|
Reply #39 orangbesi's post
diharap mod ibnur paham betol2 bahasa yg digunakan oleh ob..sebab bukan calang2 orang yg boleh paham bahsa yg digunakan..paham betol2 sebab disini terdapatnya kesilapan sdr samada secara sedar atau tidak..
sdr ob diharap menggunakan bahsa yg mudah di fahami..sekian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuba4 at 10-8-2006 12:34 AM
Bukan niat nak campur tangan dalam permasalahan antara mod ibnur ngan OB..bukan juga menyebelahi mana2 pihak..
cuma nak respon pada posting sdr saiful...
saya percaya niat sdr saiful baik walaupo ...
Salam,
terima kasih saudara kuba4, jika itu yang saudara nampak melalui tulisan aku itu. Maka aku mohon ribuan ampun dan maaf dan aku bersegera dalam bertaubat kepada Pemeliharaku....
Namun aku harap saudara dapat merenungnya dari sudut yang lain, bayangkanlah engkau berada didalam sebuah kelas dan engkau adalah guru kepada beberapa orang pelajar. Tidak semua pelajar tersebut engkau mengsikapi mereka dengan sikap yang sama, bergantung kepada tahap ketahanan jiwa seseorang pelajar. Aku fikir jika engkau mengerti tugas seorang guru, tentu lebih mudah untuk memahami apa yang aku katakan ini...
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Salamun Alaikum,
Alhamdulillah sdr. OB. Aku panjangkan kesyukuranku kepada Allah SWT yang telah membuka hati dan jiwamu dalam menerima peringatan dan nasihat. Semoga Dia melembutkan jiwamu dalam menerima pelajaran dari agama yang mulia ini. Sesungguhnya Pemeliharamu adalah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Setelah aku membaca tulisanmu diatas, telah aku ketahui bahawa masih banyak perkara yang engkau tidak ketahui dan engkau harus pula mempelajarinya. Kelihatannya ada beberapa persoalan yang perlu aku jawab.
terima kasih kerana memberi PERINGATAN
dan saya menerimanya
dan adakah dgn begitu
saya masih MENYOMBONGKAN DIRI DIATAS MUKA BUMI INI
dan ENGGAN memohon kemaafan sesama manusia
diatas kesalahan??????????
Ya, engkau masih SOMBONG sehingga engkau mengakui dengan sebenar2 ikhlas dihati bahawa engkau adalah insan yang hina, lemah lagi bodoh!
Al Furqan 25:
[63] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Selagi engkau memandang hina saudaramu itu maka engkau tetap bersikap SOMBONG....
Lukman 31:
[18] "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Selagi engkau masih tidak berhenti dari mengutuk saudaramu didalam forum ini maka engkau adalah SOMBONG..
Al Hujarat 49:
[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
dulu saya ada juga belajar NAFSU AMARAH niiiiiiii
tapi tak ADA PUN dalam AL QURAN dan SUNNAH
sedangkan : MANUSIA DIJADIKAN BERPERINGKAT PERINGKAT KEJADIANNYA
Apabila engkau BELAJAR hendaklah belajar dengan tekun dan istiqamah serta patuhilah ajaran gurumu. Jika engkau belajar tetapi mencari2 kelemahan gurumu, maka engkau bukan belajar sebenarnya..... Sekarang engkau teliti 3 ayat Al Quran yang mulia dibawah ini, setiap satu menceritakan tahapan nafsu. Aku harap ini merupakan pelajaran baru buatmu. Jika inginkan lebih banyak lagi, sila semak thread aku "Agama".
Yusuf 12:
53] "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Al Qiyaamah 75:
[2] Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Al Fajr 89:
27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
dan ADAKAH SELAMA INI SAYA MEMENTINGKAN
SEPERTIMANA YG SAUDARA KATAKAN???????
dan cuba saudara buktikan????????
kalau saudara pun masih dalam KEBENARAN
sedangkan SEPATUTNYA
KITA SEMUA MASIH DALAM KESESATAN
(dan adakah saudara TIDAK MAU MENGAKUINYA JUGAK???)
Kita adalah berada didalam KEBENARAN. Hendaklah engkau meyakininya kerana Allah SWT telah berfrman;
Al Maidah 5:
3 Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
Ali Imran 3:
[19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya
Cukup 2 ayat dan jika kamu rajin, tataplah Al Quranmu itu carilah lagi, ada banyakkkkk, jangan biarkan ia sekadar hiasan rumahmu....
dan APAKAH istilah KAFIR dr sudut mata saudara
atau DARI HUKUM TUHAN?????????
adakah saudara TURUT MENGHALANG MANUSIA DARI JALAN TUHAN
masih dianggap ISLAM??????
dan adakah seseorang yg BUKAN ISLAM itu adalah KAFIR????????
jadi sekali lagi saya berharap
saudara jelaskan istilah KAFIR??????
Soalan ini aku anggap ANEH dan boleh juga aku katakan AJAIB sebab lahirnya dari lidah orang yang kononnya mengaku ingin menyampaikan risalah Tuhan... Paling mudah aku jawab saja begini; Kafir adalah orang yang enggan patuh pada perintah dan pada hukum Allah SWT.. Mudah diingatkan? Orang ini berlaku Sombong terhadap Pemeliharanya padahal dia sedar dirinya sendiri diciptakan Allah. Lahir dari tempat yang hina, setelah diberi sedikit akal, dia jadi sombong dan mengatakan itu dan ini adalah miliknya.
Sila dengar (bayangkan) dan perhatikan aku yang membacakan ayat2 suci dibawah ini. Ianya menceritakan manusia kafir yang pertama dari kaum yang percayakan Allah SWT.....
Al Bayyinah 96
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
[2] Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci.
[3] Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
[4] Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
[5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
[6] Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk
Maha Benarlah Firman Allah Yang Maha Mulia...
dan cuba saudara jelaskan HAK SAYA,
sedangkan si dia tuuuu tak bersalah pun pada saya
hanya cuma HINA sikit ajeeeeeee,dan saya tak ambil kisah punnnnn
tapi bila BERSEKONGKOL DGN SYAITAN
apakah HUKUMNYA????????
dan kemnapa masih tida JAWAPAN TTG HUKUM INI????????????????????????????????
Mahukan hukuman???? Nah! ambik nii...;
Al Maidah 5:
[51] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
Al Hujarat 49:
[11]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Wahai saudara, berhentilah dari mencela saudaramu seiman kerana Allah SWT lebih mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang tidak.... Ingatlah firmanNya ini;
Al Ankabut 29:
[11] Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.
Cukup setakat ini, aku dah letih, banyak kerja lain yang hendak aku bereskan......
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaiku,
sudahlah ... tak payahlah orang lain gaduh pasal saya.
saya ada diforum sentiasa, tanpa login atau login.
dan membaca apa yang tertulis.
harap tiada lagi yang curah minyak ke dalam api. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 10-8-2006 02:21 AM
Salam,
terima kasih saudara kuba4, jika itu yang saudara nampak melalui tulisan aku itu. Maka aku mohon ribuan ampun dan maaf dan aku bersegera dalam bertaubat kepada Pemeliharaku....
N ...
nampaknya ada sikit salah faham dari sdr ttg maksud saya..mungkin kerana ketidakpandaian saya menyusun ayat..
beginilah sdr saiful..saya faham maksud sdr adalah menasihati,mengingati dan mengajari sdr ob..cuma "NADA" da;am ayat yg sdr saiful gunapakai tidak berapa kena pada tempat,situasi dan maksud sdr saiful..pada saya ia lebih kepada berbentuk kesombongan diri..(maaf jika terkasar)..jadi saya harap sdr saiful dapat merendahkan sedikit "NADA"dalam ayat2 yg sdr saiful gunakan lebih2 lagi jika utk menasihati seseorang..mungkin orang lain tak perasan,tapi saya perasan..sekian |
|
|
|
|
|
|
|
salam
terima kasih semua
kerana terus memberi PERINGATAN
walaupun mungkin AGAK TERHIRIS
kepada sesiapa yg TERKENA
tetapi PERINTAH TUHAN TETAP AKAN DIPATUHI
SOMBONG?????
gamaknya selepas satu tahun lebih saya disini
baru kali ini saya GANAS dan BERTEMPIK SAKAN
dan telah diHUKUM......
adakah adil saudara????
dan adakah saudara telah bertanya kepada saya
sedangkan terlalu banyak pertanyaan dari saya yg tak TERJAWAB???
TTG tahap NAFSU tuuu
sekali lagi saya katakan
NABI BERPESAN: IMAN ITU LEBIH DARI 70 CABANG.........
kenapa saudara masih MEMPERTAHANKAN TINGKAT NAFSU tuuuuu
(harap saudara mengenal perbezaannya)
maafkan saya
tapi kalau saudara telah YAKIN atas KEBENARAN
maka TAK SALAH kalau saya katakan saudara masih DALAM KESESATAN YANG NYATA
dan mungkin saudara masih TIDAK YAKIN dgn KETETAPAN TUHAN DAN RASULNYA
ISLAM yg TELAH DISEMPURNAKAN
dan ISLAM dari turunnya ADAM diatas muka bumi ini
TEMAN atau SAUDARA
bagaimana nak diKATAkan teman/saudara
baru aje nak PERTAHANKAN dah KENA
sedangkan PERSAUDARAAN tuuu CUBIT PEHA KIRI PEHA KANAN TERASA JUGA
dan TEMAN walaupun dgn SI SYAITAN yg MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN???????
dan adakah saudara ISLAM????
sesungguhnya SEJAHAT MANUSIA DIATAS MUKA BUMI ADALAH ULAMAK
saudara kena faham maksud HADITH ini,
dan bagaimana nak MENENTANGNYA/BERSEMUKA
kerana UMAT ISLAM telah DITETAPKAN TERPECAH KPD LEBIH 73 CABANG..........
jadi saudara faham maksud KAFIR
dan faham maksud MUNAFIK
dan saya tidak hanya berSANGKA BURUK
sedangkan MATA PENA itu lebih TAJAM dari MATA PEDANG....
jadi kena terima hasil dari penulisan yg tidak BERFIKIR
jadi saudara agak agaklah
lepas PERANG DINGIN beberapa hari lepas
adakah LEBIH KEBAIKAN atau sebaliknya?????????????
dan saya ...................masih sebegini
HINA DAIF dan PAPA |
|
|
|
|
|
|
|
Ma'af
SALAM...............
Mencelah sikit. Minta Ma'af sekiranya tersinggung, Ampun jua ku pinta dariMu, ALLAH Azzawajalla.
Saudara OB bertanya. Yang ditanya saudara Ibnur(MOD).
Pasal terlambat skit respon dari Ibnur, maka masuklah jarum bersalut api dan benang bersalut minyak menyemarakkan tulisan dengan bahang emosi. Meh pakat-pakat padam segera, kita guna penyembur IMAN dengan segera bagi memadam Lawaamah dalam Nafsu. Jgn berderai intelektual spirit dalam board ni.
Sekadar berjenaka sebagai penyejuk rasa: Patutlah TDM bergerak menjelajah pelosok memberi penerangan. Penerangan Beliau kerana pak lah TAK JAWABpun apa yang dia tanya. Pusing kelain pula jadinya, yang ditanya tetap tak berjawab( atau tak terjawab?). Rupa-rupanya apabila soalan yang ditanya berulang-ulang, tetapi tak berjawab boleh menimbulkan keresahan oleh sipenanya dan akhirnya boleh meningkatkan suhu perasaan.
1-[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sama pemegang amanah rakyat dengan orang berforum. tak sama berat yang dipikul tu, berat lagi orang yang pegang amanah rakyat. memang padan la kalau cari sampai ke lubang cacing.
ada soalan ke? atau cuma makian? atau mencurah kemarahan? kalau makian dan marahan sahaja, tak apa, saya boleh dengar dan saya cuba belajar menginsafi diri. kalau ada soalan yang belum jawab, harap boleh dimudahkan untuk saya fahami jalan bahasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
terima kasih ayahpeen
kerana masih memberi PERINGATAN
dgn KESABARAN dan KEBENARAN
dan saya harap ada pengajaran dr KEPANASAN tersebut
buat semua termasuk diri saya
salahkah saya MAKI tempohari???
sedangkan TUHAN pun.........
dan saya post hanya selepas 2 hari saya meNENANGKAN DIRI
mencari jalan terbaik, nak memberi SEDIKIT KESAN DALAM SANUBARI
jadi adakah itu masih lagi DALAM KEMARAHAN?????
dan saya masih sebegini
cuma pening sangat (kali ini betul sekali)
pasal yg dihadapi, hanyalah screen saja
dan yang juga MENGETAHUI
dan benar olehmu ayahpeen
ramai lagi yg lebih ARIF
nak menduga dan menguji yg MENDEKATKAN
dan bukan calang orang, mereka ini
jadi kenalah LIGAT SIKIT
tak gitu saudara ibnur??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuba4 at 10-8-2006 10:03 AM
nampaknya ada sikit salah faham dari sdr ttg maksud saya..mungkin kerana ketidakpandaian saya menyusun ayat..
beginilah sdr saiful..saya faham maksud sdr adalah menasihati,mengingati dan mengaja ...
Salam,
Terima kasih sekali lagi sdr/i kuba4 diatas peringatan yang sangat penting ini. Aku juga hanya insan biasa yang tak sepi dari berbuat kesalahan. Pada masa yang akan datang, aku akan cuba menulis dan mengeluarkan kata2 yang lebih berhikmah dan aku cuba sedaya mungkin untuk tidak melahirkan rasa sakit hati dalam hati pihak yang berkenaan. Jika masih ada unsur2 yang sedemikian itu, berikanlah peringatan buat diriku.
Aku mohon maaf diatas segala kesilapan dan kekasaran aku.
dan kepada ayyohpeen dan mod Ibnur, aku minta maaf. Aku tiada berniat hendak menyemarakkan api yang sedia menyala. Aku berniat hendak memadamkannya. Mungkin aku tersalah mencurah, yang kusangka air rupanya minyak.... Dilain hari, aku akan belajar untuk membezakan AIR dengan MINYAK, nampak macam mudah, tetapi sebenarnya tidaklah semudah yang aku sangkakan...
Sekian.
[ Last edited by saifulms at 11-8-2006 02:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salamun alaikum,
SOMBONG?????
gamaknya selepas satu tahun lebih saya disini
baru kali ini saya GANAS dan BERTEMPIK SAKAN
dan telah diHUKUM......
adakah adil saudara????
dan adakah saudara telah bertanya kepada saya
sedangkan terlalu banyak pertanyaan dari saya yg tak TERJAWAB???
Assalamu alaikum buat sdr OB dan saudara yang lain juga. Terlebih dahulu buat sdr OB aku memohonkan beribu ampun dan maaf diatas segala tulisanku yang bernada keras tu. Apa2 yang selayaknya engkau jadikan pendoman engkau ambillah dan apa2 yang buruk itu engkau lupakanlah. moga2 engkau sudi memaafkan aku.
Kita sama2 telah berada diforum ini lebih dari setahun dan dalam jangka masa yang sebenarnya hanya seketika, kita telah menempuh bermacam ragam sifat manusia. Aku sentiasa teringatkan gaya tulisanmu yang unik itu yang pada awalnya begitu sukar hendak menangkap maksud yang terkandung didalamnya. Dan sampai kini masih ada butir2 buah pemikiranmu yang tidak aku fahami... Mengapakah engkau tidak menulis dalam ayat2 yang mudah difahami semua orang?
Namun sejak beberapa minggu ini ada yang tidak kena dalam tulisanmu. Walaupun begitu aku tidak pula memberikan komen apa2 pun, cuma apabila engkau bertempik menyalahkan saudaramu seiman sehingga melahirkan perkataan maki-makian dan kutukan hanya semata2 mahu membela temanmu yang kafir, maka aku tidak bisa menahan gelora dijiwa untuk menuliskan teguran dan nasihat buatmu. Dan engkau telah melihat bahawa aku hanya mengkritik dirimu hanya disini, tidak pula mengejarmu kesana kemari dengan menurut nafsu amarahku.. Harap engkau dapat memahami apa yang terbuku dalam jiwaku.
Aku tahu engkau berniat baik yakni berharap temanmu itu mendapat hidayah Allah SWT tetapi caramu menyalahi ajaran rasulullah saaw. Engkau telah merendahkan darjah Al Qur'an yang mulia menjadi setaraf dengan kitab2 yang mereka dakwa datangnya dari Allah SWT, padahal itu bukan dari Allah malahan adalah tulisan tangan mereka sendiri. Janganlah engkau tertipu wahai saudaraku OB. Sesungguhnya Syaitan itu sangat kuat tipu daya nya.. (untuk mengetahui segala2 yang dusta dari AL KITAB -Bible = Perjanjian baru = Injil. Perjanjian lama = Taurat, Mazmur, Zabur- kita boleh membincangkannya di forum RSF seperti yang disyorkan mod Ibnur tu...)
Wahai sdr OB, tidak sekali2 aku hendak membencimu atau merendah2kan dirimu, apalagi hendak menghukum, bukan aku yang menghukum tetapi Pemeliharamulah yang menghukum. Dan hukuman tersebut telah termaktub dalam kitab suci Al Qur'an yang mulia.. Bacalah disana dan fahamilah. Untuk engkau memahaminya haruslah engkau merujuk kepada gurumu yang arif dalam hal tersebut.
TTG tahap NAFSU tuuu
sekali lagi saya katakan
NABI BERPESAN: IMAN ITU LEBIH DARI 70 CABANG.........
kenapa saudara masih MEMPERTAHANKAN TINGKAT NAFSU tuuuuu
(harap saudara mengenal perbezaannya)
Benarlah pesanan Rasul yang mulia, iman itu ada lebih 70 cabang. Mengalihkan ranting berduri dari tengah jalan, itu adalah satu cabang iman. Bersifat malu juga cabang dari iman. Mengajak kepada kebaikan juga cabang iman. Melawan dan menahan nafsu juga adalah satu cabang iman. Yang disebutkan tadi adalah tahapan2 iman yakni dari selemah iman, hanya mampu menahan diri dari menyusahkan orang lain sehingga ketahap yang lebih tinggi, mencegah kemungkaran. Begitu juga yang ada dalam tahapan Nafsu dan hal ini telah pun diceritakan dalam Al Qur'an, apakah engkau masih mahu membantah?
dan adakah saudara ISLAM????
sesungguhnya SEJAHAT MANUSIA DIATAS MUKA BUMI ADALAH ULAMAK
saudara kena faham maksud HADITH ini,
dan bagaimana nak MENENTANGNYA/BERSEMUKA
kerana UMAT ISLAM telah DITETAPKAN TERPECAH KPD LEBIH 73 CABANG..........
Jika segala teguran yang baik dan nas2 hukum dari Al Qur'an yang mulia tidak dapat saudara terima hanya kerana aku berlainan mazhab dari saudara, tak mengapalah... Apalagi yang mampu aku lakukan, semuanya sudah aku laksanakan, tiada apalagi.... Melainkan kita bersua muka, berbicara dari hati kehati agar jiwa masing2 merasa puas... atau lebih baik serahkan saja urusan ini kepada Pemelihara kita, hanya Dia yang lebih mengetahui urusan hati semua makhluk ciptaanNya...
Perihal ulama yang engkau maksudkan itu adalah lebih baik kita bicara ditempat lain, bukan disini... dan aku dapati engkau sudahpun membuka thread tentang hal ini, harap tidak didelete lagi..
jadi saudara agak agaklah
lepas PERANG DINGIN beberapa hari lepas
adakah LEBIH KEBAIKAN atau sebaliknya?????????????
dan saya ...................masih sebegini
HINA DAIF dan PAPA
Harap2lah ia akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kita akan lebih mengenali antara satu sama lain, lebih bersefahaman, bermuafakat dan yang utama saling bantu membantu dalam menegakkan kalimah Allah diatas mukabumi ini.... Dan aku bersyukur kehadratNya kerana kita telah mengakui kelemahan diri disisi Dia yang Maha Agong.... aku, engkau dan sekelian hamba2 Allah SWT adalah HINA, LEMAH LAGI BODOH.........
Sekian.
[ Last edited by saifulms at 11-8-2006 02:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
dan saya juga memohon kemaafan dari semua
kerana saya sendiri pun TAHU
KERAS dab GANAS bahasa saya
tetapi semuanya itu
bukan dgn KEMARAHAN
tetapi MUNGKIN
SALAH SATU PENDEKATAN
utk meniupkan SEMANGAT PERSAUDARAAN dan KEHARMONIAN
SESAMA MANUSIA
selagi MANUSIA BERTUHANKAN YANG SATU
dan TIDAK MENYEKUTUKANNYA dgn SENGAJA
cuba saudara semua bayangkan
BAGAIMANAKAH NABI MENIUPKAN SEMANGAT kepada para sahabat
takkala PERGI BERJUANG utk AGAMA??????
atau adakah dengan hanya kata kata yg LEMBUT dan GEMALAI??????
mungkin saya sendiri pun TAK MAMPU nak KAJINYA.........
sedangkan BAHASA saya selaku HAMBA
amat sukar difahami ramai
sedangkan KALAMNYA YANG PENUH DGN KEINDAHAN DLM SEMUA SEGI
(jadi saya mengajak agar MENDEKATKAN kepada BAHASA PENCIPTA
dan hanay itu KEMAMPUAN saya
sedangkan YANG SELEBIHNYA
ADALAH HAK YANG EMPUNYA KATA KATA
dan saya JIKA DIIZINKAN
ingin BERSAUDARA dgn SEMUA
tak kira dgn siKHINZIR sekalipun yg DIHINA ramai
sebagaimana TUHAN MEMBERI KEPADA SEKALIAN MAKHLUKNYA
dan adakah dgn hanya sebegini PENDEKATAN
dan kemampuan dalam MENGAJAK MANUSIA
diri ini diterima sebagai HAMBA
atau terus HANYUT DALAM KESESATAN
ENGKAU MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI
DAN ENGKAU MENYESATKAN KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by M5 at 5-8-2006 03:14 AM
Salam sejahtera Bateesta.
Persoalan ini sememangnya penting diteliti bagi mereka2 yg ingin mencari kebenaran. Tuhan tidak lupa untuk memastikan pengajaran yg terkandung didlm KitabNya akan ...
Salam jgk utk kau bro
Maksud aku ialah ada sesetgh ayat quran yg ada byk pengertian ttp merujuk kpd 1 isu sahaja
Mcm kdg2 dlm quran disebutkan yg takdir tu boleh diubah , sedangkan dalam surah atau ayat lain , diberi pula yg yg takdir tu tetap dan tak boleh berubah. How abt that ?
Kalau nak contoh aku blh bagi nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 12-8-2006 02:50 AM
Salam jgk utk kau bro
Maksud aku ialah ada sesetgh ayat quran yg ada byk pengertian ttp merujuk kpd 1 isu sahaja
Mcm kdg2 dlm quran disebutkan yg takdir tu boleh diubah , sedangkan dalam su ...
Salam kembali bro,
Nampak macam menarik topik yg bateesta nak ajukan. Dengan hati terbuka, minta dikongsi bersama. Saya masih lagi berfahaman yg penerangan2 al Qur'an tidak boleh bercanggah sesama sendiri. Jadi jika ada2 yg boleh dibincangkan bersama terutama yg berkaitan dgn fahaman ini saya harap ianya dapat dibawa ke forum ini. Mungkin Bateesta boleh buka thread yg khusus.
Salam Sejahtera. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by M5 at 12-8-2006 10:19 PM
Salam kembali bro,
Nampak macam menarik topik yg bateesta nak ajukan. Dengan hati terbuka, minta dikongsi bersama. Saya masih lagi berfahaman yg penerangan2 al Qur'an tidak boleh bercangga ...
Maybe god pnya intention lain bro , who knows ?
Tp manusia yg punyai level of understanding yg brbeza2 mentafsirkannya brbeza , maybelah
Tp brkaitan takdir ni , mmg jelas ayat2nya yg brubah , sometimes ckp allah yg menentukan segala2nya dlm kehidupan ini , tp dalam ayat yg lain , dikatakan lak manusia ni pnyai total control , in other word , manusia blh ubah takdir yg tlah ditetapkan oleh allah:hmm:
Topik ni pasti x mnyenangkan pihak yg hidup mengikut fahaman kebiasaaan yg diwarisi dr dulu , tp aku memandang internet ni sbg medium utk brtukar2 pandangan , so nobody can claimed they have the absolute truth abt anything
Bkn sahaja ayat quran , sometimes hadis pun camtu , i'm refering to hadis sahih
Hadis kan menyokong quran , so dalam kes ni , cam ada synchronized lak
Utk referen kau bro , sblm bkak thread baru , bagus jgk kau baca btl2 link yg aku bg kat bawah ni , then i would like to hear yr comment
http://forum.cari.com.my/viewthr ... mp;highlight=takdir
Baca dr mula spai habis , baca thoroughly n let me know wht u think sblm aku bntangkan ayat2 quran tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 13-8-2006 01:15 AM
Maybe god pnya intention lain bro , who knows ?
Tp manusia yg punyai level of understanding yg brbeza2 mentafsirkannya brbeza , maybelah
Tp brkaitan takdir ni , mmg jelas ayat2nya yg brubah , ...
Salam Sejahtera Bro,
ff: StoneCold tu ada apa2 kaitan dgn Bateesta ke?
Setelah menjenguk di thread tersebut, saya masih tidak nampak sebarang percanggahan ttg penerangan al Qur'an mengenai topik yg diperbincangkan. Cuma perbezaan pendapat tentang kaitan Kejadian dan peranan/pengaruh manusia dilm Kejadian tersebut.
Saya panjangkan terlebih dahulu sedikit lagi ttg konsep Kejadian.
Dunia berserta isi nya dicipta Tuhan <lihat Q10:3> dgn sistem (Law of Creation) yg mengawal kejadian tersebut. Didlm kajian fizik partikel, kejadian (birth/creation) adalah antonym kepada kemusnahan (die/annihilation). Partikel Elementari diertikan sebagai asas kepada setiap objek kejadian didunia ini. Partikel Elemantari ini dibahagikan kpd dua: 1. Creation operator dan 2. Annihilation operator.
Q10:3
Your only Lord is GOD; the One who created the heavens and the earth in six days, then assumed all authority. He controls all matters. There is no intercessor, except in accordance with His will. Such is GOD your Lord. You shall worship Him. Would you not take heed?
Ringkasan:
Asas Kejadian/Partikel Elemantari ada pair/kembar nya (Creation dan annihilation) Rujuk Wiki dan al Qur'an Q51:49.
Q51:49
And from everything We created a pair, perhaps you may remember.
Konsep kehidupan/kematian adalah sebahagian dari konsep Kejadian. Ini tidak dapat diubah. Anda hidup dan kemudian anda mati. Selebihnya adalah tertakluk kepada hukum2 yg berkaitan dengan Hukum Kejadian. Tertakluk disini saya ringkaskan sebagai keadaan yg dilakukan, jika bertepatan dgn hukum alam, maka akan terhasil satu akibat hasil dari tindakan tersebut. Ini boleh dikaji dgn lebih teliti dengan mengkaji peraturan alam, sebagai contoh dgn belajar ilmu kejuruteraan, kedoktoran, sains, teknologi ,etc. <lihat 2:164> Malang sekali kebanyakan manusia yg menjalankan perintah Q2:164 adalah saintis2 barat. Kita disini yg dimuliakan adalah org2 yg pergi mengaji kat pondok2.
Q2:164
Surely, in the creation of heavens and Earth, and the differences between night and day, and the ships that sail in the sea for the benefit of mankind, and what God has sent down of water from the sky so He brings the Earth back to life after it had died, and He sent forth from it every creature, and the movement of the winds and the clouds that have been designated between the Earth and the sky are signs for a people that understand.
Maka yg tidak boleh dielak adalah asas hukum kejadian itu sendiri. Bagi setiap yg dihasilkan pasti akan dimusnahkan. Bagi manusia yg hidup, setiap saat hidup ini, kita dikawal dgn berbagai2 hukum yg berkaitan dgn Hukum Alam.
Cuba menyelam dalam air lama2, kita akan lemas, bila lemas, jika jantung tak lagi mengepam darah, kita mati.
Cuba malas bekerja, tak produktif, maka tak dapat duit.
Cuba jangan mulakan kenyit mata, maka tak kenal, maka tak kahwin.
Diringkaskan, tingkahlaku anda didunia ini adalah tanggungjawab anda sendiri dan ini tidak ada kena mengena dengan asas hukum kejadian seperti yg forumer quotekan didlm post2 mereka.
Originally posted by Bateesta
Bkn sahaja ayat quran , sometimes hadis pun camtu , i'm refering to hadis sahih
Hadis kan menyokong quran , so dalam kes ni , cam ada synchronized lak
Ini kalau komen, panjang lagi thread kat sini. So kita bincang kat tempat lain. BTW, saya tidak nampak Hadith al Qur'an memerlukan sokongan selain dari al Qur'an itu sendiri.
Salam Sejahtera.
[ Last edited by M5 at 13-8-2006 11:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by M5 at 13-8-2006 11:30 PM
Salam Sejahtera Bro,
ff: StoneCold tu ada apa2 kaitan dgn Bateesta ke?
Setelah menjenguk di thread tersebut, saya masih tidak nampak sebarang percanggahan ttg penerangan al Qur'an menge ...
Ok , kita fokuskan pd quran je dulu psl takdir ni
Esok aku post ayat2 quran yg sometimes kata takdir boleh diubah , dan pd masa yg lain , ayat yg lain lak , kata takdir tu absolute allah yg tentukan , manusia mmg x ada kuasa:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
salam
TAKDIR boleh diUBAH - BETUL TUUUU
TAKDIR tak boleh diUBAH - BETUL JUGA TUUUUUUU
semuanya betul
CUMA manusia aje yg MASIH TAK BETUL kotttttttttttt
seperti contoh
esok, dgn aku buat pekerjaan sebegini, aku akan dapat sekian imbuhan
dan ADAKAH BETUL akan mendapatkannya?????????????
dan
ADAKAH TELAH DITAKDIRKAN KEMATIAN ESOK HARI...................... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 14-8-2006 03:09 PM
salam
TAKDIR boleh diUBAH - BETUL TUUUU
TAKDIR tak boleh diUBAH - BETUL JUGA TUUUUUUU
semuanya betul
CUMA manusia aje yg MASIH TAK BETUL kotttttttttttt
seperti contoh
esok, dgn aku buat p ...
Hehe , aku pun prcaya kat dunia ni bro , kalau betul, smua btul , n kalau salah , smua bnda pun salah
Tp aku nak bincang dgn m5 ni psl ayat quran yg sometimes ckp takdir blh ubah n sometimes takdir x blh diubah , just nak tanya je napa jd camtu, atau we misinteprete
Tp ayatnya mmg jelas , tu yg aku nak bincang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mana kau bro m5, kata nak diskas :cak: |
|
|
|
|
|
|
| |
|