|
Hantaran BMW 320i RM250K; brg kemas RM150K; jam Rolex RM25K ; cincin RM20K
Makin dasyat pompuan sekarang nih..............nak kahwin pon boleh habis lebih sejuta RM :gado:
KUANTAN: Wang hantaran RM444,444.44 dan mas kahwin RM22,222.22 yang diterima bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan sempena majlis perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Datuk Roslan Hashim, malam tadi, mungkin yang tertinggi di negara ini.
Selain itu, Puteri Shahanaz Hazlin, 24, menerima 22 hantaran termasuk BMW 320i berharga RM250,000; set barangan kemas (RM150,000); jam tangan Rolex (RM25,000); cincin (RM20,000) serta beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.
Gubahan hantaran RM444,444.44 dan barang hantaran itu dibawa dari Kuala Lumpur dengan kawalan keselamatan.
Pasangan itu yang bertunang kelmarin, diijabkabulkan pada upacara akad nikah di rumah pengantin perempuan di Lorong Tok Sira 3 di sini, malam tadi manakala majlis persandingan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, malam ini.
Roslan, 49, yang juga Pengerusi Eksekutif Ghaz Properties Sdn Bhd, ketika ditemui di hotel penginapannya di sini, berkata beliau membelanjakan RM3.5 juta bagi memastikan majlis persandingannya berlangsung penuh gilang-gemilang.
Katanya, beliau bukan mahu menandingi kehebatan majlis perkahwinan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dengan penyanyi popular, Datin Siti Nurhaliza Taruddin, sebaliknya ia dilakukan secara ikhlas untuk Puteri Shahanaz Hazlin.
Sebelum ini, penyanyi Juliana Banos yang berkahwin dengan Pengarah Urusan Mutiara Motor Sdn Bhd, Mokhtar Ahmad, 33, pada 16 Disember tahun lalu, dinobat sebagai artis yang menerima wang hantaran tertinggi di negara ini, iaitu RM77,888.77. Siti Nurhaliza pula menerima wang hantaran RM30,000 dan mas kahwin RM22,222.
Roslan yang menduda selama sembilan tahun selepas bercerai pada 1997, berkata beliau suka sesuatu yang luar biasa dan angka empat untuk duit hantaran itu memang nombor kegemarannya yang juga menjadi plat semua kenderaannya.
"Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau mengatasi sesiapa, tetapi ini bukan satu kesalahan jika kita mampu melakukannya," katanya yang mempunyai lima anak berusia antara 13 hingga 24 tahun.
Beliau berkata, perkenalannya selama enam bulan bersama Puteri Shahanaz Hazlin, direstui semua anaknya.
"Walaupun usianya sebaya dengan anak sulung saya, sikapnya yang matang, bijak dan lemah lembut berjaya membuka hati saya untuk berkahwin semula,? katanya.
Dua anaknya, Farah Farina, 24, dan Amirul Shaharil, 21, turut hadir pada majlis akad nikah ahli perniagaan itu. |
|