CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chatreyo

tolong..please......urgent.........

[Copy link]
Post time 17-11-2008 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 17-11-2008 10:06 AM
Pengetahuan saya sangatlah terbatas, cuma pengalaman yang mengajar.



yes it's true, east..itu le sebaiknya..org berilmu jarang mengaku ada ilmu..tapi terus akan bercakap tentang kebenaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 17-11-2008 08:19 AM
Yes, based on the website dan Scholars Bible, Aramic adalah sebahagian daripada bahasa Hebrew. Macam Mandarin berkait dengan bahasa Kantonis dan sebagainya.Sebenarnya MnM, mengikut orang Kristian, Jesus sendiri itu adalah PERKATAAN TUHAN, dan Jesus tidak pernah pun suruh dia punya disciples catat apa yang dia cakapkan. Tapi dia cuma sampaikan sahaja dan ajar kepada disciples2 tersebut. Bagi Kristian, dengan mempercayai Jesus sebagai Tuhan,maka dengan itu barulah akan tertunjuk kebenaran Bible. Mereka percaya dengan mempercayai Jesus, maka roh yang lama (kotor) akan keluar dan digantikan dengan roh yang baru. Namun, kita sebenarnya tidak boleh tolak keempat-empat buku yang ditulis oleh disciples tersebut sebab ia sebenarnya berkait dengan kitab yang ada kat tangan kita sekarang.


Hmmm..... ada beberapa point yang perlu diteliti:

1. Aramaic adalah sebahagian daripada Hebrew? Mungkin betul dari satu sumber. Sumber lain pula kata kedua-dua itu bahasa yang berlainan sama sekali. Hebrew adalah bahasa 'tinggi' di kalangan Bani Isarel, iaitu bahasa pendita yang belajar untuk faham agama mereka. Aramaic pula bahasa tempatan yang biasa, seperti kita cakap bahasa Melayu kat Malaysia tapi belajar Arab untuk faham lebih tentang Islam.

2. Kepercayaan pengikut agama Kristian adalah hak mereka.

3. Kita tak boleh tolak penulisan kitab2 pengikut Kristian? Yang ni saya tak setuju sebab semua tu translation dan tidak tepat, walaupun ada yang benar. Kita tak tolak WAHYU yang disampaikan kepada Nabi Isa, bukannnya terjemahan2 tu. Jadi Kitab Injil yang kita beriman adalah yang asli, bukannya terjemahan.

Ada sisa-sisa ajaran Nabi Isa kat dalamnya iaitu keesaan Tuhan, cuma ada campur tangan nafsu manusia kat dalam tu.Jadi, silakan baca Bible


Disebabkan ada percampuran yang haq dan yang batil, maka adalah lebih elok untuk tidak membacanya, kecuali kepada yang arif untuk membuat kajian, dan itupun sudah tentu kefahaman Islam kena mantap dulu.


WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 06:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 17-11-2008 08:32 AM

Bukankah melakukan kesilapan itu bermakna melakukan dosa?. Bermakna kita telah melanggar undang2 yang telah Tuhan tetapkan. Sebab tulah Nabi Adam bertaubat dari melakukannya. Kalau ia bukan sesuatu yang berdosa dan tercela pada pandangan mata Tuhan, tentu Nabi Adam takkan bertaubat dan berasakan ia sesuatu yang perlu yang ditakutkan. Bencana yang saya maksudkan bukanlah bencana yang menghancurkan, tetapi bencana yang memberikan pengajaran kerana kesilapan sendiri.


Izinkan saya mencelah sikit perbincangan tuan east dan brother Grave.

Nabi Adam menjadi Nabi bukannya ketika dia berada di dalam Syurga. Di Syurga dia diuji, dan dia melakukan kesalahan. Setelah turun ke dunia baru dia diangkat menjadi Nabi, mengajarkan risalah agama kepada anak2 keturunannya.

Iblis telah dilaknat dari Syurga, tapi dia masih boleh masuk ke Syurga dalam bentuk yang hina seperi ular. Iblis masuk ke Syurga untuk menyesatkan Adam. Allah Mengetahui, namun itulah ujian pada Adam ketika itu.

Yang ni saya setuju:
Melakukan kesilapan dan melakukan dosa adalah 2 perbuatan yang tidak sama. Memang benar Nabi Yunus lari daripada kaumnya dan dari itulah Allah mentarbiahkan beliau kembali agar terus melaksanakan usaha2 dakwah. Ia ditelan ke dalam perut ikan paus bukanlah satu bencana tetapi adalah satu didikan langsung daripada Allah agar ia dapat merenungi kembali perbuatannya yang lampau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:06 PM | Show all posts
Hmmm..... ada beberapa point yang perlu diteliti:

1. Aramaic adalah sebahagian daripada Hebrew? Mungkin betul dari satu sumber. Sumber lain pula kata kedua-dua itu bahasa yang berlainan sama sekali. Hebrew adalah bahasa 'tinggi' di kalangan Bani Isarel, iaitu bahasa pendita yang belajar untuk faham agama mereka. Aramaic pula bahasa tempatan yang biasa, seperti kita cakap bahasa Melayu kat Malaysia tapi belajar Arab untuk faham lebih tentang Islam.

2. Kepercayaan pengikut agama Kristian adalah hak mereka.

3. Kita tak boleh tolak penulisan kitab2 pengikut Kristian? Yang ni saya tak setuju sebab semua tu translation dan tidak tepat, walaupun ada yang benar. Kita tak tolak WAHYU yang disampaikan kepada Nabi Isa, bukannnya terjemahan2 tu. Jadi Kitab Injil yang kita beriman adalah yang asli, bukannya terjemahan.

Jawapan saya:

Benar apa yang mnm kata, dimana Hebrew adalah bahasa orang-orang atasan dan Aramic adalah bahasa untuk orang kebanyakan pada waktu itu. Namun ia berpusat kepada satu bahasa yang sama. Kalau dalam bahasa Melayu, bahasa orang atasan, pengunaan dia berbeza..seperti patik, beta, mangkat, santap dan sebagainya...manakala bahasa orang kebanyakan, aku, kau, saya, makan, meninggal dunia dan sebagainya.

Memandangkan Jesus pada ketika itu ingin menyebarkan ajarannya kepada golongan Pharisees, maka dia juga menguasai bahasa Hebrew. Sekalipun Pharisees menolak ajaran beliau, sehingga beliau mengatakan bahawa syarat untuk masuk syurga ialah keimanan seseorang itu mestilah lebih daripada keimanan Pharisees tersebut.Kenapa?. Kerana Pharisees tidak mempercayai kehadiran / kewujudan Jesus.

Memang betul kita boleh tolak buku2 yang sekarang ni. Tapi, kita tak boleh tolak 100%. Kita kena baca buku tu sebab buku tu masih ada part2 yang sangat berkait rapat dengan Quran. Memang kadangkala akan sedikit bosan dengan Bible, memandangkan untuk menceritakan satu cerita sahaja, mengambil 1 BAB dengan ayat yang berjela-jela. Tapi, jalan cerita itu ada.

Sebab tu saya cadangkan bila baca Bible, letakkan Quran bersama di sisi. Bila Mnm baca Bible, Mnm akan dapati betapa indahnya Allah susun kata-kataNya dalam Quran. Bacalah MnM...bukan mengimani, tapi kena juga tahu, sebagai ilmu tambahan. Secara tak langsung sebenarnya membuatkan kepercayaan akan kewujudan nabi2 dan mukjizat2 mereka akan lebih kuat. InsyaAllah
. Mana tahu MnM boleh jadi pengganti Ahmed Deedat pula...

---------------------------------------------------------------------------------

2)Disebabkan ada percampuran yang haq dan yang batil, maka adalah lebih elok untuk tidak membacanya, kecuali kepada yang arif untuk membuat kajian, dan itupun sudah tentu kefahaman Islam kena mantap dulu.

Jawapan saya:

Boleh baca, tapi bukan mengimani...terutamanya bab ketuhanan Jesus. Ada banyak nilai-nilai baik yang ada dalam Bible..Banyak..terutamanya dalam buku Proverbs, kalau tak percaya, MnM boleh baca juga...bukan nak kata Quran tak lengkap dengan nilai-nilai baik, macam saya kata tadi ia adalah ilmu tambahan. Proverbs juga tak bosan saya baca..sebab yang ni memang ayat pendek-pendek...otak pun santai..sebab tak ada soal ketuhanan, tapi nasihat, nasihat dan nasiha
t. Kalau nak banyak tahu mengenai pembentukan undang-undang Tuhan, kebanyakannya dalam Taurat (Old Testament)

[ Last edited by  eastrun at 17-11-2008 09:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 10:26 AM | Show all posts
tumpang bace...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2008 07:42 PM | Show all posts

Balas #46 mejik\ catat

ok..kalau masuk lane nih..jangan lak tersungkur macam model dalam avatar saya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 17-11-2008 03:31 AM
Tak setuju Abu Hurairah mereka hadith2 Israilliyat




Bukan camtu bro...Abu Hurairah bukannya mereka hadith2 Israilliyat tapi hadith2 israilliyat dari Abu Hurairah banyak bersumberkan daripada pendita2 Yahudi termasuk Kaab al-Ahbar yang masuk Islam tapi tak pernah bertemu dengan Rasulullah saaw. Ini mengundang banyak pertikaian dan dikalangan sahabat2 nabi sendiri ada yang menolak hadis Abu Hurairah termasuk Aisyah, Zubair al-Awwam, Ibnu Umar malah Umar bin Khattab sendiri pun mengatakan Abu Hurairah ini seorang pembohong.
Bab Abu Hurairah ni saja boleh cerita panjang lagi nanti insyaAllah.

Jadi kalau gitu tak tepatlah kita dipanggil Anak Adam kerana keturunan kita ni dah tercemar


Mengapa pula tidak boleh sedangkan keturunan seseorang itu bersandarkan daripada bapanya. Anak bayi test-tube pun masih dianggap anak kepada lelaki yang mendermakan sperma nya. Rahim wanita hanya sebagai penyebab berlakunya persenyawaan dan beruntunglah kita berketurunan sama ada bidadari atau jin dan bukannya hasil sumbang mahram macam binatang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 17-11-2008 08:32 AM
Erk... terperanjat saya bila Grave kata anak Nabi Adam berkahwin dengan Jin. Erm...takkan macam tu sekali kot semata-mata nak menolak yang dibenarkan terjadi pada zaman Nabi Adam.Tak perlulah macam tu sekali. Just terima sahaja dengan seadanya cerita yang ada. Ada baiknya tidak terlalu melampau-lampau...


Kali pertama saya mendengarnya ketika mengaji dari seorang guru syiah, baru tersedar bahawa selama ini cerita2 seperti ini tidak pernah dibahaskan ramai kerana hanya membuta tuli terpengaruh dari satu sumber saja iaitu kitab bible dan itupun penuh dengan keraguan akibat tangan2 kotor pendeta yahudi yang merubahnya. Rasulullah saaw berperanan bukan hanya sebagai pembawa syariat benar malah untuk membetulkan syariat2 yang terpesong sebelumnya dan membetulkan cerita2 para rasul terdahulu yang telah disensasikan oleh pendita2 yang berkepentingan. Cerita daripada Rasulullah saaw sendiri pasti diteruskan oleh ahlul-bait2nya yang ketinggian ilmu mereka tak sesiapa boleh nafikan. Cerita ini saya dah rujuk juga kepada seorang guru yang mengajar kitab al-hikam dan beliau telah menyetujuinya.
Sekarang sudah ada dua versi yang dibentangkan dan bolehlah memilih sama ada nak mempercayai dari sumber Islam sendiri yang menceritakannya ataupun masih tetap nak memilih bersumberkan daripada al-kitab yang kandungannya memang jelas amat meragukan. Yang bawa cerita tu pun hanya paderi-paderi mereka saja.
Pilih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 17-11-2008 09:06 PM
Boleh baca, tapi bukan mengimani...terutamanya bab ketuhanan Jesus. Ada banyak nilai-nilai baik yang ada dalam Bible..Banyak..terutamanya dalam buku Proverbs, kalau tak percaya, MnM boleh baca juga...bukan nak kata Quran tak lengkap dengan nilai-nilai baik, macam saya kata tadi ia adalah ilmu tambahan. Proverbs juga tak bosan saya baca..sebab yang ni memang ayat pendek-pendek...otak pun santai..sebab tak ada soal ketuhanan, tapi nasihat, nasihat dan nasihat. Kalau nak banyak tahu mengenai pembentukan undang-undang Tuhan, kebanyakannya dalam Taurat (Old Testament)


Tidak ada keistimewaan dalam bible melainkan cerita2 yang mendatar hasil daripada sumbangan pemikiran2 pendita yahudi yang mencipta agama Kristian. Antaranya ialah Saul yang kononnya telah insaf setelah lama Nabi Isa telah tiada. Kononnya juga Saul ini telah didatangai oleh Jesus suatu masa selepas di salib dan menegurnya.."Saul...why you have forsaken me?" dan dari peristiwa itulah ia telah mendapat ilham untuk menulis dan mencipta bible yang ada hari ini. Ia terus menukar namanya dengan panggilan Paul dan diwalikan menjadi St.Paul.
Ni nak eksen sikit...saya dah lama baca kitab bible ni (dapat free) malah dulu pun pernah mengikuti kelas sunday classes sewaktu masuk boy's brigade di MBSKL. Gereja yang atas bukit sebelah Pudu Raya tu pun pernah masuk termasuk St.John's catheral sewaktu sambung F6 di SJI. Masuk tak rasa apa-apa pun melainkan rasa syok suasananya agak menggerunkan teringat cerita dracula saja. Sekali sekal melepaskan gian kena sebatang marlboro sebab Principal dan Discipline master tak tau ada port kat situ...heheh.

Untuk yang cuba nak baca bible toksah lah. Kalau nak tahu cerita2 para rasul dan cerita2 dahulu dalam al-quran sendiri dah ada banyak. Guru2 tariqat pun banyak cerita2 yang hanya disampaikan dalam pengajian2 mereka saja. Nak tahu lagi pi ngaji dengan depa.
Anyway ada juga pengkaji2 bible di Barat melarang kanak2 dari membaca bible kerana di dalamnya penuh dengan cerita2 lucah yang tak sesuai untuk peringkat mereka. Memang ada part2 yang kalau baca memang rasa stim pulak..heheh.

[ Last edited by  Gravedigger at 20-11-2008 01:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:27 PM | Show all posts

Balas #50 Gravedigger\ catat

Saya tidak cakap pun Bible tu istimewa, tapi mungkin istimewa pada levelnya... bagi saya apa salahnya pun kalau baca. Sudah saya katakan berkali-kali, bacalah, tapi jangan sekali-kali mengimaninya. Dalam Quran memang ada banyak cerita-cerita para Rasul, malah apa yang tidak disebutkan dalam Bible pun Quran ada sebut. Tapi, tak salah kalau kita baca cerita yang berjela-jela mengenai Nabi-nabi orang Yahudi yang ada dalam Bible...kadangkala ia juga akan membuatkan kita lebih faham juga apa yang Quran cuba sampaikan.

..kalau saudara nak ke gereja pun saya tidak kisah. Sebab saya juga pernah masuk ke sana. Sebagai umat Islam, kenapa pulak kita nak rasa syok masuk dalam gereja?. Sedangkan Kristianiti tu bukan kita imani, jadi macammana nak rasa syok kalau masuk dalam gereja. Jikalau umat Kristian dibenarkan masuk ke dalam masjid pun, pastinya mereka akan memberikan pandangan yang sama. Jadi, sekarang ia lebih kepada penekanan psikologi. Saya agak kurang bersetuju saudara membuat gereja sebagai tempat merokok...it is ok kalau saudara tidak suka pada gereja, tapi cubalah menghormati rumah ibadah mereka.

Nak baca tak ada salahnya..nak imani tu yang toksah, terutamanya bab ketuhanan yang kadang-kadang mengelirukan. Bab yang stim tu, saya agak setuju, memang ada part macam tu..tapi semua terpulang kepada cara berfikir. Kalau berfikir kenapa terjadi itu semua?...itu adalah kerana tiada undang-undang pun yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh buat benda-benda yang stim. Maka kerana itu mereka buat.

Kenapa nak sogokkan kepada anak-anak yang part lucah tu, sogokkan la yang part yang baik...kenapa mesti tengok yang buruk dan melupakan yang baik, yang mana jumlahnya jauh lebih besar daripada benda yang buruk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:44 PM | Show all posts
tak payah la nak baca2 bible,baca majalah ujang lg best.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-11-2008 01:27 PM
..kalau saudara nak ke gereja pun saya tidak kisah. Sebab saya juga pernah masuk ke sana. Sebagai umat Islam, kenapa pulak kita nak rasa syok masuk dalam gereja?. Sedangkan Kristianiti tu bukan kita imani, jadi macammana nak rasa syok kalau masuk dalam gereja. Jikalau umat Kristian dibenarkan masuk ke dalam masjid pun, pastinya mereka akan memberikan pandangan yang sama. Jadi, sekarang ia lebih kepada penekanan psikologi. Saya agak kurang bersetuju saudara membuat gereja sebagai tempat merokok...it is ok kalau saudara tidak suka pada gereja, tapi cubalah menghormati rumah ibadah mereka.


Sapa kata saya tak suka pada gereja?? Saya suka pada gereja malah ia menjadi sumber inspirasi terikut cerita2 Dracula dan cerita suspens spt 'the hunchback of Notre Dame' and 'the beauty and the beast' merujuk kepada senibinanya. Ada pulak kawan yang rasa bangga masuk dalam gereja kononnya terasa macam mat salleh pulak seperti dalam filem2 wayang akibat dakyah mereka itu. Orang2 pariah di India pun masuk Keristian sebab mereka merasakan dapat naik taraf bersembahyang sama2 dengan golongan bangsawan di gereja tapi rupa-rupanya mereka juga dipingggirkan...so tak dapatlah nak rasa high class sikit.
Port saya dulu bukannya dalam gereja tapi ada satu tempat khas berdekatan yang member aje yang tahu. Takderlah saya nak hina merokok dalam gereja sebab biasanya bahagian dalam tu selalunya berkunci. Ini gereja methodist dan bukannya Katholiik yang ada ruang orang awam boleh membuang dosanya buat confession.


[ Last edited by  Gravedigger at 20-11-2008 03:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:56 PM | Show all posts
dashyat giler ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-11-2008 01:27 PM
?...itu adalah kerana tiada undang-undang pun yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh buat benda-benda yang stim. Maka kerana itu mereka buat.


Bukan tiada undang2 untuk melakukan benda2 yang stim melainkan undang2 rimba saja yang tak kira anak, ibu atau ayah yang boleh tenggek-menenggek antara satu sama lain. Manusia dijadi tuhan berakal fikiran dan diberikan ilmu pengetahuan untuk membezakan antara nilai baik dan jahat sejak Adam di wujudkan lagi dan sehinggalah Nabi Muhammad di cipta dari kesuciannya yang terpelihara sejak azali lagi. Kewujudan Nabi Muhammad bukan atas keturunan sumbang mahram malah keturunannya yang suci terpelihara oleh Allah  dari kesyirikan juga.
Sudah menjadi fitrah manusia suka stim dan daripada itulah pendita2 yahudi mencipta cerita yang boleh mendatangkan setim.



[ Last edited by  Gravedigger at 20-11-2008 02:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 05:22 PM | Show all posts

Balas #55 Gravedigger\ catat

Masalahnya memang waktu tu tak ada undang-undang yang mengatakan haram bersetubuh antara ibu dan anak dan sebagainya..Pada waktu itu tidak diharamkan, habis siapa kita nak kata benda tu haram..tak pasal-pasal nanti akan dichopkan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal pula. Pada azalinya, memang la manusia tahu mana yang baik mana yang buruk, tapi penekanan kepada itu adalah disebabkan adanya perintah atau undang-undang. Kalau tak ada undang-undang, buat aje la..pada pandangan manusia ketika itu ia adalah biasa.

Kewujudan nabi Muhammad adalah suci dari sumbang mahram, kerana, dia lahir sesudah sumbang mahram itu diharamkan. Jika benar pun nenek moyang Nabi Muhammad, yang kita tak tahu, melakukan sumbang mahram, kita tetap tak boleh tuduh Nabi Muhammad berasal dari darah keturunan sumbang mahram sebab bukan baginda yang menginginkan untuk berada di bawah keturunan yang sebegitu.

Kalau nak diikutkan dalam Bible, Hajar (isteri Nabi Ibrahim) tidak lebih daripada seorang hamba. Dia tidak berkahwin dengan Nabi Ibrahim, namun Nabi Ibrahim bersetubuh dengan Hajar juga dan lahirlah anak yang keturunannya ialah Nabi Muhammad. Kalau kita fikir dengan pemikiran sekarang (pemikiran selepas penurunan undang2 pengharaman sumbang mahram / zina), mesti kita akan kata bahawa Nabi Muhammad keturunan kotor.

Tapi, kalau kita faham dengan betul. Sebenarnya Nabi Muhammad bukan / tidak boleh dipersalahkan pun..Nabi Ibrahim dan Hajar pun tak boleh nak dipersalahkan, sebab pada waktu itu, tiada larangan langsung untuk meniduri hamba dan sbgnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 05:29 PM | Show all posts

Balas #55 Gravedigger\ catat

Manusia memang suka benda yang cantik dan memang suka benda yang dapat menaikkan nafsu. Namun, kalau undang2 tak kata haram, maka boleh je buat untuk memuaskan nafsu tu. Namun, bila undang-undang turun, maka jadilah ia haram

Oh..tak sangka ye orang2 India akan buat macam tu semata-mata nak dapat rasa high class..Ada ke macam tu???.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 20-11-2008 12:22 PM

Bukan camtu bro...Abu Hurairah bukannya mereka hadith2 Israilliyat tapi hadith2 israilliyat dari Abu Hurairah banyak bersumberkan daripada pendita2 Yahudi termasuk Kaab al-Ahbar yang masuk Islam tapi tak pernah bertemu dengan Rasulullah saaw. Ini mengundang banyak pertikaian dan dikalangan sahabat2 nabi sendiri ada yang menolak hadis Abu Hurairah termasuk Aisyah, Zubair al-Awwam, Ibnu Umar malah Umar bin Khattab sendiri pun mengatakan Abu Hurairah ini seorang pembohong.
Bab Abu Hurairah ni saja boleh cerita panjang lagi nanti insyaAllah.


Saya tak berniat nak panjangkan cerita Abu Hurairah. Memang ada kisah Umar R.A seolah-olah sangsi satu riwayat Abu Hurairah, tapi bila dibawa bertemu Nabi, tidak pula Umar kata Abu Hurairah salah, sebaliknya dia tak suka riwayat yang mana ia orang boleh sangka buruk disebabkan salah faham. Nabi pula tidak kata Abu Hurairah salah, tidak pula menegur Umar kerana tindakannya ada asas. Sahabat lain pun tidak menyalahkan Umar yang pernah menempelak Abu Hurairah itu. Ini satu contoh yang mana ada riwayat2 yang dipertikaikan, di zaman Nabi lagi dah ada namun dah diselesaikan dan dibenarkan riwayat itu. Ada beberapa lagi riwayat yang mana Abu Hurairah membawa bukti dari sahabat yang pernah dengar riwayat yang sama....

Mengapa pula tidak boleh sedangkan keturunan seseorang itu bersandarkan daripada bapanya. Anak bayi test-tube pun masih dianggap anak kepada lelaki yang mendermakan sperma nya. Rahim wanita hanya sebagai penyebab berlakunya persenyawaan dan beruntunglah kita berketurunan sama ada bidadari atau jin dan bukannya hasil sumbang mahram macam binatang.


Berkenaan nasab dan keturunan memang la kita ikut bapa. Tapi ibu kita kan MANUSIA juga yang sama spesis dengan kita. Kalaulah Manusia kahwin dengan JIN, anak tu dipanggil anak manusia atau anak Jin? Atau anak manusia dan Jin?

Kalau nak kira keturunan seseorang itu TAK SEMESTI dari lelaki sahaja, keturunan Nabi Muhammad sendiri dari anak perempuannya Fatimah R.Anha. Taktaulah saya kalau Nabi ada anak lelaki yang sempat hidup, berkahwin dan ada anak.

Untuk yang cuba nak baca bible toksah lah. Kalau nak tahu cerita2 para rasul dan cerita2 dahulu dalam al-quran sendiri dah ada banyak. Guru2 tariqat pun banyak cerita2 yang hanya disampaikan dalam pengajian2 mereka saja. Nak tahu lagi pi ngaji dengan depa.
Anyway ada juga pengkaji2 bible di Barat melarang kanak2 dari membaca bible kerana di dalamnya penuh dengan cerita2 lucah yang tak sesuai untuk peringkat mereka. Memang ada part2 yang kalau baca memang rasa stim pulak..heheh.


Yang ni saya setuju. Tambahan:

Narrated Abu Huraira: The people of the Scripture used to read the Torah in Hebrew and explain it to the Muslims in Arabic. Then Allah's Apostle said, "Do not believe the people of the Scripture, and do not disbelieve them, but say, 'We believe in Allah and whatever has been revealed...' (3.84)
[Bukhari]

Hadith Abu Hurairah lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 20-11-2008 05:22 PM
Masalahnya memang waktu tu tak ada undang-undang yang mengatakan haram bersetubuh antara ibu dan anak dan sebagainya..Pada waktu itu tidak diharamkan, habis siapa kita nak kata benda tu haram..ta ...


Setakat yang saya tahu antara ibu atau bapa dan anak ni takdak dalam ajaran agama langit. Yang kita dengar tu memang boleh dipertikaikan, tapi nanti jadi perdebatan yang besar pulak dan tak sesuai kat sini.

Antara adik-beradik tu anak2 Nabi Adam saja, tu pun bukan adik beradik kembar sendiri. Nabi Adam ada banyak anak yang kembar lelaki perempuan. Dan pasangan kembar tu hanya boleh kahwin dengan pasangan yang lain. Sebab tu lah kisah cemburu, pasangan dia kembar yang lebih cantik tapi dikahwinkan dengan pasangan yang kurang cantik.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 20-11-2008 06:22 PM


Setakat yang saya tahuantara ibu atau bapa dan anak ni takdak dalam ajaran agama langit. Yangkita dengar tu memang boleh dipertikaikan, tapi nanti jadi perdebatanyang besar pulak dan tak sesuai kat sini.

Antara adik-beradik tu anak2 Nabi Adam saja, tu pun bukan adik beradikkembar sendiri. Nabi Adam ada banyak anak yang kembar lelaki perempuan.Dan pasangan kembar tu hanya boleh kahwin dengan pasangan yang lain.Sebab tu lah kisah cemburu, pasangan dia kembar yang lebih cantik tapidikahwinkan dengan pasangan yang kurang cantik.

WAllahu a'lam


Memang pada mulanya tak ada, jadi apabila tidak ada, maka mereka berasakan bahawa ia adalah sesuatu yang boleh dibuat. Maka, mereka pun buat. Kalau kita hidup pada zaman mereka, kita akan katakan bahawa apa yang mereka buat adalah betul sebab tidak ada larangan pun untuk berbuat begitu.

Sekalipun anak kembar yang satu berkahwin dengan yang lain, tapi still under perhubungan darah yang sama. Emak dan ayahnya sama. Kalau diikutkan itu sendiri dah jadi sumbang mahram dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.098375 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list