|
TAUFAN Nargis di Myanmar : mangsa nargis masih terus sengsara!!
[Copy link]
|
|
Asean Dan Komuniti Antarabangsa Perlu Tangani Segera Keadaan Cemas Di Myanmar, Kata Rais
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Asean dan komuniti antarabangsa kini perlu menyegerakan usaha dalam menjana dan menyelaras langkah bagi menangani saat-saat cemas yang dilalui Myanmar ketika ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata walaupun kawasan serantau ini pernah beberapa kali dilanda bencana alam sebelum ini, kemusnahan yang dibawa oleh Taufan Nargis awal bulan ini amat memeranjatkan banyak pihak.
"Dakwaan kononnya kami ini hanya 'teman semasa ketawa' terbukti tidak benar sama sekali. Di sini kami bersama untuk mencapai kata sepakat dalam niat kami untuk menyumbang pada saat-saat yang amat mencabar ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Negara Penyumbang Antarabangsa Asean-Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Myanmar di Yangon malam ini, dengan teks ucapannya difakskan kepada Bernama malam ini.
Katanya Asean kini dalam proses mewujudkan kerangka kerja bagi pengurusan bencana di rantau ini, berdasarkan kepada Perjanjian Asean berhubung Pengurusan Bencana dan Pengendalian Kecemasan yang ditandatangani oleh Menteri Luar Asean pada mesyuarat AMM di Vientiane, pada 26 Julai 2005.
Dr Rais berkata walaupun perjanjian itu masih belum dilaksanakan, kerjasama sudah bermula menerusi peranan proaktif jawatankuasa Asean berhubung Pengurusan Bencana (ACDM), yang ketika ini dipengerusikan oleh Malaysia dan Sekretariat Asean.
Usaha pemulihan jangka panjang dan membina semula kawasan yang terjejas oleh Nargis akan menjadi usaha utama, yang memerlukan komitmen, sokongan dan usaha keras kerajaan Myanmar dan komuniti antarabangsa dari segi hubungan dua hala, serantau, mahupun peringkat antarabangsa.
"Persidangan ini adalah bagi Asean dan komuniti masyarakat abtarabangsa dan juga PBB membantu Myanmar, bukan hanya untuk berbincang mengenai usaha meringankan dan menangani penderitaan mangsa bencana alam itu, tapi juga dalam membina semula kawasan dan kehidupan rakyat," katanya.
Malaysia menyertai komuniti antarabangsa menghantar bantuan kemanusiaan ke Myanmar dalam bentuk makanan, ubat, pakaian dan khemah pada 12 Mei 2008 yang berjumlah RM500,000.
"Kita juga menyumbang tambahan USD1 juta kepada Myanmar. Adalah menjadi harapan kita agar bantuan kita ini akan membantu kearah meringankan beban penderitaan yang dialami mangsa taufan Nargis, di samping membantu usaha pemulihan Myanmar," katanya.
Persidangan negara penyumbang itu diadakan sebagai susulan kepada persetujuan yang dicapai oleh Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Asean di Singapura pada 19 Mei bagi membantu Myanmar selepas dilanda Taufan Nargis.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja bantuan uji rejim tentera Myanmar
SIAP SEDIA: Bekalan bantuan dimasukkan dalam pesawat
PBB/WFP di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok yang
menjadi pusat penghantaran bantuan kepada mangsa taufan
Nargis di Myanmar
Sukarelawan Barat cuba masuk hantar bekalan mangsa taufan
YANGON: Pekerja bantuan asing akan memulakan perjalanan ke Delta Irrawaddy yang teruk dilanda taufan semalam untuk melihat sama ada junta tentera Myanmar akan mengotakan janji membenarkan mereka masuk.
"Kami akan keluar hari ini dan menguji sama ada boleh masuk dari sempadan," kata pegawai agensi bantuan Barat di Yangon sebelum bergerak ke wilayah yang terhad kepada hampir semua orang asing sejak taufan melanda pada 2 Mei lalu.
Tiga minggu selepas bencana itu, masih ada kampung yang langsung tidak menerima bantuan luar dan laluan air bekas 'mangkuk nasi' Myanmar itu masih dikotori bangkai binatang dan mayat.
Pemerintah tentera, Than Shwe, berjanji kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon minggu lalu semua pegawai bantuan dan pasukan penilaian bencana akan dibenarkan memasuki negara itu 'tanpa mengira kerakyatan.'
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang kembali ke New York semalam berharap rejim tentera Myanmar akan jujur dengan janji untuk membuka pintu kepada pekerja bantuan memasuki kawasan terjejas akibat taufan Nargis.
Misi Ban untuk mengatasi halangan Myanmar kepada bantuan antarabangsa tiba ke kemuncak kelmarin apabila negara penderma menawarkan lebih AS$100 juta (RM321 juta) bagi membantu negara itu pulih daripada Nargis.
Tetapi, mereka memberi amaran kepada panglima pemerintah bahawa semua itu tidak akan dipenuhi kecuali mereka diberikan peluang memasuki ke kawasan terjejas.
"Kami melihat bahawa kerajaan Myanmar bertindak cepat untuk melaksanakan komitmen mereka. Harapan saya ialah mereka jujur dengan komitmen berkenaan yang kita lihat," kata Ban.
Ban turut berharap terus terbabit dalam krisis itu dan dapat kembali semula ke Myanmar dalam masa terdekat.
Namun, pemimpin Myanmar dan bakal penderma terus mengambil langkah berjaga-jaga.
Perdana Menteri Myanmar, Leftenan Jeneral Thein Sein turut berkata, bantuan antarabangsa tanpa syarat amat dialu-alukan.
Di PARIS, tentera Laut Perancis yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan secara terus ke Myanmar berputus asa dan sebaliknya mengalihkan hala tujunya ke Thailand, kata Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan, kelmarin.
Kenyataan itu menyatakan Program Makanan Dunia (WFP) dipertanggungjawabkan menjaga bantuan itu dan memastikan ia sampai kepada mangsa Nargis. � Reuters/AP
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi yang pelik knape dia punye junta tak kasi pasukan bantuan masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 cempro81's post
sebab atas sebab2 security -
junta myanmar ni -- takut bantuan tu
nak ambil alih kuasa --
walaupun depa dah kata nak hulurkan
bantuan...
junta tu rasa insecure tentang pemerintahan
negara myanmar ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera Myanmar buli mangsa taufan
BERITA HARIAN
PYAPON: Kerajaan tentera Myanmar mula berlembut dengan janji membenarkan bantuan antarabangsa masuk ke negara itu untuk membantu mangsa taufan yang membunuh 78,000 orang tetapi ada mangsa terus dilayan dengan buruk oleh askar.
Perubahan pendirian junta dianggap bertujuan mengurangkan kecaman dunia terhadap tindakannya menyambung tempoh penahanan pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi selama setahun lagi.
Mangsa di Delta Irrawaddy yang paling teruk terjejas berkata junta memaksa sebahagian mereka kembali ke rumah yang dinaiki air dan sudah runtuh serta memaksa yang lain bekerja.
Malah, ada sukarelawan Myanmar yang cuba menderma makanan dan bekalan kepada mangsa terselamat disekat berbuat demikian dan kerajaan merampas kereta pula.
"Tapak rumah saya masih dibanjiri air separas pinggang. Bagaimana hendak membina rumah baru di situ," kata seorang mangsa, Aye Shwe, yang diarahkan tentera meninggalkan pondok buluh yang dibina untuk menempatkan keluarganya buat sementara.
Di bandar Bogalay yang terletak berhampiran, kira-kira 120 mangsa yang terselamat bersesak di biara Sankayung, dipenuhi dengan bunyi batuk dan tangisan kanak-kanak.
Mereka memanaskan makanan yang disampaikan penyumbang, kebanyakannya ialah nasi dan sayur, dua kali sehari tetapi masih tiada bantuan diberikan kerajaan.
Mereka yang terperangkap di luar tidak begitu bernasib baik. Malah, mangsa terselamat yang disifatkan masih mampu dipaksa keluar bekerja.
"Sebahagian dihantar ke Ma-ubin minggu lalu untuk membina jalan raya kerana kini kerja pembinaan sudah bermula. Mereka memberitahu saya mereka dieksploitasi oleh beberapa jeneral," kata sami sambil menambah dia mendengar mangsa dibayar kira-kira 1,000 kyat (RM3.2) sehari.
Ma-ubin ialah delta yang terletak di timur laut Bogalay, yang turut dilanda taufan Nargis. Kira-kira 1.5 juta penduduk masih tiada berumah akibat taufan itu, dan berdepan masalah kelaparan dan penyakit.
Kerajaan menghalang pekerja bantuan asing dari memasuki delta tetapi pemerintah tentera Myanmar minggu lalu berjanji membenarkan bantuan luar.
Kebanyakan usaha bantuan dilakukan sendiri oleh sukarelawan tempatan dan kakitangan agensi bantuan memenuhkan kenderaan dengan makanan, air dan bekalan.
Mereka mengagihkan bantuan setiap hari kepada mangsa kelaparan yang mengemis di sepanjang jalan ke delta itu tetapi beberapa penyumbang dilaporkan diganggu oleh polis atau kenderaan mereka dirampas.
"Kami tidak meletakkan makanan di atas jalan dan kami tidak melanggar peraturan trafik. Saya tidak faham mengapa kami ditahan selama beberapa jam. Ia amat tidak menyenangkan," kata Nyi Nyi Zaw yang ditahan dalam perjalanan pulang dari menyampaikan bekalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukarelawan dibenar ke Myanmar
YANGON - Para sukarelawan bebas untuk masuk ke wilayah yang musnah akibat siklon bagi memberikan sumbangan kepada mangsa bencana berkenaan yang melanda Myanmar pada awal bulan ini di mana lebih 130,000 orang dipercayai terbunuh.
"Para penderma boleh terus pergi ke kawasan yang terjejas mengikut pilihan masing-masing," kata akhbar New Light of Myanmar.
Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa pihak berkuasa bersedia untuk membantu para penyumbang yang ingin menyampaikan barangan keperluan mereka. - AFP
-----------------------------------------------------------------------------------------------
baguslah dah benarkan volunteer masuk --
dapat tolong dan bantu mangsa2 cyclone nargis ni...
untuk teruskan hidup mereka -
|
|
|
|
|
|
|
|
Junta anggap bantuan asing tidak mencukupi
BERITA HARIAN
Sumbangan diperoleh Myanmar bagi Taufan Nargis cuma RM480j
YANGON: Junta Myanmar semalam menyelar tawaran bantuan asing yang tidak mencukupi dan membidas tuntutan berterusan penyumbang yang mendesak untuk memasuki Delta Irrawaddy.
" Penduduk di Irrawaddy mampu bergantung pada diri sendiri tanpa 'kepingan coklat' yang didermakan negara asing," lapor akhbar berbahasa Myanmar, Kyemon, dalam ruangan editorialnya.
Semua media memang dikawal ketat oleh tentera dan mencerminkan pemikiran jeneral atasan, yang hingga kini semakin menunjukkan tanda menerima bantuan luar.
Lidah pengarang akhbar berkenaan juga menuduh masyarakat antarabangsa semakin kedekut, menyatakan 'rayuan segera' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengumpul sebanyak AS$201 juta (RM643 juta) masih tidak dapat dipenuhi hampir empat minggu selepas bencana yang menyebabkan 134,000 terbunuh atau hilang itu melanda.
Tahap bantuan jelas kurang berbanding tsunami pada 2004, apabila kerajaan luar menjanjikan bantuan sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dalam masa seminggu selepas ia berlaku.
"Myanmar memerlukan kira-kira AS$11 bilion (RM32 bilion). Sumbangan yang diperoleh cuma AS$150 juta (RM480 juta), tidak sampai AS$201 juta (RM643 juta) yang disebut oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon sebagai bantuan kecemasan.
"Ada sebuah negara besar yang terus melanjutkan sekatan ekonomi ke atas Myanmar walaupun mengetahui negara ini dilanda taufan besar," menurutnya merujuk kepada musuh ketat negara itu, Amerika Syarikat.
Nada akhbar berkenaan bertentangan dengan pujian yang diberikan mengenai usaha bantuan PBB, tetapi disusuli kritikan tindakan junta melanjutkan tahanan dalam rumah ke atas tokoh pembangkang, Aung San Suu Kyi.
Keadaan mangsa yang terselamat di delta itu, yang dikenali sebagai jelapang padi Asia masih tidak berubah. Pihak tentera pula mula mengebumikan mayat dalam kubur besar, kata penduduk kampung, walaupun tiada perkataan rasmi mengenai rancangan untuk mengebumikan beribu-ribu mayat yang masih berselerak dalam sawah dan laluan air.
Mayat terapung atau reput sehingga menampakkan tulang serta dikerumuni lalat sementara baunya juga amat kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa Nargis makan katak
KOSMO
YANGON - Junta tentara Myanmar menolak sumbangan asing semalam dengan menyatakan mangsa-mangsa siklon Nargis tidak memerlukan coklat sebaliknya boleh hidup dengan memakan katak dan ikan.
Akhbar The New Light of Myanmar turut memberi amaran bahawa para pekerja asing mungkin menyusup masuk dan mengutuk penyumbang kerana mengaitkan wang bantuan untuk mendapatkan kemasukan ke wilayah teruk terjejas di Delta Irrawaddy.
Kecaman itu dikeluarkan selepas junta tentera Myanmar mengetatkan kawalan terhadap pejuang prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dengan melanjutkan lagi tempoh tahanan rumahnya.
Namun, terdapat perkembangan positif bahawa para pekerja agensi bantuan asing berjaya memperoleh kebenaran memasuki kawasan bencana Nargis yang berlaku pada 2 hingga 3 Mei lalu sehingga menyebabkan 133,000 orang terbunuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa taufan diusir
BERITA HARIAN
KYAUKTAN: Junta Myanmar mula mengusir mangsa taufan dari pusat perlindungan milik kerajaan dan pulang ke kediaman asal kerana bimbang ‘perkampungan khemah’ itu akan kekal.
“Adalah lebih baik jika mereka berpindah ke rumah mereka di mana keadaan lebih stabil. Di sini, mereka bergantung kepada bantuan dan ia bukan keadaan yang stabil,” kata pegawai kerajaan di satu perkhemahan penduduk yang diarah berpindah menjelang jam 4 petang.
Pekerja bantuan dan penduduk tempatan berkata, 39 khemah perlindungan sementara di kawasan penempatan segera di sini, 30 kilometer di selatan Yangon, sudah kosong.
“Kami tahu, kami perlu pergi bila sampai masanya tetapi kami berharap untuk mendapat lebih banyak bantuan,” kata Kyaw Moe Thu, 21, seorang penarik beca ketika dia meninggalkan kem itu bersama lima adik lelaki dan perempuannya, dengan yang paling bongsu baru berusia dua tahun setengah.
Mereka diberi 20 batang buluh dan kain tebal untuk membantu membina semula kehidupan mereka di Delta Irrawaddy, tempat 134,000 orang mati atau hilang akibat Taufan Nargis, 2 Mei lalu. “ Pada masa ini, kami sangat kecewa,” katanya lagi.
Empat minggu selepas bencana itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kurang satu bagi setiap dua orang daripada 2.4 juta penduduk yang terjejas akibat taufan itu menerima sebarang bantuan sama ada dari kerajaan atau kumpulan bantuan antarabangsa atau tempatan.
Khabar angin bertiup bahawa mangsa taufan mula diusir dari pusat pelarian kerajaan di seluruh Delta Irrawaddy. PBB yang mempunyai pekerja bantuan tempatan dan asing di dataran itu, berkata mereka tidak tahu pengusiran berlaku.
“Sudah tentu kami tidak setuju kepulangan lebih awal penduduk ke rumah mereka di mana tiada kemudahan mencukupi,” kata jurucakap PBB, Amanda Pitt, di Bangkok.
Pengusiran itu dilakukan sehari selepas media rasmi menyelar tawaran bantuan asing sambil mengkritik tuntutan mereka yang meminta untuk memasuki Delta Irrawaddy serta mengatakan mangsa taufan boleh berdiri atas kaki sendiri.
“ Penduduk dari kawasan Irrawaddy boleh terus hidup berdikari tanpa kepingan coklat yang didermakan,” kata lidah pengarang akhbar Kyemon.
Merujuk kepada media, ia juga dikawal ketat dan dipercayai menggambarkan pemikiran jeneral tertinggi yang sehingga kini tidak menunjukkan tanda untuk berlembut, walaupun terus menerima bantuan luar. Lidah pengarang itu turut menuduh masyarakat antarabangsa sebagai kedekut, merujuk bahawa ‘jaminan segera’ PBB masih jauh daripada sasaran bantuan AS$201 juta (RM651 juta) hampir empat minggu selepas bencana.
Paras bantuan itu amat bertentangan dengan tsunami pada 2004 apabila kerajaan di seluruh dunia menjanjikan bantuan AS$2 bilion (RM6.5 juta) dalam tempoh seminggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nargis Lebih Dahsyat Daripada Tsunami: Jemilah Mahmood
BERNAMA - 31 Mei, 2008 13:12 PM
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- "Setiba di Yangon, anda tidak boleh melihat sepenuhnya kemusnahan yang berlaku.
Sudah tentu kelihatan bangunan yang rosak dan pokok-pokok tumbang, tetapi keadaan sebenar betapa dahsyatnya mala petaka, hanya boleh disaksikan apabila anda tiba di kawasan delta.
"Terbang di atas kawasan bencana, saya sedari betapa kesannya adalah lebih teruk daripada kejadian tsunami di Asia pada 2004, dengan begitu ramai orang yang mati, hilang tempat tinggal dan kawasan bencana yang begitu luas sehingga 35 kilometer di sesetengah tempat berbanding hanya lima atau enam kilometer semasa tsunami."
Demikian gambaran yang diberikan oleh Datuk Jemilah Mahmood, Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy), yang merupakan antara pekerja bantuan pertama yang tiba di Delta Irrawaddy, Mynmar yang dilanda Taufan Nargis pada 2 dan 3 Mei lepas.
"Tetapi kawasan yang lain di delta yang sempat saya lawati termasuk bandar Labutta dan Mawlamyinegyun, keadaannya tidaklah begitu teruk.
Walaupun hospital terjejas, tetapi hospital yang saya lawati masih berfungsi," kata Jemilah yang juga merupakan anggota Pasukan Penilaian dan Koordinasi Bencana Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDAC).
Pemerhatian beliau selama 12 hari di Myanmar dimuatkan dalam laman web Integrated Regional Information Network (IRIN).
Taufan Nargis mengakibatkan sekurang-kurangnya 134,000 orang mati atau hilang.
" Di Labutta dan Mawlamyinegyun yang terjejas teruk, anda boleh lihat banyak rumah yang musnah dan mereka yang hilang tempat tinggal di tempatkan di kem-kem, tetapi yang lebih teruk ialah ke selatan lagi.
" Di sini di kawasan luar bandar dan di kawasan yang lebih terpencil di delta yang masih tidak boleh dimasuki, wujudnya cabaran sebenar," kata Jemilah.
Katanya hanya sedikit bantuan antarabangsa yang boleh disampaikan kepada penduduk.
"Ketika ini, tempat berteduh menjadi keperluan utama. Hujan sudah mula turun dan akan disusuli dengan musin tengkujuh.
Orang masih tinggal di dalam kem, sementara yang lain tinggal di rumah yang didirikan buat sementara atau di bangunan sekolah.
" Dan apabila sekolah di buka semula Jun ini, sudah tentu mereka terpaksa mencari tempat lain," kata beliau.
Beliau berkata wujud juga masalah bekalan air minuman bersih, soal kebersihan, makanan dan penjagaan kesihatan, disertai dengan tekanan kepada masyrakat untuk segera turun semula ke ladang bagi menanam semula tanaman yang telah musnah.
Jemilah berkata sebaik sahaja musim terkujuh bermula, sukar untuk menanam semula dan ini dibimbangi akan berlaku ketiadaan hasil bagi musim seterusnya.
" Untuk sampai ke kawasan yang dilanda taufan masih sukar, tetapi ia semakin bertambah baik. Lebih ramai NGO memperolehi visa ke Yangon termasuk sejumlah kakitangan PBB.
" Berdasarkan ini, saya melihat betapa pentingnya hubungan kerjasama diwujudkan antara masyarakat setempat yang merupakan mangsa sebenar bencana dengan pertubuhan-pertubuhan di peringkat bawah," katanya.
" Bantuan sampai kepada orang ramai menerusi saluran ini. Walaupun kita tidak menafikan bahawa kerajaan turut terlibat, tetapi lebih banyak maklumat dan ketelusan diperlukan.
"Apa yang penting ialah mencari saluran yang mana yang lebih berfungsi untuk menghantar bantuan dan menggunakan saluran tersebut. Kita perlu memastikan saluran logistik yang jelas di mana bantuan boleh disalurkan kepada orang ramai.
"Walaupun ia berfungsi tetapi ia perlu lebih kerap disampaikan. Sebab itulah kita memerlukan lebih banyak penerbangan yang tiba dan lebih banyak bot (untuk menghantar bantuan)," kata beliau.
Jemilah berkata penduduk memerlukan lebih banyak bantuan, lebih banyak tempat perlindungan dan lebih banyak makanan serta air minuman.
" Antara perkara yang paling mengecewakan dalam bencana ini ialah berhubung aspek kemanusiaan iaitu mengenai apa yang mahu kita lakukan, selalunya dikaburkan.
"Kerajaan dan pasukan pemberi bantuan perlu melihat keadaan semata-mata dari aspek kemanusiaan, yang oleh kerana ini tidak berlaku, telah mewujudkan jurang maklumat yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Mengenai peranan media, Jemilah berkata: "Saya rasa media berat sebelah dalam melaporkan apa yang telah dilakukan.
Pada masa yang sama, saya berharap lebih banyak keterbukaan di pihak kerajaan untuk berkongsi dengan media tentang apa yang mereka lakukan.
" Ia akan memberikan kita gambaran sangat jelas di mana jurang wujud.
Ia akan mengurangkan tanggapan bahawa kerajaan tidak melakukan secukupnya, tetapi sekadar menonjolkan apa yang mereka telah lakukan dan apa yang diperlukan lagi." |
|
|
|
|
|
|
|
Bekalan makanan untuk Myanmar habis Julai ini kerana kurang dana
BANGKOK: Operasi untuk menyalurkan bantuan makanan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (WFP) bernilai RM225.6 juta kepada lebih 2.4 juta mangsa taufan Nargis di Myanmar berkurangan sebanyak 64 peratus, kata Pengarah eksekutifnya Josette Sheeran.
Sheeran, yang menamatkan lawatan beliau ke kawasan yang dilanda taufan itu hujung minggu lalu, berkata sokongan kuat diperlukan bagi operasi bantuan WFP yang kian meningkat, sambil menambah bahawa operasi logistik adalah penting untuk menyokong usaha kemanusiaan keseluruhan masyarakat - yang berkurangan sebanyak AS$32 juta.
"Terlalu banyak kerja untuk dilakukan yang memerlukan sokongan berkekalan oleh masyarakat antarabangsa. Dengan sumbangan sekarang, kita akan kehabisan makanan pada pertengahan bulan depan, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 yhn's post
tu yang sampai 35 km dia musnahkan tu... kalu tsunani dalam 5km... mengerikan... i would say... yang hilang beribu2 tu... sedey lak aku |
|
|
|
|
|
|
|
yg detail sikit..
Bekalan Makanan Untuk Myanmar Habis Bulan Depan Kerana Kurang Dana
BERNAMA - 02 Jun, 2008 16:26 PM
BANGKOK, 2 Jun (Bernama) -- Operasi untuk menyalurkan bantuan makanan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (WFP) bernilai AS$70 juta kepada lebih 2.4 juta mangsa taufan Nargis di Myanmar berkurangan sebanyak 64 peratus, kata Pengarah eksekutifnya Josette Sheeran.
Sheeran, yang menamatkan lawatan beliau ke kawasan yang dilanda taufan itu hujung minggu lepas, berkata sokongan kuat diperlukan bagi operasi bantuan WFP yang kian meningkat, sambil menambah bahawa operasi logistik adalah penting untuk menyokong usaha kemanusiaan keseluruhan masyarakat - yang berkurangan sebanyak AS$32 juta.
"Terlalu banyak kerja untuk dilakukan yang memerlukan sokongan berkekalan oleh masyarakat antarabangsa.
Dengan sumbangan sekarang, kita akan kehabisan makanan pada pertengahan bulan depan," katanya semasa memberikan laporan terkini mengenai kesan bencana alam yang melanda delta Irrawaddy dan selatan Myanmar pada 2 Mei lepas di mana lebih 130,000 orang terkorban atau masih hilang.
Beliau berkata WFP mempunyai enam bot dan tongkang tundaan yang digunakan untuk menghantar bekalan makanan di sekitar delta itu, serta sejumlah bot kecil bagi menghantar bekalan kepada mangsa taufan tersebut di kawasan pedalaman.
Sejumlah trak digunakan di kawasan terbabit dari Yangon, dan bekalan itu dihantar ke negara berkenaan menggunakan pengangkutan udara, kata beliau.
Setakat ini, WFP menerima sumbangan kira-kira AS$22.2 juta untuk operasi bantuan makanan, termasuk daripada Suruhanjaya Eropah (AS$7.8 juta) CERF PBB (AS$5 juta), Amerika Syarikat (AS$3.4 juta), Jerman (AS$1.56 juta), Switzerland (AS$963,000), Australia (AS$877,000), Itali (AS$779,000), Sepanyol(AS$779,000), penderma persendirian (AS$606,000), Greece (AS$200,000) dan Luxembourg (AS$195,000).
Operasi logistik menerima sokongan daripada United Kingdom (AS$9.9 juta), CERF PBB (AS$4.2 juta), Kanada (AS$2 juta), Denmark (AS$1.35 juta) dan Norway (AS$972,000).
Sabtu lepas, Sheeran menemui pemimpin Kumpulan Asas Tiga Pihak (TCG), Timbalan Menteri Luar Kyaw Thu, menjelang mesyuarat pertama kumpulan itu.
TCG ditubuhkan oleh Asean untuk menyelaras kerja-kerja bantuan mangsa taufan Nargis dan usaha-usaha pemulihan semula.
Semasa mesyuarat itu dengan ketua TCG, Sheeran melahirkan perasaan penghargaan kerana usaha mengeluarkan visa kepada kakitangan antarabangsa dan sambil menyatakan karenah birokrasi melengahkan penghantaran bekalan ke delta itu ditarikbalik.
WFP telah menghantar bekalan makanan pertama yang mencukupi untuk 575,000 orang, tetapi ramai yang belum menerimanya dan yang lain akan menerimanya pada penghantaran kedua. WFP mensasarkan 663,000 orang mangsa akan menerima bantuan makanan di bahagian yang dilanda teruk di delta itu.
Beliau tertarik dengan permulaan projek baru WFP di Yangon yang menyediakan bantuan wang tunai kepada kira-kira AS50 sen seorang setiap hari yang terjejas teruk dengan taufan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa Nargis terus merana - Lebih sejuta penduduk masih tunggu bantuan asas selepas bencana
UTUSAN MALAYSIA
BANGKOK 3 Jun |
|
|
|
|
|
|
|
Bantuan ke Myanmar masih terbantut - PBB
UTUSAN MALAYSIA
YANGON 4 Jun - Keengganan pihak junta membenarkan penggunaan helikopter tentera termasuk daripada negara jiran yang mempunyai hubungan baik dengan Myanmar menyebabkan penghantaran bantuan kepada mangsa Taufan Nargis terbantut sekali gus melonjakkan kosnya.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diedarkan semalam menyatakan, semakin ramai mangsa bencana alam itu menerima bantuan namun kebanyakan daripadanya tidak memenuhi keperluan asas.
Laporan yang disediakan oleh Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB bertarikh 2 Jun itu menyatakan, sejumlah 1.3 juta penduduk telah menerima bekalan dari kumpulan bantuan kemanusiaan tempatan dan antarabangsa, Persatuan Palang Merah dan PBB sendiri.
Ia menyatakan, seramai 49 peratus penduduk Delta Irrawady telahpun mendapat bantuan berbanding 23 peratus pada 25 Mei lalu.
Delta Irrawady adalah kawasan paling teruk dibadai Taufan Nargis.
Namun begitu, laporan tersebut memberi amaran bahawa masih terdapat kekurangan serius dalam usaha penyaluran bantuan kemanusiaan di kawasan berkenaan disebabkan kerenah junta.
Keadaan diburukkan lagi dengan kekurangan maklumat berhubung lokasi, bilangan keluarga, jumlah bantuan yang diperlukan serta pemahaman jelas bahawa bantuan dibekalkan oleh kerajaan Myanmar kepada rakyatnya
PBB menganggarkan seramai 2.4 juta penduduk memerlukan makanan, tempat perlindungan atau rawatan perubatan berikutan taufan yang meragut 78,000 nyawa dan menyebabkan kira-kira 56,000 yang lain hilang.
Program Makanan Sedunia (WFP) semalam turut memberi amaran bahawa walaupun bekalan berjaya disampaikan kepada mangsa taufan, usaha itu kini berdepan dengan kenaikan kos. |
|
|
|
|
|
|
|
Junta halang masuk, kapal AS berundur ke Thai
UTUSAN MALAYSIA
HONOLULU 4 Jun - Komander tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS) di Pasifik semalam berkata, kapal-kapal tentera laut di perairan Myanmar akan meninggalkan kawasan itu dalam masa terdekat.
Panglima Timothy Keating dalam satu siaran akhbar berkata, kapal perang USS Essex dan beberapa kapal lain akan mula menaikkan sauh esok dan menuju ke Thailand untuk dimuatkan dengan helikopter dan anggota tentera minggu depan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, kesemua kapal-kapal itu akan berpatah balik ke Myanmar sekiranya pemimpin negara itu berubah fikiran dan meminta "bantuan penuh."
Kapal perang AS itu berada di rantau Asia untuk menjalani latihan antarabangsa dan diberi kebenaran oleh Keating untuk menghulurkan bantuan berikutan taufan di Myanmar bulan lalu.
Keating menegaskan, AS telah melakukan sekurang-kurangnya 15 cubaan untuk meyakinkan Myanmar untuk memberi kebenaran masuk bagi kapal, helikopter dan pesawat bagi menghantar lebih banyak bantuan kemanusiaan.
"Saya berasa sedih dan kecewa kerana kita berada dalam kedudukan untuk membantu mengurangkan penderitaan ratusan ribu penduduk di sana tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kedegilan junta," ujar beliau lagi.
Tambah Keating, beberapa pesawat akan ditempatkan di Thailand bagi membantu usaha menyalurkan bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Junta tolak bantuan AS
YANGON: Tentera Amerika Syarikat semalam mengarahkan kapal tentera laut yang sarat dengan bekalan bantuan di luar pesisir pantai Myanmar meninggalkan kawasan terbabit selepas kerajaan junta enggan membenarkan mereka membantu mangsa taufan yang melanda negara itu bulan lalu.
Laksamana Timothy Keating, komander tertinggi Pasifik mengarahkan USS Essex dan kapal yang menyertainya meninggalkan kawasan Myanmar selepas mereka berusaha sebanyak 15 kali sejak beberapa minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran junta bagi usaha bantuan.
Media Myanmar berkata, mereka bimbang kemasukan Amerika Syarikat bertujuan untuk merampas hasil minyak negara itu.
Panglima pemerintah juga melarang penggunaan helikopter tentera dari negara jiran untuk digunakan menghantar bekalan kepada mangsa terselamat di kawasan terpencil. Ini menyebabkan agensi bantuan terpaksa menggunakan pesawat awam dari seluruh dunia dan mengakibatkan kos meningkat.
Keating yang bercakap di Hawaii berkata Amerika Syarikat tidak berjaya dalam usaha memujuk pemimpin Myanmar membenarkan kapal dan helikopter menghantar bantuan tambahan kepada mangsa bencana. - AP
teruk junta ni.. paranoid tak bertempat... penduduk myanmar yg terseksa.. blehhh :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Asean hantar peninjau ke Myanmar
BERITA HARIAN
JAKARTA: Satu pasukan 200 anggota penilai dihantar ke kawasan delta Irrawaddy bermula hari ini, kata Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan selepas mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Tiga Pihak Asean-Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)-Myanmar di Yangon semalam.
Kumpulan itu bersetuju selepas mengadakan taklimat selama dua hari untuk Pasukan Penilaian Rapid Kecemasan (Erat), mereka kini bersedia untuk masuk ke kawasan pedalaman yang dilanda Taufan Nargis bagi memulakan penilaian sepenuhnya mengenai sejauh mana kemusnahan dan keperluan segera mangsa bencana alam tersebut.
"Kita akan memulakan dengan dua pasukan yang dihantar oleh helikopter Program Makanan Dunia ke dua buah perbandaran utama di Labutta dan Pyapon, |
|
|
|
|
|
|
|
Aktivis agih makanan kena tahan
BERITA HARIAN
YANGON: Junta Myanmar semalam menahan aktivis sosiol popular, Maung Thura yang prodemokrasi dan terbabit dalam gerakan membantu mangsa Taufan Nargis, ditahan polis di rumahnya, kata ahli keluarga, semalam.
Thura, 46, atau lebih dikenali dengan nama 慫arganar |
|
|
|
|
|
|
|
Media putar belit fakta - Junta
UTUSAN MALAYSIA
YANGON 6 Jun - Junta tentera Myanmar hari ini mengecam rakyatnya sendiri dan media asing berikutan laporan mengenai kemusnahan oleh Taufan Nargis yang disifatkannya sebagai "diputarbelitkan".
Kecaman itu dibuatkan selepas pihak berkuasa menahan seorang pelawak popular yang pulang dari membantu mangsa taufan apabila beliau mengatakan bantuan kerajaan tidak sampai kepada penduduk yang memerlukan.
Laporan tidak rasmi yang tersebar di Yangon hari ini menyatakan, lebih 10 orang yang terbabit dalam penggambaran mangsa taufan di Delta Irrawady turut ditangkap oleh pihak berkuasa.
Akhbar The Light of Myanmar yang menjadi suara rasmi kerajaan mendakwa terdapat "elemen jahat dan pentingkan diri" telah bekerjasama dengan orang asing dengan melakukan penggambaran mengenai mangsa taufan di kawasan terjejas.
"Agensi-agensi berita asing mengeluarkan berita-berita yang tidak sah dengan tujuan mencemarkan imej Myanmar.
"Ia mahu mengelirukan masyarakat antarabangsa agar mempercayai mangsa taufan tidak memperoleh bantuan daripada kerajaan," dakwa akhbar itu.
Pelawak terkenal, Maung Thura yang lebih dikenali Zarganar telah ditahan oleh polis pada Rabu lalu selepas pulang dari menyampaikan bantuan peribadinya kepada mangsa di Delta Irrawady. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|