|
About Sifu M Nasir - Update : Konsert Di Stadium Negara 25/7 (P4)
[Copy link]
|
|
harian metro 26 feb 09
Mayat tergantung, M Nasir terbang
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap | | BERBULAN-BULAN menyusun strategi serta mengadakan persiapan, Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) yang bakal dipentaskan, esok di Panggung Sari, IB, pastinya cukup dinanti-nantikan peminat.
| Masakan tidak, penganjuran konsert anjuran Box Office (M) Sdn Bhd yang diadakan sehingga 29 Februari ini muncul selepas sekian lama penyanyi, komposer, penulis lirik, pengarah, pelakon dan penghibur prolifik tidak menjayakan sebarang konsert.
Kali terakhir seniman kelahiran Singapura yang mendapat taraf kerakyatan negara ini mengadakan konsert pada 29 Januari 2000 apabila beliau muncul dalam Konsert Raikan Cinta M Nasir di Stadium Merdeka.
Tempoh itu sudah terlalu lama, ia berlaku sembilan tahun lalu. Maka tidak hairanlah, mengapa penganjuran Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) ini mendapat sambutan cukup hangat sehinggakan tiketnya laris dijual.
Menyorot persiapan konsert, Aznan Alias (Nan) yang bertindak selaku pengarah muzik dihubungi Rap, semalam, untuk bercerita lanjut mengenai perkembangannya setakat semalam.
Nan yang bermain di posisi gitaris utama berkata, rom bongan pemuzik, kru teknikal dan penyanyi latar yang terbabit dalam konsert ini sudahpun menjalani latihan di IB sejak hari pertama melangkah ke pentas Panggung Sari, Selasa lalu.
“Fokus kami pada hari pertama selain latihan adalah tumpuan dari sudut teknikal. Setakat semalam, kami sangat berpuas hati dengan penyediaan penataan bunyi, muzik dan video latar juga berjalan dengan lancar.
“Cuma tinggal bahagian M Nasir. Seperti pernah saya maklumkan sebelum ini, berkemungkinan ada beberapa perkara yang akan ditukar pada saat akhir atau diperbaiki sama ada dari segi persembahan atau teknikal kerana Nasir seorang yang sangat teliti.
“Bagi saya semua yang terbabit dalam konsert ini, pemuzik mahupun jurutera sudah faham cara kerja Nasir dan daripada pemerhatian, semuanya menjalankan tugas dengan baik.
“Bagaimanapun, berdasarkan apa yang kami lakukan tem poh hari, baki persiapan sebenarnya cuma tinggal 20 peratus saja lagi dan ia merangkumi penyediaan pentas dan atur cara konsert secara keseluruhan,” katanya.
Selain Nan, pemuzik handalan dan berpengalaman yang terbabit dalam konsert ini adalah Zul Mahad (piano), Ahmad Firdaus Mahmod (keyboard pertama), Eddie Slam (keyboard kedua), Ujang Exists (dram), Pa'ang (perkusi pertama), Hamzah Hashim (perkusi kedua), Mohar Diman (seruling) dan Hanafi Spider (gitar kedua).
Dalam temu bual itu, Nan yang mengesahkan M Nasir akan beraksi secara solo sepanjang persembahan tanpa artis un dangan turut memberikan serba sedikit gambaran mengenai perjalanan konsert serta gimik yang bakal menemui pe nonton.
“Pentas Istana Budaya secara teknikal sangat dahsyat, justeru dengan kesempatan yang diberikan, kami cuba meman faatkannya.
“Selain penggunaan ‘props’ yang pelbagai dan penukaran pentas, turut terdapat beberapa gimik.
“Jangan terkejut kalau anda akan lihat mayat tergantung, mungkin juga salah seorang atau M Nasir sendiri akan terbang. Nyata, semua elemen yang digunakan ada mesej di sebaliknya yang hendak disampaikan,” katanya.
Antara lagu dendangan M Nasir pada malam itu, Raikan Cinta, Masirah, Sahabat Gua, Phoenix Bangkit, Bila Rumi Menari, Dah Lagu Tu, Melawan Arus, Langgam Pak Dogo, Oh! Anak, Hijab Kekasih, Tari Rimba Cinta, Mistikal, Demi Masa dan Semakin Nyata.
Termasuk, Mentera Semerah Padi, Anak Anak Kita, Sen tuhan Listrik, Ada, Perang Yang Lagi Satu, Bukalah Hatimu, Juwita, Balada Seorang Teman, Kias Fansuri, Andalusia, Apokalips, Gong Impian, Keroncong Nostradamus, Hidayah dan Akar Kita. |
|
|
|
|
|
|
|
dan lagi
Soseh Soseh: Beli tiket demi M Nasir
Rap | KONSERT belum bermula, M Nasir sudah mendapat suntikan semangat daripada kawan-kawan. SS dengar pun terbit rasa bangga kerana dalam bidang seni, kita biasa dengar rakan artis menikam sesama sendiri. Berlainan pula untuk Konsert Alam Muzik-M Nasir, rakan artis tidak lokek melabur duit sendiri. | SS diberitahu, untuk konsert itu, Awie beli enam tiket berharga RM250. Nak diikutkan Awie boleh dapat percuma untuk dia dengan pasangan. Lagipun SS maklum pelbagai konsert hebat Wings dulu adalah di bawah penganjuran Box Office, diterajui Ali Bakar yang juga menganjurkan konsert M Nasir ini.
Tapi Awie lain, dia tidak mahu tiket percuma. Sekalipun sekarang ini kita sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global, Awie sanggup laburkan RM1,500 semata-mata kerana M Nasir.
Untuk konsert M Nasir ini, tiket dijual pada harga RM45, RM85, RM150, RM200 dan RM250. Konsert diadakan di Istana Budaya bermula 27 Februari, 28 Februari dan 1 Mac ini.
Jika sebelum ini, ketika mengumumkan konsert itu Ali pening kepala kerana tiada penaja, berbeza kini dia boleh senyum bangga. Apa tidaknya konsert belum berlangsung, tetapi tiket habis dijual.
Selain Awie, superstar Anita Sarawak artis pertama yang menghubungi Ali untuk beli tiket. Mulanya penganjur mahu memberi tiket khas, tetapi Anita menolak kerana mahu sokong kawan.
SS difahamkan Anitalah artis pertama yang membeli tiket konsert itu. Malang pula tiket sudah ada, tetapi kelmarin Anita menelefon pihak penganjur, dia tidak dapat hadir. Kebetulan pada hari persembahan konsert M Nasir itu, Anita terikat dengan persembahan khas majlis makan malam.
Bila SS dengar artis kita ikhlas bantu sesama mereka, rasa sejuk di hati. Selain Anita dan Awie, penghibur lama kita, Rahim Maarof dan Nash dari Lefhanded pun sudah membeli tiket konsert itu.
Memang sudah lama kita dahagakan konsert begini. Cadangan SS, kejayaan konsert M Nasir diharap dapat mencetuskan semangat artis rock lain untuk beraksi dalam sebuah konsert kelak.
Manalah tahu, IB berkenan menganjurkan sendiri konsert rock lain, kombinasi rock nusantara. Andai kata terlaksana, maknanya M Nasir pula kena laburkan duit untuk menyokong kawan-kawan pula.
Apapun, sejauh mana hebatnya M Nasir, sama-samalah kita tunggu Konsert Alam Muzik itu. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabarnya nak pegi malam esok.. |
|
|
|
|
|
|
|
malam ni dah start concert m nasir -
tak sabar gak nak pergi - dapat duduk depan juga
ticket tu yang harga rm250 -
ticket free - tu pun sebab saya tutor shafie (anak dia) -
tak sabar nak tengok kejutan - sebab dia kata ada kejutan -
apa dia ye -
saya agak2 mungkin nak beritahu album baru kot -
apa2 pun..... hope we all have fun tonite -
nanti kita buat review tak malam ni (lepas balik) or
tomolo morning -
to m nasir -- all the best dan kita semua ni fan you -
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 dexa's post
selamat berhibur dex
jgn lupa kongsi citer kat bod kesayangan ye
wow
sejak bila jadik tutor anak m.nasir
pssttttt... ngajar apa? ngaji ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
mstar online
Jumaat Februari 27, 2009
Kehangatan 'Konsert Alam Muzik M. Nasir' yang syahdu dan sentimental
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
PELBAGAI elemen menarik boleh dipertontonkan dalam Konsert Alam Muzik M. Nasir mulai hari ini selama tiga malam berturut-turut.
Penyanyi, komposer dan pelakon ini secara keseluruhannya mampu menghiburkan para penonton yang hadir menyaksikan konsert di Istana Budaya itu nanti.
Semalam, penulis sempat menonton persembahan ‘full dress rehearsal’ dan pratonton konsert tersebut.
Melalui persembahan itu, penyanyi Mohamad Nasir Mohamad atau M. Nasir, 52, telah berjaya membuktikan yang beliau mampu membuat konsert solo tanpa bantuan artis jemputan.
Persembahan 'pantomin' kurang menarik perhatian penonton. -foto The Star oleh SAMUEL ONG
Antara yang menjadi tarikan penonton adalah gimik permulaan yang memaparkan sekujur tubuh manusia di layar skrin.
Menariknya, tubuh yang merengkok itu berkumat-kamit mengikut alunan suara M. Nasir ketika beliau menyanyikan lagu pembukanya.
Lama-kelamaan tubuh itu menghilang dan barulah penyanyi yang digelar sebagai ‘Sifu’ ini muncul di depan khalayak.
Seterusnya, M. Nasir membawakan satu kumpulan ‘pantomin’ yang mengaitkan persembahan itu dengan lagu bersifat kemanusiaan itu.
Walaupun menyemakkan mata, persembahan 'pantomin' sekurang-kurangnya tidak menghalang M. Nasir daripada menyampaikan lagu.
Namun begitu, kumpulan ‘pantomin’ itu seolah-olah ‘menyemakkan’ mata penulis yang dirasakan jika tiada pun tidak mengapa.
Bercakap tentang senarai pemilihan lagunya, M. Nasir juga menyanyikan lagu-lagu bersifat keamanan dan kemanusiaan selaras dengan matlamat konsert ini yang turut menyumbang kepada dana amal untuk Gaza.
Konsert ini juga diadakan bersempena meraikan 30 tahun penglibatannya di dalam industri dan menggambarkan perjalanan seni M. Nasir yang berwarna-warni.
M. Nasir juga pandai membeli hati penonton dengan menghidangkan lagu-lagu popularnya seperti Raikan Cinta, Mentera Semerah Padi, Apokalips, Suatu Masa, Ada, Di Balik Cermin Mimpi, Falsafah Cinta, Gerhana, dan Keroncong Untuk Ana.
Layar skrin di belakang M. Nasir turut membantu menghidupkan suasana pentas dan membuatkan penonton lebih menghayati lagu yang dipersembahkan.
Sebelum ini, M. Nasir pernah mengatakan lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya itu kebanyakannya adalah lagu pemintaan yang disenaraikan oleh peminatnya di laman web FaceBook.
Konsert selama dua jam itu berlangsung tanpa henti dengan nyanyian puluhan lagu dari M. Nasir.
Hanya sekali-sekala dia akan berbual mesra dengan penonton sementara menunggu masa untuk menyampaikan lagu seterusnya.
Dengan bantuan band yang diketuai oleh pemuzik Nan dan dianggotai oleh 10 orang pemuzik profesional itu, penulis mula merasakan kehangatan konsert selepas setengah jam berikutnya.
M. Nasir menyanyikan puluhan lagunya selama dua jam tanpa henti.
Ketika M. Nasir menyampaikan lagu berentak syahdu dan sentimental, terus suasana di dalam Panggung Sari, Istana Budaya itu bertukar sepi dan penonton bagaikan sedang menghayati setiap bait lirik serta alunan lagu yang dipersembahkan.
Apabila lagu rancak berkumandang, panggung diselubungi suasana ceria dan kebanyakan penonton bertepuk tangan mengikuti rentak lagu.
Paling menggamatkan suasana apabila tiga wanita berbadan 'montel' menari-nari tarian Jawa ketika M. Nasir menyanyikan lagu ala Jawa.
Ada yang bersorak mesra, melaung-laung memanggil nama ‘Sifu’ dan pelbagai suara lagi yang bergema sehingga menggamatkan keadaan di dalam panggung itu.
M. Nasir pandai bermain dengan pergerakan tubuh untuk membantunya menyampaikan lagu.
Dari situ, wujudlah suatu ‘intimasi’ yang diinginkan oleh pengasas kumpulan Kembara pada tahun 80-an ini.
M. Nasir juga pandai mengaplikasikan skrin berwajah awan berarak yang kadangkala berwarna biru dan sekali-sekala berubah warna kepada kelabu.
Layar putih itu juga memaparkan flora hijau, bunga-bungaan serta air yang mengalir senada dengan alunan lagu sekaligus membuatkan hati penonton lebih menghayati lagu yang didendangkan olehnya.
Bukan itu sahaja, suami kepada pelakon Marlia Musa ini juga menghias pentas dengan gantungan fauna (haiwan) seperti siput dan cengkerang yang dilukis secara satu-persatu.
Segala keindahan yang dicetuskan dalam konsert ini dianggap tidaklah keterlaluan dan sedap mata memandang.
Pujian harus diberikan kepada penyanyi Usop Kopratasa yang bertindak selaku pereka pentas konsert ini.
Selain itu, variasi genre muzik yang dimainkan turut menghiburkan penonton. Misalnya, lagu yang mempunyai unsur muzik Jawa, lagu berloghat Kelantan, bernada keroncong, dan funky dinyanyikan untuk santapan para penonton.
Ia sekaligus mengabulkan niat M. Nasir untuk melihat semua penonton menikmati persembahannya mengikut perkembangan muzik yang berubah-ubah bermula daripada zaman sentimentalisma, lagu-lagu kerakyatan, lagu-lagu rock, ‘Malaysia world beat’ dan ‘hip hop’.
Sebelum ini, M. Nasir telah banyak menjayakan puluhan konsert mega seperti Malam Bonda M. Nasir di UKM pada tahun 1994, Konsert Canggung M. Nasir di Johor Bahru, 1995, Konsert Akar Manifestasi Akustika M. Nasir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 1995, Konsert M. Nasir Crossing Uk’ 97 di Manchester, 1997 dan Konsert Gembala M. Nasir di Harbour Pavilion, Singapura, 1999.
Dengan pengalaman yang dihimpunnya sebelum ini, maka tidak hairanlah jika dia mampu menyanyikan lagu dengan penuh bertenaga dan dalam masa yang sama mendapat bantuan vokal daripada empat orang penyanyi latar.
Mulai malam ini sehingga 1 Mac, barulah penonton mula menyerbu konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam itu.
Bagi yang sudah membeli tiket, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan M. Nasir yang turut menyanyikan lagu yang diciptanya untuk penyanyi lain.
Antara puluhan lagu ciptaan M. Nasir yang dinyanyikan oleh penyanyi lain adalah Hati Emas nyanyian Kembara, Hingga Akhir Nanti (Alleycats), Sekuntum Mawar Merah (Alleycats), Fantasia Bulan Madu (Search), Istana Menanti (Rahim Maarof), Sejati (Wings), Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan), Kekasih Awal dan Akhir (Jamal Abdillah) dan Aduh Saliha (Mawi).
Namun begitu, M. Nasir berkata dia hanya akan menyanyikan lagu yang bersesuaian dengan suaranya.
Dimaklumkan, tiket masuk konsert untuk tiga malam itu telah habis dijual. Tahniah buat M. Nasir, penganjur Boxoffice Malaysia Sdn. Bhd. dan Istana Budaya atas kejayaan konsert ini sekaligus mengumpul banyak kutipan hasil jualan tiket yang dijual pada harga RM45, RM85, RM150, RM200 dan RM 250. |
|
|
|
|
|
|
|
he he he... semua pic m.nasir ni tutup mata
biasa ah sifu mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #47 niy\ catat
macam tau jer sapa suka ikut gaya tutup mata ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 niy\ catat
apa hal lak pakai suar2 pendek ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 mendonan's post
ada eh?
sape ?? sape??
|
|
|
|
|
|
|
|
malam first, m.nasir nyanyi 23 lagu
1st set 11 lagu
1. di balik cermin mimpi
2. gong impian
3. express rakyat (intro je, buat orang konfius sebab apa m.nasir tak nyanyi, tiba2 masuk lagu hati emas)
4. hati emas
5. rajawali terbang tinggi
6. melawan arus
7. falsafah cinta
8. oh anak!
9. dah lagu tu!
10. keroncong untuk ana
11. bukalah hatimu
2nd set 12 lagu
12. balada seorang teman
13. masirah
14. mentera semerah padi
15. raikan cinta
16. phoenix bangkit dari abu
- set gitar kapok -
17. langgam pak dogo
18. suatu masa
19. getaran jiwa
20. keroncong nostradamus
- set joget -
21. sahabat gua
22. ada
23. apokalips
komen:
- overall menghiburkan, cuma awal2 tu agak slow sebab ramai orang tak tau lagu gong impian (although aku tau), lagu cermin mimpi pulak m.nasir tak tunjuk muka
- kalo perhati, m.nasir nyanyi 8 dari 10 lagu dlm album phoenix bangkit saja, album sang pencinta pun cuma 1 lagu je..
- klimaks konsert masa set joget (3 lagu terakhir tu), memang tak salahla dia pilih lagu, memang penonton2 puas hati, siap bagi standing ovation
- takde gimik pelik2, cuma pentomin mayat hidup masa lagu gong impian tu je..
- aku duduk satu row dengan hattan, dia bawak awek mane ntah, macam budak baru lepas spm je...zahid hamidi menteri jaga agama pun ada jugak..ramli m.s pun ada...dj khairil & rostam...artis lain aku tak nampak
antara gambar yg sempat disnap seblom laser pegawai IB disuluh kat henset aku
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
konsert m.nasir habis pukul 11.50, kalo kira2, total 3 jam jugakla konsert dia, tolak intermission
tapi nyanyi 22 lagu je (express rakyat tu tak kiralah)
konsert jadi panjang sebab banyak lagu endingnya m.nasir ajak penonton nyanyi ramai2 especially 3 lagu terakhir tu
nak kata puas memang tak puas la...banyak gila lagu hits dia tak nyanyi, lagu2 yg dia menang juara lagu, lagu juwita, mustika...tu pun kata ada lagu baru, tapi takde pun..
m.nasir pun tak banyak bercerita, nyanyi & nyanyi je |
|
|
|
|
|
|
|
best... memang best la sangat -
m nasir ni humor dia memang dari dulu tak ubah2
memang funny... kalau orang faham -
saya tak akan comment banyak pasal lagu - iscol pun dah letak
lagu2 yang dia nyanyi -
*rasa iscol kat row E kot sebab hattan kat E - tapi tak pasti sangat -
apa nak comment:
- orang malaysia memang tak akan dengar cakap -- bila dah umumkan off hp
jangan ambil gambar.. .mesti buat juga... typical - yang pasti orang sebelah saya
dok rakam lagu2 yang m nasir nyanyi kat hp dia.. saya buat tak tahu aje.. -
- yang funny masa m nasir mention beyonce dan rihanna (last show tu dia mention
sorang lagi britney spear) depa semua badan gomok2.. tapi dance depa santai aje
- yang tak tahan nak gelak masa yang 2 penari lelaki masuk - pakai sampeng kain pelekat
t shirt pagoda putih.. seluar dari jenis batik... dan paling lawak pakai talipinggang HIJAU
yang macam dari mekah punya tu.... expression muka dancers tu memang awesome -
- lagu2 yang m nasir pilih memang best dan seriously rasa tak cukup aje... rasa banyak lagi
yang dia tak nyanyi.. tapi mungkin dia nyanyi malam ni dan malam esok...
- musician dia memang fantastic... tak silap jay jay yang main bass dan nan pun best sangat
- funny bila m nasir perkenalkan sapa tu yang main drum tu.. alaa dah lupa nama pulak -
then that guy pun tunjukkan SKILL dia main drum... whoaa main best... pastu m nasir kata -
tu lah dia berkat DOA mak bapak dia..... !!! yang tu memang lawak sangat.. gelak habis -
- saya tengok kat belakang during one of the songs - tak ingat yang mana -- satu mamat yang
duk kat tengah2.. row macam R kot --- dok berdiri dan dance macam kambing.... so look
stupid pastu security datang suruh dia duduk.. - ha - nak show off mengarut sangat -
- ramai yang nyanyi sama masa lagu2 joget yang akhir tu.. yang tu memang BEST sangat
music gila best... dan ramai yang memang puas hati dengan persembahan m nasir
- m nasir tak adalah cakap banyak sangat... teringat macam concert sting dulu - sebijik
macam nih... memang best... tak yah nak borak2 sangat .. kat oversea kalau tengok
concert pun.. tak ada nya eric clapton nak cakap banyak.. tapi bila dia cakap sikit
memang funny dan lawak... - just like what m nasir did.. so rasanya okay dari segi
communication tu.. lagi pun.. bukan nak dengar dia cakap2 sangat.. nak dengar dia
nyanyi live aje
- sempat gak dia cakap - nak tukar baju - baju hitam yang dia pakai mula2 tu bertali-tali
so memang nampak tak comfy... baju2 m nasir malam tadi memang nampak class dan
santai casual.. so nice though
- depa ada jual t shirt cd's semua.. t shirt dalam rm26 tak beli pun.. kalau yang jamal
saya beli... yang m nasir ni.. tak beli sebab bawak duit pun rm10 aje - beli mineral bottle
aje...
- latar belakang concert tu in everysong is quite nice... yang paling banyak yang
gambar gerhana tu... - mungkin sebab dia pernah rakam lagu gerhana.. though dia tak
nyanyi pun lagu tu....
- yang paling ramai tunggu rasanya lagu suatu masa.... memang dia wajib nyanyi tu -
dia kata kalau dia tak nyanyi lagu tu.. mesti ramai yang tak puas hati... best dia nyanyi -
- anyway depa kata ticket sold out... so tak tahu lah kalau ada juga 1 - 2 tickets yang
boleh dibeli.. kadang2 cakap sold out tapi kalau nak beli 1 aje.. masih boleh lagi.. cuma
seat dah tak boleh lah nak choose pulak -
- habis show - terus balik aje - dia ada buat sign autograph - tapi tak tunggu pun, bukan
tak pernah jumpa dia.. nanti soon jumpa lagi... so tak adalah tunggu pun...
masa yang jamal dulu ada tunggu juga sebab nak bagi 'hadiah'.. ya lah yang tu favourite
singer.. kena tunggu --
last but not least...
a great show worth it to watch... menghiburkan... dan memang class -
tahniah m nasir -- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tk sabo nk tunggu esok ni...kalu byk duit nescaya tiga2 hari aku p... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 dexa's post
kesian kat mamat tu, dia ada courage la nak bangun menari..kite ni tak cukup berani
IB ialah venue yg skema, takleh nak terlompat & terkinja2
m.nasir pun sebut, kite ni ramai yg nak menari tapi terpaksa pendam rasa, last2 henjut2 kaki jela...
rasanya dia memang nak ajak semua penonton bangun & menari, tapi IB tak bagi kot..
kalau tengok teater, simfoni orkestra klasik, memang standardla kena duduk je...
tapi kalau konsert yg ada hype macam m.nasir ni, duduk je, bosan gak sebenarnya
* dexa kalau perasan semalam, masa nyanyi lagu negaraku, tiba2 ada pompuan menjerit2 kat row belakang, 2-3 kali gakla..bile tengok belakang ada pompuan keluar daripada row dia, pastu guard check something kat tempat duduk dia...apehal eh, most probably ada tikus kat tempat duduk dia, tu yg dia menjerit |
|
|
|
|
|
|
|
mmg best...berbaloi labur tiket...yg best tu dia jemput beyonce,rihanna dgn britney spears joget jaipong lagu "dah lagu tu" .....mabeles siot...siap flying kiss last2 tu....
rase mcm x cukup jer td....blkg aku ade 3-4 orang mat saleh blh lyn tepok tangan dgn joget lagi....mmg superb....
tp yg best tu dia siap smash lg penaja2 yg suka taja konsert artis luar tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 iscol_klang's post
kesian kat mamat tu, dia ada courage la nak bangun menari..kite ni tak cukup berani
IB ialah venue yg skema, takleh nak terlompat & terkinja2
m.nasir pun sebut, kite ni ramai yg nak menari tapi terpaksa pendam rasa, last2 henjut2 kaki jela...
rasanya dia memang nak ajak semua penonton bangun & menari, tapi IB tak bagi kot..
kalau tengok teater, simfoni orkestra klasik, memang standardla kena duduk je...
tapi kalau konsert yg ada hype macam m.nasir ni, duduk je, bosan gak sebenarnya
yup... kalau setakat kat tempat duduk tu okay.. tu nak pergi kat aisle tu.. memang tak sesuai
macam kat convention centre gak ambience dia... ramai yang goyang2 kinda dance on their own
seats.. dan saya rasa tempat macam ni - tak sama macam kat stadium putra or malawati - nak
menari semua tu... still terhibur juga.. -- w/o dance still can enjoy it the fullest - nikmati lagu2
yang dipersembahkan -
* dexa kalau perasan semalam, masa nyanyi lagu negaraku, tiba2 ada pompuan menjerit2 kat row belakang, 2-3 kali gakla..bile tengok belakang ada pompuan keluar daripada row dia, pastu guard check something kat tempat duduk dia...apehal eh, most probably ada tikus kat tempat duduk dia, tu yg dia menjerit
memang saya perasan la sangat -
satu saya nak comment tentang kat malaysia ni - bila kena nyanyi national
anthem - macam bising aje... ada murmured 'ha?' macam rasa tu perkara
lawak... pastu ada yang gelak2 ketawa.. - memang hairan saya rasa begitu -
sokmo saya dah perhatikan... kalau masa kat canada - sebelum apa2 majlis pun
kena nyanyi 'oh, canada' tak ada macam ni... semua diam dan macam obey
untuk nyanyi national anthem -
pastu yang perempuan jerit tu - saya rasa dia 'NYANYI' tapi dia try nak interframe -
kuat2 jerit ntah apa-apa.. - bukan pasal tikus or anything, sg bagi warning kat dia
sebab lepas 3 or 4 kali buat hal, jerit tak tentu pasal, baru dia senyap -
* as we said, it was a brilliant concert - and worth to watch -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|