CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Sembelihan Ahli Kitab

[Copy link]
 Author| Post time 15-8-2007 06:34 PM | Show all posts

The Ruling

Based on the above Juridical references, Qadhi Thanaullah (RA) a renowned Jurist of his time states the following:
慣he correct and accepted view according to us is the first one that the slaughter of the Ahlul Kitaab with intentional omission of Tasmiyah (taking the name of Allah) or slaughter on some other name (besides that of Allah) is not consumable, if this fact is ascertained with certainity or this is the condition prevailing among them. By this, the prohibition (of the Sahaaba) from consuming the slaughter of the Christian Arabs can be easily understood. Likewise, the ruling of Ali (Radhiallaahu Anhu) (regarding the Banu Taghlib)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2007 06:34 PM | Show all posts
This import is borne out by other narrations of this same Hadith as follows:
慣he narration of Ibn Uyayna (RA) (one of the Huffaaz of Hadith) has the addition, 慳ccept their oaths and eat
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:07 PM | Show all posts

Reply #33 niceghost2005's post

baca tu fatwa drp IslamOnline yg mardhiah12 dh C&P, posting #36... x pun cari jer fatwa Sheikh Muhammad Shalih al-Munajjid, Bin Bazz, Sheikh Ahmad Kutty & a few other names that i've mentioned earlier

ada bbrp pendapat.. klu dh baca artikel Hafiz Firdaus (from the given link), persoalan ni patutnya x timbul lg

ada satu kaedah dlm Islam.. apa yg ghaib jgn ditanyakan, sbb Islam tu agama yg mudah.. dh jelas dlm AQ kata sembelihan ahli kitab halal so halal ler.. yg menyibuk nk selidik sampai ke akar umbi tu Nabi pun x ajar... tu namanya menyusah2 kan benda yg mudah... cthnya; jiran sblh rumah hang (Muslim) dh ajak makan kt rumah dia, hang dok sibuk tanya "beli mknn ni hasil haram @ halal?" ada mcm tu ker adab Nabi ajar?

unless klu dh nmpk JELAS depan mata haiwan tu mmg kena katok kat kpla jek, mmg sah2 x leh makan.. cari bab ni dlm tulisan al-Qaradhawi (al-Halal wa al-Haram fil Islam)

also, there's another opinion yg mana x kira mcm mana cara sembelihan tu pun.. selagi mana ia halal di sisi ahli kitab, maka halal la utk Muslims... sbb ayat yg turun ttg halalnya sembelihan ahli kitab adalah antara ayat AQ yg terakhir.. sblm tu dh byk dijelaskan dlm AQ ttg sifat2 ahli kitab & penyelewengan mereka.. & dh pun dijelaskan juga syarat2 sembelihan utk yg Muslims.. semua dh maklum cara sembelihan mereka mmg berbeza drp Muslims zmn tu... so are you saying Allah & His Apostle (pbuh) didn't know this sewaktu ayat tu diturunkan?

pilih la nk pakai kaedah mana antara kedua2 nya

[ Last edited by  naj13 at 15-8-2007 12:12 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:53 PM | Show all posts
kdg2 klu deal dgn gol. tertentu ni kpla leh jd pening, sbb suka memberat2 kan suatu hukum yg mudah... sdgkan jelas Islam adalah agama yg mudah & ringkas, sesuai utk semua org, setiap tempat & setiap zmn... (refer al-Baqarah: 185, an-Nisa': 28, al-Maidah: 6)

selalu jer keluar drp lisan mereka yg katanya memperjuangkan Islam, "Islam agama yg mudah & sesuai utk semua zmn".. tp drp segi praktikalnya, hampeh.. jauh panggang drp api.. lg byk syarat2 yg diletakkan, kononnya jd lbh hebat hukum/ ibadah tu.. sdgkan tujuan hukum/ ibadah dlm Islam adalah utk membolehkan manusia beramal dgnnya, bkn utk menjauhkan manusia drp agama.. sbb tu ada lg yg pegang pd pendapat perempuan haram gunting rambut, wudhu' dgn air paip x sah, klu nk solat kena keluarkan wallet drp pakaian yg dibawa bersolat sbb duit dlm wallet tu najis etc (jgn gelak, i've met this kind of people)... bila my non-Muslim friends tanya naper Islam ni susah sgt based on what they've seen, jenuh nk menjawab & explain pd mereka

jwpn pd artikel perbincangan yg mnm77 C&P tu senang saja.. ahli kitab pd zmn SBLM Nabi SAW pun dh mmg menyeleweng.. sbb tu la dilantik Muhammad bin Abdullah sbg utusan, utk membetulkan semula aqidah manusia & membawa syariat yg baru... even dlm AQ pun dh jelaskan sifat2 ahli kitab (refer posting ibnur).. bahkan ayat2 berkaitan penyelewengan ahli kitab tu semua turun SBLM turunnya ayat yg menghalalkan sembelihan ahli kitab (cuba fikir, apa tujuan Allah buat begitu?)

WA
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:59 PM | Show all posts
utk analisa penuh please read here: http://www.al-firdaus.com/musafir/bhg47.htm

Pendapat Ketiga menyatakan bahawa hukum kebolehan memakan sembelihan kaum Ahli Kitab tidak lagi berhubung-laku di masa kini kerana kedua-dua kaum tersebut, Yahudi dan Nasrani telah banyak melakukan perubahan serta ubah-suai akan kitab mereka itu sehingga ianya tidak lagi tulen sepertimana yang wujud di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Selain itu sebahagian besar orang-orang Yahudi dan Nasrani juga kini telah tidak lagi mentaati ajaran kitab mereka samada yang tulen mahupun yang diubahsuai tetapi banyak pula mengikuti hukum-hukum baru yang direkacipta mereka selari dengan peredaran zaman. Dengan hujah-hujah di atas, golongan ini berpendapat bahawa sembelihan kaum Ahli Kitab tidak lagi halal bagi umat Islam masa kini dan bagi yang akan datang.


Pendapat di atas sekali imbas sememangnya menampakkan banyak kebenaran dan tiada lubang kelonggaran. Tetapi sebelum diterima pendapat ini sebulat-bulat ia perlu dianalisa serta dikaji terlebih dahulu secara ilmiah yang mendalam, sesuai dengan prinsip-prinsip usul tafsir al-Qur'anul Karim.


Al-Qur'an adalah sebuah kitab yang diturunkan ayatnya berperingkat-peringkat, setiap penurunan ayat ditentukan kadar dan masanya oleh Allah Subhanahu waTa'ala sesuai dengan tahap pencernaan ilmu oleh masyarakat ketika itu dan kondisi sosial mereka yang dinamis dari satu masa ke masa yang lain. Setiap ayat turun membawa keterangan serta ilmu pengetahuan yang baru, melengkapkan lagi apa yang sudah diturunkan, mengganti dengan yang lebih baik dari apa yang sudah sememangnya baik serta mengkhususkan lagi apa yang sebelum ini adalah umum.[9] Keterangan di atas mudah difahami dari dua firman Allah Azza waJalla berikut ini: Dan al-Qur'an itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur;dan dalam ayat seterusnya: Apa sahaja ayat keterangan yang kami pinda atau yang kami tinggalkan atau yang kami tangguhkan, Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu ? [Maksud surah al-Isra' 17 - 106 dan surah al-Baqarah 02 - ayat 106.[10]]


Ayat yang menghalalkan sembelihan kaum Ahli Kitab bagi umat Islam, iaitu dalam surah al-Maidah 05, ayat ke 5 adalah antara ayat yang terakhir diturunkan sebelum lengkapnya al-Qur'an ini dan sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Ayat ini dijangkakan turun kira-kira 81 hari atau lebih sedikit sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan ia adalah serangkap dengan ayat yang menerangkan tentang kesempurnaan Islam, iaitu firman Allah Ta'ala: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu. [Maksud surah al-Maidah 05 - 03].[11] Di samping itu surah al-Maidah adalah juga surah terakhir yang diturunkan antara kesemua 114 surah-surah yang terkandung di dalam al-Qur'an.[12]


Hakikat turunnya ayat yang menghalalkan sembelihan Ahli Kitab sebagai salah satu dari ayat-ayat terakhir dalam al-Qur'anul Karim memberikan titik pengkajian yang amat besar lagi berat dalam analisa hukum berkaitan. Ini adalah kerana ayat ini turun setelah turunnya beberapa ayat-ayat yang sedia mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang telah mengubah-suai, menukar serta mencampur-aduk ajaran agama mereka.


Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang mengubah-ubah ayat-ayat dalam kitab mereka. Al-Qur'an menyatakan: 厖padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah). [Maksud surah al-Baqarah 02 - 75].


Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang mencampur-adukkan ajaran mereka serta menyembunyikan kebenaran ayat-ayat kitab mereka. Al-Qur'an menyatakan: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. [Maksud surah al-Baqarah 02 - 42]


Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab tersebut yang memilih-milih ajaran agama mereka, sebahagian diambil dan sebahagian ditinggalkan. Al-Qur'an menyatakan: Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ? [Maksud surah al-Baqarah 02 - 85]


Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang menjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai Tuhan mereka dan pendita-pendita sebagai yang berhak untuk menukar ajaran kitab mereka. Al-Qur'an menyatakan: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. [Maksud surah at-Taubah 09 - 31]


Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang menjadikan Nabi Isa alaihi-sallam sebagai anak Allah. Al-Qur'an menyatakan: Mereka (kaum Ahli Kitab) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu).[Maksud surah Yunus 10 - 68]


Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang mewujudkan konsep Tuhan Bertiga atau Trinity. Al-Qur'an menyatakan: Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih 'Isa ibni Maryam itu hanya seorang Pesuruh Allah,dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [Maksud surah an-Nisaa' 04 - 171]


Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, al-Qur'an sejak awal telahpun mengkhabarkan perbuatan kaum Ahli Kitab yang adakalanya mempersoalkan kesahihan agama mereka sendiri. Al-Qur'an menyatakan: Wahai Ahli Kitab, Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim, patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal ? [Maksud surah Ali Imran 03 - 65]


Himpunan keterangan-keterangan di atas tidak lain menunjukkan bahawa apabila hukum kebolehan memakan hasil sembelihan kaum Ahli Kitab diturunkan, al-Qur'an telahpun dari awal menerang akan perbuatan mereka, kaum Yahudi dan Nasrani itu yang menyeleweng dan menyimpang dari ajaran mereka yang asal. Malah lebih buruk lagi mereka sejak dari awal lagi telahpun melakukan tuduhan syirik yang amat besar terhadap Allah Subhanahu waTa'ala dengan menuduhNya mempunyai anak dan sebagainya. Tetapi perbuatan-perbuatan sebegini oleh kaum Ahli Kitab tersebut tidaklah menjadi penghalang bagi Allah Subhanahu waTa'ala untuk tetap menurunkan hukum menghalalkan sembelihan mereka kepada umat Islam seluruhnya.


Nah ! Jikalau sejak dari dini lagi al-Qur'an telah menghalalkan sembelihan Ahli Kitab  untuk umat Islam seluruhnya sekalipun dalam suasana ketika itu kaum-kaum Ahli Kitab telahpun melakukan berbagai-bagai kesalahan, apakah pula bezanya dengan umat-umat Ahli Kitab masa kini ? Sudah tentu tidak ada bezanya. Mereka tetap juga sama sebagaimana generasi mereka yang lalu. Maka dengan itu juga tidak ada sebarang perbezaan bagi keberlakuan hukum-hukum al-Qur'an terhadap mereka, samada masa kini atau masa yang akan datang.


Justeru itu pendapat ketiga ini yang mengatakan bahawa keberlakuan hukum-hukum Islam terhadap kaum Ahli Kitab tidak lagi sah masa kini atas alasan mereka telahpun menyeleweng dari ajaran yang asal tidak dapat diterima. Pendapat ini tidak mempunyai alasan mahupun dalil sokongan yang kukuh melainkan ianya adalah satu sikap yang terlalu berhati-hati sehingga berlawanan pula dengan ketentuan ilmiah agama Islam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 08:01 PM | Show all posts
Kesimpulan dari analisa serta perbandingan antara tiga pendapat yang berkitar pada persoalan: Adakah Hukum-hukum Ahli Kitab berhubung-laku sehingga masa kinimenampakkan bahawa hujah pendapat yang pertama adalah yang paling tepat kepada kebenaran dalil-dalil serta ruh tuntutan agama. Iaitu bahawa kebolehan hukum-hukum adalah mutlak bagi semua kaum Ahli Kitab, dahulu, sekarang atau yang akan datang, samada mereka berpegang kepada kitab atau ajaran yang asal mahupun kepada yang telah diubah suai.

--------------------------

[9] Kajian lebih jauh lihat Sejarah dan Dasar Pengajian al-Qur'an, ms 48-65 oleh Shaikh M. Ali as-Shabuni.

[10] Ayat al-Baqarah 106 di atas diterjemahkan selari dengan pengkajian ilmu Nasikh dan Mansukh yang dikemukakan oleh kebanyakkan ahli ilmu mutakhir, antaranya oleh Shaikh Muhammad Abduh dan Rashid Risda dalam Tafsir al-Manar , serta oleh Dr. M. Quraish Shihab dalam Membumikan al-Qur'an, ms 143-150.

[11] Ayat 'kesempurnaan agama Islam' diturunkan pada 81 hari sebelum wafatnya Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menurut kiraan ahli sejarah dan ulama' tafsir, lihat Sejarah dan Dasar Pengajian al-Qur'an, ms 15  oleh Shaikh M. Ali as-Shabuni. Dikatakan bahawa ayat ke 5 dari surah al-Maidah ini turun pada 81 hari sebelum kewafatan Nabi atau mungkin awal sedikit kerana ia adalah serangkap termasuk dalam golongan ayat ke 3 dalam surah yang sama, sepertimana yang dikategorikan oleh al-Hajj Ta'lim Ali (T.B. Irving) dalam muqaddimah kitab tafsir beliau terhadap surah al-Maidah, dalam The Qur'an: Translation and Commentary , pg 53.

[12] Lihat penerangan Imam Ibnu Kathir - Mukhtasar Tafsir al-Qur'anul Adzim Ibnu Kathir, 3/1.

[ Last edited by  naj13 at 15-8-2007 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2007 10:20 PM | Show all posts

Reply #43 naj13's post

unless klu dh nmpk JELAS depan mata haiwan tu mmg kena katok kat kpla jek, mmg sah2 x leh makan.. cari bab ni dlm tulisan al-Qaradhawi (al-Halal wa al-Haram fil Islam)


saya tak pasti kat europe macamana.
tapi kalau USA, dia orang mat saleh bagitau dia orang katok jer lembu-lembu tu.  macamana dia katok tak tau ler, mungkin inject bagi mati ker.  

teman cuma dengor mat saleh yang kabornya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 11:52 PM | Show all posts

Reply #47 ibnur's post

mana der katok2 gitu.. klu di US ada Humane Slaughter Act utk jamin animal rights

salah satu pkra yg dilakukan, stunning @ beri anesthesia pd haiwan yg nak disembelih.. to lessen the pain of death... tp haiwan tu tetap mati akibat sembelihan

kaedah yg sama digunakan di negara2 eropah, mungkin nama akta saja yg berbeza

klu katok2 gitu jer x der la sampai timbul isu sembelihan cara Islam & Yahudi are banned in some european countries (sbb pd depa cara islam & Yahudi ni kejam.. biarkan haiwan tu terseksa, menggelupur sampai mati tanpa guna sbrg pelali)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2007 03:26 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 15-8-2007 07:07 PM
.. sblm tu dh byk dijelaskan dlm AQ ttg sifat2 ahli kitab &penyelewengan mereka.. & dh pun dijelaskan juga syarat2 sembelihanutk yg Muslims.. semua dh maklum cara sembelihan mereka mmg berbeza drpMuslims zmn tu... so are you saying Allah & His Apostle (pbuh)didn't know this sewaktu ayat tu diturunkan?


memang pun dah diketahui penyelewengan ahli kitab walaupun di zaman Nabi. Rajin2 selak page2 yang lepas... dah dibincangkan....

persoalan yang timbul bukan sebab penyelewengan mereka jadi tak halal sembelilan mereka, persoalan yang saya cuba ketengahkan adakah sembelihan ahli kitab tanpa 'tasmiyyah' halal dan bagaimana sembelihan yang boleh dikira halal?

Fatwa internet yang awak copy paste tu dipegang oleh sesetengah Ulama sedangkan ada Ulama lain tidak setuju maka tidak boleh buat kesimpulan menyeluruh... cuma kalau awak pegang fatwa tu, itu pilihan awak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 03:34 AM | Show all posts
Originally posted by naj13 at 15-8-2007 07:53 PM
selalu jer keluar drp lisan mereka yg katanya memperjuangkan Islam,"Islam agama yg mudah & sesuai utk semua zmn".. tp drp segipraktikalnya, hampeh.. jauh panggang drp api.. lg byk syarat2 ygdiletakkan, kononnya jd lbh hebat hukum/ ibadah tu.. sdgkan tujuanhukum/ ibadah dlm Islam adalah utk membolehkan manusia beramal dgnnya,bkn utk menjauhkan manusia drp agama.. sbb tu ada lg yg pegang pdpendapat perempuan haram gunting rambut, wudhu' dgn air paip x sah, klunk solat kena keluarkan wallet drp pakaian yg dibawa bersolat sbb duitdlm wallet tu najis etc (jgn gelak, i've met this kind of people)...bila my non-Muslim friends tanya naper Islam ni susah sgt based on whatthey've seen, jenuh nk menjawab & explain pd mereka


Ini bukan soal membebankan atau menjauhkan orang dari agama. Ini soal halal/haram yang perlu diambil berat. Bila ada khilaf, kita bincang baik2 tengok semua pendapat, bukannya hentam pendapat yang tak sesuai dengan kemahuan kita, dengan alasan Islam itu mudah. Jangan pula ambil mudah sebab Islam itu mudah... nanti amal agama ikut nafsu...

jwpn pd artikel perbincangan yg mnm77 C& tu senang saja.. ahlikitab pd zmn SBLM Nabi SAW pun dh mmg menyeleweng.. sbb tu la dilantikMuhammad bin Abdullah sbg utusan, utk membetulkan semula aqidah manusia& membawa syariat yg baru... even dlm AQ pun dh jelaskan sifat2ahli kitab (refer posting ibnur).. bahkan ayat2 berkaitan penyelewenganahli kitab tu semua turun SBLM turunnya ayat yg menghalalkan sembelihanahli kitab (cuba fikir, apa tujuan Allah buat begitu?)


dah dibincangkan....penyelewengan ahli kitab memang telah diketahui sejak dulu dan dalam penyelewengan mereka sembelihan mereka itu masih halal untuk kita makan sembelihan mereka dengan syarat2 tertentu dan syarat2 inilah yang menjadi khilaf Ulama...

apapun terima kasih kerana memberi sumbangan ilmiah di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:45 AM | Show all posts
rasa betul kata mnm77.

yang jadi isu sini ialah, adakah cara penyembelihan org keristian tu sah mengikut yang dikehendaki syariat?

naj...  
saya sebut katok tu kira bahasa pasar kot, sebab kira selain dari sembelih tu kira namanya katok ikut istilah bebudak U masa lalu....    :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 16-8-2007 03:34 AM


Ini bukan soal membebankan atau menjauhkan orang dari agama. Ini soal halal/haram yang perlu diambil berat. Bila ada khilaf, kita bincang baik2 tengok semua pendapat, bukannya hentam pendapat yang tak sesuai dengan kemahuan kita, dengan alasan Islam itu mudah. Jangan pula ambil mudah sebab Islam itu mudah... nanti amal agama ikut nafsu...
...


Benar............mnm77

Ramai oghang Islam yg ingin membuktikan kpd oghang bukan Islam akan 'MUDAH' dan 'SESUAI' nya Agama ini dgn peredaran jaman sehingga mereka sanggup mengorbankan PRINSIP HALAL/HARAM.

Alangkah sedey nya.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 01:51 PM | Show all posts

Reply #51 ibnur's post

kalau fahaman ako lah..Katok tuh boleh di ibaratkan ..amik kayu atau tukul kasi katok..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 02:15 PM | Show all posts
Originally posted by stargate at 16-8-2007 01:51 PM
kalau fahaman ako lah..Katok tuh boleh di ibaratkan ..amik kayu atau tukul kasi katok..



hehehe ...  asalnya memang fahaman gitu...  tapi rupa-rupanya lain.
tak silap macam naj13 cakap iaitu stunning.  stunning rasanya emamng dah dibuat masa dulu.  kemudian lembu pengsan.  masaalahnya kaedah selepas stunning tu macamana?  sebab orang keristian zaman sekarang ni mana kira sembelih ikut syariat atau main potong leher jer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:27 PM | Show all posts

Reply #54 ibnur's post

kalo lembu tu di pengsankan dahulu kemudian disembelih... cmne tuh..?

pernah dgr geng2 pemelihara haiwan neh mengatakan sembelihan org2 Islam zalim, so ada yg mcadangkan dibuat cm di atas....

In lupa lak apa jwb ostad kt dlm seminar tuh... sbb masa tu umo In 13th.. fhm x fhm jerk...huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 05:11 PM | Show all posts

Reply #54 ibnur's post

tak pernah tengok bagaimana org kristian or yahudi sembelih lembu, tp kalau hindu sembelih dia pancung saja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2007 08:08 PM | Show all posts
stunning ni lembu tu dipengsankan sekejap, tapi kena sembelih cepat2, dan kena pastikan lepas disembelih tu lembu bergerak2 sekejap sebelom mati. Ayam pun sekarang ni (macama dipusat penyembelihan KFC) ada yg buat stunning gak. Sumber ni saya perolehi dari kawan yg bekerja bhg penguatkuasa JAIS. Katanya baca bismillah ketika menyembelih tu sunat je, yg wajib niat dlm hati menyembelih kerana Allah. So, persoalannya adakah orang2 ahli kitab sekarang menyembelih dgn niat kerana Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 08:12 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Di tempat tiada produk daging halal, terutamanya di negara asing, umat Islam digalakkan menukar diet protein mereka dari daging ke ikan. Kalau tak dpt juga, sebaiknya menggunakan produk daging sembelihan Yahudi Ortodoks, yg mana haiwan itu disembelih menggunakan kaedah keagamaan Yahudi & sesuai utk Yahudi konservatif (kuat agama, alim) yang memerlukan makanan yg 'halal' / KOSHER menurut agama mereka.

Ramai Muslim di negara Barat byk bergantung pd produk daging berlabel KOSHER krn org Yahudi Ortodoks / Konservatif dianggap sbg Ahlul-Kitab berbanding sembelihan golongan Kristian liberal Barat.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 07:31 PM | Show all posts

Reply #54 ibnur's post

me pun ingatkan katok tu main ketuk2 kepala cm tu jek

kita sendiri mmg maklum cara penyembelihan ahli kitab (esp. Christians) mmg x sama dgn syariat penyembelihan Muslims... mana ader Christians & Jews yg sebut nama Allah sblm sembelih, even zmn Nabi dulu pun kan?

jd menurut pendapat bbrp ulama' (salah seorangnya Dr. al-Qaradhawi), apa2 kaedah penyembelihan yg halal utk ahli kitab, maka halal juga (dimakan) utk org2 Islam

setakat yg me tahu, lps stunning mereka slaughter kat leher nun, bkn terus pancung kpla gitu... sama mcm cara kita gak.. cuma lps kena sembelih haiwan tersebut x la tersiksa sgt sbb dek stunning... zalim sgt la terus potong kpla haiwan yg masih hidup & separa sedar

klu nmpk depa potong kpla sampai putus, me pun x lalu nk makan daging tu

[ Last edited by  naj13 at 19-8-2007 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 10:15 PM | Show all posts
mana ader Christians & Jews yg sebut nama Allah sblm sembelih, even zmn Nabi dulu pun kan?


Assalamualaikum

Puak Nasrani la nih mana kira soal sebut nama Tuhan dahh, depa dah liberal sekular, main sembelih jer. Tu yg susah nak include diorg sbg Ahlul-Kitab ... melainkan puak Kristian Ortodoks Koptik (yg ramai kat Arab nun).

Tp geng Yahudi Ortodoks lak ada adab tersendiri dlm menyembelih binatang, so that's why takde masalah org Muslim nak makan sembelihan diorg, especially pak Arab yg bermastautin kat negara Barat, dok jamu selera ngan daging 'Kosher' (halal utk Yahudi) sbb susah sgt cari daging halal kat sana.

Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.259921 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list