"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita
ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh
di
musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh
mata
memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di
mata
suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak
halau
mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat
dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma
mereka
ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih
(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka".
Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi
berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys
only*. ;-j
---
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni
syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang
wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..". (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa
minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua!
Biar
kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.