|
Reply #40 remizati's post
depa still pernah buat kapal yang jauh lebih besar dari kapal ferdinand megellan dalam cubaan menyerang jepun. cuma masalahnya kapal ittu karam dipukul tsunami. sebenarnya apa yang menarik tentang asia tenggara untuk mereka tawan ??? jauh lagi jerman itu tapi mereka still boleh sampai . kat asia tenggar tak ada benda yang orang monggol mahukan iaitu kepuasan berperang, buat rugi masa dan tenaga je nak datang ke asia tenggara. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 tinangol_csm's post
yela...derang serang negara2 kat utara je kan? derang ada sampai tak mana2 negara sebelah selatan? sbb tu aku terfikir bab cuaca. derang suka perang tmpat sejuk je kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #40 remizati's post
Errr kalau depa penat naik kuda camne mereka boleh sampai Vienna, Austria? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 sayangidaku's post
Musim panas di kawasan Steppe boleh mencecah lebih 35 darjah Celcius. Dan mereka pun menjarah sampai ke Baghdad di Timur Tengah kan? Jadi cuaca panas bukan la halangan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 17-4-2007 08:59 AM
Musim panas di kawasan Steppe boleh mencecah lebih 35 darjah Celcius. Dan mereka pun menjarah sampai ke Baghdad di Timur Tengah kan? Jadi cuaca panas bukan la halangan....
Banjaran Pengunungan di Indochina mungkin menjadi penghalang
[ Last edited by HangPC2 at 17-4-2007 05:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 HangPC2's post
maybe salah satu sebab nyer...tp negara lain pun ada gaks gunung2 nieh kalau tgk peta dunia...
zaman diorg menjajah tuh bila ek?..masa tu kesultanan melaka dah wujud ke belum?
tak mungkin org monggol tak nak pegi asia tenggara...
dari zaman-berzaman lagik...sini dikenali sebagai semenanjung emas..
bleh kaya tuh....
musti ada sebab...
nak jajah jepun...bukan ader emas pon...
atau diorg nak tawan2 org2 yg kuat2 jerks..
tp org asia tenggara tak kuat kuat ke?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 alphawolf's post
oh, ok. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe tanah melayu mase tu blum feymes..parameswara pon blom dtg ke melaka lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 17-4-2007 04:08 PM
maybe tanah melayu mase tu blum feymes..parameswara pon blom dtg ke melaka lagi
Kalau Ikut Timeline Zaman Dinasti Yuan (Mongol) kerajaan yang ada di asia tenggara Saleindra dan Kerajaan Kecil yang kurang dikenali |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kemain hebat...sekang ni mongol...ni ntah kemana... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pisang69 at 18-4-2007 10:41 AM
dulu kemain hebat...sekang ni mongol...ni ntah kemana...
Mongol telah kembali Ke Iraq sebagai Tentera Pakatan Amerika |
|
|
|
|
|
|
|
asia tenggara ape ade time tuhh ... tak dikenali sgt pong ... lain laa abbasid caliphate or khawarizmi ... memang dikenali sebab civilization diorang is at the zenith ...
kalo aku jadik monggol time tuh pong .... aku tak berminat nak datang ke asia tenggara |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat saya zaman itu teknologi peperangannya tak selari dgn kemajuan tamadun dan ilmu pengetahuannya.Bayangkan Mongol yg dianggap bangsa yg tak bertamadun(org gasar/barbarian)yg tak punya tamadun apa2,yg terdiri drp puak2 nomad yg bergeladangan,masih mampu menumpaskan bangsa2 yg bertamadun dan jauh lebih maju.
Sepatutnya ada jurang teknologi senjata yg jelas.Contohnya tentera Islam sudah gunakan ubat bedil utk meriam/senapang sedang Mongol cuma pakai manjenik(catapult),pedang dan panah.Sebaliknya keadaan ini tidak berlaku;senjata yg digunakan Mongol lebihkurang sama dgn tentera Islam.Jadi bagi saya keadaan ini agak 'pelik'.
Mungkin ada yg boleh menjelaskannya?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1280 Masehi, Kubilai Khan mengutus dutanya ke Singasari. Tujuannya adalah memaksa kerajaan ini mengaku tunduk pada Kekaisaran Mongol. Permintaan ini ditampik oleh Kertanegara. Setahun berikutnya, datang lagi utusan dari Mongol. Kertanegara tetap bersikeras menolak untuk tunduk. Kemudian, ketika datang lagi utusan untuk ketiga kalinya pada tahun 1289 Masehi, Kertanegara sudah habis kesabarannya. Utusan Kubilai Khan itu dilukai mukanya, dan langsung diusir pulang ke Cina.
Sikap Kertanegara tersebut sangat melukai hati Kubilai Khan. Maka ia memerintahkan supaya armada pasukan segera disiapkan untuk menghukum Raja Singasari. Beberapa tahun kemudian, siaplah angkatan perang Mongol yang akan membalas perbuatan Kertanegara itu. Akan tetapi, selama Kekaisaran Mongol mempersiapkan angkatan perangnya, telah terjadi pergolakan di Singasari.
Ketika bala tentara itu datang Kertanegara sudah ditaklukkan oleh Jayakatwang, tetapi bala tentara Cina itu tidak mengetahuinya. Kesempatan itu tidak disia-siakan oleh Pangeran Wijaya, ia bergabung dengan bala tentara Cina menyerang Jayakatwang. Setelah Jayakatwang dikalahkan, Pangeran Wijaya menjebak dan membunuh sebagian besar tentara Cina yang perang bersamanya menaklukkan Jayakatwang. Pangeran Wijaya kemudian membangun Kerajaan Majapahit.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hami nak beri sedikit sumbangan ttg topik ini.........
Mongke yang menjadi Great Khan selepas anak Ogedei, Guyuk (Great Khan selama 2 tahun sahaja selepas bapanya) ialah seorang expansionist berbanding dgn Ogedei. Sungguhpun peperangan ugama adalah asing buat Mongol, dan mereka juga impartial terhadap ugama, mereka percaya bahawa merekalah dianugerahkan tuhan untuk memerintah dunia. Objektifnya di Asia Barat adalah Khalifah Baghdad.
Tetapi sebelum itu mereka harus menghapuskan dulu kuasa2 besar dirantau itu terutama sekali puak Shia seperti Ismaili yang biasa disebut sebagai Assassin yg telah bertapak di utara dan timur Persia. Mongol telah menerima permohonan pertolongan dari seorang hakim Islam dari Qazwin, sebuah bandar kecil berdekatan Alamut (stronghold orang2 Assassin) Ia komplain yg rakyat mereka terpaksa memakai pakaian perisai sepanjang hari bagi mengelakkan dari senjata pisau orang2 Assassin. Keduanya Mongol telah mendapat tahu kononnya ada rancangan untuk menghantar tak kurang dari 400 Assassin ke Qoraqorum menyamar untuk membunuh Great Khan. Mungkin juga kebetulan yang ramai dari orang2 Hulegu (Adik Mongke dan ketua perang, berugama Buddha) adalah berugama Kristian....jadi, kepada mereka ini peperangan ini seolah2 holy war.
Nah, berita ini sedikit sebanyak memberhentikan 40 tahun perang saudara dan kerusuhan dikalangan orang2 di Persia. Barang diingat Abbasid melalui banyak masaalah dari puak Shia. Mongol mengambil masa 2 tahun untuk menghapuskan Assassin.....hampir2 menghapuskan mereka terus dari bumi Persia. Assassin Grand Master Rukn ad Din akhirnya menyerah diri kpd Hulegu. Kemudian barulah Hulegu mengarahkan fokus ke Baghdad.....................suspense sikit...:ah:
[ Last edited by hamizao at 21-4-2007 07:48 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Asal Usul Perkataan Assassin |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Mongolia nak serang asia terutama semenanjung nie kena pikir 10 kali. Sedangkan model mongolia berkecai kena bom, nie kan pulak tentera2 mongolia tu... habis berkecai semua kena bom C4 nanti.. hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 19-4-2007 12:27 PM
Pada tahun 1280 Masehi, Kubilai Khan mengutus dutanya ke Singasari. Tujuannya adalah memaksa kerajaan ini mengaku tunduk pada Kekaisaran Mongol. Permintaan ini ditampik oleh Kertanegara. Seta ...
Apa yang tidak diterangkan disini ialah pengkhianatan Wijaya terhadap tentera Mongol yang telah menolongnya. Walau bagaimanapun sudah menjadi adat kuasa2 politik masa itu....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 21-4-2007 11:28 PM
Asal Usul Perkataan Assassin
Ya...asalnya dari perkataan 'hashashashin'.....mereka yang mengguna dadah hashish. Mengikut ceritanya, pengikut yang telah dipilih akan di beri dadah ini. Bila dah hayal mereka akan diberi arahan untuk membunuh.....asasinasi politik.
[ Last edited by hamizao at 24-4-2007 12:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 rempo's post
Originally posted by rempo at 18-4-2007 09:50 PM
Pada pendapat saya zaman itu teknologi peperangannya tak selari dgnkemajuan tamadun dan ilmu pengetahuannya.Bayangkan Mongol yg dianggapbangsa yg tak bertamadun(org gasar/barbarian)yg tak punya tamadunapa2,yg terdiri drp puak2 nomad yg bergeladangan,masih mampumenumpaskan bangsa2 yg bertamadun dan jauh lebih maju.
Sepatutnya ada jurang teknologi senjata yg jelas.Contohnya tenteraIslam sudah gunakan ubat bedil utk meriam/senapang sedang Mongol cumapakai manjenik(catapult),pedang dan panah.Sebaliknya keadaan ini tidakberlaku;senjata yg digunakan Mongol lebihkurang sama dgn tenteraIslam.Jadi bagi saya keadaan ini agak 'pelik'.
Mungkin ada yg boleh menjelaskannya?:hmm:
Orang2 Monggol memang asalnya nomad & x tahu menahu teknologi. Mereka mula mempelajari teknologi baru hasil dari penaklukan mereka ke atas China. Seperti yang kita tahu China antara merupakan temadun yang terawal menggunakan "gunpowder", terutamanya untuk bunga api (rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Gun_powder)
Oleh itu, yg awak katakan yang tentera Islam dah ada teknologi meriam tu kurang tepat. Lagipun, meriam pertama kali digunakan oleh Khalifah Uthmaniyah, 100++ tahun selepas tu.
melalui apa yang saya baca berdasarkan beberapa sumber, Punca kejatuhan Baghdad ialah kerana tenteranya memandang rendah kekuatan tentera Mongol
(satu sumber - http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Baghdad_%281258%29)
[ Last edited by Jamaloogy at 23-4-2007 10:46 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|