CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: nurulazzah

Water Ski/Jet Ski

[Copy link]
Post time 29-11-2006 08:45 AM | Show all posts

Reply #40 Ax's post

jauh nyerrrr...
kalo abis minyak macam mane...????
mau jadi hidangan lazat tuk
ikan jos kat tgh laut tu...:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 10:49 AM | Show all posts

Reply #41 akughi's post

wat pit stop ar ...
xpon reuk folow dr blkg gune sampan bwk tong minyak
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by akughi at 29/11/2006 08:45 AM
jauh nyerrrr...
kalo abis minyak macam mane...????
mau jadi hidangan lazat tuk
ikan jos kat tgh laut tu...:hmm:


yakin je ayat..tah2 ikan jos tu dekat ko pun xnak...hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 12:09 AM | Show all posts
aku nak men jet skii..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



whoa....rindu kat jet pejuang aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 02:19 PM | Show all posts
jetski... mmg best ler....

setau nim kt tasik biru area2 sg buloh-kuang ada gak slalu org main jetski kat situ...
x tau ler... ada persatuan @ ape ke...
hmm... tapi rasanya rate utk jetski ni kat pangkor still ok lg kot...
kat langkawi cekik darah betul!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 06:41 PM | Show all posts
wa...ceq lom main lg..aritu ms kat PD hampir nak main..tp tak bwk duit lebih lak.. ..mane lg senang main jet ski ke ATV? sbb ceq dah penah main ATV..yg beso punye..1st time naik rs payah sket sbb beso..n gear dier pakai gear songkit lak..tp yg best sbb dier takkan tegolek..huhu..syok abeh..sume utan n pantai aku redah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2008 03:28 PM | Show all posts
Ski antarabangsa dijangka tarik 100,000 penonton


PUTRAJAYA: Kejohanan Water Ski World Cup 2008 yang dianjurkan Persekutuan Ski Air Antarabangsa (IWSF), pada 7 hingga 9 November depan, di Kompleks Sukan Air, Presint 6, di sini, dijangka menarik perhatian 100,000 penonton dalam dan luar negara.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan kejohanan itu akan disertai 60 peluncur ski air terbaik dunia dari 18 negara.

揑ni adalah satu kejohanan bertaraf antarabangsa dan disertai peluncur terbaik daripada seluruh dunia.

揓adi, sudah pasti mereka akan menampilkan aksi yang mengagumkan dan tidak pernah disaksikan sebahagian besar penduduk di negara ini.


揃erikutan itu, ini adalah peluang terbaik bagi rakyat kita, terutama penduduk sekitar Lembah Klang untuk menyaksikan sendiri aksi peluncur terbaik dunia di depan mata sendiri,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 02:32 AM | Show all posts
July 19, 2008
Pelumba Perancis Muncul Juara Kejohanan Super Cup Terengganu

KUALA TERENGGANU, 19 Julai (Bernama) -- Pelumba Perancis, Medhy Menad membuktikan kehebatannya apabila muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Jet Ski Watercross Super Cup Asia Terengganu 2008 di Pantai Batu Burok di sini, hari ini.


Selepas berakhirnya perlumbaan selama dua hari bermula semalam, Menad memperoleh jumlah keseluruhan 166 mata untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 serta piala iringan.

Tempat kedua pula disandang pelumba Thailand, Abdul Deweloh yang mengumpul 159 mata manakala Ron Tan Kim Guan dari Singapura di tempat ketiga setelah mengutip 144 mata. Abdul dan Kim Guan, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM1,500 serta piala.

Penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Menad meneruskan penguasaannya apabila memenangi acara terbuka Pro-Am Runabout dengan mengumpul 180 mata untuk mengetepikan Kim Guan di tempat kedua dengan 149 mata manakala pelumba Brunei, Christopher Keasberry di tempat ketiga dengan 144 mata.

Sementara itu, pelumba negara mengungguli kategori terbuka Super-Course Endurance Runabout 800 menerusi Mohd Nayan Bakar di tempat pertama dengan 166 mata diikuti Lee Yew Kong (161) dan Mohd Rahifa Mamat di tempat ketiga (129).

Abdul pula memenangi kategori terbuka Pro-Am Runabout 800 apabila meraih 180 mata manakala rakan sepasukan, Komson Sabumuang di tempat kedua (159) dan tempat ketiga milik Bahari Zainuddin dari Brunei, yang memperoleh 134 mata.

Peserta Terengganu, Ahmad Dawi Alias pula muncul juara bagi kategori terbuka Runabout 800 dengan mengutip 180 mata manakala tempat kedua dan ketiga milik Saifullah Al Aziz dari Selangor dan Hasmadi Abdullah dari Terengganu, yang masing-masing mengutip 139 dan 135 mata.

Seramai 50 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian pada kejohanan anjuran bersama kerajaan Terengganu dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 07:11 AM | Show all posts
Persatuan Ski Air Malaysia cari bakat baru

SETELAH lebih 10 tahun menyepi, akhirnya Persatuan Ski Air Malaysia kembali aktif dan merancang untuk mengadakan satu kejohanan peringkat kebangsaan bagi mencari bakat-bakat baru.


Penasihat persatuan, Hanifah Yoong Abdullah berkata, disebabkan tidak ramai yang berminat, maka pembangunan sukan itu agak terbantut sehingga menyebabkan Malaysia tidak mempunyai wakil untuk menyertai sukan terbabit di peringkat antarabangsa.

"Walaupun kita ada infrastruktur yang terbaik untuk sukan ini termasuk di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya, tapi masih ramai tidak berminat untuk menyertainya, mungkin disebabkan kosnya yang sedikit mahal terutama dari segi kelengkapan," katanya semalam.

Katanya, kejohanan peringkat kebangsaan yang pertama kali diadakan itu dijangkakan dapat menarik lebih ramai golongan belia untuk terlibat dalam sukan itu.

Pada Piala Dunia Ski Air yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini, Malaysia terpaksa memanggil semula Philippa Yoong yang telah bersara selama lapan tahun untuk mewakili negara.

Philippa yang layak beraksi secara wild-card, gagal menyerlah apabila terkandas pada pusingan pertama kategori Slalom.


*****************************************************************************

sesiapa yang pandai water skiing ni - boleh la cuba sports ni -
mesti best... tapi kena tahu swimming tu -
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 09:26 PM | Show all posts
Kejohanan Luncur Air di Putrajaya16 Mei, 2009




aksi sikecil ini dapat disaksikan pada kejohanan luncur air di Putrajaya mulai hari ini.

SELEPAS kejayaan penganjuran pertama kejohanan Piala Dunia Ski Air Putrajaya November lalu, Persekutuan Ski Air Malaysia (MWSF) menganjurkan Kejohanan Putrajaya Waterski & Wakeboard Junior Cup 2009 mulai hari ini di Putrajaya.

Kejohanan selama dua hari itu bakal menghimpunkan hampir 50 peluncur dari seluruh dunia.

Malaysia akan menghantar 30 peserta dan Singapura pula menghantar 10, Hong Kong (lima) dan Eropah (lima).

Dijangkakan lebih 3,500 pengunjung bakal berhimpun di Tasik Putrajaya untuk bersama-sama menyaksikan kehebatan peluncur-peluncur air dalam dan luar negara itu.

Pusingan kedua kejohanan itu akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai ini di The Mines Resort Kuala Lumpur dan pusingan ketiga kejohanan akan kembali diadakan di Putrajaya pada 17-18 Oktober.

Pusingan terakhir akan diadakan pada 5-6 Oktober dan venue kejohanan akan diumumkan kemudian.

Setiausaha Kehormat MWSF, Phillipa Yoong berkata, sejak lima bulan lalu MWSF telah melatih kira-kira 50 peluncur dan mereka akan menyertai empat pusingan kejohanan.

''Majoriti peserta terbabit adalah peluncur baru yang terdiri daripada golongan remaja.

''MWSF berbangga kerana berjaya melahirkan peserta luncur air yang berkebolehan dalam tempoh yang singkat,'' katanya.

Mereka yang berminat untuk mendalami kemahiran sukan luncur air, anda boleh menyertainya dengan bayaran RM300 selama sejam (hujung minggu/ cuti umum) dan RM240 (hari biasa).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 05:04 PM | Show all posts
abe amazed... bila mau g swim sama2?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 12:22 AM | Show all posts
08 November, 2009

Krueger Kekal Kejuaraan Dengan Rekod Baru

PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Peluncur ski dunia Frederick August Krueger atau Freddy Krueger dari Amerika Syarikat berjaya memperbaiki rekod lompatan apabila menjuara acara Jump lelaki pada Kejoahanan Piala Dunia Ski Air Putrajaya 2009 di sini Ahad.

Lompatan jarak 69 meter, Krueger, 28, mengatasi rekod lamanya 60.9m yang dicipta pada kejohanan tahun lepas.

Pada sesi kelayakan pada sebelah pagi, beliau telah melakukan lompatan sejauh 60 meter.

"Tidak boleh dipercayai. Kami sebenarnya suka angin sakal tetapi saya takut ia mungkin sedikit kencang. Bagaimanapun, saya berjaya mengatasinya. Lompatan seperti ini pernah saya lakukan di Russia kira-kira dua atau tiga tahun lepas.

"Saya tidak akan lupakan kenangan ini sepanjang hayat saya," katanya kepada Bernama di sini.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh peluncur ski Britain Thomas Asher dan Jason Seels masing-masing dengan catatan 63.2m dan 62.2m.

Dalam acara wanita, June Fladborg dari Denmark juga mencipta rekod kejohanan dengan jarak 48.3m, mengatasi rekod 45.6m yang dilakukan oleh peluncur Greece, Angeliki Andriopoulou, tahun lepas.

Tempat kedua disandang oleh Marion Mathieu dari Perancis dengan jarak 48.1m manakala tempat ketiga pula oleh peluncur Belarus, Iryna Turets dengan 46.5m.

Terdahulu, dalam kategori Slalom, peluncur Amerika Syarikat Nicholas Parson muncul juara selepas mengalahkan pesaing terdekat Jodi Fisher dari Britain dalam percubaan menggunakan tali sepanjang 10.75m.

"Ini adalah kejayaan paling manis. Ini adalah kemenangan pertama dalam sirkit dunia tahun ini. Pertandingan di sini agak sukar dan saya berjaya menampilkan persembahan terbaik di sini," kata peluncur berusia 34 tahun.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:14 AM | Show all posts
sukan ni pun suam suam jekkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:33 PM | Show all posts
2011 Southeast Asian Games - Day 5







In This Photo: Alexander Yoong


Alexander Yoong of Malaysia practises for the Waterski Mens Jump on day five of the 2011 Southeast Asian Games at Jakabaring Sports Complex on November 15, 2011 in Palembang, Sumatra, Indonesia.


(November 14, 2011 - Photo by Matt King/Getty Images AsiaPac)



Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 12:12 AM | Show all posts
2011 Southeast Asian Games - Day 6







In This Photo: Phillipa Yoong-Bayly


Phillipa Yoong-Bayly of Malaysia competes in the Womens Waterski Slalom Preliminaries on day six of the 2011 Southeast Asian Games at Jakabaring Sports Complex on November 16, 2011 in Palembang, Sumatra, Indonesia.


(November 15, 2011 - Photo by Matt King/Getty Images AsiaPac)








In This Photo: Alexander Yoong


Alexander Yoong of Malaysia competes in the Mens Waterski Slalom Preliminaries on day six of the 2011 Southeast Asian Games at Jakabaring Sports Complex on November 16, 2011 in Palembang, Sumatra, Indonesia.


(November 15, 2011 - Photo by Matt King/Getty Images AsiaPac)












In This Photo: Aaliyah Yoong


Aaliyah Yoong, 8 years old, of Malaysia celebrates her run in the Womens Tricks Preliminaries on day six of the 2011 Southeast Asian Games at Jakabaring Sports Complex on November 16, 2011 in Palembang, Sumatra, Indonesia.


(November 15, 2011 - Photo by Matt King/Getty Images AsiaPac)




Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 06:22 PM | Show all posts
2011 Southeast Asian Games - Day 8













In This Photo: Phillipa Yoong-Bayly


Phillipa Yoong-Bayly of Malaysia competes in the Womens Waterski Slalom Overall on day eight of the 2011 Southeast Asian Games at Jakabaring Sports Complex on November 18, 2011 in Palembang, Sumatra, Indonesia.


(November 15, 2011 - Photo by Matt King/Getty Images AsiaPac)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.490707 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list