CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Laxamana.

Amalan Sunni dan Syiah di bulan Ramadhan.. berbeza?

[Copy link]
Post time 1-10-2006 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 1-10-2006 12:53 AM


kalau solat maghrib macam mana pulak... (masa bukan bulan ramadhan)


Untuk membezakan antara siang dan malam bukan hanya di bulan ramadhan saja tapi di semua bulan-bulan dalam tahun tersebut. Solat maghrib adalah termasuk ke bahagian solat malam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-quran justeru adalah wajar ia dilakukan di waktu yang diyakini waktu setelah hilangnya hari siang dan disertai dengan ketibaan kegelapan malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 1-10-2006 12:53 AM


kalau solat maghrib macam mana pulak... (masa bukan bulan ramadhan)


Salam Ukhwah untuk saudara orang_awam.  Solat sama juga ngan puasa, haji dan Infa'  semua itu adalah wajib dilakukan.  Jika anda redho dengan ayat-ayat ALLAH tentulah persoalan ini anda boleh menjawab sendiri, selamlah kedalam limpahan Al-Quraan, teguklah perintah Allah, pengajaran dan pedoman didalamnya. Bacalah ia berulang-ulang.  Bacalah ia denga n'Tartil'. Dan sekiranya anda Redho dengan ALLAH, ALLAHpun redho dengan anda..........
Wallahu a'laam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 1-10-2006 08:54 AM


Untuk membezakan antara siang dan malam bukan hanya di bulan ramadhan saja tapi di semua bulan-bulan dalam tahun tersebut. Solat maghrib adalah termasuk ke bahagian solat malam sebagaimana yang ...


Salam utk sdr Grave, minta izin untuk berkata-kata, harap tidak menyinggung.  Solat fardu yang dimaksudkan ialah bila tiba pada tepi siang yang kedua, iaitu sebaik sahaja gelincir matahari diufuk barat. Dapat Tuan bayangkan fenomenanya?  Harap dapat berbincang.

Surah Hud
114] Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.

Al-Israa
78] Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan bacaan subuh(wal Quraanal Fajr). Sesungguhnya bacaan subuh(Inna Quraanal Fajr) itu disaksikan (oleh malaikat)

Sekadar pendapat peribadi, iaitu pada bahagian permulaan malam adalah sama dengan sampai gelap malam iaitu solat Isya. Maka tepi siang kedua adalah sama dengan sesudah matahari tergelincir untuk solat yang satu lagi itu.

Semuga bersama kita semua mendapat menfaat dan diberkatiALLAH hendaknya.............
ALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:45 AM | Show all posts
Sori aku nak mencelah
Dlm ilmu yg aku blajar , rukun islam ada 5 n puasa salah satu drpdnya

Melihat prbezaan dlm solat terawih atau berbuka ni , aku jd pelik , knp trlampau byk pendapat , SO MANA UNITY atau PERPADUAN dlm agama islam ni, ada sesape leh citer dgn aku ?

Ini bru citer psl puasa , blm lg solat , haji yg smua ni fundamental agama islam. Knp brlaku prcanggahan yg bukan melibatkan yg furu' tp dah brbeza sama sekali, salam n take care all

Mcm brbuka puasa , kalau ikut ayat quran , dah gelap btl2 baru leh buka , s aku amik cth pnduduk mesia , kirakan brp ramai yg puasanya jd sia2 sahaja , u tell me, so ni bkn bnda main2 yg boleh dipandang remeh , sape ada xpalanation ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 5-10-2006 08:24 PM


Salam utk sdr Grave, minta izin untuk berkata-kata, harap tidak menyinggung.  Solat fardu yang dimaksudkan ialah bila tiba pada tepi siang yang kedua, iaitu sebaik sahaja gelincir matahari diuf ...


Hmm.. ni karang takut tersimpang jauh pulak jadi perbincangan waktu-waktu solat kang...

Kalau nak masuk bab waktu-waktu solat tu, buat kat thread ni :
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=63333&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 6-10-2006 08:01 AM


Hmm.. ni karang takut tersimpang jauh pulak jadi perbincangan waktu-waktu solat kang...

Kalau nak masuk bab waktu-waktu solat tu, buat kat thread ni :
http://forum.cari.com.my/viewthread.p ...


Salam................

Memang kalau seboleh-bolehnya tak mahu menyimpang, silap-silap lagi jauh dari persoalan pokok.
Anyway TQ 4 da link.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2006 12:55 PM | Show all posts
Melihat prbezaan dlm solat terawih atau berbuka ni , aku jd pelik , knp trlampau byk pendapat , SO MANA UNITY atau PERPADUAN dlm agama islam ni, ada sesape leh citer dgn aku ?


Saya ni budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Unity? Islam is unity in admitting only ONE God and Muhammad is HIS Apostle.
Di situlah unity nya, bab-bab amalan ibadah khusus spt solat, posa, zakat, haji itu ada banyak intepretasi oleh para alim ulama mengikut fahaman masing-masing. Benda2 ni dah masuk hukum fiqh masing-masing, tapi MEREKA semua masih mengaku untuk mentauhidkan TUHAN yang Esa dan masing-masing masih mengakui menjunjung Muhamad sebagai utusan/rasul Allah.

Yang penting, kita semua mesti tahu apa saja perbuatan/amalan kita ini diredhai Allah, tidak ada gunanya kita mengatakan amalan dari fahaman/mazhab kita yang lebih betul dari fahaman org lain. Sedangkan mereka juga mengucap dan masih mengiktikad Tiada Tuhan Selain Allah, dan Muhamad Pesuruh Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 29-9-2006 11:47 AM


Yang dimaksudkan segera ini adalah sesuatu yang subjektif.

1.  Ada orang yang segera (terlalu segera) sehingga tak terlewat satu saat pun untuk berbuka. Bila muezzin buka mulut saja nak melaungkan azan dan baru saja menyebut Allah.. maka teruslah boleh berbuka. Nampak macam lahap dan gelojoh sikit kan yang?

2.  Ada orang yang berpendapat bahawa maksud segera adalah selepas azan maghrib telah selesai dilaungkan oleh muazzin dan barulah sesuai untuk berbuka. Bukankah lebih baik azan itu dihormati daripada makan semasa azan.

3.  Ada juga orang yang berpendapat maksud segera adalah selepas yakinnya masuk waktu malam dah tiba. Lewatnya mereka daripada golongan yang 1 tadi pun cuma berbeza lebihkurang 15 minit saja dan bukanlah sampainya waktu Isya.

Bukankah golongan ke 3 ini nampak sabar dan lebih berhati-hati agar tak terbatal puasa mereka?


kalau perkiraan tu sama dgn bulan2 lain selain ramadhan, maka utk tak bias:-

1.1. Begitu jugak dgn org yg tak terlalu segera sehingga terlewat utk sembahyang.Bila muezzin buka mulut saja nak melaungkan azan dan baru saja menyebut Allah.. maka teruslah org2 ni lepak2 lagi. Nampak macam langsung tak bersedia sikit kan sama ada nak sembahyang atau nak berbuka.Lembab.Umat islam kena cargas beb!

Ini bermakna sesiapa yg berpegang ikut2tan kat mesia dia nih tak berjemaah dgn masyarakat setempat.Org dah dirikan solat jemaah maghrib diaorg ni rilek lagi goyang kaki.
lalalala..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2006 11:03 AM | Show all posts

Kenapa Syiah tak mahu paparkan amalan di bulan Ramadhan di sini?

Di bulan Ramadhan ni pun ada jugak ceramah radio bebaru ni di Mutiara FM RTM Pulau Pinang yang mengatakan mengenai Hezbollah dan bab Syiah. Ustaz radio tu kata, "Syiah ni diasaskan oleh Abdullah bin Saba' seorang Yahudi, bla bla, bla.." Lepas tu dia kata nak cover diri kot-kot dipersalahkan pula dengan berkata, "Itu yang saya tahu dan baca lah.. dan oleh kerana itu jangan terlalu seronok sangat menyokong Hezbollah di dalam pertempuran menentang Israel... keran mereka itu Syiah dan kita ASWJ". Nampak sangat jauh jurang kejahilan di antara umat Islam di Malaysia termasuk ustaz ustaz di dalam isu Syiah. Sebab itu lah, saya buka tajuk ini untuk dibincang secara ilmiah dan bukannya untuk bertekak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:49 PM | Show all posts
Bagi aku lah kan... perkara yang paling penting adalah niat kita bersolat tarawikh nih.

Kalau kita niat untuk beribadat kepada Allah, Apa salahnya.
Nama pun solat Sunat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 11:33 AM | Show all posts
Penjelasan tentang solat tarawih dibahaskan dengan panjang lebar dalam Majalah As-Sunnah terbitan Lujnah Istiqamah Masjid Surakarta, Indonesia dalam edisi khas sempena Ramadhan beberapa tahun yang lepas. Sesiapa yang ada majalah terutamanya mereka di Indonesia tu barangkali boleh menyalin tentang pendapat Allahyarham Ben Baz tentang hal ini. Bagi saya penjelasan Ben Baz adalah adalah yang terbaik berhubung perkara ini. Bagaimana analysis dibuat dari 8 rakaat menjadi 20 rakaat ataupun lebih banyak dari itu. Dan kesimpulan dari hujah-hujah yang bersandarkan riwayat-riwayat hadis atau atsar sahabat yang sahih , menunjuk bahawa 8 rakaat, 20 rakat atau lebih banyak dari itu semuanya boleh. Yang paling afdal bukan yang lebih banyak rakaatnya, tapi yang LEBIH LAMA BERDIRI  !!
setengah tempat tu sembahyang 20 rakaat pun lebih cepat dari buat 8 rakaat.!! seeloknya imam nak buat 20 ker 8 rakaat lihatlah kepada kemampuan makmumnya. Kalau makmum tu larat setakat 8 rakaat dengan bacaan 30 ayat setiap rakaat...kita buat yang tu. Kalau makmum tak larat berdiri, kita buat 20 rakaat dengan bacaan 15-20 ayat. tetapi imam kekadang ikut kepala dia saja...bukan kira makmum larat ke tak...!!
Reply

Use magic Report

jubahkuhitam This user has been deleted
Post time 21-10-2006 10:07 PM | Show all posts
salam..sepanjang yg saya tau...syiah solat sunat 1000 rakaat dlm satu bulan ramadhan.betul ke?sesiapa yg tau tolong perbetulkan.tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2006 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by jubahkuhitam at 21-10-2006 10:07 PM
salam..sepanjang yg saya tau...syiah solat sunat 1000 rakaat dlm satu bulan ramadhan.betul ke?sesiapa yg tau tolong perbetulkan.tq


Betul...... tapi disamping itu cuba calculate pula rakaat-rakaat dalam sembahyang terawih yang dilakukan dalam mazhab-mazhab lain. Mazhab Maliki lebih banyak lagi dengan seribu lebih rakaat yang dilakukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.358768 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list