CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafiz_alghumari

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE- JAKIM

[Copy link]
Post time 9-5-2008 06:31 PM | Show all posts
dalam judaism tak ada kriteria untuk tidak pelat dan fasih berbahasa bagi menjadi seorang nabi

tapi seorang yang buta huruf terkeluar terus daripada senarai anbiya' kerana celik al-Kitab adalah penting bagi seorang nabi


Mengikut kata miqdal, Nabi Musa a.s. pelat kerana kecacatan lidah.  Ini melemahkan pertuturannya dan macamana nak menyampaikan?  

Ini berbeza dgn Nabi Muhammad s.a.w. yang buta huruf.  Kemudiannya menerima wahyu dan ilmu dari Allah.  Termasuk juga ilmu pidato.  Kalau dibaca Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyuruh Nabi Muhammad berkata seperti "Katakanlah..... " terutama sebagai hujah (pidato) menyanggah bukan Islam.  Buta huruf itu bukanlah satu kecacatan fizikal yang melemahkan seorang Rasul.  Sebaliknya Allah telah kurniakan wahyu dan ilmu kepada Rasulnya sehinggakan sifat ummiy itu adalah satu mukjizat.  Bagaimana seorang yang ummiy boleh menciptakan Al-Quran?  Tentu mustahil.  Juga diingatkan Rasul s.a.w. telah melantik di antara beberapa sahabat seperti Saidina Ali sebagai penulis surat dan utusan.


entahlah sebab ak tak berminat dengan andaian dan hal ehwal macam adakah musa sebenarnya tidak bertutur ibrani? adakah taurat tertulis oleh orang lain di zaman selepas itu? kenapakah terdapat percanggahan di dalam bible? etc etc


Walaupun pada pandangan miqdal ini adalah tidak penting, dalam pandangan Islam ini adalah sangat penting.

Kenapa ia sangat penting?  Sekiranya Nabi Musa a.s. berbahasa Qibti dan kurang fasih berbahasa Ibrani, dalam bahasa apakah Taurat diturunkan sebenarnya?  Di dalam Al-Quran dinyatakan bahasa kitab itu diturunkan dalam bahasa Rasul itu dan kaumnya.  Terdapat 2 kaum dikalangan Nabi Musa iaitu kaum Mesir dan Bani Israel.  Di dalam beberapa bahagian Al-quran, dikatakan Nabi Musa diutuskan untuk memberi peringatan kepada Firaun dan kaumnya.  Sudah tentu Nabi Musa akan bercakap bahasa Mesir kerana mustahil Firaun nak cakap Ibrani.  

Di bahagian lain pula dikatakan Nabi Musa diutuskan kepada kaum Bani Israel.  Dan terdapat di dalam Taurat dan Al-Quran yang menyatakan Nabi Musa ada masaalah pertuturan di dalam bahasa melayu nya dikatakan lidah bersimpul.  Ini macam berat lidah atau mungkin pelat.  Pelat boleh jadi 2.  Sebab cacat atau sebab orang yang tak biasa cakap Ibrani nak cakap Ibrani. Atau sebab kecacatan fizikal pada lidah.  Saya pelik kalau Nabi Musa ada kecacatan lidah.  Sebab kalau dia cacat lidah, tentu Firaun pun tak faham apa dia cakap.  Juga tentu Nabi Harun pun susah nak faham Nabi Musa.  Tapi sebaliknya, Nabi Harun tiada masaalah kerana Nabi Harun fasih kedua-dua bahasa.

Adakah kemungkinan Nabi Harun a.s. dilantik menjadi Rasul untuk membantu Nabi Musa menyampaikan kepada Bani Israel dalam bahasa Ibrani?  Apakah bahasa wahyu diturunkan kepada Nabi Musa?

Keaslian sesuatu kitab itu sepatutnya dipelihara di dalam bahasa ia diturunkan.  Seprti Al-Quran yang ada sekarang ni masih kekal dalam bahasa Arab Quraish.  Walaupun ada sedikit perbezaan dari segi sebutan, tetepi ia tidak mengubah apa-apa.  Hanya sekadar seperti orang Kelantan dan orang Terengganu sebut "makan".

Sekiranya, bahasa wahyu Taurat itu sangat mudah dipertikai bagaimana boleh yakinkan bangsa lain bahawa Taurat yang miqdal baca tu masih lagi dalam keadaan asli?  Saya sebutkan pertikaian bahasa Taurat sebab ia memang wujud dan miqdal tak boleh nafikan.  Kita boleh google kan "Moses speaks what language".

Isi yang baik tidak cukup utk menyatakan ia adalah asli dari Allah.  Buku Karma pun ada isi yang baik-baik juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 06:39 PM | Show all posts

Reply #41 mnm77's post

[25] Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;        
[26] "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;        
[27] "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,        
[28] "Supaya mereka faham perkataanku;        
[29] "Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.        
[30] "Iaitu Harun saudaraku;        
[31] "Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,        
[32] "Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,        


Saya tak nampak bahagian yang menyatakan Nabi Musa a.s. ada kecacatan lidah yang menyukarkan dia bercakap.

Kesimpulan lidah itu boleh jadi berat lidah atau keras lidah.  

[quote]In Ezekiel 3:4-7, we gain corroborative insight on what 揾eavy lips
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 06:43 PM | Show all posts

Reply #43 ibnur's post

lupa nak beritahu bahawa yang atas tu saya ambil dari artikel

Did Moses Really Stutter?
Oleh Ed Nelson

http://www.ed-nelson.com/modules ... =article&sid=52

bukan dari website islam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 9-5-2008 06:39 PM


Saya tak nampak bahagian yang menyatakan Nabi Musa a.s. ada kecacatan lidah yang menyukarkan dia bercakap.

Kesimpulan lidah itu boleh jadi berat lidah atau keras lidah.   

Originally posted by mnm77 at 9-5-2008 06:24 PM
27. "And make loose the knot (the defect) from my tongue, (i.e.remove the incorrectness from my speech) [That occurred as a result ofa brand of fire which M鹲a (Moses) put in his mouth when he was aninfant]. [Tafsir At-Tabar頪/b], Vol. 16, Page 159].  



Tafsir Ibni Kathir pula:

[وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى - يَفْقَهُواْ قَوْلِي ]
(And loosen the knot from my tongue, that they understand my speech.) This is referring to the lisp that he had. This lisp was a result of an incident when he was presented a date and a hot coal stone and heplaced the coal on his tongue instead of the date. However, he did not ask Allah to remove this affliction all together. Rather, he asked for removal of his stammering so the people would understand what he intended in his speech. He was only asking for what was necessary to deliver his message. If he had asked for the removal of his affliction in its entirety, it would have been cured for him. However, the Prophets do not ask for any more than what is required. Therefore, he was left with the remnants of this accident that took place with his tongue. Allah informed of what Fir`awn said concerning him,

[أَمْ أَنَآ خَيْرٌ مِّنْ هَـذَا الَّذِى هُوَ مَهِينٌ وَلاَ يَكَادُ يُبِينُ ]
(Am I not better than this one who is despicable and can scarcely express himself clearly)[43:52] This means that he is not eloquent in speech.

Concerning Allah's statement,
[وَاجْعَل لِّى وَزِيراً مِّنْ أَهْلِى - هَـرُونَ أَخِى ]
(And appoint for me a helper from my family, Harun, my brother.)

This was also a request from Musa concerning something not pertaining to himself. That was his request for the assistance of his brother, Harun. Ath-Thawri reported from Abu Sa`id, from `Ikrimah, who said that Ibn`Abbas said, "Harun was made a Prophet at the same moment that Musa was made a Prophet.'' Ibn Abi Hatim recorded that `A'ishah went out intending to perform `Umrah and stopped to camp among some bedouins. While she was among them she heard a man say, "Which brother in this life was the most beneficial to his brother'' The people said, "We donot know.'' The man said, "By Allah, I know.'' `A'ishah said, "I said to myself about his swearing, that he should not swear such an oath, singling himself out as knowing what person was of most benefit to his brother.'' The man said, "It is Musa, when he asked for prophethood to be bestowed upon his brother.'' Then `A'ishah said, "By Allah, he has spoken truthfully.''

This is why Allah commended Musa by saying,
[وَكَانَ عِندَ اللَّهِ وَجِيهاً]
(And he was honorable before Allah.)[33:69]

Concerning Musa's statement,
[اشْدُدْ بِهِ أَزْرِى ]
(Increase my strength with him.)

Az-Zukhruf
[51] Dan Firaun pula menyeru(dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku!Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dansungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamumelihatnya?

[52] "Bahkan bukankah aku lebih baikdaripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
[53] "(Kalau betul ia seorang Rasul) makasepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yangmenandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-samadengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"




[ Last edited by  mnm77 at 9-5-2008 07:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 06:54 PM | Show all posts

Reply #39 orangbesi's post

musa mendapat luach haqodesh (luh2 suci) yang mengandungi aseret hadiberot (10 perintah) di Gunung Sinai sejajar dgn mendapat Taurat yg  juga di gunung sinai di mana, adalah selepas mereka melarikan diri dari tanah mesir
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 9-5-2008 06:54 PM
musa mendapat luach haqodesh (luh2 suci) yang mengandungi aseret hadiberot (10 perintah) di Gunung Sinai sejajar dgn mendapat Taurat yg  juga di gunung sinai di mana, adalah selepas mereka melari ...


Bagaiman mengikut taurat tentang cerita anak lembu emas yang disembah oleh bani israel semasa Musa a.s. ke gunung Tur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2008 07:01 PM | Show all posts
miqdal ni berilmu ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:05 PM | Show all posts

Reply #45 mnm77's post

tafsir ibnu kathir tu menyebut lidah nabi musa dibakar agak-agak dari riwayat apa?

hadith bukhari dari aisyah r.a. tak menyebut Nabi Harun membantu Nabi Musa kerana cacat lidah.  Hanya sebagai pembantu.  Saya rasa tak perlu saya jelaskan lagi berkenaan Nabi Harun ni sebab dah saya sebutkan dalam post sebelum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 07:13 PM | Show all posts

Reply #45 mnm77's post

27. "And make loose the knot (the defect) from my tongue, (i.e.remove the incorrectness from my speech) [That occurred as a result ofa brand of fire which M鹲a (Moses) put in his mouth when he was aninfant]. [Tafsir At-Tabar
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:19 PM | Show all posts

Reply #49 ibnur's post

Tafsir Ibni kathir dan tafsir At-Tabari selari menjelaskan sedemikian, siapalah saya nak pertikai.

Dan Hadith sahih Bukhari pasal Nabi Harun tu pembantu Nabi Musa, itu menguatkan lagi bahawa Nabi Musa perlukan sokongan kerana untuk menguatkan Dakwah, dan supaya Firaun tidak boleh beri alasan bahawa percakapan Nabi Musa kurang sempurna [Quran, 43:52]

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:25 PM | Show all posts

Reply #42 ibnur's post

Mengikut kata miqdal, Nabi Musa a.s. pelat kerana kecacatan lidah.  Ini melemahkan pertuturannya dan macamana nak menyampaikan?  

Ini berbeza dgn Nabi Muhammad s.a.w. yang buta huruf.  Kemudiannya menerima wahyu dan ilmu dari Allah.  Termasuk juga ilmu pidato.  Kalau dibaca Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyuruh Nabi Muhammad berkata seperti "Katakanlah..... " terutama sebagai hujah (pidato) menyanggah bukan Islam.  Buta huruf itu bukanlah satu kecacatan fizikal yang melemahkan seorang Rasul.  Sebaliknya Allah telah kurniakan wahyu dan ilmu kepada Rasulnya sehinggakan sifat ummiy itu adalah satu mukjizat.  Bagaimana seorang yang ummiy boleh menciptakan Al-Quran?  Tentu mustahil.  Juga diingatkan Rasul s.a.w. telah melantik di antara beberapa sahabat seperti Saidina Ali sebagai penulis surat dan utusan.


oh oh, ak seorang yang jahil...ak tak mahu berdebat tentang kenabian muhammad di sini sebab dia memang seorang nabi di sisi agama Islam...

bagaimanapun, logik akal dan hujah al-Qur'an tak dapat membatasi hujah Taurat dan Talmud yang menolaknya...ak minta maaf

tapi, saudara ibnur teruskanlah sebab inikan thread muslimin dan muslimat, maka ada baiknya untuk sekalian muslimin dan muslimat

Kenapa ia sangat penting?  Sekiranya Nabi Musa a.s. berbahasa Qibti dan kurang fasih berbahasa Ibrani, dalam bahasa apakah Taurat diturunkan sebenarnya?  Di dalam Al-Quran dinyatakan bahasa kitab itu diturunkan dalam bahasa Rasul itu dan kaumnya.  Terdapat 2 kaum dikalangan Nabi Musa iaitu kaum Mesir dan Bani Israel.  Di dalam beberapa bahagian Al-quran, dikatakan Nabi Musa diutuskan untuk memberi peringatan kepada Firaun dan kaumnya.  Sudah tentu Nabi Musa akan bercakap bahasa Mesir kerana mustahil Firaun nak cakap Ibrani.  


dalam bahasa Ibrani taurat diturunkan, jika saudara ibnur bertanya kepada ak lah

ak bukanlah seorang pelajar agama, maka ak x tau nak menjawab mengikut bukti..tapi jauh di lubuk hati ak dalam mengimani kebenaran Taurat,
ak yakin memang benarlah Taurat adalah dinuzulkan dalam Ibrani sebab ak merasai kemukjizatannya dalam Ibrani..

Di bahagian lain pula dikatakan Nabi Musa diutuskan kepada kaum Bani Israel.  Dan terdapat di dalam Taurat dan Al-Quran yang menyatakan Nabi Musa ada masaalah pertuturan di dalam bahasa melayu nya dikatakan lidah bersimpul.  Ini macam berat lidah atau mungkin pelat.  Pelat boleh jadi 2.  Sebab cacat atau sebab orang yang tak biasa cakap Ibrani nak cakap Ibrani. Atau sebab kecacatan fizikal pada lidah.  Saya pelik kalau Nabi Musa ada kecacatan lidah.  Sebab kalau dia cacat lidah, tentu Firaun pun tak faham apa dia cakap.  Juga tentu Nabi Harun pun susah nak faham Nabi Musa.  Tapi sebaliknya, Nabi Harun tiada masaalah kerana Nabi Harun fasih kedua-dua bahasa.


Dalam Taurat, musa memang seorang yang pelat sama ada di hadapan Firaun ataupun di hadapan kaumnya..

setelah Allah menyuruh Musa pergi kepada Firaun demi membebaskan kaumnya serta mengajarnya mukjizat tongkat ular dan tangan bercahaya, musa mengadukan kepelatan lidahnya kepada Allah.

(Shemot:4:10-15) :

10: Lalu berkatalah Musa kepada Allah: "Ya, Tuhanku, aku ini tidak pandai berbicara,dahulupun tidak pandai dan sejak Engkau berfirman kepada hamba-Mu inipun tidaklah aku pandai,sebab aku berat mulut dan berat lidah."

11: Tetapi Allah berfirman kepadanya: "Siapakah yang membuat lidah manusia,siapakah yang membuat orang yang bisu atau tuli, membuat orang yang melihat ataubuta; bukankah Aku, yakni Allah?

12: Oleh sebab itu, pergilah, Aku akan menyertai lidahmu dan mengajarmu, apa yang harus kau katakan."

13: Tetapi Musa berkata: "Ah, Tuhan, utuslah kiranya siapa saja yang patut Kau utus."

14: Maka bangkitlah murka Allah terhadap Musa dan Dia berfirman: "Bukankahdi situ Harun, orang Lewi itu, saudara lelakimu? Aku tahu, bahawa dia pandaiberbicara; lagipula dia telah berangkat menjumpaimu, dan apabila diamelihatmu, dia akan bersukacita dalam hatinya.

15: Maka kamu harus berbicara kepadanya dan menaruh perkataan itu kedalam mulutnya; dan Aku pula akan menyertai lidahmu dan lidahnya dan mengajarkankepada kamu apa yang harus kamu lakukan.

Adakah kemungkinan Nabi Harun a.s. dilantik menjadi Rasul untuk membantu Nabi Musa menyampaikan kepada Bani Israel dalam bahasa Ibrani?  Apakah bahasa wahyu diturunkan kepada Nabi Musa?


benar, harun diutuskan untuk membantu saudaranya musa dalam menghadapi Firaun dan juga kaumnya-Bani Israel

bahasa wahyu yang diturunkan kepada Musa adalah bahasa Ibrani

Keaslian sesuatu kitab itu sepatutnya dipelihara di dalam bahasa ia diturunkan.  Seprti Al-Quran yang ada sekarang ni masih kekal dalam bahasa Arab Quraish.  Walaupun ada sedikit perbezaan dari segi sebutan, tetepi ia tidak mengubah apa-apa.  Hanya sekadar seperti orang Kelantan dan orang Terengganu sebut "makan".


ya, betul. maka Taurat kekal dalam bahasa Ibrani walaupun bahasa Ibrani pernah mati.

Sekiranya, bahasa wahyu Taurat itu sangat mudah dipertikai bagaimana boleh yakinkan bangsa lain bahawa Taurat yang miqdal baca tu masih lagi dalam keadaan asli?  Saya sebutkan pertikaian bahasa Taurat sebab ia memang wujud dan miqdal tak boleh nafikan.  Kita boleh google kan "Moses speaks what language".


ak tak bersedih hati jika ada orang pertikaikan...agama Yahudi adalah agama kami...tak mengapalah orang lain nak mempertikaikan atau tidak sebab mereka tak perlupun untuk masuk Judaism...

kami berlepas diri daripada manusia yang cuba mempertikaikan ia

Isi yang baik tidak cukup utk menyatakan ia adalah asli dari Allah.  Buku Karma pun ada isi yang baik-baik juga.


benar, tapi Taurat adalah daripada Allah sebab kami yakin akannya sama seperti saudara yakin kepada al-Qur'an

okey lah, dah nak masuk Shabbat Shalom!

ak tak akan online untuk satu hari...jumpa lagi

[ Last edited by  migdal_bavel at 11-5-2008 01:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:31 PM | Show all posts

Reply #53 migdal_bavel's post

oooo....ari sabtu.....

at least ini aku faham....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:48 PM | Show all posts

Reply #51 mnm77's post

kalau kita main copy paste memang tak akan habis debat tentang lidah Nabi Musa a.s.  Rasanya bukan saya sorang jer pertikai riwayat-riwayat terutama dari Attabari.  Rasanya banyak riwayat dalam Attabari dipertikai sebab Attabari sendiri yang tulis beberapa riwayat yang bertentangan antara satu sama lain dan dia suruh kita fikirkan sendiri.

Cuba buka balik page 2, ada miqdal sebutkan bahawa riwayat berkenaan lidah Nabi Musa dibakar tu dari talmud.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:55 PM | Show all posts
10: Lalu berkatalah Musa kepada Allah: "Ya, Tuhanku, aku ini tidak pandai berbicara,dahulupun tidak pandai dan sejak Engkau berfirman kepada hamba-Mu inipun tidaklah aku pandai,sebab aku berat mulut dan berat lidah."

11: Tetapi Allah berfirman kepadanya: "Siapakah yang membuat lidah manusia,siapakah yang membuat orang yang bisu atau tuli, membuat orang yang melihat ataubuta; bukankah Aku, yakni Allah?

12: Oleh sebab itu, pergilah, Aku akan menyertai lidahmu dan mengajarmu, apa yang harus kau katakan."


rasanya cukup saya boldkan dan underline.

[ Last edited by  ibnur at 9-5-2008 08:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:26 PM | Show all posts
bagaimanapun, logik akal dan hujah al-Qur'an tak dapat membatasi hujah Taurat dan Talmud yang menolaknya...ak minta maaf


saya juga boleh menyatakan yang sama
bagaimanapun, logik akal dan hujah taurat dan talmud tak dapat membatasi hujah Al-Quran yang menolaknya...ak minta maaf


ak tak bersedih hati jika ada orang pertikaikan...agama Yahudi adalah agama kami...tak mengapalah orang lain nak mempertikaikan atau tidak sebab mereka tak perlupun untuk masuk Judaism...


ya, saya pun tak kata miqdal ajak orang masuk yahudi..  
cuma nak meyakinkan orang lain tentang Taurat tu macamana?  Sedangkan orang keristian dan kitab injil pun menyatakan Nabi Musa seorang yang pandai bercakap dengan baik.


okey lah, dah nak masuk Shabbat Shalom!

ak tak akan online untuk satu hari...jumpa lagi


rasanya saya pun dah banyak tulis dah.  cukup ler dulu setakat ni berkenaan bahasa kitab.   

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 9-5-2008 07:48 PM
kalau kita main copy paste memang tak akan habis debat tentang lidah Nabi Musa a.s.  Rasanya bukan saya sorang jer pertikai riwayat-riwayat terutama dari Attabari.  Rasanya banyak riwayat dalam A ...


Tapi bila saya check Kitab (bukan soft version) Tafsir Ibni Kathir Abridged Version terbitan Darussalam (yang dikatakan disaring dan bersih dari riwayat2 yang tak sahih) pun ada dinyatakan sedemikian.
http://www.dar-us-salam.com/store/main.mvc?Screen=PROD&Store_Code=Dus&product_Code=Q09&Category_Code=Eng_Quran


Saya bukan nak kata riwayat tersebut sebijik macam Miqdal cakap dalam kitab mereka, cuma insiden tersebut (lidah Nabi Musa tersecedera waktu kecik) ada riwayatnya. Detail terbakar ke, dibakar ke, tercedera kerana memasukkan bara arang dalam mulut atau sebagainya bukan matlamat saya.

Apa pun, saya rasa saya pun dah banyak post. Nak berehat bercuti pula.

Salam untuk semua....

**** Mod Ibnur teruskanlah perbincangan dengan Migdal tu. Sorry mencelah perbincangan tu. Saya harap ada orang warning saya, tapi macam takder je. Kekadang saya mencelah sana sini kacau perbincangan orang.

Bukan apa, saya memang kena stop berforum atas sebab2 peribadi (bukan dengan forumner kat sini). Ermm, bukan nak stop terus, tapi nanti sambung semula....


[ Last edited by  mnm77 at 10-5-2008 03:38 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #56 mnm77's post

err...  nak sambung boleh juga tapi kena dalam thread yang ini dan off topik lain.  pasal bahasa tu dah mula nak jadi tak sudah.  nak buka thread lain nanti M&M jadi RSF pulak.  So, kalau migdal nak sambung bincang boleh saya tanya soalan lain pulak. disini.

lagi satu nak tanya mnm...  
terbitan Darussalam (yang dikatakan disaring dan bersih dari riwayat2 yang tak sahih)
Memang ada israeliyyah dalam ibnu kathir dahulu ke? ada tak kemungkinan tertinggal sikit-sikit yang tak disedari?

[ Last edited by  ibnur at 10-5-2008 11:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 10-5-2008 11:25 AM
err...  nak sambung boleh juga tapi kena dalam thread yang ini dan offtopik lain.  pasal bahasa tu dah mula nak jadi tak sudah.  nak bukathread lain nanti M&M jadi RSF pulak.  So, kalau migdal nak sambungbincang boleh saya tanya soalan lain pulak. disini.


Rasanya ok dengan migdal, so far dia berdiskusi dengan baik, kadang2 kat RSF dia tolong jawab kepada Non-Muslim dengan cara baik berdasarkan Al-Quran, dan mengaku dia bukan Islam.

lagi satu nak tanya mnm...

Memang ada israeliyyah dalam ibnu kathir dahulu ke? ada tak kemungkinan tertinggal sikit-sikit yang tak disedari?


Kalau ikut penjelasan dari DarusSalam memang ada hadith lemah dan Israiliyyah dalam Tafsir Ibnu Kathir. Sebab tu disaring semula dengan edisi Abridged Version. Kalau dari segi kemungkinan, mungkin masih ada, soalan ni terlalu subjektif dan orang biasa susah nak jawab, sedangkan saringan tu dibuat oleh para Ulama.

Tapi point yang cuba saya ketengahkan, banyak kisah2 dari kitab terdahulu juga ada dalam Al-Quran. Sedangkan dalam Al-Quran sendiri diterangkan bahawa risalah Al-Quran juga terdapat dalam kitab2 terdahulu. Hadith sahih Bukhari pun ada tidak melarang dari menyampaikan kisah dari Bani Israel (yang tidak bertentangan dengan Islam). Cuma pasal lidah Nabi Musa tu kecik aje kot, samada benar atau tidak lidah Nabi Musa tercedera, ia tidak mengubah kepercayaan tentang dakwah Nabi Musa dan Nabi Harun kepada Firaun.

Migdal,
Saudara percaya kitab Taurat atas kemukjizatannya sebab saudara yakin, mungkin saudara tak percaya kemukjizatan Al-Quran kerana tak yakin sepenuhnya dengan Al Quran. Saya pelik juga macamana saudara boleh yakin tentang frasa asfaara dalam Surah Al-Jumu'ah ditujukan kepada orang Yahudi, sedangkan Al Quran tu dalam bahasa Arab. Tak ke Al-Quran tu mukjizat? (tu baru sikit je) banyak lagi kalau nak buktikan....

Saya kena stop dulu. Nak bermusafir jauh. Hingga ketemu lagi.... Salam
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 09:45 PM | Show all posts

Reply #58 mnm77's post

Memang bincang kat M&M ni boleh kurang provokasi.  Tajuk thread ni pun ada kaver perbincangan sebenar dalam ni..

sebab mnm buka soalan tu dulu, saya akan ikut berdasarkan soalan sama.  nanti banyak sangat soalan pening pulak nak forum.

Migdal,
Saudara percaya kitab Taurat atas kemukjizatannya sebab saudara yakin, mungkin saudara tak percaya kemukjizatan Al-Quran kerana tak yakin sepenuhnya dengan Al Quran. Saya pelik juga macamana saudara boleh yakin tentang frasa asfaara dalam Surah Al-Jumu'ah ditujukan kepada orang Yahudi, sedangkan Al Quran tu dalam bahasa Arab. Tak ke Al-Quran tu mukjizat? (tu baru sikit je) banyak lagi kalau nak buktikan....


Muslim bukan menolak sepenuhnya kitab Taurat yang ada sekarang.  Kitab Taurat yang asalnya adalah wahyu dari Allah dan sudah tentu Taurat pada pandangan muslim sekarang ni ada cerita-cerita yang datangnya dari Allah walaupun bukan banyak tapi ada sedikit yang masih dipelihara Allah.  Perkara-perkara yang ditolak oleh muslim adalah yang bercanggah antara satu sama lain dalam Taurat, yang ditolak dengan lojik akal mudah, yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadith (antaranya).

Kalau Taurat tu datang dari Allah tentu tiada percanggahan samada antara kandungannya atau dengan lojik akal.

Kalau migdal tak keberatan untuk sambung, saya ada satu persoalan tentang isi kandungan dalam taurat.  Saya akan tunggu.  

Dan juga minta maaf, sebab internet connection saya tak berapa bagus.  Mungkin posting saya akan ambil masa untuk dipostkan atau tak dapat nak post langsung.   
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 04:35 AM | Show all posts

Reply #54 ibnur's post

Salaam, ak minta maaf kerana lambat reply. Saudara mnm77 dah bermusafir pula, tak sempat nak bercakap...maaflah kiranya ak macam terignore, walhal ini adalah board orang muslim.

Originally posted by ibnur at 9-5-2008 07:55 PM
[quote]10: Lalu berkatalah Musa kepada Allah: "Ya, Tuhanku, aku ini tidak pandai berbicara,dahulupun tidak pandai dan sejak Engkau berfirman kepada hamba-Mu inipun tidaklah aku pandai,sebab aku berat mulut dan berat lidah."

11: Tetapi Allah berfirman kepadanya: "Siapakah yang membuat lidah manusia,siapakah yang membuat orang yang bisu atau tuli, membuat orang yang melihat ataubuta; bukankah Aku, yakni Allah?

12: Oleh sebab itu, pergilah, Aku akan menyertai lidahmu dan mengajarmu, apa yang harus kau katakan."


rasanya cukup saya boldkan dan underline.[/quote]

Mengapa saudara ibnur quotekan ayat-ayat di atas berserta bold?ak kurang paham.ap maksud saudara ibnur?

Di bahagian lain pula dikatakan Nabi Musa diutuskan kepada kaum Bani Israel.  Dan terdapat di dalam Taurat dan Al-Quran yang menyatakan Nabi Musa ada masaalah pertuturan di dalam bahasa melayu nya dikatakan lidah bersimpul.  Ini macam berat lidah atau mungkin pelat.  Pelat boleh jadi 2.  Sebab cacat atau sebab orang yang tak biasa cakap Ibrani nak cakap Ibrani. Atau sebab kecacatan fizikal pada lidah.


nak tanya lah, berat lidah dan berat mulut tu adalah peribahasa melayu juga kah?

sebab kevad sefatayim (berat lidah;slow of tongue) dan kevad peh (berat mulut;slow of speech) adalah suatu Niv yakni peribahasa Ibrani Kuno (Ibrani Kitab) yang bermaksud tidak fasih atau petah berbicara akibat pelat yang menyebabkan 'aral (tersekat-sekat; stuttering) akibat kecacatan fizikal pada lidah ataupun seseorang yang tidak fasih berbahasa suatu bahasa yang bukan bahasa ibundanya.

Sebab itulah Musa menggelarkan dirinya anochi 'aral sefatayim (I am of uncircumcised/closed/clogged lip)-(Shemot:6:12) yang diterjemahkan sebagai tidak petah lidah atau speech impediment.

dan menurut tafsir midrash rabbah, dia menjadi kevad peh dan kevad sefatayim (justeru digelar 'aral sefatayim) adalah disebabkan lidahnya terbakar ketika kecil.

Semasa Musa seorang kanak-kanak kecil di dalam istana diraja, Firaun sentiasa mengambilnya di atas riba baginda untuk mencium dan memeluknya, dan pada suatu ketika, Musa pernah mengambil mahkota Firaun dan meletakkan ia ke atas kepalanya.

Para ahli sihir Mesir mengambil tempat (di hadapan singgahsana Firaun) dan berkata: "Kami khuatir mungkin inilah (kanak-kanak yang apabila dia besar), yang kita nubuatkan bahawa dia akan merampas kerajaan ini daripadamu." Sesetengah daripada mereka menasihati supaya membunuhnya sahaja dan sesetengah yang lain pula menyuruh agar dia (Musa) dibakar, akan tetapi Yethro hadir dalam kalangan mereka dan berkata kepada sekalian hadirin: "Sesungguhnya, anak ini tidak mempunyai kematangan fikiran. Bagaimanapun, ujilah ia dengan meletakkan di hadapannya bekas emas dan batu arang yang berbara. Jika dia menghampirkan tangannya ke arah emas itu, maka dia ada kematangan fikiran dan kamu bolehlah membunuhnya, tetapi jika dia melakukan demikian untuk batu arang berbara itu, maka dia tiada kematangan fikiran dan tiadalah hukuman bunuh ke atasnya." Dengan itu, mereka membawa barang-barang tersebut di hadapannya, dan dia hampir-hampir mencapai emas itu sedang malaikat Jibril datang dan menepis tangannya ke sebelah supaya dia mencapai batu arang tersebut. Maka Musa menolak tangannya bersama batu arang berbara itu ke dalam mulutnya, sehingga lidahnya terbakar, menyebabkan ia menjadi berat mulut dan berat lidah.

(Sanhedrin:106)

Semasa Musa berumur tiga tahun, ketika dia duduk di meja Firaun yang dihadiri beberapa orang putera dan para penasihat, dia telah mengambil mahkota Firaun dari kepala baginda dan meletakkan ia ke atas kepalanya.

Maka tercenganglah para putera dan berkatalah para ahli nujum: "Kami khuatir mungkin inilah (kanak-kanak yang apabila diabesar), yang kita nubuatkan bahawa dia akan merampas kerajaan ini daripadamu." Maka berkatalah Bala'am: Bunuhlah ia melainkan kita akan menyesal di kemudian hari." Akan tetapi Yethro hadir dalam kalangan mereka dan berkata kepada sekalian hadirin: "Sesungguhnya, anak ini tidak mempunyai kematangan fikiran. Bagaimanapun, ujilah ia dengan meletakkan di hadapannya bekas emas dan batu arang yang berbara. Jika dia menghampirkan tangannya ke arah emas itu, maka dia ada kematangan fikiran dan kamu bolehlah membunuhnya, tetapi jika dia melakukan demikian untuk batu arang berbara itu, maka dia tiada kematangan fikiran dan tiadalah hukuman bunuh ke atasnya."

Dengan itu, mereka membawa barang-barang tersebut dihadapannya, dan dia hampir-hampir mencapai emas itu sedang malaikat Jibril datang dan menepis tangannya ke sebelah supaya dia mencapai batuarang tersebut. Maka Musa menolak tangannya bersama batu arang berbaraitu ke dalam mulutnya, sehingga lidahnya terbakar, menyebabkan iamenjadi berat mulut dan berat lidah.

(Sotah:11:alef)


Nabi Yethro kemudiannya menjadi ayah mertua Nabi Musa semasa Musa melarikan diri ke Midiyan (Yethro atau Syu'aib ini adalah seorang Midianite) manakala Nabi Bala'am adalah musuh kepada Bani Israel di mana dia mengajari para penduduk Midiyan tentang cara-cara menimpakan bala ke atas Bani Israel.

Mesti ingat bahawa hanya riwayat dari Talmud sahaja yang menyebut lidah Nabi Musa dibakar semasa kecil. Ini dah cukup bukti ia adalah israeliyyah.


Ak tak paham, adakah orang muslim percaya pada matan daripada Taurat Bertulis sahaja? Torah Sheb'al Peh (Taurat Lisan yakni Talmud) adalah hadith penjelasan bagi Torah Shebichtav (Taurat Bertulis yakni TaNa"CH atau Hebrew Bible)

Talmud adalah lebih penting sebab volumenya 3 kali ganda lebih besar dan ia pula menerangkan kisah yang lebih detail berserta kisah-kisah dan penjelasan-penjelasan berserta nama-nama yang tidak disebut di dalam Taurat Bertulis.

Dan segala tafsiran dan komentari yang dibuat di dalam Talmud (yakni Gemarah) adalah dihukumkan Emet (Sahih) sebab ijma' mereka dalam berijtihad adalah dinaungi dan dipimpin Allah.

Sabda Rabbi Menachem: " Ijtihad-ijtihad di dalam Talmud adalah ilhamterus daripada Allah Yang Maha Hidup. Allah sendiri bertanyakan pendapat (bersyura) dengan para rabbi di Bumi ketika terdapat permasalahan-permasalahan sukar di Langit. (Qodashim)

Anak-Ku, cermatlah kamu dalam mentaati sabda para penulis wahyu(Tannaim-Ulama Mishnah) lebih daripada firman-firman di dalam Taurat.(Erubin:21:beth)

Adalah lebih fasik untuk mempersoalkan sabda para rabbi daripada mempersoalkan firman Taurat (Sanhedrin:11:3)

[ Last edited by  migdal_bavel at 11-5-2008 04:40 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.546438 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list