric. Tetapi sebenarnya middle name beliau adalah `Benedict'. Tapi beliau sendiri jarang menggunakannya.

Beliau sekarang tinggal di Portland, Oregon, dan telah berpindah ke U.S. dari Helsinki dalam awal tahun 1997. Beliau telah menetap di Santa Clara dan San Jose sebelum pergi bekerja utk OSDL. Beliau sekarang adalah project coordinator (atau Benevolent Dictator for Life).

Linus diilhamkan dari Minix (merupakan kernel atau operating system yang dibangunkan oleh Andrew Tanenbaum) untuk membolehkan pembangunan dalam UNIX-sama seperti operating system yang boleh digunakan di PC. Linux sekarang jugak bole digunakan dalam banyak architectures.

Biography

Torvalds dilahirkan di Helsinki, ibu negeri Finland. Beliau adalah anak kepada journalists Anna dan Nils, dan cucu kepada Ole Torvalds. Keluarga beliau adalah Swedish-merupakan kumpulan minoriti (anggaran dalam 6%) di dalam populasi penduduk di Finland. Nama Torvalds adalah berasal dari Linus Pauling, org amerika yang merupakan pemenang anugerah Nobel Prize, walaubagaimanapon beliau lebih selesa mennyatakan bahawa nama Linus diperolehi dalam cerita komik Peanuts. Kedua-dua ibu bapanya merupakan campus radicals di University of Helsinki dalam tahun 1960s. Bapa beliau adalah  Communist yang telah menghabiskan masa selama setahun belajar di moscow pada pertengahan tahun 1970.

Torvalds memasuki University of Helsinki dari tahun 1988 sehingga 1996, dan  graduate dengan master's degree dalam computer science. Beliau telah menulis thesis yg bertajuk Linux: A Portable Operating System, pada Linux.

Beliau mula berminat dengan komputer sejak Commodore VIC-20. Selepas VIC-20 beliau telah membeli Sinclair QL dimana beliau sendiri mengubahsuai, terutamanya dalam operating system. Beliau telah membuat programming di assembler dan text editor untuk QL, dan beberapa game. Beliau juga dikenali sebagai orang yg menulis Pac Man atau nama klonenya Cool Man. Dalam tahun 1990 beliau telah membeli Intel 80386-based IBM PC dan telah menghabiskan masa beberapa minggu bermain game Prince of Persia sebelum beliau menerima salinan Minix dimana membenarkan beliau mula bekerja untuk Linux.

Linus telah berkahwin dengan Tove Torvalds (n閑 Monni). Dia telah memenangi 6 kali dalam perlawanan Karate kebangsaan, dimana beliau pertama kali bertemu dimusim bunga pada 1993. Linus sedang menjalankan kursus bengkel pengenalan mengenai komputer kepada student dan isteri beliau telah menghandar email kepada Linus untuk menghadiri course tersebut, dimana Tove telah membalas bertanyakan tentang tarikh. Mereka mempunyai 3 orang anak, Patricia Miranda (dilahirkan pada December 5, 1996), Daniela Yolanda (dilahirkan pada April 16, 1998) dan Celeste Amanda (dilahirkan pada November 20, 2000), dan kucing mereka yg bernama Randi (singkatan kepada Mithrandir, merupakan nama Sindarin untuk Gandalf, watak dalam The Lord of the Rings).

Torvald telah berpindah ke San Jose, California dan tinggal disana beberapa tahun bersama keluarganya. Dalam bulan June tahun 2004, Torvalds dan keluarganya telah berpindah ke Portland, Oregon supaya lebih dekat dengan tempat linus bekerja.

Beliau telah bekerja untuk Transmeta Corporation dari February 1997 sehingga June 2003, dan sekarang Open Source Development Labs, merupakan asas dalam software consortium Beaverton, Oregon.
Mascot beliau adalah penguin atau diberi nama singkatan sebagai Tux, dimana digunakan secara meluas oleh komuniti Linux sebagai maskot mereka.

Pengiktirafan

[img]http://images.google.com.my/images?q=tbn:n6_mzrEzmctSmM:www.sonic.net/~dane/images/Linus_award.jpg[/img]

Kebanyakan peminat Linux berminat kepada hasil kerja Torvalds yang amat bagus. Dalam buku beliau yang bertajuk "Just for Fun" beliau telah mengadu yg beliau telah dibiarkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 04:48 PM | Show all posts
TUGASAN PRA-FASA 2...

Steve Wozniak  pengasas Apple Computer

Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL) adalah sebuah syarikat di Lembah Silikon, Cupertino, California, di mana perniagaan asas syarikat ini adalah berasaskan teknologi komputer. Apple adalah salah satu syarikat pengasas revolusi komputer peribadi pada tahun 70-an dengan keluaran Apple II dan telah memberi kesan yang besar kepada pasaran komputer peribadi sejak era 80-an dengan model Macintosh. Apple dikenali dengan innovasi perisian dan perkakasan seperti iMac, pemain muzik digital iPod dan juga kedai muzik iTunes.

Sejarah Awal Penubuhan

Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.

Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.

Biografi :
Stephen Wozniak dilahirkan pada tahun 1950 dan dibesarkan Santa Clara Valley, California, di mana bapanya adalah jurutera untuk Lockheed dan ibunya adalah Presiden kelab wanita Republican.



Stephen Wozniak (Bahasa Polandia: Woźniak, nama panggilan (The) Woz atau Wizard of Woz) (lahir 11 Ogos 1950) adalah pengasasi Apple Computer (dengan Steve Jobs). Ia dianggap sebagai pelopor dari masuknya komputer ke dalam kehidupan rumah peribadi. Walaupun kerjasamanya hanya dalam bentuk kumpulan idea-idea jitu yang secara tidak langsung bersamaan dengan siapnya teknologi untuk pembuatan komputer massal, kecerdasan dan kreativitinya yang tak terbatas membuat dia menjadi orang yang tepat untuk diakui sebagai pemrakarsa revolusi komputer peribadi. Wozniak menciptakan Apple II, komputer peribadi.

Ini adalah komputer Apple I ciptaan Steve Wozniak




tak sempat dah le smbg...

[ Last edited by  KudaKuLari at 19-6-2006 05:26 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2006 07:06 PM | Show all posts

TUGASAN PENDEK FASA 2 : SYSTEM PROPERTIES



Berdasarkan gambar diatas:
1. Buat satu karangan ringkas berkaitan fungsi dan kegunaan paparan ini
2. JANGAN COPY n PASTE DARI WEBSITE
3. Tugasan macam biasa, DALAM BAHASA MALAYSIA SAHAJA
4. Buat tugasan dalam thread ini
5. Tacang dari +20 hingga +30
6. TARIKH AKHIR PADA 1800H 25 JUN 2006..

SELAMAT MENCUBA

[ Last edited by  venez at 29-6-2006 11:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 08:05 PM | Show all posts
Menggunakan skrin yang dipanggil 'System Properties', pengguna boleh memapar/melihat dan membuat perubahan sistem pada sesuatu komputer secara setempat (local) ataupun jarak jauh (remote).

Berikut adalah fungsi dan kegunaan skrin ini:

--> memapar dan mengubah persekitaran yang mengawal bagaimana sesebuah komputer itu menggunakan memori dan mencari sesuatu maklumat

--> mencari maklumat berkenaan sesuatu perkakasan dan peranti/alat (device) serta profail konfigurasi sesuatu perkakasan

--> memapar maklumat berkaitan dengan sambungan rangkaian (network connection) dan profail kemasukan (logon)

--> melaporkan sebarang masalah/ralat berkaitan sistem dan atur cara (program) kepada Microsoft ataupun sistem admin


[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 25-6-2006 03:54 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2006 09:51 PM | Show all posts
Berdasarkan gambar diatas:
1. Buat satu karangan ringkas berkaitan fungsi dan kegunaan paparan ini
2. JANGAN COPY n PASTE DARI WEBSITE
3. Tugasan macam biasa, DALAM BAHASA MALAYSIA SAHAJA
4. Buat tugasan dalam thread ini
5. Tacang dari +20 hingga +30
6. TARIKH AKHIR PADA 1800H 25 JUN 2006..



FUNGSI & KEGUNAAN "SYSTEM PROPERTIES"


sebelum kita terus kepada fungsi dan kegunaannya...marilah kita lihat dulu bagaimanakah untuk mendapatkannya.
Untuk melihat "System Properties", terdapat dua cara:

1) Jalan panjang:
Tekan "Start" ==> "Control Panel" ==> "System"
dapatlah paparan System Properties

2) Jalan Pendek
Tekan kat keyboard: "WinLKey" dan "ause/Break"

Bila dah dapat tu.... kita nampaklah ada 7 Tab iaitu:
1) General
2) Computer Name
3) Hardware
4) Advanced
5) System Restore
6) Automatic Updates
7) Remote

Secara ringkasnya, fungsi "SystemProperties" ialah untuk mengetahui maklumat mengenai komputer yg digunakan.

1) General
Ada 3 perkara yg bole kita nampak, iaitu:
a) System
Window versi apakah yg digunakan bersama service pack.
b) Registered To
ada serial number, PC
c) Computer
Jumlah RAM, jenama

2) Computer Name
Deskripsi (betul ker eja.. ) komputer, macam kita bagi namalah kat dia. Boleh diubah.
Selain itu, terdapat maklumat:
-Nama workgroup
-Network ID : iaitu network untuk menghubung domain dan mencipta acount pengguna local.

3) Hardware
paparan mengenai "hardware" yg digunakan di komputer berkenaan
terbahagi kepada 3:
a) Device manager
Senarai semua "hardware" yg digunakan (Di "installed"). Gunakan "Device Manager" untuk menukar "properties" mana2 device.
Ianya utk
b) Drivers
Tanda drivers memastikan yg alat yg "intalled driver" (Pemacu Atrucara) jenis Pemacu Perkakasan adalah jenis yang sama dengan perkakasan yang dipasang, Dan bersesuaian dengan kehendak Window tersebut.
c) Hardware Profile
Ianya menyediakan cara untuk "set up" dan simpan tatarajah (configuration) hardaware yg berlainan.

4)  Advanced
Berfungsi untuk setkan pencapaian komputer tersebut, iaitu setkan :
Visual effect
Processor Scheduling
Penggunaan Memori
Virtual memori
Ia juga berfungsi untuk mengubah User Profile, system start up, system failure dan roaming.

5) System Restore
Bertujuan seolah2 backup system.

6) Automatic Updates
Ni online update. Ianya sentiasa mengawal updates yang penting dan installkan kepada komputer. Bagaimana ianya berfungsi?? Ianya bergantung kepada tuan punya komputer samada untuk memilih:
a) Automatik update (samada, setiap hari, etc)
b) Muat turun, tapi anda kena pilih sendiri yg mana satu nak install
c) Bagitahu anda dahulu, tapi jangan muat turun ataupun install
d) Tak nak langsung.

7) Remote
Untuk memilih cara bagaimana komputer ni bole digunakan dari komputer yg lain.

Itulah secara ringkas nya...

Terima kasih!!! :tq: :tq: :tq:













[ Last edited by  Amirdaa at 25-6-2006 05:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 12:59 PM | Show all posts
TUGASAN PENDEK NO 3


Ada tujuh tab yang tersedia di sini.

Tab [General]ditampilkan sebagai default. Bahagian ini menunjukkan :-

1.        versi Windows yang diinstall dalam pc kita dengan service pack
2.        jenama dan spesifikasi CPU
3.        jumlah keseluruhan memori (RAM) yg digunakan

Tab [Computer Name] Masa mula2 install, pemberian nama komputer dan workgroup dilakukan secara automatik tapi kita  dapat mengubahnya mengikut keinginan kita.

Bahagian ini menunjukkan :-

1.        maklumat mengenai nama computer
2.        nama workgroup yg digunakan
3.        network identification wizard utk join domain dan mencipta accout local user

Tab [Hardware]

1.        memaparkan semua alatan hardware yg diinstall di dalam computer. Bole menggunakan 揹evice manager

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2006 03:41 PM | Show all posts

Tugasan 3: Karangan jenis Dialog

Pada suatu hari, mala dan maira pergi ke CC untuk bermain kuiz di Bod Ven.. PC di rumah mereka jahanam akibat over heating, gara2 terlampau kuat main kuiz dan pesta buih... Semasa menggunakan pc itu, mala merungut kerana pc itu terlalu perlahan. Lalu maira mencadangkan mereka memeriksa spesifikasi CPU dan Ram pc tersebut..

mala: macammana nak check?
maira: mudah je, cuma tekan WinKey dan Pause/Break secara serentak
satu paparan windows properties pun keluar...

maira: patut la.... cpu speed 1.67 GHz je... RAM pun 64MB je..
mala: ooo bagusnya... kat sini kita boleh check ye... apa lagi kita boleh buat kat sini?
maira: dalam tab "computer name", kita boleh dapatkan penerangan mengenai pc ni.. kita juga boleh rename nama pc ni..
mala: kalau nak bagi nama pc ni sama ngan nama mala leh tak?
maira: boleh...
mala: tab "hardware" tu pulak untuk apa?
maira: ooo.. sini ada fungsi untuk memastikan hardware yang ada pada pc ni bekerja dgn baik dan sempurna.. dalam "device manager", kita boleh lihat setiap fungsi hardware dan drivernya.
mala: driver tu apa?
maira: driver tu kod khas yg disediakan oleh pengeluar hardware bagi membolehkan hardware berfungsi dengan baik dan betul. contohnya, kalau kita ada lesen kereta kita hanya boleh bawa kereta. kita x boleh bawa lori mahupun forklift..
mala: paham, cikgu...
maira: di tab "advance" pula, kita boleh set performance pc kita. secara umum kita boleh set kepada appearance iaitu untuk grafik yg cantik atau performance, iaitu untuk prestasi yg laju.. disini juga ada setting untuk profile, start up and recovery, environment varialbles dan error reporting.. sebenarnya kat sini terlalu advance untuk diterangkan..
mala: takpe la, nanti pening lak.. yang "System Restore" ni apa lak?
maira: ni untuk setkan memori yg digunakan bagi tujuan backup system.. contoh apabila kita hadapi masalah hari ni dengan pc kita. kita boleh balik kembali ke tarikh sebelum ni, semasa pc kita masih elok.. Caranya dengan klik START>PROGRAM FILES>ACCESORISES>SYSTEM TOOLS>SYSTEM RESTORE. Pilih tarikh yg ada dan klik RESTORE.

mala: ooo gituuuuuuu..... Automatic Updates ni untuk dapatkan update windows secara online kan?
maira: ye, pandai.. tp ingat, kalau kita guna windows cetak rompak dan kita update, microsoft akan meletakkan tattoo pada screen desktop kita.. nanti akan kuar satu popup yang bagitau windows kita pirate punya...
mala: takpe, mala punya genuine
maira: bagus la, kalau camtu...

maira: yang terakhir ni adalah remote
mala: remote control ke?
maira: tak la.... ni untuk kita control pc orang dari pc kita...
mala: boleh ke?
maira: boleh, yang penting kita tahu ip dan username atau password pc yg kita nak control tu..
mala: ooo.. jom kita buat kat pc ven, leh dapat soklan bocor..
maira: jom2.....

tamatlah perbincangan mereka berdua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2006 11:20 PM | Show all posts

TUGASAN FASA 2 PADLIE

TUGASAN 1


Pilih salah satu search engine dibawah dan buat satu karangan mengenai fungsi, kelebihan dan kekurangan search engine tersebut.

1. Mamma.com
2. Google.com
3. metacrawler.com
4. ask.com
5. dogpile.com

Takleh main cop2 dulu. Jawab bila dah sedia.
Setiap satu soalan boleh dipilih oleh lebih dari seorang peserta.
Jawapan dalam Bahasa Melayu.
Jawab sebelum 28 Jun 2006 jam 8 malam
Markah dari 0 hingga 50.
Reply

Use magic Report

CikTipah This user has been deleted
Post time 27-6-2006 02:28 AM | Show all posts
TUGASAN 1



Goggle.com


       '"Googol" is the mathematical term for a 1 followed by 100 zeros. The term was coined by Milton Sirotta, nephew of American mathematician Edward Kasner, and was popularized in the book, "Mathematics and the Imagination" by Kasner and James Newman. Google's play on the term reflects the company's mission to organize the immense amount of information available on the web. '

        Goggle.com adalah salah satu agen pencari terbesar didunia yang paling bagus dan menjalankan kerjasama dengan Amerika Online, Netscape dan pelbagai. Ianya dapat menjawab pelbagai soalan dan terdapat juga pelbagai perkhidmatan yang lain. Ianya juga adalah 5 daripada laman yang terkenal di Internet serta digunakan oleh berjuta-juta pengguna didunia. Terdapat lebih daripada 8 billion web yang dapat dicari, lebih daripada 1 billion image dan usenet massages sebanyak 1 billion. Selain itu juga ianya adalah search engine yang pertama di UK, German, Parncis, Itali, Netherland dan Spain. Manakaal di Switzerland dan Australia (Nielsen/NetRatings 6/04). Jumlah keseluruhan pengguna setiap bulan adalah 81.9 million, bahasa yang terdapat di goggle sebagai interface adalah lebih daripada 100 dan bahasa yang ditawarkan untuk keputusan carian adalah sebanyak 35.

        Terdapat banyak kelebihan goggle.com. Yang dapat kita lihat khususnya buat rakyat Malaysia kita dapat menggunakan Bahasa Malaysia di Goggle.com. Ianya menawarkan pelbagai bahasa. Masa carian yang pantas, cepat dan tepat. Selain itu terdapat pelbagai lagi kelebihannya. Antaranya adalah:-
~ Cari Situs: memungkinkan Anda untuk mencari di dalam website yang sedang Anda lihat dengan syarat halaman-halamannya (pages) mengandung kata/kalimat yang Anda inputkan. Masukkan kata/kalimat ke dalam kotak teks, lalu klik "Cari Situs" untuk melakukan pencarian dengan kata/kalimat itu di website yang ada.
~Kotak Pencarian: memungkinkan Anda untuk melakukan pencarian dengan Google dari toolbar browser Anda. Ketikkan kata kunci dalam kotak teks, dan tekan Enter atau klik "Search" untuk melakukan pencarian tentang kata kunci tersebut dengan mesin pencari Google. Pencarian sebelumnya dapat diakses pada menu drop-down di bawah kotak pencarian. Tekan tombol Alt-G untuk memindahkan fokus keyboard ke kotak pencarian
~Saya lagi beruntung™: Secara otomatis membawa Anda ke halaman web pertama dari hasil pencarian Google yang Anda minta. Anda tak akan melihat halaman hasil penelusuran sama sekali. Sebuah pencarian dengan 'Saya lagi beruntung' berarti lebih sedikit waktu yang dihabiskan untuk mencari halaman Web dan lebih banyak waktu melihat-lihatnya. Tombol ini tak ada di setting asli Toolbar
~Cari Gambar: Memberikan Anda akses ke Pencarian Gambar Google, yang terlengkap di Web. Masukkan saja permintaan pada Kotak Pencarian Toolbar dan klik tombol Cari Gambar
~Pencarian Groups: Membebaskan Anda untuk dengan mudah mencari dalam Google Groups, yaitu arsip Usenet Google. Untuk menggunakan fungsi ini, masukkan teks pencarian Anda dalam Kotak Pencarian
~Cari Direktori: memungkinkan Anda untuk mencari pada Direktori Web-nya Google tanpa meninggalkan halaman web yang sedang Anda lihat pada saat ini. Google Web Direktori mengkombinasikan Proyek Direktori Terbuka/Open Directory Project (Direktori terbesar di Web saat ini yang di-edit oleh orang) dengan teknologi patent-pending PageRank untuk memberikan Anda alat pencari informasi paling berguna di web.
~Tombol-tombol pemungutan suara: Jika anda suka atau tidak suka akan halaman ini, anda dapat memilihnya dengan menggunakan tombol berikut. Klik wajah "happy" atau "unhappy" untuk memberitahu ke Google bahwa anda suka atau tidak suka akan halaman yang anda jelajah ini. Tombol ini dapat juga digunakan untuk melaporkan baik atau tidaknya hasil yang keluar setelah mencari di Google. Tunjukkan puas atau tidak puas atas hasil pencarian anda dengan mengklik tombol yang sesuai setelah mendapatkan hasil pencarian dari Google. Saat ini fasilitas ini sedang dalam tahap pengetesan, voting Anda tidak akan berpengaruh saat ini.
~PageRank™ : Menampilkan PageRank dari halaman yang sedang Anda lihat saat ini di browser Anda. Dalam rangka pengotomatisasian update tampilan ini, untuk setiap halaman yang Anda kunjungi, Toolbar akan mengirimkan informasi tentang halaman yang Anda lihat ke server-servernya Google. Walaupun Google, Inc. tidak mengumpulkan informasi yang secara langsung mengenai Anda (contohnya: nama anda, alamat email) dan tidak akan menjual atau menyediakannya ke pihak ketiga, Anda mungkin ingin melihat kebijaksanaan privasi kami dan/atau menon-aktifkan pengiriman informasi ini. Kalau Anda ingin menon-aktifkan fungsi ini, Anda tidak akan lagi melihat PageRank untuk tiap halaman yang Anda lihat.
~Diatasnya: Memungkinkan untuk menuntun satu urutan direktori diatasnya dari URL saat ini. Sebagai contoh : jika anda sedang membuka http://www.contoh.com/artikel/juni/uang.html, klik tanda 'diatasnya' , akan membawa anda ke .. http://www.contoh.com/artikel/juni/. mengklik sekali lagi akan membawa anda ke halaman http://www.contoh.com/artikel/. Anda dapat menggunakan 'Daftar Pilihan' untuk menuntun langsung ke level yang paling atas. Klik 'Daftar Pilihan', dan pilih URL yang anda ingin lihat.
~Tandawarna Memungkinkan anda untuk memberikan 'Tandawarna' pada kata yang dicari di halaman tersebut. Klik tombol 'Tandawarna' untuk mengaktifkannya atau mematikannya. Setiap kata yang ditemukan dalam halaman tersebut, akan di warnai dengan warna yang berbeda.
~Pencarian Kata:Memungkinkan anda untuk menemukan kata dalam halaman dan menuntunnya kepada yang dimaksud. Ketika anda memasukan kata yang anda maksudkan dalam Kotak Pencarian, tombol ekstra yang berisi kata yang dimaksud akan muncul disebelah kanan bawah Toolbar. Klik pada tombol tersebut untuk melompat ke tempat kata tersebut berada. Tahan tombol Shift di keyboard pada saat mengklik tombol Pencarian Kata untuk mundur dan menemukan kata sebelumnya
~Ctt: jika Anda melihat panah-panah ini tampil di Toolbar Anda, klik di atasnya untuk menampilkan tombol-tombol Toolbar lainnya. Beberapa tombol Toolbar Anda 'dilipat' alias disembunyikan ketika jendela browser atau area tampilan monitor Anda tidak cukup lebar untuk menambilkan semua tombol Toolbar yang telah Anda pilih.
~Kemampuan drag dan drop (tarik dan jatuhkan)
Anda dapat men-drag tulisan atau URL, dari halaman yang sedang Anda lihat, ke atas Toolbar Google untuk melakukan pencarian. Sorot tulisan yang diinginkan lalu drag ke toolbar. Toolbar Google kemudian akan melakukan pencarian terhadap tulisan tersebut di URL yang dimaksud.
~Fungsionalitas Klik Kanan
Cara lain dalam melakukan pencarian terhadap tulisan di halaman yang sedang Anda lihat adalah sorot tulisan itu lalu klik kanan mouse Anda dan pilih "Pencarian Google" dari menu yang muncul (pop-up).
   
          Manakala kelemahan goggle.com adalah ianya tidak ada kamus secara online (mcm ww.cari.com) dan ianya juga tak ada tempat untuk para peniaga mengiklankan perniagaan mereka..Dan selain itu juga reka bentuk yang tidak menarik pengguna. ..

(main hentam ikut suka je..)





[ Last edited by  CikTipah at 27-6-2006 03:05 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 03:04 PM | Show all posts

TUGASAN PENDEK NO 3



Ask.com, sebelum ini dikenali sebagai Ask Jeeves merupakan enjin carian internet yang diasaskan pada tahun 1996 oleh Garet Gruener dan David Warthen di Berkeley, California. Perisian asal dibangunkan oleh Gary Chevsky. Idea asal ASk.com adalah untuk menjawab soalan carian dalam 'natural language'. Malah ia merupakan enjin carian jenis 'question-answering' yang dibangunkan secara komersil di internet. Ia menyokong pelbagai soalan pengguna dalam bahasa inggeris biasa (natral language), dan juga carian kata kunci (keyword). Pada September 2001 Ask Jeeves telah membeli Teoma iaitu satu lagi enjin carian internet. Pada 26 Februari 2006, Teoma menjadi sebahagian dari enjin carian Ask.com

Ulasan
Walaupun keputusan carian ditunjukkan dalam 3 bahagian berbeza, terdapat hanya satu pengkalan data laman web yang diindeks kan. Keputusan carian juga termasuk iklan-berbayar seperti Google ad-sense di bawah tajuk 'Sponsored Links'. Tiada pengkalan data tambahan atau ciri-ciri portal wujud pada ask.com ini.

Operasi asas yang digunakan bagi carian kata kunci (keyword) adalah operasi boolean AND. Operasi boolean lain yang boleh digunakan adalah '-' untuk NOT dan OR atau ORR untuk operasi OR. Semua operator AND atau OR mesti menggunakan huruf besar. Kaedah 'nesting' tidak disokong maka, carian:
        term1 term2 OR term3,
akan diproses sebagai
        (term1 AND term2) OR term3

Terdapat 'advanced search' untuk membolehkan kita mencuba 'nesting' seperti:
        term1 AND (term2 OR term3)

Carian hampiran (proximity searching) juga ada di ask.com iaitu dengan menggunkan carian frasa. Penggunaanya adalah dengan 'mengurung' frasa carian di dalam 2 tanda pembuka kata seperti cth: "frasa carian". Kaedah lain adalah dengan menanda kotak "Phrase Match". Carian frasa juga disokong oleh kaedah penggunaan tanda sempang (-) diantara perkataan (tanpa 'space') seperti contoh: cd-rom-drivers

Terma-terma carian adalah case-insensitive iaitu enjin carian tidak membezakan terma carian sama ada huruf besar ataupun huruf kecil

Seperti mana enjin-enjin carian popular yang lain, ask.com juga menyokong 'field-searching' iaitu terma carian berdasarkan satu medan di dalam pengkalan data mereka. Walaubagaimanapun hanya SATU jenis 'field-searching' sahaja dibenarkan pada satu-satu masa. Diantara medan pengkalan data yang boleh dicari adalah:
- intitle: terma carian hanya di dalam elemen <TITLE> dalam sesuatu laman web. Boleh digabungkan dengan carian frasa cth: intitle:"hantu kuiz" hanya mencari laman web yang mempunyai terma "hantu kuiz" di dalam elemen <TITLE>
- inurl: terma carian berada di dalam URL. Boleh digabungkan dengan carian frasa, cth: inurl:hantu akan mencari terma hantu di dalam URL laman web
- site: menghadkan carian hanya di dalam sesuatu domain atau laman. Pengguna hanya perlu memasukkan top-level domain. cth penggunaan "hantu kuiz" site:forum.cari.com.my hanya mencari laman web yang mempunyai perkataan "hantu kuiz" di dalam domain forum.cari.com.my
- inlink: terma carian hanya di dalam elemen anchor seperti <A>

Pengguna ask.com boleh menghadkan skop carian mengikut bahasa, domain, kawasan geografi dan tarikh (Pilihan ini boleh diakses melalui advanced search). had domain boleh sitetapkan melalui syntax 'site:'. Kawasan-kawaasn geografi termasuk benua seperti Afrika, Amrika Tengah, Eropah, India, Asia, Timur Tengah, Maerika Utara, Oceania, Amerika Selatan, dan Asia Tenggara. Had tarikh boleh ditetapkan sama ada mengikut jangkamasa minggu, 2 minggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan, setahun atau 2 tahun. Had bahasa menggunakan syntax lang:<kod bahasa>. Sebagai contoh mondialement lang:fr akan mencari 'mondialement' dalam bahasa perancis sahaja.

Seperti mana juga google, beberapa perkataan biasa akan di abaikan dalam terma carian seperti perkataan 'the', 'of', 'and' dan 'or'. Walaubagaimanapun, dengan menambah tanda + di hadapan perkataan-perkataan tersebut, ia tidak akan diabaikan dalam terma carian

Dalam ask.com, sususan keputusan carian adalah berdasarkan 'perceived relevance'. Terdapat juga 'site collapsing' iaitu menunjukkan hanya 2 keputusan dari domain (site) yang sama dengan hasil carian yg lain boleh diakses melalui link 'more results'. Tidak terdapat pilihan bagi pengguna untuk menyususn hasil carian berdasarkan huruf awalan (alphabetically), berdasarkan domain (site) atau berdasarkan tarikh

Keputusan carian memaparkan tajuk (title) laman web tersebut, 2 baris dari kata kunci yang berpadanan dari laman web tersebut dan  URL laman web tersebut. Sesetengah hasil carian akan mempunyai link ke laman berkaitan (related pages). Terdapat satu bahagian untuk menapis (refine) hasil carian. Di samping itu terdapat juga sponsored link (dari google adsense)

Kelebihan/Kekuatan
- mengenalpasti metasites
- ciri penapisan carian supaya lebih fokus kepada komuniti web
- memberi pilihan untuk menghadkan skop carian (narrowing search)
- ciri-ciri penapisan (refine search).
- ada site collapsing iaitu menunjukkan hanya 2 keputusan dari domain (site) yang sama dengan hasil carian yg lain boleh diakses melalui link 'more results'

Kelemahan
- Pengkalan data yang lebih kecil berbanding enjin carian popular yang lain
- tiada ciri sumbangan URL secara percuma (URL submission)
- tidak boleh menggunakan 2 jenis filed-searcing pada satu2 masa
- tiada susunan keputusan carian berdasarkan aphabet, domain, atau tarikh - hanya berdasarkan relevancies

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 05:38 PM | Show all posts
Seperti yg kita tahu Google adalah salah sebuah enjin pencari (Search Engine) yg popular masa kini. Google.com telah dimulakan oleh Sergey Mihailovich Brin & Lawrence E. Page. Sergey (lahir pd 1973) seorang kelahiran Moscow merupakan seorang ahli matematik dan ekonomi. Ayahnya (Mihail Brin) seorang ahli matematik di University of Maryland, College Park dan ibunya seorang pakar astronomi di NASA. Larry Page (lahir pd 1973) memiliki Ijazah Kejuruteraan Computer dari University of Michigan dan Master, PhD dari Stanford University.



Sergey & Larry telah mulakan Google pada tahun 1996 sebagai Research Project mereka semasa mengambil PhD di Stanford University. Mereka buat thesis mengenai enjin pencari pada masa tu. Domain "www.google.com" telah didaftarkan pada tahun 1997. Sergey & Larry telah menubuhkan syarikat Google Inc pada tahun 1998.

Sejarah Google
1996 - Mulanya google
1997 - Domain google.com didaftarkan
1998 - Google Inc. telah ditubuhkan di Menlo Park, California.
1999 - Syarikat google pindah pejabat ke 165 University Avenue in Palo Alto
2001 - Google's Rank Mechanisme (PageRank) telah diiktiraf dan di patent hakcipta terpelihara Stanford University.
2003 - Bangunan Kompleks Google telah dibina dan diberi nama "Googleplex".
2004 - Google memiliki Pyra Labs (www.blogspot.com)

Fungsi Google Sebagai Enjin Carian

Google memperkenalkan fungsi Personalised Homepage, Jadi pengguna Google boleh mendapat lebih banyak maklumat di satu tempat sahaja.  Google menyifatkan Personalised Homepage ini akan membuatkan segala maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan senang.

Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna

Kelebihan
Google Spreadsheet  mampu menyokong fungsi Import dan Export dokumen dalam format .xls, iaitu format yang digunakan oleh pengguna Microsoft Excel dan juga forma .csv (Comma separated values), menurut Jonathan Rochelle, pengurus produk untuk Google Spreadsheet. Tambahan lagi, ia juga mampu menyokong segala fungsi yang disokong oleh Excel, seperti mengalih data dari cell ke cell, insert dan delete rows, malah menyokong pelbagai sheets dalam tabs!

Selain itu, servis ini juga menawarkan fungsi auto-save, yang mampu menyimpan dokumen spreadsheet secara automatik. Semestinya servis terbaru google ini memberi impak besar dalam persaingan pasaran Microsoft

Keburukan
Mengeluarkan hasil carian yang banyak. Jadi pengguna perlu memasukkan teks carian yang lebik spesifik atau mencari satu demi satu

[ Last edited by  inazlina at 28-6-2006 08:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 07:26 PM | Show all posts
Sockets
Socket 1 - 80486
Socket 2 - 80486
Socket 3 - 80486
Socket 4 - Intel Pentium
Socket 5 - Intel Pentium; AMD K5; IDT WinChip C6, WinChip 2
Socket 6 - 80486
Socket 7 - Intel Pentium, Pentium MMX; AMD K6
Super Socket 7 - AMD K6-2, AMD K6-III; Rise mP6
Socket 8 - Intel Pentium Pro
Socket 370 - Intel Pentium III, Celeron; Cyrix III; VIA C3
Socket 423 - Intel Pentium 4
Socket 463 (also known as Socket NexGen) - NexGen Nx586
Socket 478 - Intel Pentium 4, Celeron, Pentium 4 Extreme Edition
Socket 479 - Intel Pentium M, Celeron M
Socket 486 - 80486
Socket 563 - AMD low-power mobile Athlon XP-M
Socket 603 - Intel Xeon
Socket 604 - Intel Xeon
Socket 754 - AMD single-processor systems using single-channel DDR-SDRAM, including AMD Athlon 64, Sempron, Turion 64
Socket 771 - Intel Xeon
Socket 775 (also known as LGA 775 or Socket T) - Intel Pentium 4, Pentium D, Celeron D, Pentium Extreme Edition, Core 2 Duo, Core 2 Extreme
Socket 939 - AMD single-processor systems using dual-channel DDR-SDRAM, including Athlon 64, Athlon 64 FX, Athlon 64 X2, Opteron 100-series
Socket 940 - AMD single and multi-processor systems using DDR-SDRAM, including AMD Opteron, Athlon 64 FX
Socket A (also known as Socket 462) - AMD Athlon, Duron, Athlon XP, Athlon XP-M, Athlon MP, and Sempron
Socket F (also known as Socket 1207) - Future AMD multi-processor systems using DDR2-SDRAM, including AMD Opteron, replaces Socket 940
Socket AM2 - AMD single-processor systems using DDR2-SDRAM, replaces Socket 754 and Socket 939
Socket 4x4 - AMD dual-processor systems using DDR2-SDRAM, allows two dual-core microprocessors side by side (2x AM2 sockets are rumoured).
Socket P - Future Intel-based, replaces Socket 775 for Desktops (Expected 2007)
Socket S1 - Future AMD-based mobile platforms using DDR2-SDRAM, replaces Socket 754 in the mobile sector
PAC418 - Intel Itanium
PAC611 - Intel Itanium 2
[edit]
Slots
Slot 1 - Intel Celeron, Pentium II, Pentium III
Slot 2 - Intel Pentium II Xeon, Pentium III Xeon
Slot A - AMD Athlon
Slot B - DEC Alpha
Slotkets - adapters for using socket processors in bus-compatible slot motherboards
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 09:10 PM | Show all posts
Tugasan Tergempar Padlie - TUGASAN 1



Dengan slodan "The Mother Of All Search Engine", Mamma.com dilancarkan pada tahun 1996 oleh Herman Tumurcuoglu. Ia adalah merupakan salah satu enjin pencarian internet yang pertama. Mamma.com Beribu pejabat di Montreal, Kanada dan adalah merupakan enjin pencarian 2 tingkat (tier). Sejak dilancarkan, Mamma.com mengalami perkembangan yang memberansangkan. Buat masa ini, dianggarkan terdapat lebih kurang 5 juta pencarian menggunakan Mamma.com sebulan.



Mamma.com mempunyai  produk pelbagai fungsi bagi membantu pengguna membuat carian dengan lebih produktif dan senang hati. Produk-produk tersebut adalah:

--> Desktop Search
--> Mamma Explorer Bar
--> Health Search
--> Power Search
--> Mamma Search Box
--> Mamma Online Store
--> Mamma Shortcuts


KELEBIHAN

--> Hasil pencarian Mamma.com tiada duplikasi dan sangat relevan kepada pengguna

--> Mamma.com sangat efektif dalam mengeluarkan hasil carian yang komprehensif dari pelbagai perspektif

KEBURUKAN

--> Mengeluarkan hasil carian yang banyak. Jadi pengguna perlu memasukkan teks carian yang lebik spesifik

--> Mamma.com tidak direka untuk mengeluarkan hasil carian dengan cepat. Oleh yang demikian, pengguna perlukan sedikit kesabaran

[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 27-6-2006 09:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 10:55 PM | Show all posts






Dogpile (MetaSearch)
===>encarian 20 search engine yg lain.
===>Kemungkinan search engine yang paling mencukupi.
===> Tidak menggabungkan keputusan pencarian
===> Sekiranya anda baru mula ingin mencari sesuatu, mulakan menggunakan Dogpile!!!

Secara amnya, terdapat dua jenis "Search Engine" iaitu:
1) Individu
2) Meta

Dogpile adalah  tergolong dalam "metasearch engine"  yang mengambilkira keputusan pencarian dari About, Ask.com, FindWhat, Google, LookSmart, MSN, Teoma, Yahoo! dan beberapa "Search Engine" yang lain termasuklah audio dan video.

Dogpile memulakan operasi pada bulan November, tahun 1996 dan menjadi sebahagian dari Go2net Network pada tahun 1999 kemudian menjadi InfoSpace, Inc.


Apakah fungsi keistimewaannya DogPile ni??

Secara amnya, fungsi Search Engine adalah dengan:
==>mengunakan 憇piders

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2006 04:04 PM | Show all posts
aku nak wat gak nehhh... setakat yg termampu... :bgrin::bgrin:...




Pengenalan



MetaCrawler pada mulanya didirikan pada tahun 1994 di University of Washington oleh pelajar graduannya Erik Selberg dan Associate Professor Oren Etzioni. Site ini thelah bergabung dengan InfoSpace Network pada tahun 2000 dan dimiliki dan dioperasi oleh InfoSpace, Inc.

MetaCrawler adalah cara yang paling mudah untuk mencari maklumat yang lebih tepat dari laman web.
MetaCrawler menggunakan pendekatan teknologi metasearch untuk pencarian enjin carian internet yang teratas termasuklah Google, Yahoo! Search, MSN Search, Ask Jeeves, About, MIVA, LookSmart dan sebagainya.

Enjin carian ini boleh didapti di http://www.metacrawler.com.

Maklumat dari segala enjin carian disimpulkan dengan perkataan yang mudah difahami.
Dengan hanya dengan satu click, MetaCrawler mampu memaparkan maklumat daripada kombinasi kumpulan enjin carian dunia daripada maklumat yang hanya dari satu enjin carian.

MetaCrawler juga memudahkan lagi pencarian dengan keputusan maklumat yang tepat. Jadi tidak hairanlah ia adalah di tangga teratas di dalam industrinya.


Kelebihan
-        pencarian dan fungsi pencarian yang sangat berkesan. Ia boleh dipilih dari 12 enjin carian.
-        masa menunggu yang maksimum
-        membolehkan carian untuk audio/mp3, paparan
-        mempunyai dua direktori carian (Open Directory Project andlooksmart)
-        mempunyai carian bahagian alamat dan nombot telefon

Keburukan
-        pencarian yang tidak menyeluruh
-        pencarian  yang agak perlahan
-        jika secara terperinci, terlalu banyak maklumat yang tidak diperlukan
-        tidak selalunya mendapat maklumat yang dikehendaki

---

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 07:49 PM | Show all posts
Kuiz Tugasan Fasa 2

Jutaan laman web baru muncul setiap minggu namum satu tabiat ketika melayari web yang tidak pernah berubah ialah mencari maklumat dengan menggunakan enjin pencari. Kini enjin pencari yang sering digunakan ialah Google atau Yahoo.

Biasanya pengguna akan juga menggunakan AltaVista, Lycos, MSN, atau banyak lagi tempat mencari maklumat yang akan memaparkan jutaan laman yang berkaitan. Namun begitu enjin pencari bukanlah satu cara yang sesuai untuk mendapat gambaran mengenai web seperti tidak bergantung kepada akhbar semata-mata untuk mendapatkan maklumat terkini.

Apakah itu Search Enjin?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 11:00 PM | Show all posts

TUGASAN FASA 2 : VIRUS

1. Pilih SATU virus komputer yang ANDA MINATI / BENCI
2. Berikan serba sedikit latar belakang VIRUS tersebut (e.g: asal)
3. Berikan kelebihan ATAU kekurangan yang ada pada VIRUS ini
4. Berikan cara ringkas untuk memusnahkan VIRUS ini..
5. TUGASAN MESTILAH DALAM BAHASA MELAYU
6. Kredit akan diberikan berdasarkan TUGASAN yang anda tulis (+20 hingga +40)
7. TARIKH TUTUP TUGASAN INI ADALAH PADA 29 JUN 2006 @ 2200H

SELAMAT MENCUBA DAN TERIMA KASIH.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 02:10 AM | Show all posts

VIRUS LOVE LETTER @ I LOVE YOU @ LOVE BUG




PENGENALAN

Virus adalah program komputer yang ditulis khusus untuk tujuan tertentu (selalunya berniat jahat). Ia boleh disebarkan dengan pelagai cara, tetapi cara yang paling berkesan ialah melalui mel elektronilk.

Virus Love Letter adalah satu aturcara mudah yang telah menggegarkan dunia. Virus ini mula dikesan pada Khamis (05/04/2000) ketika petang hari waktu Hong Kong dan awal pagi waktu Eropah. Virus Love Letter telah mengakibatkan syarikat, agensi kerajaan dan pengguna mengalami masalah besar kerana sistem emel, pelayan emel dan sistem bank tidak berfungsi. Virus jenis cecacing (worm) ini dilaporkan datang daripada pasangan yang berumur 27 dan 23 tahun di Filipina.

Kod asal virus ini terlalu mudah dan boleh dicipta dalam masa beberapa jam sahaja oleh budak berusia 12 tahun yang berpengetahuan dalam aturcara Visual Basic.



Kod virus ini hanyalah sepanjang 300 baris tetapi telah menjadi mimpi buruk kepada ramai pentadbir rangkaian diseluruh dunia dalam jangkamasa 24 jam serangan virus ini mula berlaku.


BAGAIMANA LOVE LETTER TERSEBAR?

Virus Love Letter menyerang semua penguna Microsoft Window dan Microsoft Outlook. Berikut adalah variasi-variasi subjek, pesanan dan lampiran apabila virus ini menyerang:

Variasi A

Subject: ILOVEYOU
Message: kindly check the attached LOVELETTER coming from me
Attachment: LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT.vbs



Variasi B

Subject: Virus Alert!!!
Message: Detailed message containing information about the ILOVEYOU worm.
Attachment: protect.vbs

Variasi C

Subject: How to protect yourself from the IL0VEY0U bug!
Message: Here's the easy way to fix the love virus.
Attachment: Virus-Protection-Instructions.vbs


BAGAIMANA LOVE LETTER BERFUNGSI?




Virus ini akan menyalinkan dirinya sendiri ke dalam direktori Windows sebagai fail Win32dll.vbs dan LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT.vbs. Setelah fail-fail ini diletakkan dalam cakera keras, virus ini kemudian akan meletakkan dirinya ke dalam daftar (registry) komputer pula. Dengan ini, virus tersebut akan diinisiasi setiap kali komputer dipasang. Virus ini juga boleh membiak melalui Internet Relay Chat (IRC). Kemudian ia akan cuba untuk menghapuskan HideSharePwds dan DisablePwdCaching daripada daftar komputer. Setelah perubahan ini dilakukan, virus ini akan menyebabkan komputer itu menghantar emel kepada setiap individu dalam buku alamat dengan subjek ILOVEYOU. Kemusnahan yang dilakukan virus ini tidak hanya berhenti setakat ini. Ia juga turut menyalin semua fail yang mempunyai sambungan .js, .jse, .css, .wsh, .sct dan .hta dengan sambungan .vbs setiap satu. Virus ini juga akan menghapuskan semua fail yang mempunyai sambungan .jpg dan .jpeg. Seterusnya virus ini akan menggantikan semua fail .mp3 dan .mp2 dengan .vbs. Fail .mp3 dan .mp2 yang asal akan disorok oleh virus ini. Rajah berikut menerangkan secara ringkas bagaimana virus ini berkerja:




BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA DIJANGKITI LOVE LETTER?

Bagi mengelakkan sistem daripada diserang virus ini, langkah-langkah berikut dicadangkan oleh CERT Advisory:

--> Pastikan lampiran yang dibuka tidak mengandungi sambungan .vbs. Sekiranya fail tersebut berakhir dengan .vbs lebih baik dihapuskan sahaja

--> Kemaskini perisian antivirus

--> Mematikan (disable) 'windows scripting host' (WSH) kerana ini dapat menghalang fail .vbs daripada dijana

--> Mematikan 'active scripting' dalam Internet Explorer'

--> Menggunakan kata laluan yang lebih susah/kompleks


BAGAIMANA MENGHAPUSKAN LOVE LETTER?




Adalah dicadangkan supaya pengguna menggunakan perlindungan perisian antivirus bagi menghapuskan virus ini. Pengemaskinian virus yang terbaru biasanya boleh menghapuskan dan menghalang virus ini daripada komputer pengguna. Walau bagaimanapun pengguna tetap boleh menghapuskan virus Love Letter secara manual iaitu dengan:

--> Cari semua fail sambungan .VBS dalam komputer dan hapuskan fail tersebut

--> Cari fail LOVE-LETTER-FOR-YOU.HTM yang biasanya terdapat dalam direktori 'Windows System' dan hapuskan

--> Cari fail WIN-BUGSFIX.EXE dan WINFAT32.EXE yang biasanya terdapat dalam direktori muat turun 'Internet Explorer' dan hapuskan

--> Setelah fail-fail diatas di buang, kosongkan 'recycle bin', tutup dan hidupkan kembali komputer. Kini, komputer adalah selamat daripada virus Love Letter


KESIMPULAN

Penulis virus tidak mempunyai etika kerana sanggup menghasilkan satu program yang menyebabkan kerosakan komputer dan kehilangan data kepada organisasi dan individu di seluruh dunia. Sebahagian besar virus komputer yang banyak menjejaskan sistem rangkaian komputer dan menyebabkan kerugian beratus juta ringgit kepada organisasi dan individu di seluruh dunia ditulis oleh remaja lelaki yang sama ada hendak memenangi hati gadis dicintai, berpegang kepada ideologi tertentu atau semata-mata dilanda kesunyian. Oleh yang demikian, remaja yang mempunyai kebolehan dalam bidang pengaturcara perlu dibimbing agar dapat menghasilkan program yang dapat dimanfaat oleh orang ramai.

Sources:
http://www.computerhope.com/vinfo/iloveyou.htm
http://www.iwar.org.uk/infocon/alerts/2000/00-041g.htm
http://www.kellogg.northwestern. ... ive/loveletter2.htm
http://www.newsflash.org/2000/05/hl/hl012106.htm


[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 29-6-2006 02:57 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.149877 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list