|
40# Syd
yerla tuh... alangkan mona fandey yg pakai kuasa ghaib pun mati gak di tali gantung... tp hazabb kan kalo mati cara cemnih? siap lidah terjelir, mata terbeliak.. mcm2 lah dgr citer... |
|
|
|
|
|
|
|
tak dgr plak citer mona fendy mati terbelalak mata bagai segala..
menurut orang yang bercerita, elok jer cara dia mati
mcm orang lain gak |
|
|
|
|
|
|
|
baru je tgk ulangan SUATU KETIKA pasal Botak Chin ni...aku ingatkan dia botak... |
|
|
|
|
|
|
|
42# Syd
x syd...... me x refer kpd mona fandey yg terjelir ker, terbeliak ker.. tp citer2 banduan2 yg pnh kene hukum gantung... sorry..... misunderstood plak... huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
43# alahai
me x tgk... leh citer nape dipanggil botak kalo x botak? |
|
|
|
|
|
|
|
44# anne83
even orang bunuh diri pung
selalu dorang ckp mcm tu kan...
lidah terkeluar..
lidah termasuk dalam kerongkong etc...
siksa orang mati t-gantung nehh kan |
|
|
|
|
|
|
|
46# Syd
ade org kg nenek me dia terjun bangunan tinggi (tinggal punya).. org kata pasal cinta lah... dia susun siap2 beg dia, wallet dia, selipar dia pakai kat tepi balkoni sebelum terjun... so pastu dia terjun, mati.... dr tingkat 8 ke 13 mcm tuh... me x pergi, pasal mak me x bg pergi... dia tkt la jd aper2, mana tau kene badi ker? so dia jer pergi... dia tgk jenazah... mcm tido, pucat lesi muka cam takut amak sgt, tp versi tido.. mata x taula terbeliak ke tidak, pasal dh ikat kat dagu kan? darah x der pun ngalir, tp anggota badan kat dlm sume patah2... tu yg sebabkan dia mati.. masa tuh umur dia br 26++.. muda lg..... |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah takut kang
terjun dari tempat tinggi
nak naik balik, dah tak sempat
redo jelah... lagipun
mayat mmg pucat pungg... |
|
|
|
|
|
|
|
48# Syd
mmg ah suma mayat pucat, tp ade pucat hepi, ade pucat takut.... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo buat cerita cam Bukit Kepong kan best.. dengan zaman mesia skang nih yang asyik bergelora, kenapa mesti bangkitkan semula kisah2 penjenayah nih.. Huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala Macam US suka Buat Filem Mafia Itali atau Jepun suka buat Filem tentang Yakuza... |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu aku bitau - BOTAK CHIN stand for :
B - bagi
O - org
T - tak
A - ada
K - keje
tak tau lah cikgu aku tu melawak ke hape ke... |
|
|
|
|
|
|
|
B-bila
O-otak
T-terang
A-ada
K-kemajuan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# Syd
ooo...gtu sejarah sal botak chin neh...perghhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya nama gelarannya itu adalah gabungan dari 3 patah perkataan bahasa china Hokkien yakni “BO”, “TAK”, “CHIN”… “BO” sebenarnya bermaksud tiada, manakala “TAK” pula membawa maksud kerja dan yang terakhir pula “CHIN” iaitu bermaksud china…Jika gabungkan ketiga-tiga perkataan ini akan menjadi “China Tiada Kerja” atau pun “Jobless Chinese”...
dpt info ni dr kawan..haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba tengok citer botak chin kat astro tu
menarik gak |
|
|
|
|
|
|
|
nie ade info dpt pasal botak Chin... Dari blog bekas menteri dalam negeri n menteri besar kedah (Tan Sri Sanusi Junid)
BOTAK CHIN MENGAMUK DALAM PENJARA PUDU
31. Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan telah berlaku pada 11 Jun, 1981 apabila Botak Chin telah merusuh, dan memukul warden, di dalam Penjara Pudu. Sekali lagi saya diarah oleh Tun Ghazali untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya kita perlu memahami erti nama Botak Chin. Ia ialah gabungan dari tiga perkataan Hokkien iaitu Bo Tak Chin yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( China ) atau China Tiada Kerja atau 'jobless Chinese'. Di bangunan 'Rumah Akhir' Penjara Pudu ada 6 buah bilik menunggu bagi banduan yang telah dijatuhkan hukuman gantung dan rayuan ampun telah ditolak oleh Sultan atau YDP Agong. Di dalam Penjara Pudu di waktu itu ada kira-kira 36 orang yang telah dijatuhkan hukuman mati walaupun di peringkat mahkamah yang berbeza-beza atau sedang menunggu rayuan pengampunan.
32. Dari antara banduan yang sudah menjalani hukuman yang cukup lama, dan menunggu waktu yang tidak lama lagi untuk dibebaskan, pihak penjara, pada waktu itu, telah memberi sedikit kelonggaran dan sering diberi tugas sebagai mata-mata kerajaan. Dari sumber maklumat ini pihak penjara mendapat tahu Botak Chin sedang membuat persiapan untuk meletupkan Penjara Pudu dan lari keluar. Botak Chin telah mengumpul sedikit demi sedikit bahan-bahan letupan, seperti paku dan karbad, yang dibawa masuk ke penjara secara beransur-ansur, oleh mereka yang melawatnya. Bahan-bahan letupan ini disimpan di dalam tandas. Apabila mata-mata penjara melaporkan perkara ini kepada warden maka pihak warden telah menyerbu tandas berkenaan. Dalam mempertahankan hartanya yang terkumpul itu Botak Chin telah memukul warden dan rusuhan pun berlaku.
33. Bila saya sampai di penjara Botak Chin telah bertanya kepada warden siapa saya. Apabila diberitahu saya Timbalan Menteri yang mempunyai kuasa Botak Chin telah mendekati saya dan membisik rancangan untuk berpakat dengannya supaya jika dia dibebaskan maka dapatlah saya berkongsi hasil rompakannya nanti. Bila saya tersenyum Botak Chin mengubah sikap dan terus bertanya kenapa beliau tidak digantung sampai mati sebagaimana keputusan mahkamah. ' Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang .. apa tunggu lagi ... takut kah?' Botak Chin berlagak sombong dan marah.
PENGANYAM TIDAK SETUJU LAGI DENGAN HUKUMAN GANTUNG
34. Pihak Ketua Pengarah Penjara telah memberitahu kepada saya bahawa kita kekurangan tali gantung. Baki tali hanya 5 dan itu hanya boleh dipakai kalau ada kes kecemasan. Saya tanya sebabnya tidak dibeli tali tambahan supaya cukup untuk dihabiskan urusan menggantung sekitar lebih 30 orang yang rayuan pengampunannya sudah ditolak. Dalam pertemuan saya dengan penyulam tali gantung di Hay-on-Wye, di sempada England dan Wales, dan berdekatan dengan Kampung Buku yang pertama di dunia, beliau telah menyatakan tentangannya terhadap hukuman gantung, kerana ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini. Bila saya melawat Penjara Pudu, sekembali dari Britain, mencari tali, saya bertemu lagi dengan Botak Chin. Dia tanya ' bila mahu gantung aku?' Saya beritahu 'sabarlah, belum ada tali.' Botak Chin cadangkan penjara pakai wayar untuk menggantungnya. Bila saya jelaskan bahawa tali gantung yang dicari ialah yang disalut dengan baldu supaya tidak kesakitan bila lehernya terjerut, Botak Chin tanya 'mana lu tahu sakit kah tak sakit kah... yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?' Selepas dialog inilah pihak penjara telah menukar tali gantung dari yang bersalut baldu dengan yang dianyam dari plastik yang dipakai sekarang.
http://sanusijunid.blogspot.com/ ... li-shafie.html#more
Memang berani ar Botak Chin ni ek? uhhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
manusia hati kering mamat chin ni...adesss.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|