CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: macademia

Breakfast anak sebelum ke sekolah

[Copy link]
 Author| Post time 6-8-2007 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by nuqman at 5-8-2007 09:46 PM


errkk... ada ke roti bom kaya...?? biasanya orti bom kan dgn mentega dan gula ajer.. di uli dan masak mcm roti canai tu la... ada roti bom lain ke..??


ada roti bom kaya.... tapi susah nak cari la... mac dapat tau pun bec coincidently the 1st shop yg kita org try out roti bom has roti bom kaya....

lepas makan kat kedai, my kids mesti nak tapau lagi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 09:15 AM | Show all posts
bila anak Has mula masuk tadika waktu umur 4 - 6 tahun dan kebetulan tadika nie pulak depan pejabat.... kami berdua akan bersarapan pagi di kafetaria pejabat..............ayahnya plak katanya dia nak sarapan kat opis dengan member opis...jadi saya dan anak selalunya memang sarapan dulu........anak Has kadang-kadang suka roti canai/mee koreng/meggie goreng/nasi lemak/roti boy/roti bakar...........selalunya mood anak Has bertukar-tukar.............semenjak masuk tahun 1 tahun ini pagi-pagi Has akan tanya apa yang dia suka (kalau tak tanya dia nanti.... dia plak tak mahu sarapan pagi plak......cerewet anak aku nie!!!!)nampak gayanya semenjak masuk tahun 1 nanti dia suka cococruch/roti jagung/roti bakar sapu dengan jem.......lepas tu air plak dia tak mahu air milo.............ingatkan pagi dia nak milo sebab dia suka milo rupa-rupanya pagi-pagi dia nak minum air suam jek.................
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 12:53 PM | Show all posts
Wah! Mostly bg yg ready made je ek? Mudah tul mak mak zaman ni. Termasukla aku!
Teringat zaman kecik2 dulu. Mcm2 mak masakkan utk sarapan. Kalau jenis kukus2/bakar mlm2 lagi dah sediakan.
Paling koman pun, mak akan buat jemput2 bawang. Ye lah! kat kampung, hidup pun biasa2 je. Masa tu 'org2 kaya' je mampu beli cereal.
Sekarang dah lain. Mcm2 pilihan ada. Anak2 plak suka kan.
My kids, awal2 bulan, makan cereal. Tengah2 bulan roti. Kadang2 dgn scramble egg atau butter. Akhir2 bulan  minum milo je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 12:59 PM | Show all posts
anak aku mmg minta breakfast pepagi tidak dia kata nnt dia pengsan kat sekolah ...so apa yg ada jelah roti bakar, biscuit , nasi goreng..kenkadang complaint lak asik asik roti bakar
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #42 hasmania's post

hmmm payah nye kan klu anak ni memilih....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 03:13 PM | Show all posts

Reply #15 macademia's post

susu kat oversea fresh. mmg sedap. last year my hubby and i g visit relative kat london dia yg tak suka susu boleh minum bergelas2. tapi balik je malaysia terus mual

wira mmg dari kecik dah diajar makan breakfast. selalunya simple je tapi mostly bread. either dgn telur goreng mata lembu, omlete, bake bean, tuna atau roti bakar.

pastuh kalau mlm sebelum ada lauk lebih mcm kari atau asam pedas bolehlah pagi tu buat lemping. tak pun goreng roti canai segera. atau roti paratha KAWAN.

kkdg goreng burger sayur dlm dia kubis , carrot campur dgn mayonis.

kalau ada masa lebih roti pocket bakar pastuh kerat separuh letak la salad pastuh letak tuna atau daging burger yg dicincang halus bercampur dgn bawang serta mayonis. kalau nak lagi pedas letaklah lada hitam

kkdg buat nasi goreng kalau mlm sebelum tu banyak nasi lebih, mee goreng, kkdg buat mee sup.

alamak terlebih-lebih  lak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2007 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by wiraduka at 8-8-2007 03:13 PM
susu kat oversea fresh. mmg sedap. last year my hubby and i g visit relative kat london dia yg tak suka susu boleh minum bergelas2. tapi balik je malaysia terus mual

wira mmg dari kecik ...



samalah dgn mac. kat sini minum susu, bolehla..... but not into it. Tapi kat overseas, macam air putih mac gogok...... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 11:14 AM | Show all posts

Reply #1 macademia's post

normally i tanya dia nak makan apa utk keesokkan hari. selalunya buatkan dia sandwish, freshtose kaa, roti salut jem or kaya atau just put cheese dlm tuh. kdg2 kasi bekal hotdog. tgklah keadaan mcm mana. sometimes buatkan dia nasi goreng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 01:09 PM | Show all posts
anak ica kuat makan roti n biskut.tapi, dia tak suka makan pagi2.ica tak risau sebab kat skolah, dia rehat kol 10.makan nasi lemak/roti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 10:28 AM | Show all posts
anak mama dah dapat susu segelas, dah tk nak bfast...kena paksa. tu pun dia makan ambik hati mama jer sesuap dua. bfast dia simple...cereals n milo ..kalu bread..sandwich telur ngan roti sapu susu lemak manis jer dia makan...kalau goreng nasi ke mee ker ..kadang2 buat penat jer sebab masing2 (dotter n hubby) makan skit jer, last2 mama yg bawak bekal for lunch. tp tkpelah..at least dia makan utk alas perut coz 9.45 selalunyer dia kata dia makan nasi lemak kat sekolah.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 11:11 AM | Show all posts
anak fossil wajib minum segelas susu...pastu dia makan ler sekeping toast..mak buat 2 keping, sekeping je dia makan..

selalunya mak yg perabihkan breakfast anak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:13 AM | Show all posts
Breakfast of champions

A GOOD start can give us a boost when we set out to do something. Take sports, for example. A runner needs to get off the blocks fast, a football team wants to get going from the kick-off, and a swimmer wants to set the pace in the first lap.

Your children also need a good start to their day as they have to concentrate in class throughout the morning. Their great start lies in your hands
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:42 AM | Show all posts


my doter cereal ngan milk...tak pun nestum.....tak pun roti je...

if tak sempat....benti tepi jalan beli karipap kentang....all time fav dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:44 AM | Show all posts
weekend....anak2 tak demand...tapi mak dia yg demand...roti canai tak pun nasi lemak...ikikikik
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 12:12 PM | Show all posts
Rancang menu jadikan sarapan menarik


KITA semua tahu bahawa sarapan adalah hidangan yang penting setiap hari kerana apa yang dinikmati itu adalah kali pertama makanan masuk ke dalam badan kita dan ia memberi tenaga untuk terus aktif, sekurang-kurangnya sehingga tibanya waktu makan tengah hari.

Sebab itulah ramai ibu bapa sentiasa mahu memastikan anak mereka mengambil sarapan yang berkhasiat. Bagaimanapun, kajian oleh pakar pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap 12,000 murid sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, mendapati bahawa lebih daripada 30 peratus pelajar tidak mengambil sarapan pagi. Antara alasan yang diberikan ialah kesuntukan masa, tiada selera, makanan tidak disediakan atau terlalu awal untuk makan.

Jadi, bagaimanakah kita boleh memastikan mereka mengambil sarapan pagi?

Penasihat Pemakanan Korporat Nestle Malaysia, Tracy Lew, dan Pakar Dietetik, Mary Easaw-John, berkongsi dengan kita bagaimana untuk memastikan si kecil mengambil sarapan pagi.

Saya tak lapar!

Ini adalah alasan biasa kita dengar mengapa anak tidak mahu bersarapan pagi. Mereka baru bangun pada awal pagi dan mengambil sedikit masa untuk berasa segar, maka mereka tidak mempunyai selera untuk makan. Kadang-kadang pula, mereka berasa terlalu mengantuk untuk memikirkan mengenai makanan.

Tracy berkata, perkara penting mengenai sarapan yang perlu diambil kira ialah bukannya kuantiti, tetapi kualiti.

揓ika anak anda tidak lapar, cuba sajikan mereka dengan sarapan ringan tanpa mengabaikan khasiat dan tenaga yang diperlukan oleh seseorang kanak-kanak. Kadang-kadang mereka memang tiada selera langsung untuk makan pada awal pagi. 揓adi, anda boleh cuba menyajikan secawan Milo dengan sepotong roti. Hidangan ringkas ini mudah dan berkhasiat. Ingatlah bahawa sarapan pagi adalah mengenai apa yang anak anda makan dan bukannya berapa banyak anak anda makan.

揚erhatikan label produk pilihan sarapan biasa seperti bijirin, minuman panas, susu, roti dan ban untuk mengetahui berapa banyak zat makanan dan tenaga yang dibekalkannya. Dengan cara ini, anda boleh merancang sarapan yang berkhasiat, tetapi ringan ketika anak anda benar-benar tidak begitu lapar pada waktu pagi," katanya.

Tetapi kita sudah lewat!

Waktu pagi biasanya adalah masa yang mana ibu bapa dan anak mengejar masa. Mereka perlu ke sekolah atau sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya. Dalam keadaan terburu-buru seperti ini, adalah biasa untuk mengorbankan sarapan pagi kerana kesuntukan masa.

Mary berkata, petua paling penting dalam menyediakan sarapan berkhasiat ialah perancangan perlu dilakukan lebih awal.

"Ibu bapa boleh menyediakan menu sarapan mingguan supaya anak boleh memilih sarapan mereka sebelum mereka masuk tidur pada malam sebelumnya. Dengan cara ini, kita tidak membazirkan masa pada waktu pagi cuba mengagak apa yang hendak dimakan. Ibu bapa juga boleh menyediakan ramuan dalam menu lebih awal.

"Sarapan biasanya diambil bersama keluarga dan perancangan sarapan juga boleh membabitkan semua anggota keluarga. Kumpulkan semua anggota keluarga anda pada malam Ahad untuk merancang sarapan untuk seminggu. Anak juga boleh membantu menyediakan meja setiap malam sebelum mereka masuk tidur.

"Ibu ibu juga mesti cuba duduk bersama bersarapan dengan anak mereka pada waktu pagi hari bekerja. Pada hujung minggu pula, keseluruhan anggota keluarga boleh bersarapan bersama.

"Merancang lebih awal bagi sarapan membabitkan lebih daripada hidangan itu sendiri. Anda boleh menggalakkan anak supaya menyediakan beg sekolah mereka dan menyediakan pakaian mereka pada malam sebelumnya. Dengan cara ini, mereka akan mempunyai lebih masa pada waktu pagi untuk bersarapan,
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 12:14 PM | Show all posts
A weekly breakfast menu can be something like this:


Monday

2 slices of bread
1 tablespoon peanut butter
a hot drink

Tuesday

1 plate of fried meehoon
a hot drink  

Wednesday

1 bowl of breakfast cereal
a hot drink
yoghurt

Thursday

1 red bean dumpling
a hot drink
1 slice of papaya

Friday

1 sardine sandwich (2 slices of bread)
1 banana
a hot drink

Saturday

1 piece of roti canai with dhal gravy
a hot drink

Sunday

1 plate of nasi lemak
a hot drink
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2007 03:29 PM | Show all posts
errr..nak tanya

cemana anak2 u all bawak lunch box?....ke masukkan bekas aje dlm beg sekolah...

bagus gak thread nie , bagi me ideas what to prepare next year
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 12:38 PM | Show all posts

Reply #1 macademia's post

Ikut mood jugak la. Biasanya bertukar2 setiap hari:
1. Sosej
2. Nuget
3. Roti
4. Cereal
5. Biskut
6. Kek

Tak pernah bagi makan heavy macam nasi ke. Sebab biasanya macam saya sendiri kalau heavy early in the morning tak berapa nak terima perut ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 01:56 PM | Show all posts
my baby slalu bfast wit either bread + peanut butter, bread + butter + kaya, quaker oat + milk
yg lain2 akn dipandang sepi
owh dan juga a banana
as for drinks plak it's either milo, milk or plain water je
so far alhamdulillah die makan every morning
lunch box slalu nye sama jugak - bread + peanut butter / bread + butter + kaya / biscuits in sachets tu je
bwk bekal unt alas perut die je, takut x kenyang
tp kindy die bagus la jugak bab makan ni, menu ok

ni la nasib anak yg mummy nye keje
bfast pon jns grab & go, x bleh nk bfast properly dok mkn elok2 @ dining area
kdg2 mkn smbil pakai baju pon ade
x dan nk prepare fud beriya sgt
especially kalu kelam kabut mummy ade cls @ 8.00am!


[ Last edited by  mummydhani at 8-2-2008 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 06:16 PM | Show all posts
For my daughter breakfast pagi is wajib - tak boleh tidak.. I believe in the "breakfast is the most important meal of the day" walaupun hubby tak suka makan breakfast pagi-pagi..

Meisha nye breakfast alternate between - toast with butter and sugar, cereal (normally coco crunch or nesquick) or waffle with butter.. Pas tu kat sekolah dia nye breakfast club.. dia akan minum one carton of chocolate milk.

Untuk lunch box dia.. simple je.. mesti ada 1) sandwich with various fillings, ikut mood dia - tuna and sweetcorn, butter and sugar or jam 2) yogurt drink 3) mini biscuits, crisps or fruits cam strawberry.. So far dia okay je.. sebab dia memang tak minat nasi  or anything heavy..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.103395 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list