|
apakah pandangan islam terhadap isteri yg.....
[Copy link]
|
|
salam aiza,
saya dah 8 tahun kawin baru dapat anak .... macam2 saya dah ikhitar ..hampir 2 tahun turun naik hospital buat check up ...dari A sampai Z.. ujian makmal jangan citerla semua keputusan elok2 aje tak masalah..kalu ujian manusia aper tah lagik ..cuma antara tabah ngan tidak aje.. mulut manusia memang rupa gitu kalu dapat yg paham kira ok le tapi dapat jenis sedap mulut rasanya kalu ader majik nak aje dibisukan .. ... awak cuba ingat kita ni insan terpilih dan teristimewa sebab tu setiap kesabaran akan dibalas ngan kenikmatan ...contohnya macam saya ..bertahun2 menunggu akhirnya saya nekad ambik keputusan utk serahkan segala pada Allah yg penting kita turut berusaha ..kalu rezeki tu jauh maka kita kena SABAR & TABAH... |
|
|
|
|
|
|
|
err..hmm..i pun dah setahun kahwin tapi takde rezeki,nak sgt timang anak..adeh la...sgt sedih tak dpt ape2 lg..mmg berdoa nak anak sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kita yg ada kat porem nie doakan tuan punya thread nie cpt cpt di kurniakan anak, maybe allah belum nak beri rezeki anak, tp yg penting kena sentiasa usaha lah kan..usaha,usaha and doa..insya allah kalau rezeki anak allah nak bagi tahun nie ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 ibnur's post
"kawen" dah..nikah jer belum kott |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 eddysha9's post
erm.. kwan saya.. dh lebih 10 thn kot.. xtill xder baby.. dh mcm2 wat... xder rezeki gak.. tp ni silap si isteri gak...
and ader kwn yg dh khwin 5 thn... baby pun xder.. dh puas gak..... berubat....
ader kwn... yg 1 tahun khwin.. 2 kali kot gugur....
ader yg 1 thn khwin.. dh ader rezeki...
ni depend.. pd takdirnya... yg penting anggap tu semua ujian... mungkin ader hikmat yg kiter x nmpakk... |
|
|
|
|
|
|
|
Semua perkara dalam dunia ni tanpa pengecualian , adalah ketentuan Allah
Tiada yang terkecuali |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AniSani at 19-1-2008 02:58 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Semua perkara dalam dunia ni tanpa pengecualian , adalah ketentuan Allah
Tiada yang terkecuali
betul2 tu betul dah....
tp kita bertanggungjawap ke atas perbuatan masing2 bukan Allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 ussopp's post
Fahamkan betul-betul maksud tiada pengecualian atau tiada yang berkecuali |
|
|
|
|
|
|
|
fahamkan betul2 dgn fahaman yg betul....![](static/image/smiley/default/smile.gif)
[ Last edited by ussopp at 19-1-2008 03:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 ussopp's post
Ditto!!!!!
Macam nilah kau cakap apa kau percaya kan , aku pulak cakap apa yang aku percaya
Malangnya disisi Allah kedua-dua pendapat kita ni langsung tak dipakai , Allah tetap melaknasakan apa yang telah dirancangnya tanpa mengambil kira apa yang kita percaya atau tidak percaya![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AniSani at 19-1-2008 03:24 PM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ditto!!!!!
Macam nilah kau cakap apa kau percaya kan , aku pulak cakap apa yang aku percaya
Malangnya disisi Allah kedua-dua pendapat kita ni langsung tak dipakai , Allah tetap melaknasakan ...
hehe....tentulah sy tak percaya langsung...
adakah manusia fikir mereka diciptakan sia-sia.....
[ Last edited by ussopp at 19-1-2008 03:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
*
*
*
Anggap lah semua tu ujian dr Allah, utk melihat sejauh mana kesabaran hamba Nya.
Pasti di sebalik semua kejadian yg berlaku ada hikmah dari Nya. dan hadiah utk org yg bersabar ialah kebahagiaan yg akan dtg. tunggu lah pasti ada perkara baik yg hendak Dia berikan nanti..bersabar lah.
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini aiza poskan tentang ayat yg aiza citerkan tu, sbb aiza baru terjumpa balik. tolongla sesapa yg lebih arif, terangkan dgn jelas supaya tiada keliruan lg di hati aiza dan kawan2 yg pernah terjumpa dengan kata-kata ni.
LAranglah pengantin itu dari makan & minum
4 jenis makanan ini..
susu, cuka, ketumbar, & epal masam
saidina ALI bertanya..Kenapa..?
baginda menjawab..
"kerana rahim perempuan itu kering & sejuk
dengan ini sebab dari 4 perkara (mknn) ini..untuk menghalang
dari dapat anak..Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah
lebih baik daripada perempuan tidak dapat anak"
saidina ALi bertanya lagi..
::Kenapa cuka dilarang ( semasa haid & seminggu pertama perkahwinan)
baginda menjawab:
"apabila minum cuka semasa haid.. sesungguhnya haidnya
itu tidak bersih selama-lamanya" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aizaganu at 1-2-2008 11:43 AM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
kat sini aiza poskan tentang ayat yg aiza citerkan tu, sbb aiza baru terjumpa balik. tolongla sesapa yg lebih arif, terangkan dgn jelas supaya tiada keliruan lg di hati aiza dan kawan2 yg pernah ...
HADIS PALSU
1. Kedudukan artikel ini berbau syiah. Ketahuilah hadith ini adalahhadith palsu. Yg menceritakan kelebihan2/peringatan yg melampau2. ygpaling nyata:
"Wahai Ali! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat"
sungguh melucukan. Pasti umat islam akan ditertawakan apabila dibacakpd orang kafir. Kerana cacat atau tidak bayi yg dilahirkan bukankerana bila bersetubuh ttp lebih kpd factor genetic, permakanan, danbukti2 perubatan yg lain.
Dlm ilm hadith, ilm ini dikenali sbg Naqd Al-Mutun (نقد المتون)atau mengkritik teks iaitu dgn melihat sejauh manakah kebenaran ygboleh dipercayai daripada sesuatu teks. Ini dgn cara membandingkan tekstersebut dgn alquran atau as-sunnah atau sejarah yg boleh dipegangatau aqal yg waras atau apa yg kita saksi di alam kenyataan. Imam IbnJawzi menyebut:
إذا رأيت الحديث يباين المعقول أو يخالف المنقول أو يناقض الأصول فاعلم أنه موضوع
揂pabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik,menyalahi manqul (Al-quran) dan bertentangan dgn usul-usul islam, makaketahui ia hadith yg palsu.
|
|
|
|
|
|
|
|
HADIS PALSU DIPERCAYAI REKAAN PUAK SYIAH:
WASIAT RASULULLAH S.A.W.
ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakankepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haithamdari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata: "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.adi mana baginda telah bersabda :
1. "Wahai Ali, bilapengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnyaketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnyaapabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jeniskefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 )rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasakeberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu danpengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selamamana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripadamemakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinaniaitu :
1.. Susu 2. Cuka 3.Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah,mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?" Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuanitu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untukmenghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebihbaik daripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah,mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertamaperkahwinan)."
Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cukasemasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secarasempurna.
Mengenai Coriander(ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanyakelahiran.
Tentang Apple masam, iamemotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu sajadengan sebabnya."
2. "Wahai Ali..!janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, padapertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Makasesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dananaknya."
3. "Wahai Ali..!janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, makaia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermatajuling."
4. "Wahai Ali..!janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t.mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itutidak selamat daripada bisu."
5. "Wahai Ali..!janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktuberjima', (jika tidak) sungguhnya mewarisi buta - iaitu anak."
6. "Wahai Ali..!janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain,maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamuberdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."
7. "Wahai Ali..! jikakamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnyaaku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakarkamu berdua."
8. "Wahai Ali..!janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan padaisterimu satu tuala."
9. "Wahai Ali..!janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuhsyahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagisatu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudianmembawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."
10. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yangdemikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadakamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldaiyang suka kencing di merata-rata tempat."
11. "Wahai Ali..!janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), makasesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak ituseorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."
|
|
|
|
|
|
|
|
12. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, makasesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorangyang berjari enam atau empat."
13. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secaralangsung - direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakantutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepadakamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalammeminta-minta dan faqir sehingga mati."
14. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, makasesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak ituakan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yangbengis,"
15. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jikaberjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak padakamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berduaberwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamuberdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhiltangan."
17. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, makasesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berduaanak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka danrambutnya."
18. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal duahari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadakamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlumeminta-minta."
19. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudaraperempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadipenolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuatkebinasaan kepada manusia."
20. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yangdemikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anakitu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."
21. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafirkerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepadakamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," danRasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu -ikhwan Nas - Syayathin."
22. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalamtempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti ia menjadi seorangpembantu kepada setiap orang yang zalim."
23. "Wahai Ali..!janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jikadikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap,dan menghendaki dunia daripada akhirat."
ANJURAN BERJIMA'
24. "Wahai Ali..! jikakamu berjima' dengan isterimu bacalah :"Allahumma Jannibnis SyaitanWajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitanterhadapnya selama-lamanya."
25. "Wahai Ali..!hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakankepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepadakitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik danburuk Qada' dan Qadar Allah)."
26. "Wahai Ali..! jikakamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepadakamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anlailahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidakazabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbauharum yang akan
melembutkan hati orang,bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."
27. "Wahai Ali..! jikakamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakankepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalanganorang-orang yang alim."
28. "Wahai Ali..! jikakamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari ditengah langit, Allah s.w.t.mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitansehingga ia beruban (tua) dan menjadi
seorang yang faqih sertaAllah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."
29. "Wahai Ali..! jikakamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berduaadalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."
30. "Wahai Ali..! jikakamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akankurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim."
31. "Wahai Ali..! jikakamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, makasesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal(terkemuka),"
"WAHAI ALI PELIHARALAHWASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH
MEMELIHARANYA DARI JIBRILA.S."..... 1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq,
Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms174.
|
|
|
|
|
|
|
|
takder hadith mcm tu......... |
|
|
|
|
|
|
|
seleps aiza baca semua ni, aiza terpikir berapa ramai org islam yg tlh membaca hadit2 spt ini. pengetahuan aiza masih cetek jika keterangan yg ditulis oleh kupia. acih kupia. selepas ni aiza kene lebih berhati2 dgn apa yg aiza baca. mungkin aiza akan poskan disini utk mendptkan pandangan dr org yg lebih arif. aiza ni berat mulut ckit tp kat sini aiza rasa berani sbb kita semua boleh tanya secara terbuka.
acih semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 aizaganu's post
Aiza happy kan ngan hubby? Sebelum Aiza mula berputus asa...Aiza patut terlebih dulu bersyukur akan nikmat kebahagiaan yg dikecapi sekarang. Maybe Allah berikan masa yg panjang ni utk you berdua berhoneymoon (wallahua'lam)...i mean...think positively akan hikmah di sebalik hal ini. Bab kata2 pasal tikar borok tu...jgn la amik peduli...asalkan aiza n hb terus berusaha, berikhtiar...dan bertawakal...insyaallah.....kan rezeki adalah kurniaan Allah. Saya takkan cakap utk sedapkan hati Aiza n hb dgn mengatakan maybe suatu hari nanti you all akan dapat anak...sebab kita tatau lagi takdir kita...mungkin dapat or maybe not hingga kita ke akhir hayat. Kita bleh terus berdoa n berharap...namun jika tak kunjung tiba zuriat tu....kita harus menerima ketentuan dariNya. Allah maha adil dan maha kuasa...kenapa? Tak percaya? Renung2kan dan bersyukur nikmat yg diberi.
'Berusaha' tangga kejayaan ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 aizaganu's post
lenkali kalu baca hadith...pastikan dari yg sahih..tgk periwayat hadith tu sapa. Jgn lekas buat andaian...sebab kadang2 disebabkan hadith palsu gini lah umat Islam berpuak puak dan berpecah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|