|
tak dapat pun tengok gambar... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Delifrance at 2-3-2008 05:07 PM 
pembuka thread ni expect sume pemimipin pas tu dok rumah kos rendah je ek?
agaknyala tu...benggong betul... orang berduit hasil USAHA sendiri bukan KRONISM..... mangkuk tul... |
|
|
|
|
|
|
|
pasal delete pic...tampal lah lagi...leh gak tumpang tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chacha at 29-2-2008 08:09 PM 
Baru-baru ada threads pasal rumah Datuk Nik Aziz.. untuk pengetahuan itu bukan rumah Menteri Besar Kelantan OK.... orang yang pastekan gambarnya pon kalo tak sahih JANGAN memandai buat cerita... ...
lain kali sebelum berkata2 pegi wat study dulu bole kaaaaaaaaa???? wat malu jer BE END or Barang Naik jer kalu kamu ni ejen BN...bodo piangggg nyer manusia la ko nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 mama_dinie's post
ada gak surah yang suh kata jangan cemuh mencemuh, wa lately ni dissapointed sket ngan Tok Nik sebab 'menghalalkan' banyak cara, kalo Hadi yang buat wa x terkilan langsung yang parti berasaskan ugama pon nak gak memesongkan sesuatu mengikut politik agenda, biar ler wa sokong parti sekular camni... hati pon x sakit
memang betul orang kata politik x kotor, orang dalam politik memang xde sifat suci lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
In person: Interview with Datuk Nik Aziz Nik Mat
Interview with Nik Aziz Full transcript of The Star journalist Nick Leong's interview with Kelantan Mentri Besar and PAS spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat. This exclusive interview was conducted in Bahasa Malaysia (2005)
Nick Leong : Tok Guru pandai berbahasa Inggeris?
Nik Aziz: Saya lompat-lompat sahaja, broken English. Dulu, sewaktu saya di Kaherah, saya boleh baca Egyptian Gazzette tapi sekarang ini, tak boleh, rugi betullah.
Q: Saya diberitahu Tok Guru fasih dalam berjenis-jenis bahasa.
Nik Aziz: Saya fasih Bahasa Arab, Bahasa Urdu. Dulu Inggeris pun tahu, boleh cakap, tapi tak ada praktis, hilang. Bahasa Parsi sikit-sikit.

Q: Boleh beritahu sedikit latar belakang Tuan Guru?
Nik Aziz: Rumah saya sekarang adalah tanah tumpah darah saya, Kampung Pulau Melaka, Kota Baru. Keluarga saya adalah keluarga guru agama dan juga puak tani, suka menanam pokok-pokok, buat kebun sendiri dan orang tua, bapa saya ini yang beri semangat, jangan bergantung rezeki pada orang lain. Orang tua saya sendiri tanam kebun getah, ada kebun rambutan, kebun durian. Dia cukup marah kalau hanya bergantung pada sedekah. Sedekah tahutak? Derma. Dia cukup marah.
Dia tidak minat dengan berniaga. Dia minat dengan berkebun. Sampai sekarang pun, saya dekat dengan tani, petang-petang saya tanam pokok dulu. Sekarang ini, pokok durian saya tanam, pokok kelapa saya tanam, pokok pisang saya tanam, semua boleh berbuah semua boleh makan. Tapi sekarang tidah sihat, tak boleh cangkul. Sekarang tembak tupai dan tebas rumput-rumput untuk berpeluh sahaja. Tebas rumput dan pokok yang ganggu durian.
Q: Bagaimana dengan keluarga Tuan Guru?
Nik Aziz: Adik-beradik saya 17 atau 18. Orang tua saya kahwin empat, jadi adik-beradik saya ramai. Semasa remaja habiskan masa saya untuk belajar. Orang tua saya ini, disamping dia pergi berkebun, dia bawa saya pergi sama, pagi-pagi belajar buku dulu, belajar kitab dulu. Malam dia kejut saya sembahyang subuh, baca Quran, terjemah Quran. Kemana pergi pun dia bawa saya bukan untuk buat kerja tapi untuk mengaji dengan dia.
Kerja sikit-sikit tapi belajar banyak, dia suruh saya hafal syiar-syiar dari Bahasa Arab bagi perkukuhkan Bahasa Arab dan saya ini sekarang sedang menikmati kesan yang ditinggalkan oleh orang tua saya iaitu dalam kepala saya banyak ingat ayat-ayat Quran yang menyebabkan dalam ucapan-ucapan saya selalu selit dengan pantun-pantun Bahasa Arab, ayat-ayat Quran dan hadith-hadith.
Q: Tuan Guru rasa tunjuk-ajar sedemikian tidak lagi dilakukan oleh ibu-bapa?
Nik Aziz: Betul. Ibu-bapa dulu mementingkan akhlak anak-anak. Cukup jaga akhlak anak-anak. Ibu-bapa sekarang umumnya turut arus.
Kalau kerajaan suruh belajar, belajar. Kalau kerajaan suruh tinggi akademik, tinggi akademik. Akhlak hampir tidak dipedulikan langsung. Ini sungguh mendukacitakan.
Hasilnya, sekarang ini kita dapat lihat, anak-anak, belia-belia yang 20 tahun dahulu tidak dipedulikan akhlak dalam sukatan pelajaran dan 20 tahun orang Melayu sudah mengenepikan tulisan Jawi, sekarang kita sudah boleh tengok, anak-anak sudah tidak boleh baca kitab agama, tidak boleh baca Quran.
Dan sekarang ini sudah menjadi bebanan keatas kerajaan membelanjakan wang begitu banyak untuk jaga belia-belia yang sudah (ketagih) dadah dan sebagainya kerana agama mengajarkita bahawa semua gerak geri kita di muka dunia ini, kesannya dapat dilihat pada hari akhirat nanti, the last day. Tekanan dari pelajaran ini dulu kuat. Sekarang tekanan itu sudah tidak ada.
Q: Apakah yang mendorong Tok Guru untuk berkecimpung dalam politik?
Nik Aziz: Puncanya begini. Bila saya balik daripada luar negeri pada tahun 1962, saya menjadi guru. Tahun 1962 ini, keganasan Parti Perikatan terhadap ahli ulamak begitu mendukacitakan, selalu tangkap ulamak, tangkap tok guru kampung, tangkap tok guru pondok.
Kerja ini bercanggah sekali-kali dengan Islam. Ia tidak pernah berunding dengan orang ini, tidak pernah ajak muzakarah. Tangkap dan sumbat, ISA terus. Banyak ahli ulamak Kelantan kena ISA di Batu Gajah. Saya perhati ini perbuatan tak betul. Saya tak kata apa, cuma ucapan-ucapan saya pada tiap-tiap malam, cara Islam.
Masyarakat bila dia dengar, anggap saya ini orang PAS kerana ucapan saya, kata mereka, mirip dengan PAS. Saya tidak menjadi orang PAS tapi penonton dengardan kata "Dia ni orang PAS." Bila berlaku kematian seorang wakil rakyat, wakil parlimen Kelantan Hilir, sekarang ini ditukar menjadi Pengkalan Chepa, namanya Haji Ahmad Prai.
Haji Ahmad ini orang Seberang Prai. Dia menjadi wakil rakyat parlimen Kelantan Hilir. Bila mati hamba Allah ini, tahu-tahu saya dipilih menjadi calon.
Saya tengah mengajar di Maahad Muhammadi datang wakil rakyat Panchor, Pak Nik Lah Arshad, dia kata "Ustaz, Datuk Asri minta ustaz pergi kerumah dia sekarang." Saya kata "Pasal apa?" "Entahlah" kata dia, "Orang ramai tengah tunggu ustaz." Saya pun berhenti daripada mengajar , terus pergi kerumah Datuk Asri, tahu-tahu, ahli jawatankuasa agung PAS datang mesyuarat sini, memilih calun baru untuk mengganti Allahyarham Haji Ahmad Prai.
Jadi Datuk Asri kata, "Ustaz, kami buat keputusan supaya ustaz menjadi calon." Terus dia bagi kepada saya wang RM500 bayar gaji sebulan. Saya terus pergi ke Majlis Agama, kerana ketika itu Maahad Muhammadi dibawah Majlis Agama, jumpa Tengku Seri Utama sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Kelantan beritahu saya terpaksa berhenti kerana saya telah diminta oleh parti PAS untuk menjadi calun. "Ini duit RM500."
Bila saya beri, terlebih tiga ringgit. Saya ambil duit RM3 dan beri balik pada Datuk Asri. Saya kata "Ini duit lebih." Dia pun terima. Mulai daripada situlah, saya menjadi orang PAS. Jadi ahli PAS tiga hari sebelum daripada menjadi calun, tahun 1967. Kalau tak silap saya bulan sepuluh (Oktober). Mulai dari situlah saya menjadi orang PAS dan berkempen menjadi calun dan saya menang. Mulai dari situlah sampai hari ini saya tak berhenti-henti jadi wakil rakyat, apa boleh buat, nasib saya. Itu cerita saya, bukan saya masuk PAS tapi dimasukkan saya dalam PAS dan saya setuju.

Q: Sebab?
Nik Aziz: Saya setuju sebab PAS memperjuangkan Islam. Islam ini menjadi agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada Nabi Muhammad naik ke Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi bawa Islam.
Kita sebagai orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun, mesti jaga Islam. Melayu tak payah dijaga kerana Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga pun Melayu.
Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak betul. Kita jaga benda yang boleh jadi hilang, barulah kita perlu jaga.
Bangsa Melayu, dia tidak akan hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli pun dia tidak akan hilang. Perlu apa kita jaga?
Bila jaga Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India juga terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa Melayu, Cina, India, seluruh manusia dunia ini hanya daripada seorang bapa. Bapa orang Melayu Adam, bapa orang Cina juga Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam) satu ajaran yang cukup baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan.
Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan kesaudaraan. Melayu walaubagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua pun Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga.
bersambung..... |
|
|
|
|
|
|
|
..sambungan

Anak Tuan Guru Dato' Nik Aziz Beraya Di Rumah Amy Search (2007)
Q: Ada yang berpendapat pandangan simplistic Tok Guru tidak realistic kerana masaalahnya rumit. Memasuki Islam sahaja tidak akan dapat menghapuskan segala dosa-dosa didunia. Terdapat juga orang yang berugama Islam yang melakukan dosa-dosa. Kalau bukan dengan arak atau berjudi, dengan melakukan dosa-dosa lain.
Nik Aziz: Baik, soalnya adakah ucapan saya 100% simplistic begini. Jarang-jarang sekali saya sebut. Tidak tiap-tiap kali saya guna syurga dan neraka.
Saya, kalau tuan check balik ucapan saya, hampir 80% saya tidak guna sistem itu tetapi sekali-sekala saya kena sebut bagi membolehkan masyarakat, khasnya masyarakat Melayu didunia ini ingat akan akhirat. Misalnya begini, saya kata, "Jangan berniaga dadah, jangan hisap dadah," nanti kamu kena gantung sampai mati. Adakah salah ucapan saya begitu? Tak salah. Polis pun sebut, mahkamah pun sebut, wartawan pun sebut. Jadi kalau saya guna simplistic mengenai dengan dadah orang tak marah pada saya tapi kenapa kalau saya guna simplistic dengan akhirat, dengan syurga, orang marah kerana apa? Ini kerana kita tipis semangat beragama.
Kristian juga tipis, orang Islam juga tipis, orang Buddha juga tipis. Adakah saya akan biarkan tipis semangat berugama ini berterusan? Ataupun saya mesti tebalkan? Orang Kristian juga mengaku neraka ada, orang Buddha juga mengaku neraka ada. Jadi bagaimana hendak mengejutkan masyarakat neraka itu ada kalau saya tidak sekali-sekala mengaku neraka itu ada.
Saya tidak sebut tiap-tiap hari, tiap-tiap ucapan saya tidak sebut. Sekali-sekala saya kena sebut tali gantung atas dunia ini, saya sebut rotan, "Kamu buat begini, kamu kena rotan 40 kali." Adakah saya salah dari segi undang-undang? Semua hakim setuju, semua polis setuju. Jadi kenapa ini setuju, itu tak setuju? Ini menunjukkan mereka marah kepada saya (kerana) menebalkan semangat agama. Agama Buddha pun setuju, Kristian pun setuju.
Oleh kerana penceramah-penceramah politik banyak menggunakan isu semata-mata, tidak sebut masaalah akhirat, saya mesti ada panduan saya sendiri. Tak boleh saya turut orang lain.
Kesimpulannya, saya mahu tebalkan semangat agama. Semua agama tahu neraka dan syurga ada, tapi orang tak mahu cakap.
Pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur tak sebut sebut dan neraka. Adakah saya juga tak akan sebut begitu sedangkan benda itu ada? Soalan ini bagus. Saya berpuas hati jawab.
Q: Masaalah-masaalah politik yang dihadapi oleh negara kita sekarang. Adakah ia semakin rumit atau sama sahaja dengan 50 tahun lalu?
Nik Aziz: Sebagai seorang (dari) parti pembangkang, yang mahu sebarkan Islam melalui parti politik, bagi saya sekarang semakin mudah jalan ke politik kerana usaha menyebarkan Islam melalui ilmu, bukan melalui kekerasan, bukan melalui ugutan, bukan melalui ilmiah. Dan saya nampak, tiap kali kemana saya pergi pun pendengarnya ramai berbanding dengan penceramah Umno. Orangnya tak ramai dan orang kampung nak jual air batu pun tak ada. Tak ada satu gerai yang dibuka ditepi jalan untuk jual makanan ringan atau air, tempat ceramah Umno tak ada.
Tapi orang PAS, petang-petang lagi orang datang ramai-ramai untuk menjual barang kerana orang tahu ramai. Bukannya kerana kena kerah, dia datang sendiri. Orang tua, orang muda bawa anak. Soalnya, kenapa orang suka dengar ceramah PAS, khasnya saya sendiri?
Semakin suratakhbar pro-Umno ini tuduh saya, semakin orang benci dan semakin banyak kerusi-kerusi Umno kalah, kerana orang tahu ini membohong. Saya kalau orang Umno marah, tulis dalam suratkhabar Umno tulis berat-berat, saya kata "Bagus, ini menimbulkan kemarahan orang." Sebab itu saya tak jawab, saya tak marah.
Baru-baru ini, Berita Minggu, seorang bernama Said, tulis teruk-teruk pada saya. Saya senyap, saya kata "Ini menambahkan populariti aku. Orang akan benci dia, orang akan benci Umno automatik."
Macam dalam demonstrasi di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tak pasal-pasal suratkhabar besar-besarkan. Akhir sekali, publisiti Keadilan (Parti Keadilan Nasional) bertambah. Seminggu sebelum (demonstrasi) dia sudah bagi dah, warning sana warning sini. Orang tak tahu pun sudah tahu. Ini publisiti free pada Keadilan. Padahal kalau dia buat senyap-senyap begitu, kalau orang buat demonstrasi, dia pergi suruh balik, sselesai masaalah. Tapi dua minggu sebelum, dia sudah besar-besarkan.
Q: Bolehkah dasar-dasar PAS dipraktikkan diseluruh negara?
Nik Aziz: Dulu dalam tahun 1951, waktu PAS di wujud dulu, PAS di perlekeh. Tapi saudara tengok sekarang ini banding dengan tahun 1951 dulu, perbezaan terlalu banyak. Kalau pertama, ketika itu orang tak faham Islam selain daripada sembahyang-puasa, itulah suasana yang dibentuk oleh penjajah bagi mengenepikan Islam daripada masyarakat. Penjajah Inggeris tafsirkan Islam ini sebagai religion, tidak sebagai addin, way of life.
Religion pun orang Melayu panggil ugama, addin pun orang panggil ugama. Tapi tafsiran lain-lain. Sekarang PAS mahu mendedahkan Islam kepada masyarakat dalam bentuk addin, tidak dalam bentuk religion. Dan ini memang dimarahi oleh Umno kerana Umno ni kepala dia bahawa Islam ini religion, bukan addin, sedangkan Nabi Muhammad sebagai orang pertama mentafsirkan Islam, Dia mentafsir Islam ini dalam bentuk addin, dalam ibadat juga Islam, dalam aqidah juga Islam, dalam ekonomi juga ada Islam, dalam rumahtangga ada Islam, dalam budaya ada Islam, dalam sosiol ada Islam, dalam sukan juga ada Islam, semua sekali terlibat dengan Islam.
Itu yang kami hendak, itu yang kami tengah dedah dan itu yang menimbulkan kemarahan Umno, yang menjadi penganut setia bagi penjajah Eropah, penganut setia bagi religion bukan addin. |
|
|
|
|
|
|
|
ngok nyer seber......:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
dalam satu kelompok tak semua yg baik..mcm tu gak baik dlm PAS atau UMNO...jadi kena terima hakikat la... |
|
|
|
|
|
|
|
makan lah hasil duit org lain dan hiduplah bersenang lenang dengan hasil itu maka nanti jawab lah di sana nanti...........dah siapkan jawapan belum ???? |
|
|
|
|
|
|
|
OMG OMG so kelakar the gambar tidur mimpikan bulan hahahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
...sekadar berkongsi pandangan
rocky's bru punyer komen pada blog: The Scribe A Kadir Jasin:
:: rocky said...::
Kelantan is a dream for BN but all the promise will not get them any where. PAS will win with a bigger majority cos Kelantan can see how bad the leadership of Pak Lah is and they do not want their state under that leadership
Datuk Scribe,
Faktor Monsoon. Atau Faktor Monsoon Cup, untuk lebih tepat. Faktor ini adalah sebab besar mengapa Kelantan akan terus berada di tangan Pas dan Terengganu mungkin besar tumbang dan pulang kepada Pas jua.
Pengundi di kedua buah negeri sudah dapat menilai sejak 4 tahun lepas "belang" BN di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Wang "ehsan" diagih-agihkan pada sanak saudara dan para "sahabat". Projek Monsoon Cup yang dimegah-megahkan cuma memanafaatkan segelintir kroni. Rakyat disogok dengan Masjid Kristal dan taman Islam hadhari supaya tutup minda dan mulut.
Pada pesta Monsoon Cup yang lalu, caterer yang dapat kontrak membekalkan makanan dan buffet pun bukan orang tempatan. Pinggan mangkuk dan fork and spoon semua dari KL. Macamana tak merungut penduduk Terengganu, termasuk ahli2 Umno negeri sendiri.
Angin monsoon China Laut akan bertiup amat kuat di PRU12 ini. Ramai yang akan tumbang, walaupun Terengganu diandaikan selamat dan masih di tangan BN. Kelantan, seperti yang Datuk Sribe unjurkan, akan tinggal suatu kenangan untuk BN. |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Scribe punyer komen pada blog: The Scribe A Kadir Jasin:
:: A KADIR JASIN said...::
[quote]SEORANG aktivis Umno di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang lama saya kenal menyatakan kehampaannya kepada saya kerana 搇aman-laman berita Internet dan blog-blog berat sebelah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka gak PAS menang kat Kelantan terengganu pas tu kedah and perlis... seronoknyaa saya rasa.. saya org selangor so mostly kat kaw bandar di monopoli oleh org DAP.. kalo PAS dpt tawan selangor mmg saya happy tul la.. sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
|