|
Reply #36 anakmacho's post
ni dalil dari Al-Quran rujuk surah Baqarah ayat 222 :
sebagaimana Allah berfirman :
"mereka menanyakan kpd engkau(Muhammad) tentang haidh. katakan : itu darah cemar.
sebab itu jauhilah perempuan2 itu selama haid, dan jangan dekati mereka sebelum
suci. maka bilamana mereka telah menyucikan dirinya, maka datangilah mereka sebagai
yang diperintahkan Tuhan kepada mu. sesungguhnya Tuhan itu menyukai orang2 yang
kembali (taubat) kepadanya dan Tuhan menyukai orang2 yang membersihkan dirinya".
so sedara nak hukumkan apa lg?
nak hukumkan yg bila didatangi haid mesti melakukan perkara2 wajib, x boleh tinggal?
camtu?
kalau bijak pandai dah boleh faham semua ni sebaliknya jika jahil mcm tu lah akibatnya,
menghukum ikut akal sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #41 abstruse\ catat
Salaam,
Tak nampakpun berkenaan larangan sholat kat ayat tu......... yang dilarang hanya bersetubuhi suami isteri.... sebab wanita sedang dalam keadaan terganggu menghalang dari bersetubuh....
Terjemahan lain;
AQ 2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu." Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by komicat at 13-2-2009 09:37 PM
pelik.....
setahu saya kalo pempuan dtg haid mana boleh solat, baca Al-Quran
kita kan mazhab shafi'e
anakmacho ni mazhab mana pulak?
sapa2 yg arif pls jelaskan kat sini....... ...
Keempat-empat mazhab menghalang solat dan puasa sewaktu haid. But I believe anakmacho is a quranist, jadi pegangannya is not surprising (not trying to alienate you, anakmacho, don't get me wrong, just trying to explain your position to komicat).
Larangan bersolat dan berpuasa ni ada dalam sahih hadith :
Narrated 'Aisha: Fatima bint Abi Hubaish used to have bleeding in between the periods, so she asked the Prophet about it . He replied, "The bleeding is from a blood vessel and not the menses. So give up the prayers when the (real) menses begin and when it has finished, take a bath and start praying."(Sahih Bukhari 1:6:317)
Narrated 'Aisha: The Prophet said to me, "Give up the prayer when your menses begin and when it has finished, wash the blood off your body (take a bath) and start praying."(Sahih Bukhari 1:6:327)
Mu'adha reported: A woman asked 'A'isha: Should one amongst us completeprayers abandoned during the period of menses? 'A'isha said: Are you aHaruriya? When any one of us during the time of the Messenger of Allah(may peace be upon him) was in her menses (and abandoned prayer) shewas not required to complete them. (Sahih Muslim 3:660)
Mu'adha said: I asked 'A'isha: What is the reason that a menstruatingwoman completes the fasts (that she abandons during her monthlycourse). but she does not complete the prayers? She (Hadrat 'A'isha)said: Are you a Haruriya? I said: I am not a Haruriya, but I simplywant to inquire. She said: We passed through this (period ofmenstruation), and we were ordered to complete the fasts, but were notordered to complete the prayers.(Sahih Muslim 3:662)
[ Last edited by antiQue at 13-2-2009 11:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 anakmacho's post
hmm..
kalau dah suami isteri dilarang bersetubuh apatah lagi jika
wanita nak melakukan perkara2 yg diwajibkan,
cuba pikir bg mendalam sket, bukan pandang pada ayat tu saja
tak guna juga kalau just pandang tapi tak paham isi kandungan..
sebab tu setiap ayat Al-Quran yg umum akan dihuraikan oleh
sunnah Nabi saw secara tafsili..
anakmacho tak pakai sunnah Nabi, so camne nak nampak?
kita ni perlukan petunjuk utk melakukan ibadah,
petunjuk dari Nabi saw melalui sunnah baginda
utk menjelaskan secara detail apa yg terkandung dlm Quran,
jika tak ikut bagaimana Nabi ajar atau lakukan,
camne nak paham?
pakai akal sendiri tak jadik bro. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #44 abstruse\ catat
Salaam,
AQ 6:19. Katakanlah (Muhammad), " Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."
Lihatlah akur janji baginda nabi dalam ayat diatas dan disaksikan oleh Allah... hanya Al Quran yang wajib baginda sampaikan kepada serata alam.
AQ 6:50. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta denganorang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"
AQ 7:203. Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah (Muhammad), "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."
AQ 10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah (Muhammad), "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
Ayat-ayat diatas dengan jelas baginda diarah untuk berkata bahwa tiada yang baginda sampaikan melainkan Al Quran yang diwahyukan...... dan sekiranya baginda memandai-mandai menyampaikan selain yang diwahyukan (Al Quran) maka baginda akan dihukum....;
AQ 69:44. Sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
AQ 69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,
AQ 69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
AQ 69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.
AQ 69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan).
Dari ayat-ayat di atas, Baginda nabi tak akan ikut kecuali yang diwahyukan sahaja dan jika baginda memandai-mandai baginda pun akan dihukum....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 anakmacho's post
orang yg memandai2 bagi hukum guna logik akal tu yg akan dihukum..
berbahas dgn yg berilmu lebih bermanfaat n tidak membuang masa,
kejar la ilmu tu dahulu, jgn separuh jalan saja..
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
"Dan jangan engkau ikut apa yg tiada pengetahuan engkau tentang keadaannya.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, masing-masing akan diperiksa(di pertanggungjawab)
(Al-Israak,ayat 36) |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih antiQue
banyak membantu
saya bukanlah fanatik dgn mana2 mazhab.....
bagi saya kalo datang haid tetap tidak boleh bersolat
dan kalo tidak berwudhu tidak apa membaca Al-Quran tetapi tidak menyentuh
ayat2nya tanpa wudhu........
terima kasih
wa'allualam |
|
|
|
|
|
|
|
pegang pun susah, mcm mane nak baca, xtau nak baca mcm mana nak faham, x faham maka x berguna
nak makan xnak pakai tangan, mcm mana nak kenyang, bile x makan maka kebuluran... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #40 indah1285\ catat
In...kirenyer in pun berpndgn sama ke dgn anakmacho? ppuan semasa haid tetap kene solat, puasa n buat ibadah2 wajib yg lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 anakmacho's post
Salam,
Al-Quran bukannya sebuah buku cerita cam buku komik ..
Jadi melalui Nabi SAW lah setiap perincian hukum itu diperjelaskan...
Cth, Al-Quran suruh kita solat. Camner nak solat?..Melalui baginda lah cara2 nya...
Sabda nabi, "Solatlah kamu seperti mana aku solat"...
Begitu jua lah berkenaan permasalahan yg saudara nukilkan..
Bagaimana kalau aku katakan Yahudi pun percaya kat Hadis Nabi SAW,
So, kenapa ada org Islam sendiri tak mau percaya pd baginda?...
TKasih
[ Last edited by pandaniw at 14-2-2009 07:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam.
aku bukan la org yang alim.dan aku bukan la seiorang yang taksub mana2 mazhab.aku pn masih blajar lagi.tp daripada aku tgk post2 yang lepas aku rasa ni la sebabnya org malaysia ni banyak ajaran sesat mcm Hj kahar tu.sembahyang pakai niat sah.
kalau nak mengambil hukum daripada al-Quran kita kenalah ahlinya.kita bahasa arab pun belum tentu masyi (terer)bahasa arab tu luas.bukan sembarang org main letak2 hukum.basic perundangan mmg al-quan takde dalam quran ada sunnah takde sunnah pergi ke ijmak takde ijmak ade qias.
mcm mana la org yang katakan ganja,dadah tu tak haram.blajar agama biar ambil kesemuanya. jgn setengah jalan dah rasa hebat. ilmu dah banyak.mmg la dalam al-quran tidak ada tp ulamak telah mengqiaskan segala yg memabukkan itu haram.dalam kaedah fiqh pun telah dinyatakan.
لا ضرر ولا ضرار tidak boleh bahaya dan tidak membayakan riwayat bukhari, imam muslim dan ahmad bab menyentuh al-quran dalam berhadas pn telah diterangkan,kesemuanya bersepakat tidak boleh kecuali dalam menyentuh perempuan dalam keadaan berwudhuk ada khilaf.di awal post pun ada saudara kita yg telah nyatakan dgn jelas dalil2 berkenaan menyentuh al-quran. tp yang pelik aku tgk kat post ni mcm mn la org yg haid boleh solat dan puasa???sedangkan syarat untuk sah solat ialah bersih daripada hadas besar dan kecil. لا تقبل صلاة بغير طهور tidak diterima sembahyang (yang didirikan dalam keadaan) tidak bersuci riwayat Muslim :224 pelik betul la aku org malaysia skang ni.ade2 jer...dan aku mendoakan agar golongan2 pelik ini mendapat hidayah.
[ Last edited by anakjalanan at 14-2-2009 02:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pooh83 at 12-2-2009 07:46 AM
salam,
aku musykil sikit bab yg satu nie..kalo kiter nk baca or even pegang al-quran yg xde terjemahan (means bukan tafsir quran la), kiter mmg kene ada wudhuk ke? pastu, kalo xde, xleh ek peg ...
memang masa haid wanita byk gangguan dari setan. tu yg kadang2 ada penyakit emosi la, meroyan la.. sebab itu wanita yg dalam haid or nifas perlu sentiasa berzikir kerana setan akan memesongkan hati yang kosong dan tidak mengingati Allah. wanita dlm haid or nifas, tidak boleh solat, memegang dan membaca al-quran..kecuali dgn niat doa atau zikir atau sebagai pendiding diri. zikir paling mudah yg boleh diamalkan wanita dlm haid ialah zikir Fatimah (Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X, Allahu Akbar (33X)
and saya setuju dgn kata forumer sebelum ini, salah satu syarat sah solat ialah suci daripada hadas, bermaksud telah berwuduk ataupun telah mandi hadas.
saya menambah, salah satu syarat sah puasa juga ialah suci daripada haid dan nifas.
wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 anakmacho's post
Err..... Masa haid, pompuan kan dlm keadaan 'kotor'? Still kena sembahyang gak?
An-Nisaa' [43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Al Maaidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakmacho at 13-2-2009 10:50 PM
Salaam,
Itu pendapat manusia, bagaimana pula ajaran Allah dalam Al Quran.... sholat wajib dikerjakan walau dalam keadaan apa sekalipun... tiba-tiba wanita haid xleh sholat walhal tak sak ...
Wanita yg datang haid dianggap dlm berhadath besar. Usahkan nak solat, wuduknya pun sentiasa batal kerana ada darah (najis, lagi kotor) yg keluar dari qubul. Nah kalau wuduk pun batal, mcamana nak solat. Dan wanita yg berhadas besar, wajib pula mandi hadath besar/mandi haid sebelum melakukan solat. Tak terfikir ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Pembetulan... wanita dalam haid boleh ambil wuduk... tapi bukan untuk solat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 kupia's post
Dah tu..ape tujuan ambik wuduk tu??
sha ade dgr sorang ustzh tu..die ceramah kat radio IKIM..
die kate xley..
coz time tu,kite berhadas besar..
camne nak sucikan hadas kecil..sedangkan sdg berhadas besar..
ade mmbe sha slalu wat..sha pon pelik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nursha at 15-2-2009 03:53 AM
Dah tu..ape tujuan ambik wuduk tu??
sha ade dgr sorang ustzh tu..die ceramah kat radio IKIM..
die kate xley..
coz time tu,kite berhadas besar..
camne nak sucikan hadas kecil..sedangkan sdg be ...
rasanya cuma sebagai satu ibadah kepada Allah
b4 tido malam, kan digalakkan kita utk mengambil wuduk |
|
|
|
|
|
|
| |
|