|
Reply #45 daisy71's post
sebenarnya bukan mudah untuk melihat orang yang amat cermat dalam sesuatu terutama berkaitan dengan agama dan faham dengan cepat apa yang diutarakan..saya sendiri kekadang ambil masa lebih wadahal bende simple je. walaubagaimanapun yang pasti dasy71 mungkin merupakan orang-orang yang mendapat rahmat dan keberuntungan dari Allah swt sehingga cerah hati...saya ni terpaksa minum air penerang hati hari2 dulu sebab ajar2 pun tak masuk..mak saya je buat. nasib baik cerah jugak berkat dari doa mak saya. kalau saya cerita pun kenapa saya ni gelap hati sangat dulu..adalah (sebab termakan bende kotor). semoga Daisy&1 terus dirahmati agar sentiasa berseri-seri....
tentang hasil dari diagest daisy71 pun saya ingin tahu juga apa pandangan daisy71.... |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian.
www.bharian.com.my/Current_News/HM/Friday/Fikrah/20060804104642
SOALAN
ADIK saya mengadakan hubungan jenis dengan seorang gadis sehingga menyebabkannya mengandung. Adik lelaki saya kemudian menikahinya di sempadan kerana tidak mahu isterinya tahu.
Selepas enam bulan berkahwin lahir anak perempuan dan berbintikan adik saya.
Apakah status anak itu? Bolehkah dia berbintikan adik saya? Bolehkah adik saya menjadi walinya kelak? Adakah anak itu akan mempunyai harta dalam pembahagian faraid?
Kuala Lumpur.
Jawapan
MEMANDANGKAN adik anda sudah berkahwin dengan gadis berkenaan, anak itu boleh dinasabkan kepadanya. Dia wali anak itu dan anaknya juga layak menerima pembahagian harta.
Walau bagaimanapun kedua-dua pasangan itu hendaklah bertaubat atas kesalahan zina dan corakkanlah kehidupan berlandaskan prinsip yang dianjurkan Islam, supaya menjamin kesejahteraan, termasuk kepada anak-anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya kembali.
Izinkan saya kumpulkan semula pendapat berikut:
Sumber dari Jab Mufti Negara. post #21
usia kandungan melebihi tempoh 6 bulan selepas dinikahi boleh dibinkan anak yang lahir itu kepada suaminya.
usia kandungan tidak sampai enam bulan selepas akad yang sah, maka haram membinkan anak itu kepada suaminya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terimakasih saudara Gastrick krn usaha & kerajinan beliau post informasi yg berguna dari sumber2 syariah di negara ini.
Syabas kpd saudara & forummer yg lain yg turut sama membantu. Semoga Allah memberkati usaha saudara ini.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya kembali.
Saudara GasTrick, disini saya kumpulkan semula keputusan Fatwa untuk diperhatikan semula.
Apa yang saya dapat dari keputusan fatwa itu ialah:
Langsung tidak boleh anak dari kehamilan yang tidak melalui pernikahan yang sah itu dibinkan kepada bapa walaupun dilahirkan selepas tempoh 6 bulan pernikahan.
Maka anak itu akan tetap menjadi anak tak sah taraf.
Akan tetapi menurut mazhab Imam Syafei,
Jika orang yang berzina tersebut menikah setelah kehamilan, dan setelah berlalu enam bulan isterinya melahirkan anaknya tadi maka anak tersebut boleh di bin kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan牋anak tersebut tidak boleh di bin kan kepada bapa terlibat sebaliknya di bin kan dengan kepada ibunya.
Ini bab nasab, hal perwalian tidak saya ketahui.
Wallahu'alam.
Sumber :牋Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Kategori : Munakahat |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut jawapan kepada persoalan berikut oleh Ustazah Ma#ah, saya dapati kesimpulan adalah:
usia kandungan melebihi tempoh 6 bulan selepas dinikahi boleh dibinkan anak yang lahir itu kepada suaminya.
usia kandungan tidak sampai enam bulan selepas akad yang sah, maka haram membinkan anak itu kepada suaminya.
itu bab nasab, bila masuk bab perwalian...kedua2 situasi di atas tidak boleh berwalikan bapanya; anak itu berwalikan hakim tidak sah nikah jika berwalikan bapanya.
Perhatikan....
Anda musykil, Dr Ma#ah jawab. harian metro
Kedudukan anak tak sah taraf
Soalan
Tidak lama lagi kami akan mengadakan perkahwinan untuk anak lelaki kami. Namun saya ragu kerana dia adalah anak tidak sah taraf yang dibinkan dengan nama saya. Kejadian berlaku kerana kami yang terlanjur ketika bertunang iaitu sebulan sebelum diijabkabulkan. Adakah pernikahannya boleh dilakukan seperti biasa?
Kedah
Jawapan
Seorang anak yang dikandungkan sebelum pernikahan atau anak luar nikah jika lahir selepas enam bulan lebih perkahwinan maka dia dibolehkan dibinkan kepada ibu bapanya. Disebabkan anak ini lelaki, dia tidak memerlukan wali untuk menikahkan dia seperti anak perempuan. Jadi, pernikahannya boleh dilakukan seperti biasa tanpa memberitahu keadaan sebenar.
Tak boleh wali anak saudara
Soalan
Saya berkahwin dengan suami ketika mengandung dua bulan. Suami saya adalah bapa kepada kandungan saya. Kini saya mempunyai lima anak — semuanya lelaki.
Adakah pernikahan ketika seorang wanita mengandung itu sah? Adakah anak sulung saya boleh menjadi wali kepada anak saudaranya dan bolehkah dia menerima harta pusaka?
NUUR
Kemaman, Terengganu
Jawapan
Persoalan puan sekarang ialah status anak sulung puan. Puan pernah mengandungkan anak luar nikah dan berkahwin dengan suami puan sekarang. Perkahwinan puan ketika mengandung luar nikah adalah sah kerana wanita hamil yang haram berkahwin ialah wanita yang hamil secara sah, sedangkan kandungan puan tidak sah kerana mengandung tanpa pernikahan sah.
Anak sulung ini tidak boleh mewalikan adiknya kerana dia hanya adik-beradik daripada segi undang-undang, hakikatnya dia adalah luar nikah.
Dia juga tidak boleh menerima pembahagian harta pusaka yang selayaknya, tetapi puan boleh mewasiatkan harta puan untuk dilakukan pembahagian kepada anak supaya dia tidak terpinggir. |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara GasTrick,
Maafkan saya, saya sungguh keliru bab perwalian dan nasab ini, nampaknya saya perlu juga mengemukan persoalan ini terus kepada pihak Jakim untuk mendapat jawapan yang lebih jelas. Terus terang saya akan berasa lebih selesa jika mendapat jawapan dari pihak Jakim.
Saya akan cuba berhubung dengan pihak Jakim dan akan kembali ke sini dengan jawapan kepada kekeliruan saya...hmmm....Insyallah akan ada jalan penjelesaiannya dan pencarian titik kepada persoalan akan berakhir.
Saya sangat berterimakasih dengan semua pandangan dan rumusan oleh saudara. Sesungguhnya kefahaman yang saya dapat dari rumusan saudara memperkuatkan lagi persoalan yang timbul ini.
Jika Gastrick ada lagi info dari sumber lain berkenaan isu berkaitan saya sangat gembira jika dapat dikongsikan di sini.
Sekian, Wassallam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tanya korang, tapi soalan aku maybe tak berkaitan sangat dengan isu yang diutarakan pembuka thread
kenapa korang katakan baby tu 'anak haram'? Bagi aku, panggilan begitu sangat kasar, seolah-olah baby tu pulak yang salah. Ye lah, dia sorang anak yang haram, sedangkan dia bukan nak pun dilahirkan secara haram Yang haram dan macam haram adalah mak bapak baby tu. Aku lebih suka kalau korang bincangkan kat sini dan sebut nama baby tu as anak tidak sah taraf.
MHO, tengkiyu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by artgeex at 30-1-2007 08:43 PM
aku tanya korang, tapi soalan aku maybe tak berkaitan sangat dengan isu yang diutarakan pembuka thread
kenapa korang katakan baby tu 'anak haram'? Bagi aku, panggilan begitu sangat kasar, seol ...
itulah org melayu kita nih kdg2 tak sensitif dengan perkataan yg digunakan....kalau terkena kat btg hidung sendiri baru nak sedar, betapa aduhainya perkataan tu bila di dengar di telinga org yg ada terkait dgn maslaah itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by daisy71 at 29-1-2007 06:47 PM
Ada banyak lagi sumber2 mengenai isu perwalian ini yang menimbulkan persoalan. Dan dari post GasTrick saya dapat lihat bahawa GasTrick agak bersetuju kepada pendapat Ustazah Norliza Bt Mohd Nor.
Mungkinkah ada kesilapan berlaku di mana2 bagi jawapan dari pihak Jakim ini?
Sebab setahu saya Jab Mufti Negeri2 dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) sentiasa mengadakan muzakarah sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa. Jadi mana mungkin boleh ada perbezaan keputusan bagi persoalan ini kan?...
Oh..... mungkin laaa....(teori saya je)
Apa yang saya postkan itu merupakan koleksi, sebab pada artikel asal PDF ada menyebut dari koleksi Jabatan Agama Islam Selangor. mungkin ianya hanya sekadar maklumat tambahan yang disimpan dan dibincangkan juga dalam muzakarah sebelum fatwa yang sebenar-benarnya di ambil. saya rasa lah ulama-ulama dan golongan cerdik pandai mengumpul pandangan-pandangan berbeza yang mungkin sesuai untuk dilaksanakan sebagai fatwa...
hmmm.... saya pun tak boleh pastikan....
tetapi berkenaaan sama ada saya setuju atau tidak dengan ustazah Norliza Bt Mohd Nor...hmmm... saya katakan saya boleh lihat dari segi rasionalnya kenapa hukum sebegitu wujud. melihat artikelnya menyebabkan saya begitu gembira kerana ..itulah yang saya pernah dengar oleh guru saya. sebenarnya orang yang berzina berbeza dengan orang yang lahirkan anak melalui ikatan sah tetapi tak cukup bulan iaitu 9 bulan. salah seorang tok guru saya pernah berkara perkara yang halal tak boleh menghalalkan yang haram dan perkara yang haram tidak boleh mengharamkan yang halal. anak luar nikah tetap-anak luar nikah maka hukumnya tetap sama.(ini betul2 menyesal tak tulis..sama menyesal kerana tertidur dalam kelas fizik dulu) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 artgeex's post
hmmm..... setuju dengan pendapat saudara
tetapi istilah untuk haram bukan lah untuk suatu kehinaan
macam nama masjidilharam juga bukan ianya suatu kehinaan atau sesuatu dosa.
tapi saya setuju dengan saudara kerana minda orang islam kini suke mengaitkan benda yang haram ini kepada suatu benda yang tak elok,kotor,dosa atau apa saja bende yang negatif terlintas di fikiran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 daisy71's post
ada info...???
hehehehe..bukankah saya katakan dulu saya masih ada dua pendapat yang belum diutarakan mengenai hal yang sama....
Daisy71 ada minta saya tentang apa pandangan saya mengenai hal ini maka..saya terpaksa memberitahu semua pandangan2 yang pernah saya pelajari...kemudian tunjukkan kesimpulan untuk keseluruhan..sebab kesimpulan itulah pandangan saya yang sebenar...... nanti saya kene buat soalan exam untuk exam pengal 1 dulu....leceh. |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Kasihan kat anak tu... memang agak menekan anak tu bila di bin/bintikan dengan nama Abdullah... namun pengajaran kat sini.... kalau orang tu berfikir panjang... maka tak jadi le dia berzina... kasihan pada anak yang bakal terhasil dari hubungan tak sah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 GasTrick's post
牋ya saya faham 牋baru ni saya jumpa lagi 3 artikel @ boleh juga dipanggil kertas kerja yang datang dari Jakim juga dari salah satu Universiti di Malaysia ini yang telah mengumpulkan semua data2 berkaitan isu anak tak爏ah爐araf ini. Penemuan yang agak menarik saya kira. Hmmm nanti saya akan berkongsi dgn GasTrick. k.
wassallam.
[ Last edited by daisy71 at 2-2-2007 09:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #59 f@uzi's post
malangnya f@uzi's, remaja kita sekarang ni manelah panjang sangat akal mereka, ditambah pula dengan mak bapak tidak pernah mengambil peduli dengan keadaan mereka. masalah tetap akan berlaku...... kita cuma cari jalan penyelesaian sesuai dengan syariat islam. |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Originally posted by GasTrick at 5-2-2007 04:46 PM
malangnya f@uzi's, remaja kita sekarang ni manelah panjang sangat akal mereka, ditambah pula dengan mak bapak tidak pernah mengambil peduli dengan keadaan mereka. masalah tetap akan berlaku...... ...
Memang ramai yang menyalahkan remaja sedangkan yang membentuk remaja dari kecil adalah orang tua... ibu bapa dan guru. Malangnya instutsi keluarga kini amat menyedihkan... sibuk tidak boleh dijadikan alasan sedangkan peranan guru ditolak ketepi... Tidak seperti dahulu... setiap unit masyarakat ada hak membentuk personaliti anak memakai konsep "Anak engkau, anak aku jua"... tidak seperti sekarang yang berkonsepkan "anak engkau, engkau jaga... anak aku, aku jaga... ". Tanpa pengawasan semua adakah mampu ibu bapa melihat anaknya setiap saat. Dan bolehkah "Ketam mengajar anaknya berjalan betul". Dalam Islam banyak mengajar lebih baik mencegah dari mengubati... kiranya terjadi kini yang berlaku... itu menunjukkan "Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt sedangkan yang tak baik itu adalah dari kita sendiri." Maka penyelesaian adalah 'Mulakanlah hidup cara Islam, bermula pada diri sendiri.... jika semua sedar tanggungjawab masing-masing... maka lain-lain masalah akan selesai dengan izin Nya... InsyaAllah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #62 f@uzi's post
Memanglah pembentukkan insan bermula dari rumah. itu sebab tanggungjawap ibubapa mencorakkan anak-anak. tetapi sebagai insan secara lahiriahnya, remaja patut memahami bahawa perbuatan tidak elok dan tidak bermoral adalah perkara yang patut dijauhi... Ayah saya kuat hisap rokok, bapa saudara saya pun pernah ajar saya merokok waktu...malangnya saya tetap anti merokok sebab saya tahu itu perbuatan merosakkan diri. malah adik saya sendiri pun benci bau rokok.
saya tidak menyalahkan remaja 100%, (sebab itu saya juga nyatakan tentang ibubapa)tetapi diri mereka adalah pilihan mereka sendiri. jika mereka memilih keburukkan sedangkan naluri mereka sendiri mengatakan itu salah...apakah mereka tidak mengetahuinya? tentang ibubapa peranan ibubapa islam kadangkala saya lihat sangat teruk berbanding ibubapa bukan beragama islam.
pernah warden saya mase maktab memberitahu kami bakal guru, dia hairan kenapa ibubapa suka menyimpan ekor rambut pada anak2 kecil seolah-olah cuba menjadikan anak tersebut menjadi seekor binatang(sebab binatang je berekor). dan ramai ibubapa buat begini....
sebenarnya setiap orang ada peranan mereka masing-masing dalam melengkapi antara satu sama lain, sebab itu kita hidup bermasyarakat. jika masyarakat pincang maka kesannya sangat besar.masalahnya masyarakat kita pincang..untuk membetulkan ia..... saya katakan ia tidak mustahil untuk pulih tetapi ia tidak akan pulih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Bukan ke bila ianya tidak mustahil bermaksud ianya boleh pulih... Saya positif mengatakan ianya boleh pulih... InsyaAllah. Dengan penerapan Islam yang semakin menyerlah kini... saya nampak ramai individu mula menerapkan penghidupan beragama pada diri masing-masing. Contoh, negeri Selangor membuat program Bina insan, khas mendidik ibu bapa dan anak-anak ke arah pembentukan keluarga dan individu yang lebih cemerlang, manakala kelas, ceramah dan seminar tentang Islam semakin mendapat tempat berbanding dengan 4 tahun ke belakang. Namun cabaran tetap ada. Peningkatan ini agak lambat... namun jika masing-masing individu ambil peranan menyampai dan mengingati di antara satu sama lain.. InsyaAllah ianya akan terus berkembang... kita tak boleh putus asa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 f@uzi's post
Baguslah kalau begitu, saya pun berharap begitu agar ia pulih. namun ada perbezaan antara "tak mustahil" dengan "tak akan"..., "tak mustahil" maksudnya masih ada peluang atau harapan. tapi "tak akan" maksud ia takkan berlaku.
tapi "tak akan" saya itu adalah merujuk kepada perkembangan terkini, sebab saya tidak nampak satu perubahan positif yang benar2 boleh mengubah dan mencorak semula masyarakat.memang sudah banyak program dan kesedaran telah meningkat sejak beberapa tahun kini..itu juga saya sedari tapi ia belum cukup lagi. bukan berfikiran negatif sangat cuma saya lebih berdasarkan keadaan semasa.
saya pun sekarang menanti-nantikan tanda perubahan tersebut...supaya "tak akan" saya tu akan berubah kepada "akan"........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 nde's post
nde..sweethonesty ade mmber yg amik anak angkat mcm nde gak...jd nak tanya nde nie,nnti dlm surat beranak (bile dah 2 tahun) kat ruangan nama ibu dan ayah tu kita boleh letak nama ibu & ayah angkat ek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|