CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lizz_7777

Tamadun Islam dan Kegemilangannya

[Copy link]
 Author| Post time 21-11-2008 03:01 AM | Show all posts
------------------------
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2008 03:01 AM | Show all posts
-------Reserved---------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:01 AM | Show all posts
------------Reserved-------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:02 AM | Show all posts
-------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:02 AM | Show all posts
---------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:02 AM | Show all posts
-----------------
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2008 03:03 AM | Show all posts
----------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:03 AM | Show all posts
---------------------------
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2008 03:05 AM | Show all posts
------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:05 AM | Show all posts
-----------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:05 AM | Show all posts
Tokoh Cendekiawan Islam


Al-Haitham Bapa Optik Moden





ABU ALI HASSAN AL-HAITHAM

"Ibnu'l- Haitham" seorang pakar optometris berketurunan arab yang hidup lebih kurang 1000 tahun lalu. Beliau ialah orang yang pertama mencipta kotak fotografi.


      

Alat Bilik Gelap
Sejak akhir kurun ke-19 Masihi, Ibn al-Haitam iaitu ahli astronomi, pakar matematik, fizik dan optik yang agung telah diiktiraf sebagai pencipta bilik gelap.
Dengan berasaskan bukunya, penjelasan dapat dibuat tentang ujikaji yang telah dijalankannya, iaitu melalui model yang dihasilkan bagi alat tersebut.






ABU Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.
Beliau merantau ke Mesir dan Sepanyol tetapi hidupnya banyak dihabiskan di Sepanyol dengan mengendalikan penyelidikan mengenai optik, matematik, fizik, perubatan dan pembangunan kaedah saintifik.
Antara uji kaji yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik.
Beliau mengkaji pembiasan sinaran cahaya melalui medium telus seperti air dan udara dan menemui undang-undang yang terdapat dalam pembiasan.
Selain itu beliau merupakan tokoh yang pertama menjalankan kajian mengenai penyerakan cahaya kepada warna konstituen.
Semasa kajian mendalam mengenai segmen sfera (gelas yang diisi air) beliau hampir membuat penemuan mengenai teori lensa pembesar yang dibangunkan di Itali tiga abad kemudiannya.
Snell dan Descartes pula terpaksa mengambil masa selama tiga abad kemudiannya untuk mencadangkan mengenai undang-undang sinus.
Kitab-al-Manazir hasil tulisan Ali Abu Hasan telah diterjemahkan ke bahasa Latin semasa era pertengahan yang turut memuatkan perihal warna matahari terbenam.
Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.
Pada abad ke-13 Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan penulis-penulis mengenai optik era pertengahan di barat, menggunakan Opticae Theasaurus tulisan Ali Abu Hasan sebagai asas dalam kerja optik.
Hasil kerja Ali Abu Hasan turut mempengaruhi Leonardo da Vinci dan Johann Kepler.
Pendekatan beliau terhadap optik menghasilkan idea-idea baru dan terbukti melalui penemuan dalam kaedah uji kaji.
Ali Abu Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan.
Beliau menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat.
Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan dan bukan dalam mata.
Beliau cuba menjelaskan mengenai penglihatan binokular dan memberi penjelasan yang betul mengenai pembesaran yang ketara dalam saiz matahari dan bulan semasa ia mendekati horizon.
Ali Abu Hasan juga dikenali melalui penggunaan awal kamera obscura.
Melalui kajian lanjut mengenai optik maka beliau digelar sebagai Bapa Optik Moden.
Dalam penulisannya, seseorang akan menemui penjelasan yang nyata mengenai pembangunan kaedah saintifik seperti yang dibangunkan dan diaplikasikan oleh umat Islam, pemerhatian yang sistematik mengenai fenomena fizikal dan hubungannya dengan teori saintifik.
Ini merupakan penemuan terbesar dalam metodologi saintifik dan menempatkan kajian saintifik di tapak yang kukuh terdiri daripada hubungan sistematik antara pemerhatian, hipotesis dan pengesahan.
Kajian beliau dalam catoptrics memfokuskan mengenai cermin parabolik dan sfera serta penyimpangan sfera.
Beliau melakukan pemerhatian penting bahawa nisbah antara sudut biasan dan tuju tidak kekal dan tetap serta menyiasat mengenai kuasa lensa pembesar.
Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.
Beliau turut mengkaji pembiasan atmosfera dan membuat penemuan bahawa fajar senja hilang dan timbul apabila matahari berada pada 19 darjah di bawah horizon dan cuba mengukur ketinggian atmosferanya.
Sumbangan beliau kepada fizik dan matematik amat besar. Dalam matematik beliau membangunkan geometri analitikal dengan penemuan hubungan antara algebra dan geometri.
Dalam fizik beliau mengkaji mengenai pergerakan mekanik tubuh manusia dan beliau merupakan manusia pertama mengemukakan bahawa tubuh manusia bergerak terus menerus kecuali suatu paksaan dari luar menghalangnya atau mengubah arah pergerakan.
Ali Abu Hasan telah menulis lebih 200 buku tetapi hanya sedikit sahaja yang masih terselamat. Karya agungnya terhadap optik berjaya diselamatkan melalui terjemahan ke bahasa Latin.
Pada era pertengahan bukunya mengenai kosmologi telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Hebrew dan beberapa bahasa Eropah.
Beliau turut menulis sebuah buku mengenai evolusi yang sangat berguna untuk dibaca sehingga ke hari ini.
Pengaruh beliau secara umum terhadap sains fizikal dan khususnya optik, amat disanjungi dan ideanya melambangkan ilmu era baru dalam penyelidikan teoritikal dan uji kaji optikal.




[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 03:54 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:05 AM | Show all posts
Al khawarizmi



[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 06:38 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:06 AM | Show all posts
--------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:06 AM | Show all posts
Al-Biruni: Ahli Geografi dan Astronomi




Al-Biruni merupakan seorang pakar geografi muslim yang hidup 1000 tahun yang lalu. Al-Biruni membuktikan bahawa bumi ini berbentuk bulat serta beredar mengelilingii matahari di atas paksinya. Beliau telah mencipta glob serta menentukan garisan bujur dan lintang. Di samping itu, beliau berjaya mencipta kadar timbangan jenis-jenis logam. Selain itu, al-Biruni juga telah mencipta teroi bahawa cahaya lebih pantas daripada bunyi serta meneruskan kesinambungan sejarah matematik yang lenyap.

Beliau adalah antara orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden.

Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik.
Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri.
Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia





Alat untuk Pembahagian Bulatan
Al-Biruni Menyatakan bahawa pembinaan instrumen ini seperti yang berikut: "Ia mengandungi sebuah gelang loyang dengan satu diameter yang bersamaan dengan diameter terbesar cakera astrolab. Pembahagian pada lengan astrolab dibuat dengan menggunakan dastur in [...]
Dengan menggunakan pelarik yang berpusing (djahr), ia dibuat serata dan selancar yang mungkin. Pembinaan atau penggunaan astrolab bergantung keseluruhannya pada dastur.  
Seseorang boleh membahagikannya kepada empat sukuan dan setiap satunya berukuran 90 dan dengan demikian, memperoleh 360 darjah.




Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.
(bahasa ibundanya) dan bahasa Arab. Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghaznidan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.



[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 06:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:06 AM | Show all posts


Instrumen untuk menentukan Darjah Latitud pada mana-mana hari dalam setahun

Instrumen untuk menentukan Darjah Latitud pada mana-mana hari dalam setahun, ciptaan al-Biruni.
Instrumen ini berkemungkinan telah dibangunkan pada separuh  pertama kurun ke-5H./11M. di kawasan tamadun Arab-Islam.
Alat ini telah disebut oleh al-Biruni dalam karya utamanya tentang geografi matematik.



PencapaianSebahagian pencapaiannya termasuk:


  • Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari.
  • Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik (plane (mathematics)) .
  • Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
  • Beliau membuat pengiraan jejaribumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abad ke-16).
Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.

Hasil karya matematik

Sumbangannya kepada matematik termasuk:


  • teori dan amali aritmetik
  • penjumlahan siri
  • analisis kombinatorik
  • peraturan tiga
  • nisbah (irrational numbers)
  • teori nisbah
  • definisi algebra
  • kaedah untuk penyelesaian persamaan algebra
  • geometri
  • teori Archimedes
  • pembahagian tiga sama sudut
Hasil karya bukan matematik

Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:


  • Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak : Sari pati agama dan falsafah India.
  • Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.
  • Daftar karya Mas'udi: sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
  • Memahami Astrologi: Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
  • Farmasi: mengenai drug dan ubat.
  • Permata mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.
  • Astrolabe.
  • Buku sejarah ringkas.
  • Sejarah Mahmud dari Ghazni serta ayahandanya
  • Sejarah Khawarazm



[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 06:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:07 AM | Show all posts
Al-Zahrawi - Pakar pelbagai bidang perubatan




ABU AL-Qasim Al-Zahrawi yang hidup antara tahun 936 hingga 1013 Masehi adalah seorang lagi saintis Islam terhebat yang banyak meletakkan asas dalam bidang perubatan.
Sungguh menakjubkan, kepakaran Al-Zahrawi bukan sekadar terhad dalam satu bidang sahaja iaitu surgeri yang menjadi keistimewaannya, tetapi juga dalam beberapa bidang lain.
Antaranya ialah pergigian, penciptaan alat-alat pembedahan tertentu, pakar telinga, tekak dan kerongkong (ENT) dan juga mencipta ubatan-ubatan .
Sebagai seorang pakar bedah yang terkenal ketika zamannya, beliau telah dilantik menjadi doktor peribadi kepada raja Sepanyol ketika itu iaitu King Al-Hakam II.
Beliau yang dilahirkan pada tahun 936 dikenali kerana penemuan hebatnya dalam bidang perubatan terutamanya dalam bidang surgeri.
Seperkara lagi yang menyebabkan beliau terkenal ialah kerana ensiklopedia perubatan beliau yang di kenali Al-Tasrif.
Ensiklopedia ini mengandungi 30 volum pelbagai aspek sains perubatan.
Bagaimanapun daripada ensiklopedia ini, aspek yang paling penting sekali yang terkandung di dalamnya ialah siri tiga buah buku mengenai surgeri.
Buku mengenai surgeri ini menerangkan secara terperinci mengenai pelbagai aspek rawatan melibatkan rawatan pembedahan berdasarkan pembedahan-pembedahan sebenar yang pernah dilakukannya sendiri.
Antaranya termasuklah pengkauteran/lecuhan (cauterization), mengeluarkan batu karang daripada buah pinggang, perbidanan, pembedahan ke atas binatang dan juga pembedahan mata, telinga dan kerongkong.
Secara tepat, beliau juga telah berjaya melakukan pembedahan-pembedahan rumit termasuklah mengeluarkan fetus yang tidak bernyawa daripada kandungan dan juga amputasi (mengudungkan).
Ensiklopedia Al-Tasrif ini diterjemahkan pertama kalinya ke bahasa Latin oleh Gherard dan kemudiannya diikuti oleh beberapa orang editor lain di Eropah.
Buku ini mempunyai beberapa diagram dan ilustrasi alat-alat pembedahan yang digunakan pada zaman itu dan juga yang dibangunkan oleh beliau sendiri.
Lebih membanggakan lagi, ilmu yang dicurahkan oleh beliau telah menjadi sebahagian daripada kurikulum perubatan di negara-negara Eropah sejak berkurun-kurun lamanya.
Penemuan dan juga hasil kerja Al-Zahrawi melalui ensiklopedianya Al-Tasrif ini menunjukkan bahawa kepercayaan dunia Islam ketandusan pakar dalam bidang surgeri salah sama sekali.
Malah Al-Zahrawi juga sebenarnya adalah orang yang bertanggungjawab merekacipta alat-alat pembedahan.
Tiga alat yang terkenal ciptaannya ialah:

  • alat pemeriksaan luar telinga
  • alat pemeriksaan luar theurethra
  • alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong.

Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar mengubati penyakit menggunakan kaedah lecuhan. Teknik ini digunakan di lebih 50 pembedahan yang dilakukannya.
Tidak sekadar aspek pembedahan, dalam bukunya Al-Tasrif, Al-Zahrawi juga membincangkan mengenai penyediaan pelbagai jenis perubatan selain penerangan komprehensif mengenai rawatan pembedahan yang mengkhusus dalam bidang-bidang ENT, Oftalmologi dan sebahagiannya.
Beliau juga menerangkan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti pejalwapan dan juga penyiringan (decantation).
Selain itu, Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar dalam bidang pergigian dan dalam bukunya terkandung lakaran pelbagai alat yang digunakan dalam bidang pergigian.
Beliau juga menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian.
Malah beliau juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu.
Dalam bidang perubatan beliau adalah orang pertama yang menerangkan secara terperinci mengenai penyakit pelik - hemofilia.
Melihat sumbangan-sumbangan Al-Zahrawi, tidak dapat disangkal lagi, pengaruh beliau dalam bidang perubatan dan juga pembedahan telah meletakkan asas utama dalam bidang sains perubatan terutamanya bidang surgeri serta mempengaruhi bidang perubatan secara keseluruhan.
Malah menurut penulis Sejarah Perubatan Arab - Dr. Cambell, asas-asas yang diletakkan oleh Al-Zahrawi dalam bidang perubatan ini sebenarnya melebih apa yang disumbangkan oleh saintis perubatan terkenal Galen dalam kurikulum perubatan Eropah.

[ Last edited by  lizz_7777 at 24-11-2008 08:21 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2008 03:07 AM | Show all posts
--------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:07 AM | Show all posts
Ibnu Rushd

[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 06:43 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:07 AM | Show all posts
-------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:08 AM | Show all posts
Al-Bitruji perkenalkan Teori Gerak Spiral





NURDIN Abu Ishaq al-Bitruji amat dikenali dalam kalangan penulis Eropah pada abad pertengahan sebagai Alpetragius. Al-Bitruji adalah seorang astronomi Arab Sepanyol yang merupakan pengikut sekali gus sahabat karib kepada Abu Bakar Muhammad bin Abdul Malik Ibnu Thufayl al-Qaysi iaitu seorang doktor dan ahli matematik.

Teori astronominya merupakan sumber-sumber yang boleh ditemui dalam Aristotlelianisme yang dipraktikkan oleh gurunya, Ibnu Bajjah serta Jabir Bin Aflah yang memperkenalkan kembali gagasan-gagasan besar, hasil formulasi Simplicius (abad ke-6H).

Beliau menyangkut pandangan bahawa sfera-sfera langit berputar di sekeliling sumbu-sumbu yang berbeza sehingga menghasilkan pergerakan berbentuk bujur. Teori ini disebut Teori Gerak Spiral.

Karya-karya yang didasarkan pada prinsip seperti itu disusun dalam Kitab fi al-Haya yang diteriemahkan oleh Michael de Scot. Sebuah edisi kritik terhadap terjemahan ini juga telah diterbitkan oleh FJ. Carmody pada 657H/1259M. M. Moshe (Musa) Ibnu Tibbon menterjemahkan pula karya tersebut daripada bahasa Arab ke bahasa Yahudi.






Kawah bulan

Pada 934H/1528M, Kalonymos ben David menterjemahkannya daripada bahasa Yahudi ke bahasa Latin yang dicetak di Venice pada 1531M. Pada abad ke-13M, Raja AI-fonso X menyusun sebuah jadual astronomi yang keseluruhan isinya disusun berdasarkan pengetahuan astronomi-astronomi Islam. Yang mengalami perubahan hanyalah garis bujur bumi (bujur biasanya ditandai dengan huruf Yunani iaitu lambda yang digunakan untuk menentukan tempat-tempat kedudukan di atas bumi (yang diukur dengan satuan darjah dan minit) kerana yang dijadikan sebagai meridian adalah kota Toledo.

Meridian adalah satu per dua lingkaran besar yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan bumi. Jarak di antara dua meridian yang melalui dua buah tempat menunjukkan perbezaan bujur di antara kedua-dua tempat itu. Meridian yang digunakan untuk mengukur bujur tempat-tempat di seluruh dunia biasanya adalah meridian yang melalui kota Greenwich (berhampiran kota London).
Karya-karya aI-Bitruji banyak dikumpul oleh F.J. Caramody dalam sebuah buku bertajuk Al-Bitruji, De Motihus Coelorum (Berkeley, 1952M).

















[ Last edited by  lizz_7777 at 27-11-2008 03:56 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.165255 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list