|
Perlukah Duit Nafkah (aka Duit Poket aka Wang Tunai) utk Isteri yg Bekerja?
[Copy link]
|
|
Balas #40 pakuu_pakiss\ catat
Err.. duit isteri bekerja tu hak bersama suami, aku tak sure.. pasal setau aku bende ni memang antara benda yang samar-samar, tapi rasanya dah diputuskan bahawa harta pencarian isteri adalah milik sepenuhnya isteri.
Masalah ngan bende ni, ialah zaman Nabi dulu tak ramai wanita bekerja, so tak banyak yang dibicarakan mengenai hukum wanita bekerja.
Tapi yang aku pasti, keluarnya isteri bekerja, mesti dengan keizinan suami, dan tidak gugur hak isteri menerima nafkah dari suami walaupun dia bekerja (kecuali kalau berlaku perkara menderhakai suami etc kat tempat kerja tu laaaa......).
Samada isteri tidak boleh bekerja kecuali apabila perlu, tak sure laa plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pakuu_pakiss at 25-11-2008 05:24 AM
Betul tu... so how? apa kata para2 isteri kat sini? Sedangkan aku pun makan kat rumah sebelum pegi keja to skip belanja b'fast kat tempat keja... kadang2 bila perut tak lapar... lunch pun aku ...
senang, duit poket tu tukar dengan fixed deposit ke apa...
bini boleh pandang buku bank aje tapi tak boleh usik..
kata ngan dia, duit utk ''shopping'' masa tua nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pakuu_pakiss at 25-11-2008 06:18 PM
Kalau betul tak demand, sekadar RM5 tuh takde hal nya nak bagi tiap2bulan... ini jgn kan RM50, RM100 pun muka monyot lagi... compare2 pulakdengan ofis mates... sapa dapat lagi byk dr suami diaorg..
aduh..tak baiknya la wife en paku buat camni...siap compare2 dgn opis mate lagi..dah kalau banyak itu aje yg mampu diberi buat masa ni, dia spatutnya kena terimalah seadanya..kalau keperluan2 lain kat umah tu dah en paku tolong setelkan..kena bertolak ansur lah...
en paku kena bercakap dan terus bercakap dgn isteri pasal isu duit ni...en paku ada masalah komunikasi dgn isteri ke?
atau masalah gaji isteri en paku lebih besar kot.., itu pasal isteri suka buli kot........hihiihi..gurau ajee...jgn mareee...
takkan isteri en paku tak tau jumlah gaji yg en paku terima..cuba en paku duduk berbincang dgn dia...ambik kertas sekeping pastu huraikan panjang lebar...misal cth mcm ni..."gaji abg, RM 4k..tolak bayar umah 1k, kereta RM900, belanja dapur RM600, anak2 RM 500, tol RM 200, petrol RM 400 , makan minum kat opis RM 100...bagi kat u RM 300..cube u tengok berape yg tinggal utk abang..RM0.00 sen aje..abis mcm mana abg nak saving utk masa depan atau hal2 emegency....boleh nampak tak masalah abg skrg ni.."....aaaa lebih kurang cenggitu laaa....
ku dulu2 pun memang berkira dgn my suami...selalu demand lebih..sbb dia takde pun cerita detail pasal duit dia..so,ku assume dia selalu banyakkkk fulusss...sampailah satu hari dia beri detail berapa duit yg dia terima dan berapa jumlah yg bnyak keluar....then barulah ku memahami bebanan yg dia tanggung selama itu..sblm tu mmg tau pon banyak benda dia kena tanggung, tapi saje buat2 tak tau.. tapi selepas diberi ceramah pjg lebar semenjak dari tu ku sudah memahami dan rasa kasihan kat dia...
so..cubalah berbincang dan bercakap dan terus bercakap dgn isteri supaya dia memahami situasi en paku...mungkin buat masa ni rezeki belum melimpah ruah lagi..esok2 mana tahu...tuhan bagi rezeki murah...bulan2 nak kasik RM 5k kat isteri pon tadak hal...
[ Last edited by sofiajane at 25-11-2008 08:57 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makanan, Pakaian, Tempat tinggal & Perlindungan adalah tanggungjawab suami. TAPI duit shopping nak beli handbag, mekap, baju, skirt bla..bla..bla.. yang mana ke semuanya boleh di ambil gambar & ditepek gambar dalam BOD nun sana dengan tujuan menunjuk dan riak BUKAN tanggungjawab suami.
Eh, betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
J.K.W Rowling ada menyebut......isteri yang comot aka selekeh aka sembronoh penampilannya adalah untuk suami yang sengkek.......... |
|
|
|
|
|
|
|
dominan sungguh isteri Encik Paku ni....zahir & batin
gue rasa en paku kena up kan sket yr attitude, jadi org lebih tegas & gain respect from your very own wife...after all u'r the leader of the family kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku vote perlu... sungguhpun aku tak tau aper duit nafkah yang tuan rumah maksudkan... tapi laki aku kasik duit poket untuk aku tiap2 bulan...
setahu aku, laki aku takder pulak ikat perut sebab nak kasik duit poket kat aku... gaji laki aku roughly 3 times gaji aku... okay ler tuh kasik duit poket sikit tiap2 bulan... aku guna untuk beli makanan masa keja, isi minyak keta, toys anak aku... |
|
|
|
|
|
|
|
oo skrg topic ada sedikit tambah ek..... nafkah wang ringgit
termasuk dlm nafkah zahir gak la...ikut kemampuan suami...lagikan pasangan yg bercerai bekas suami kena bayar nafkah , tak kira samada bekas isteri kerja atau tidak....inikan pula yg maseh suami isteri...
cuma persoalan nya berapa banyak....bergantung pada kemampuan la...takkan laki gaji 5K nak bagi bini napkah 3K (utk shopping mopping je?? ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 sofiajane's post
yup. kena buat simpanan kira2 gaji bersama dulu sebelum tentukan braper nak kasik...
aku dengan laki aku dah buat sumer nih sebelum dia allocate nafkah duit poket aku... tak susah, pakai microsoft excel jer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NtahSapaNtah at 25-11-2008 06:53 PM
Hmmm.. pasal syarak melarang suami kaya benarkan isteri keluar bekerja, dan harta isteri selepas kahwin bukan hak mutlak isteri.. ada orang boleh enlighten pasal hal ni tak.. rasa cam tak berapa ...
tak tahu nak sahihkan camner...tapi pasal syarak melarang suami kaya benarkan isteri keluar bekerja tu memang ada benarnya...
kalau suami tu kaya ,mampu tanggung segala keperluan isteri dan keluarga ...then buat apa lagi nak di suruh si isteri tu bekerja...betul tak?
kalau alasan boring, ustaz tu dah jawab dah mcm kat bawah..,
"Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.".....
[ Last edited by sofiajane at 26-11-2008 10:16 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 sofiajane's post
a ahh...slalu kalau suami buat pasal, org nasihatkan isteri tu muhasabah diri sendiri dulu kan....sama la jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 sofiajane's post
Benda syarak tak boleh jawap pakai akal. Pasal ni hukum kak. Pasal tu saya tanya kalau sapa-sapa boleh enlighten. Sama cam poligami, kalau ikut akal, sah-sah nampak banyak buruk pada baik. Tapi dia dibenarkan....
Saya tak pernah dengar hukum haram suami kaya benarkan isteri bekerja, pasal tu saya tanya kalau ada sesiapa boleh tolong bagitau saya ada ayat Quran ke, hadis ke ijma' ulamak ke pasal bende nih. Ini pengetahuan baru bagi saya dan saya taknak rasionalize dia pakai akal.
Saya check kat internet, yang cakap haram, semua berdasarkan emel yang sama. Tu yang tak berapa pasti tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #52 kikilalat\ catat
aaaaa...kan senang bermuafakat macam ni...barulah tak timbul isu dari isteri tu kenapa suami dia hanya bagi banyak ni..banyak ni aje..
kalau suami banyak sangat berahsia dgn isteri pasal duit dia...,isteri jadi tak tahu kedudukan sebenar kewangan suami...
bila tak tahu kedudukan sebenar kewangan suami.., isteri assume suami banyak duit,
bila isteri tu assume suami banyak duit..,isteri mesti demand lebih...
bila isteri demand lebih suami terus bukak thread tak perlu bagi nafkah wang ringgit kat isteri....apparaaa....
so, en paku...bermuafakat lah dgn isteri tu elok2...hidup suami isteri ni kenalah sama2 susah sama2 senang...takkanlah isteri en paku tergamak tengok en paku susah sorang2 kannnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #55 manakautau\ catat
ermmm istilah kaya tu..ermmm kaya mcm sultan brunei kot...kalau belum sampai tahap tu belum di kira kaya lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NtahSapaNtah at 26-11-2008 10:26 AM
Saya tak pernah dengar hukum haram suami kaya benarkan isteri bekerja, ...
Ditto.
Pun first time aku dengar... betul ker pendapat ustaz nih? Pendapat persendirian jer ker? Berdasarkan Quran & Hadith? Fahaman aper yang ustaz nih amalkan?
Aku pun musykil pendapat ustaz nih actually... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #56 NtahSapaNtah\ catat
err..mungkin en ntah boleh bertanya kat board M & M sana utk kepastian & kesahihannya...
atau bertanya in directly pada siapa2 yg arif pasal hukum2 ni kat luar sana...
pastu bila dah dpt jawapan,bagitau la ek... |
|
|
|
|
|
|
|
aku amik dari website JAKIM...
http://baheis.islam.gov.my/web/m ... 28d2db?OpenDocument
Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
Jawapan : Wa'alaikumussalam wrt. wbt.
Antara tanggung jawab suami terhadap isteri ialah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Nafkah zahir termasuklah memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal, memberi pendidikan kepada isterinya mengikut kemampuan suami. Kemampuan yang dimaksudkan ialah kemampuan dari segi kewangan, pendidikan, fizikal dan akal. Sekiranya suami berpendapatan kecil, maka ia hendaklah memberi nafkah kepada isterinya berpandukan kepada pendapatannya.
Manakala tanggung jawab isteri antaranya ialah melayan dan mentaati suami selama mana ia tidak menyuruh melakukan perkara-perkara yang dilarang syara'. Ini bermakna tugas atau tanggungjawab isteri pada dasarnya ialah di rumah. Walau bagaimanapun Islam mengharuskan wanita bekerja di luar rumah dengan izin suami. Tujuan isteri bekerja adalah untuk membantu ekonomi rumahtangga. Oleh itu ia hendaklah bijak mengatur atau membahagikan masa kerana ia mempunyai dwi kerjaya, iaitu sebagai isteri dan pekerja.
Bagi suami yang mempunyai isteri yang bekerja seharusnya bersyukur kerana isteri dapat membantunya dalam masalah ekonomi rumahtangga. Sekiranya suami sahaja bekerja tanpa dibantu isteri, mungkin pendapatan isi rumahnya kecil, tetapi apabila isteri bekerja, sudah tentu pendapatan isu rumah berada pada tahap sederhana. Walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, suami masih diwajibkan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada kemampuan atau pendapatan suami. Justeru itu suami perlu berfikiran positif dalam membina rumah tangga bahagia, di mana suami tidak boleh melepaskan tangan atau mengabaikan tanggunjawab atas dasar isteri sudah mampu menyara dirinya sendiri.
Suami isteri hendaklah sentiasa bekerjasama, saling bantu membantu dan faham memahami antara satu sama lain bagi mempastikan rumah tangga yang di bina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Apabila wujudnya bersefahaman dan persepakatan, maka sudah tentu tidak timbul masalah menuntt ganti rugi. Suami perlu mengetahui bahawa tugas mengendalikan rumah tangga seperti menyediakan makan minum, mengemas rumah dan sebagainya bukan tugas isteri secara mutlak. Sekiranya suami berkemampuan dari segi ekonominya, dia seharusnya mendapatkan khadam atau pembantu untuk isterinya.
Justeru itu, suami boleh membuat pilihan samada mahukan isterinya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa atau bekerja untuk membantu suami. Ingatlah bahawa isteri adalah amanah dari Allah yang perlu dijaga dan dilindungi oeh suami.
Status : Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan : PANEL SJAI 130308
Tarikh Selesai : 13/03/2008 01:55 PM |
|
|
|
|
|
|
| |
|