CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

Quran Syiah

[Copy link]
 Author| Post time 10-11-2006 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by vato at 10-11-2006 02:44 AM

Nama pun dah lain, tak sama ..Musyaf Fatimah  dengan AlQuran...tak sama kan??


musyaf uthmani... imlaei... al furqan ... nama lain2 juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2006 12:07 PM | Show all posts
Adakah dengan thread ini menunjukkan orang shiah tidak menyakini Al-Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 01:06 AM | Show all posts
Originally posted by i212 at 11-11-2006 11:07 AM
Adakah dengan thread ini menunjukkan orang shiah tidak menyakini Al-Quran?


Rasanya bukan sebegitu.. :no:
Maksud thread nie..syiah ada alquran lain selain alquran yang ada sekarang kot!!
Bukan x meyakini alquran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2006 10:31 AM | Show all posts
begini,

saya dapati dlm byk site sunnah menuduh syiah ada quran versi sendiri , sbb itu ia perlu penjelasan.

dan ini jelas di nafikan oleh mereka yang pro syiah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:58 AM | Show all posts
Alangkah baiknya jika ada yang menuduh syiah mempunyai quran yang lain selain dari yang ada pada hari ini, menunjukkan quran tersebut sebagai bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 01:14 PM | Show all posts

tambah lagi

Memang banyak tuduhan terhadap syiah...yang musykilnya tak ada pun dia orang tunjukkan quran lain yang syiah baca.
Malah tilawatul quran di Malaysia ni memanjang memartabatkan bacaan quran dari syiah iran..:stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2006 02:53 PM | Show all posts
Tuduhan itu berdasarkan kitab hadith syiah:
Al-Kulaini menyebutkan dalam al Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, taukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Quranmu (sunni).

Kemudian mushaf yg lengkap tu di katakan ada pada Imam Mahdi al-Muntazar... Dan bahawa al-Quran yang ada di tangan kita, kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan.

[ Last edited by  kyas at 13-11-2006 02:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 3-11-2006 11:36 AM


Jika anda menggunakan otak kiri (hoki) maka logika inilah yang akan anda perolehi namun jika anda menggunakan pula otak kanan (hoka) maka tak terfikirkah anda selain daripada maksud statement y ...


janganlah lupa fakta penuh yg dicatatkan oleh sejarah.... bukan hanya cucu Rasulullah s.a.w. yg terbunuh...cucu khalifah Rasulullah s.a.w. iaitu cucu Abu Bakar as-Siddiq r.a. pun turut dibunuh......masalah terbunuhnya cucu Rasulullah tiada kaitan dengan berbillion huruf yg sepatutnya ada pada mushaf fatimah yg anda dakwa...ditulis dlm masa 6 bulan...

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 13-11-2006 06:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 13-11-2006 01:53 PM
Tuduhan itu berdasarkan kitab hadith syiah:
Al-Kulaini menyebutkan dalam al Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah ...


Oh begitu..maksudnya senang. Ada satu musyaf yang 3 x ganda besarnya atau isinya berbanding quran yang ada ditangan kita sekarang dan disimpan oleh Imam Mahdi. Tetapi ia bukan Quran yang diturunkan kepada umat. Ia diturunkan khusus kepada Imam syiah mungkin untuk memperjelaskan hukum hakam serta pengetahuan yang tak pantas untuk umat selain mereka.
Jadi itu jer le penjelasannya...emmm:hmm:

Quran yang ada ditangan kita tidak lengkap...itu susah sikit nak terima. Rasanya quran yang ada ditangan kita adalah lengkap cuma pelengkapnya sahaja yang belum muncul untuk memperjelaskan alQuran. Bersepadanan dengan hadis Tsaqalain.
Quran sendiri adalah tentang peristiwa sebelum, sekarang dan akan datang...cuma perlukan penafsiran daripada yang mempunyai ilmu tentangnya.:tq:

[ Last edited by  vato at 13-11-2006 10:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 13-11-2006 06:38 PM
janganlah lupa fakta penuh yg dicatatkan oleh sejarah.... bukan hanya cucu Rasulullah s.a.w. yg terbunuh...cucu khalifah Rasulullah s.a.w. iaitu cucu Abu Bakar as-Siddiq r.a. pun turut dibunuh......masalah terbunuhnya cucu Rasulullah tiada kaitan dengan berbillion huruf yg sepatutnya ada pada mushaf fatimah yg anda dakwa...ditulis dlm masa 6 bulan...



Hello sahabat...saya tidak pernah mendakwa dalam mushaf fatimah tu ada berbillion huruf nama-nama tercatat. Bukankah anda yang membuat tuduhan begitu sedangkan quote yang anda ambil pun tak menceritakannya. Saya cuma mengajak anda berfikir menggunakan kedua-dua otak dalam kepala otak supaya lebih rasional. Tak perlu tulis kesemua nama tersebut dan cukup sekadar seperti al-quran menceritakan tentang kaum Aad dan Tsamud ataupun pengikut Firaun yang dilaknat Tuhan.Ada berapa ribu jumlah mereka? Takkan nak sebutkan satu persatu nama-nama mereka kan. Janganlah lurus sangat dalam berfikir tu. La ni dah ada berbagai-bagai teknik kemahiran berfikir yang baru diperkenalkan oleh Barat sedangkan dalam tradisi Syiah dah lama dahh seperti lateral thinking atau vertical thinking atau horizontal thinking atau ....

Satu lagi jangan nak samakan cucu Abu Bakar dan cucu Rasulullah saaw. Anak Abu Bakar sendiri pun berkelahi antara satu sama lain. Aisyah sendiri memerangi adiknya Muhammad Abu Bakar ketika peperangan Unta dan kalah serta malu. Muhammad bin Abu Bakar di pihak Amirul Mukminin Ali dan akhir hayatnya di bunuh dengan kejam oleh Muawiyah kerana di tuduh sebagai pembunuh Usman. Muhammad Abu Bakar disumbatkan dalam perut kaldai dan dibakar hidup-hidup atas arahan Muawiyah.


[ Last edited by  Gravedigger at 15-11-2006 12:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 15-11-2006 10:47


Hello sahabat...saya tidak pernah mendakwa dalam mushaf fatimah tu ada berbillion huruf nama-nama tercatat. Bukankah anda yang membuat tuduhan begitu sedangkan quote yang anda ambil pun tak men ...
Satu lagi jangan nak samakan cucu Abu Bakar dan cucu Rasulullah saaw. Anak Abu Bakar sendiri pun berkelahi antara satu sama lain. Aisyah sendiri memerangi adiknya Muhammad Abu Bakar ketika peperangan Unta dan kalah serta malu. Muhammad bin Abu Bakar di pihak Amirul Mukminin Ali akhir hayatnya di bunuh dengan kejam oleh Muawiyah kerana di tuduh sebagai pembunuh Usman. Muhammad Abu Bakar disumbatkan dalam perut kaldai dan dibakar hidup-hidup atas arahan Muawiyah. ..


kamu punya cerita......:
mana dapat...???
Al-Kafi ke.....

[ Last edited by  ibnur at 15-11-2006 01:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by whale at 15-11-2006 10:16 AM


kamu punya cerita......:
mana dapat...???
Al-Kafi ke.....


Apa ler...kejap lompat sana, kejap lompat sini...discussion tak consistent.
Hmmm..ada hujah lain ker?? :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 3-11-2006 10:23 AM
Salam,

Tapi... nasib baiklah antum percaya (harap-harap percayalah) kepada ayat ini : "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." Al-Kahfi 109.
...


alhamdulillah kita sama-sama beriman dengan ayat ini dengan penuh keyakinan...TETAPI..saya tidak melihat sebrang perkaitan di antara ayat 109 al-kahfi dengan kenyataan 'Cut & Paste' yg dibawa oleh saudara Kyas bahawa mushaf rahsia tersebut mengandungi nama semua org dari zaman Nabi Adam sehingga hari akhir zaman...

saya bertanya semula bagaimanakah saudari beriman dengan ayat-ayat berikut;

1) surah al-Fath ayat 29

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir dengan mereka. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

2) Surat al-Taubah 9:100

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

3) surah al-Hadid :10
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.  

4) Surah al-Anfall 8:74
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

4 ayat tersebut menyebut dengan jelas tentang Golongan yg diredhai oleh Allah, siapakah mereka? apakah perasaan kita terhadap mereka? mencintai atau membenci? perasaan manakah yg lebih selaras dengan nas-nas al-Quran yg terpelihara? harap kita semua dpt beriman secara keseluruhan dengan apa yg di wahyukan oleh Allah....sahabat Grave macam mana? bagaimana anda pula?

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 16-11-2006 08:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 15-11-2006 10:47 AM


Hello sahabat...saya tidak pernah mendakwa dalam mushaf fatimah tu ada berbillion huruf nama-nama tercatat. Bukankah anda yang membuat tuduhan begitu sedangkan quote yang anda ambil pun tak men ...

Satu lagi jangan nak samakan cucu Abu Bakar dan cucu Rasulullah saaw. Anak Abu Bakar sendiri pun berkelahi antara satu sama lain. Aisyah sendiri memerangi adiknya Muhammad Abu Bakar ketika peperangan Unta dan kalah serta malu. Muhammad bin Abu Bakar di pihak Amirul Mukminin Ali dan akhir hayatnya di bunuh dengan kejam oleh Muawiyah kerana di tuduh sebagai pembunuh Usman. Muhammad Abu Bakar disumbatkan dalam perut kaldai dan dibakar hidup-hidup atas arahan Muawiyah.


Wahai sahabat..... ini bukan masalah tidak berfikir secara lateral thinking tetapi berfikir secara logik sebelum menerima satu-satu kenyataan....

lagi satu nak tanya..... keldai tu pastilah sgt besarkan.... sampai seorg manusia boleh dimasukkan dlm perut dia....??????????  mcm mana lah luasnya mulut kaldai tu kan......... itu bab logiknya lah... mcm mana dengan bab sanad? siapa perawi cerita ini? terus terang kali pertama saya baca......harap dinyatakan rujukan dan sanad supaya berpeluang saya mencarinya.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 16-11-2006 08:32 PM


Wahai sahabat..... ini bukan masalah tidak berfikir secara lateral thinking tetapi berfikir secara logik sebelum menerima satu-satu kenyataan....

lagi satu nak tanya..... keldai tu pastilah  ...


Pertamanya selamat berjumpa kembali, keduanya mayat muhammad bin abu bakar bukan disumbat dari mulut keldai tapi perut keldai di sembelih kemudian disumbat mayatnya lalu dibakar.

Saya ambil cerita ini dari buku saqifah:

Membunuh Muhammad bin Abu Bakar
Mempermainkan Jenazah


Mu'awiyah membunuh Muhammad bin Abu Bakar, anak khalifah Abu Bakar. Mula-mula ia disiksa, tidak diberi minum, kemudian dimasukkan ke dalam perut keledai dan dibakar.

Untuk pertama kali dalam sejarah Islam, penguasa mempermainkan jenazah yang mereka bunuh. Dan jenazah ini adalah jenazah kaum Muslimin.

Penguasa memenggal kepala mereka setelah diikat kedua tangan ke belakang, menyayat-nyayat mayat, mengarak kepala-kepala mereka berkeliling kota, membawanya dari kota ke kota dan akhirnya dikirim ke 'khalifah' di Damaskus dengan menempuh jarak beratus-ratus kilometer.

Cukup dengan sedikit curiga bahwa seorang itu Syiah, maka mereka akan memotong tangan, kaki atau lidah mereka. Bila ada yang menyebut mencintai anak cucu Rasul saja maka ia akan dipenjarakan atau hartanya dirampas, rumah dimusnahkan. Bencana makin bertambah dan makin menyayat hati. Sampai gubernur 'Ubaidillah bin Ziyad membunuh Husain kemudian gubernur Hajjaj bin Yusuf yang membunuh mereka seperti membunuh semut. Ia lebih senang mendengar seorang mengaku dirinya zindiq atau kafir dari mendengar orang mengaku dirinya Syi'ah 'Ali.

Abu al-Husain 'Ali bin Muhammad bin Abi Saif al-Madani dalam kitabnya al-Ahdats, berkata: 'Mu'awiyah menulis sebuah surat kepada semua gubernurnya setelah tahun perjanjian dengan Hasan agar mereka mengucilkan orang yang memuliakan 'Ali dan keluarganya. Pidatokan dan khotbahkan di tiap desa dan di tiap mimbar pelaknatan 'Ali dan kucilkan dia dan keluarganya. Dan alangkah besar bencana yang menimpa Syi'ah 'Ali di Kufah. Diangkatlah Ziyad bin Sumayyah menjadi gubernur Kufah. Ia lalu memburu kaum Syiah. Ia sangat mengenal kaum Syiah karena ia pernah jadi pengikut 'Ali. Dan ia lalu memburu dan membunuh mereka di mana pun mereka berada, tahta kulli hajar wa madar membuat mereka ketakutan, memotong tangan dan kaki mereka, menyungkil bola mata mereka; samala al 'uyun, dan menyalib mereka di batang-batang pohon korma. Ia memburu dan mengusir mereka ke luar dari 'Irak dan tiada seorang pun yang mereka kenal, luput dari perburuan ini.(119)

Dari mukasurat lain:

Muhammad bin Abu Bakar, adik 'A'isyah yang berperang di pihak 'Ali melawan 'A'isyah, akhirnya di kemudian hari dibunuh oleh Mu'awiyah, dimasukkan dalam perut keledai lalu dibakar.

(119) Lihat Ibn Abil-Hadid, Syarh Nahjul-Balaghah, jilid 1,hlm. 43, 44.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2006 02:38 PM | Show all posts
sudah sudah lah... korang ni kan... byk ilmu... tak macam aku yg tak menuntut... tapi sori to say... mcm budak2 ... asik2 gaduh

jgn marah ... samat raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 16-11-2006 08:25 PM
4 ayat tersebut menyebut dengan jelas tentang Golongan yg diredhai oleh Allah, siapakah mereka? apakah perasaan kita terhadap mereka? mencintai atau membenci? perasaan manakah yg lebih selaras dengan nas-nas al-Quran yg terpelihara? harap kita semua dpt beriman secara keseluruhan dengan apa yg di wahyukan oleh Allah....sahabat Grave macam mana? bagaimana anda pula?



Benar tu sahabat...sepatutnya al-quran menyebut satu persatu nama-nama individu daripada golongan tersebut seperti yang ente tuduh nama-nama berbillion-billion yang terdapat dalam mushaf Fatimah. Sepatutnya lebih mudah bagi umat-umat di kemudian hari mengikut mereka kerana bukankah diantara mereka ada juga yang berpaling tadah serta menjadi munafik malah ada juga yang melakukan dosa-dosa yang tidak sepatutnya dilakukan bagi mereka yang dekat dengan Rasulullah saaw. Nanti ana bawakan pembuktiannya ya...itupun kalau ente sanggup membacanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 16-11-2006 09:27 PM

Penguasa memenggal kepala mereka setelah diikat kedua tangan ke belakang, menyayat-nyayat mayat, mengarak kepala-kepala mereka berkeliling kota, membawanya dari kota ke kota dan akhirnya dikirim ke 'khalifah' di Damaskus dengan menempuh jarak beratus-ratus kilometer.


Aduhai...tidakkah begini juga caranya mereka melakukan pada cucu kesayangan Rasulullah saaw di Karbala? Tidak tersentuhkah sedikit pun pada jiwa-jiwa mereka yang kononnya mengasihi Rasulullah saaw....malah dengan angkuh dan sombong mereka merasionalkan perbuatan-perbuatan golongan laknat tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 17-11-2006 02:38 PM
sudah sudah lah... korang ni kan... byk ilmu... tak macam aku yg tak menuntut... tapi sori to say... mcm budak2 ... asik2 gaduh

jgn marah ... samat raya

Tak boleh tak menuntut...kena pi menuntut. Biasalah...yang asik gaduh-gaduh ni selalunya penuntut-penuntut macam aku gak. Tok-tok guru selalunya tak gaduh-gaduh sebab mereka sudah ada pendirian yang jelas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 02:37 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 17-11-2006 05:01 PM


Benar tu sahabat...sepatutnya al-quran menyebut satu persatu nama-nama individu daripada golongan tersebut seperti yang ente tuduh nama-nama berbillion-billion yang terdapat dalam mushaf Fatima ...



anda terlalu 'beriman' pada kitab-kitab sejarah yg ditulis manusia....yg ditulis pada zaman kebangkitan Bani Abbas... berhati-hati.... cuba melihat dan menilai sejarah menurut neraca al-quran dahulu.... Allah takkan silap dalam menyampaikan wahyu...

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 18-11-2006 02:40 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074886 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list