CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tie_Nan_Aima

Hadith Thaqalain Berhakimkan Al-Quran

[Copy link]
Post time 12-3-2009 05:32 PM | Show all posts
Sehingga kini...

billionaire masih belum berjaya menyahut cabaran saya meskipun beberapa kali telah melanggar peraturan perbincangan ini (anda bilang sendiri berapa kali). Cabaran saya berbunyi:
QUOTE:
Andai benar keyakinan Syi'ah terhadap Ahlul Bait (Imam 12) sebagai tiang aqidah mereka maka saya MENCABAR billionaire sebagai wakil Syi'ah utk mengemukakan HANYA SATU AYAT daripada al-Quran yg menyatakan KEWAJIPAN MENTAATI ALLAH DAN AHLUL BAIT!!

KEMUKAKAN HANYA SATU AYAT YG DISEBUTKAN AHLUL BAIT(IMAM 12) BERSAMA KETAATAN KEPADA ALLAH DI DALAM SATU AYAT YG JELAS LAGI PASTI!

KEMUKAKAN JANJI BAIK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGIKUTI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN JANJI BURUK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGINGKARI AHLUL BAIT!

KEMUKAKAN DI SINI SEKIRANYA ANDA DAN SYI'AH ANDA BERADA DI ATAS KEBENARAN!

Allah Madad!


Hujjah2 ttg Imamah, Imam utk umat ini, Ahlul Bait sebagai Imam dan ketaatan terhadap wali telah saya bawakan, Alhamdulillah.  Tentang janji baik yang dikurniakan kepada mereka yang mengikuti Ahlul Bait adalah semua ayat2 yang memberikan khabar gembira kepada orang2 yang mematuhi Allah dan RasulNya kerana Imamah adalah ketetapan Allah kepada manusia dan disampaikan oleh RasulNya, maka dengan mematuhinya manusia telah mentaati Allah dan berhak terhadap  janji-janji baik di dalam Al-Quran, dan selamat dari kebinasaan.  

Sekalipun banyak ayat gembira dan juga ancaman did alam Al-Quran, saya suka utk kemukakan hanya sebahagian kecil ayat2 yang memberi janji baik kepada orang2 yang mengikuti Ahlul Bait a.s dan Janji buruk kepada orang yang mengingkari mereka berdasarkan ayat2 yang telah saya bawa sepanjang perbincangan ini:  

Janji Baik

揝esungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai walinya, maka sesungguhnya pengikut Allah itulah yang pasti menang擺/b]
(QS Al Maidah 55-56)

Janji buruk

揗aka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.. Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).擺/color] (QS An-Nisaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 06:03 PM | Show all posts
Yang ini lagi special. Kita nak tengok sejauh mana benarnya kata2 Tienini. Satu lagi ciri khas Tien ialah ketidaktahuan (baca: jahil) beliautelah membawa begitu banyak ayat Al-Quran semata2 menunjukkan bahawa'wajibnya berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah'.

Sebelum membawakan ayat2 tersebut, dia dengan penuh bangganyamenyatakan bahawa orang Syiah tidak berpegang kepada Sunnah (ygdisebutnya sebagai 'kenyataan pertama')! Ini sahaja sudah cukupmembuktikan betapa jahilnya beliau terhadap mazhab Syiah Imamiyyah.Apabila dibuktikan kesalahannya, dia mula mencari2 alasan dan engganmengaku kesalahannya dan kononnya perbincangan adalah berkenaan hadisTsaqalain bla..bla..bla . Namun alasannya tak lebih bercorakkanpemikiran anak kecil yg tidak berupaya mempersembahkan alasan masukakal atas kesalahannya. Namun saya tidak mahu terus-terusan memaksanyamengaku kesalahan dan kekalahannya kerana saya ingin beliau lebih lamadi sini agar lebih banyak kesalahan pemahamannya dapat ditelanjangkan.Dan agar para pembaca sekelian dapat melihat kerapuhan dasar pijakanmazhab pegangan Tien nan ma ini.

Begitu sengsara sekali billionare yg terpaksa bersusah payahmenghuraikan zalim dan rijs (setelah terpaksa melanggar syaratperbincangan) utk mengeluarkan Ahzab 33 supaya ianya sesuai denganSyi'ah. Sebaliknya saya telah berjaya mengemukakanLIMA BELAS (15) ayat al-Quran yg jelasbertepatan dengan Thaqalain Sunni. dengan penuhjayanya.


Oh ye ke begitu? Baiklah, mari kita lihat 'kejayaan' tien tersebut

Keyakinan dan kepercayaan ASWJ terhadap Al-Quran Dan As-Sunnahsebagai USUL AQIDAH adalah berdasarkan NAS yg SARIH lagiQATH'I. Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut: 1.Kewajipan mentaati Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah) قُلْأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَايُحِبُّ الْكَافِرِينَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepadaAllah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling(menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orangyang kafir. [A-li 'Imran: 32]

Baik Syiah, Sunni, Khawarij, Muktazilah bahkan Qadiani dan yg seumpamanya juga, apabila mereka mendakwa berpegang kepada Al-Quran dan hadis maka sudah tentu kesemua mereka beriman kepada ayat ini paling kurang kepada zahir teksnya (sekalipun tafsiran mungkin berbeda). Tetapi si Tien yg selalu keliru ini telah membawakan ayat ini untuk ditunjukkan sebagai bukti penguat mazhabnya! Sepertinya semua org lain selain Sunninya itu menolak ayat ini! So dengan berpandukan ayat ini untuk dijadikan dalil kebenaran pegangan sesuatu mazhab, seolah2nya semua mazhab yang mengaku berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah boleh dianggap benar! Maka sudah jelas, ini bukannya eksklusif milik Sunni semata-mata.

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ Dantaatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamudiberi rahmat. [A-li 'Imran: 132]


Ya, Syiah juga meyakininya. So apa masalahnya wahai Tien?

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَفِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ Segala hukum yang tersebut adalahbatas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah danRasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir daribawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaanyang amat besar. [An-Nisaa': 13]


Sama juga seperti yang lalu, ya, Syiah juga beriman kepadanya. Sudah tentu ini juga dalil NAS yg SARIH lagi QATH'I (meminjam kata2 Tien NanMa) bagi Syiah untuk berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah. Maka ianya masih juga hujjah bagi Syiah.

وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُيُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ Dan sesiapayang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampauibatas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka,kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.[An-Nisaa': 14]

Justeru itu Syiah berpegang kepada hadis sahih Tsaqalain sebagaimanayang dinyatakan oleh Rasulullah saaw. Kamu pula, mengapa kok terusdipegang kepada hadis mursal itu? Dan ayat ini juga masih menjadihujjah Syiah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُواالرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍفَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَبِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ Wahai orang-orang yang beriman, taatlahkamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dankepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatuperkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allahdan hari akhirat. [An-Nisaa': 59]
Hehehehe卛ni satu ayat yang telah saya bawakan sebagai bukti Syiah. Bagaimana hendak anda jelaskan mengenai Ulil Amri dalam ayat, dan kemudian anda dapat jadikan ia dalil kebenaran mazhab anda Ya Tien?!

[ Last edited by  billionaire at 14-3-2009 16:47 ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 06:04 PM | Show all posts
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. [An-Nisaa': 69]
Ya, sememangnya orang2 Islam berpegang kepada ayat ini. Maka jelasnya ayat ini juga dalil kepada Syiah, Sunni, Khawarij, Muktazilah... Bagaimana Tien   sambung...ada lagi tu

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. [Al-Maaidah: 92]
Ya, Jelasnya org Syiah juga meyakini ayat ini, senang kata, semua org Islam meyakininya sehingga tidak ada sebab kalau ada orang mahu mengaku ayat ini khsusus milik mazhabnya semata2. Hanya orang2 yang baru hendak cuba keluar dari tempurung mazhabnya dan yg kurang cerdiknya sahaja yg berangan-angan kalau2 ayat ini jadi milik mazhabnya semata-mata

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman". [Al-Anfaal: 1]
Ya, sememangnya orang2 Islam itu, tidak kira Syiah mahupun Sunni, berpegang kepada ayat ini. Maka jelasnya ayat ini juga dalil kepada Syiah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya). [Al-Anfaal: 20]
Ya, ayat ini juga dipegang oleh orang2 Syiah makanya ayat ini juga menjadi dalil kepada Syiah wahai Tien

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). [Al-Anfaal: 27]
Ya, ayat ini juga dipegang oleh orang2 Syiah makanya ayat ini juga menjadi dalil kepada Syiah Ya Tien

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. [Al-Anfaal: 46]
Waah! Kan ini juga nas yang dijadikan dalil orang-orang Syiah? Aah, agaknya mungkin anda ini hanya mahu menunjukkan ayat2 yang dipegang oleh umat Islam keseluruhannya? Begitu?


قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".  [An-Nuur: 54]

Waah bagus ni, sekali lagi ditunjukkan ayat yang dipegang orang-orang Syiah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 06:07 PM | Show all posts
[Al-Hujuraat: 1][/quote]
Waduh! Ini juga dipegang Syiah!
فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. [Al-Mujaadalah: 13]

Oh Sudah tentu ini wajib ditaati! Orang2 Syiah memang berpegang kepada ayat ini.
Janji baik terhadap mereka yg mengikuti Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah) dan janji buruk terhadap mereka yg mengingkari keduanya.

(Sila rujuk ayat-ayat yg dinyatakan sebelum ini yg sudah menyebutkan janji baik dan buruk berkenaan mentaati dan mengingkari keduanya)


Sudah dirujuk, ya, sememangnya Syiah juga berpegang dengan yang ini
Janji baik:

وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ

dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. [An-Nisaa': 100]

Maha Suci Allah! Orang Syiah juga berpegang dengan yang ini! wah sudah bagus ni.
وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. [Al-Maaidah: 56]

Ha, yang ini lagi menarik ni. Kalau anda setakat membawakannya ke mari, saya bahkan sudah membincangkan yang ini. Memang ayat ini selalu menjadi dalil Syiah!
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [An-Nuur: 51]


Waah卪akin banyak yang kamu bawakan ke sini, makin jelas pula dalil2 Syiah bagi semua pembaca kerana sememangnya ini juga menjadi dalil Syiah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 06:09 PM | Show all posts
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. [An-Nuur: 52]

Ya benar, setiap orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya mengimani ayat ini. Maka ia juga dalil kebenaran Syiah yang tidak meninggalkan pesan2 Quran dan Sunnah utk bersama Ahlul Bait a.s.

يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. [Al-Ahzaab: 71]
benar tu, taat juga kepada Ulil Amri. Sungguh, Syiah meyakininya !
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَنْ يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمً

Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. [Al-Fath: 17]


Alhamdulillah, Syiah memang berpegang kepada yang ini..senang cerita, takde satupun dalil yang anda bawakan ke sini secara khusus membenarkan apa yang menjadi kemegahan anda sebagaimana dakwaan anda: 揔eyakinan dan kepercayaan ASWJ terhadap Al-Quran Dan As-Sunnah sebagai USUL AQIDAH adalah berdasarkan NAS yg SARIH lagi QATH'I,擺/b]

kerana

SYIAH JUGA MEYAKINI AYAT2 TERSEBUT, MALAH SEMUA AYAT2 YANG ANDA BAWA BERSIFAT GENERAL DAN SAMASEKALI TIDAK MENJELASKAN BAHAWA MAZHAB ANDALAH YANG SEBENARNYA BENAR!

Rupa2nya Tien ni kumpulkan ayat2 yg sebutkan tentang Al-Quran dan Rasul/Sunnah dan mendakwa dia betul sebab dia rasa hadis Tsaqalainnya betul. Padahal semua umat Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah tidak pernah menolak semua ayat2 tersebut. Namun sebab KENYATAAN 1 nya yang batil tu, dia pun bawaklah semua ni ke sini sebab dia faham Syiah tolak Sunnah sebab hadis Tsaqalain Syiah: "Kitabullah dan Ahlul Bait" !

Lain kali, bawaklah ayat2 yang jelas bang. Jangan main robust semua yg general sahaja. Kalau macam ni Qadiani pun boleh dakwa diorang betul pasal semua ayat2 sarih lagi qath抜e anda tu secara zahirnya diorang pun tak pernah tolak!.

[ Last edited by  billionaire at 14-3-2009 16:30 ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 05:35 PM | Show all posts
Salam,
Terlebih dulu salam tahniah buat Tuan Bill dan beberapa forumer,atas hujjah anda dlm beberapa tread dlm forum ini dan kupasan yg di berikan sangat2 menepati ciri2 pencari kebenaran seperti saya dan ikhwan pembaca dlm tread ini.

Saya mewakili 15 orng yg terdiri dari pelbagai latarbelakang akademik...samada ugama mahupun bidang yg lain nya...yg sering menyalin cetak setiap hujjah para forumer buat perbincangan sesama kami,namun ada juga yg mempunyai bahasa yg mengambarkan akhlak yg buruk,namun itu bkn penghalang buat kami meneliti secara detail setiap kebenaran itu.

Tahniah buat Tuan Bill dan sahabat sealiran tuan,semuga rahmat Allah SWT dan hidayah Rasulullah SAAW bersama2 tuan...sollu ala Muhammad wa aali Muhammad...solawatt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2009 10:26 AM | Show all posts
Nampaknya billy dah mula menjawab dengan jawapan yang sama, ayat je lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 10:42 AM | Show all posts

Reply #47 Triple_8's post

Boleh x tolong jangan ganggu perbincangan ini. Biarlah pembaca sendiri menilainya dan mereka pun bukannya bodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 11-3-2009 16:12
yang sahih tu maksud saya hadith sahih.  jadi saya tanya kot-kot sesiapa boleh post exactly sebijik-sebijik lafaz hadith sahih dari Muslim dan Tarmizi.


Encik Ibnor takder ker hadis tersebut? Itu yg sya maksudkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by aba_abdillah at 13-3-2009 17:35
Salam,
Terlebih dulu salam tahniah buat Tuan Bill dan beberapa forumer,atas hujjah anda dlm beberapa tread dlm forum ini dan kupasan yg di berikan sangat2 menepati ciri2 pencari kebenaran sepert ...

Salam
Terimakasih atas kata2 baik tuan serta doanya itu, saya tidak lain menyampaikan hanya yang benar, yang telah sampai kepada saya. Saya mahu berkongsi dan sekurang2nya membuatkan penentang2 Syiah mahu memahami alasan kaum Syiah yang mengutamakan Rasulullah saaw dan Ahlul Baitnya a.s ke atas  orang-orang selain mereka - dan bukan berniat bermusuhan dengan saudara2 Sunni. Saya tahu akan ada manfaatnya kepada yang mahu berfikir dan benar2 ikhlas mencari jawapan. Semoga Allah merahmati anda, dan saya serta kawan2 lain baik Sunni maupun Syiah juga memperolehi bahagian baiknya melalui doa anda ini.
Allahumma Salli 'Alaa Muhammad Wa Aali Muhammad

p/s:  Biasanya kalau post tergesa2 (mcm hari tu), mmg tak sempat nak cek semula, dan bila cek semula tadi nampaknya ada beberapa typing error mcm. perkataan yang bersambung-sambung, dan ayat tak lengkap. Dah dibetulkan sekadarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 06:09 PM | Show all posts

Reply #35 billionaire's post

mungkin cik sharifah pun tertunggu jawapan dari saya.  saya sebenarnya cuma layan debat macam ni ikut mood.  dan tidak mengikat diri saya nak jawab atau tidak.

sementara bill berlainan sedikit sebab dia dari awal dok nak cari kemenangan.  mungkin ada pertandingan agaknya dalam ni.  atau mungkin rentak macam satu rafidhi tu yang suka buat post terakhir walaupun merapu tapi nampak macam menang.

Patutnya kalau nak menuduh tu biarlah ada buktinya. Kedua lafaz tersebut dari dua hadis sahih so boleh bagitau, bahagian mana yang diubah dari hadis sahih?
hadis riwayat Muslim sahaja ke yg sahih? Jangan dirunsingkan thread yg dah tutup tu, luahkan sahaja problem anda, marilah kita bincang

bill mendakwa ia dari 2 kitab sahih  (???)
[quote]. 擜ku tinggalkan kalian dengan dua bekal (Tsaqalain): Kitabullah dan Ithrahku, Ahlul Baitku. keduanya tidak akan pernah berpisah sehingga bertemu kembali denganku di Haudh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 06:20 PM | Show all posts

Reply #50 billionaire's post

saya tidak bersetuju dgn pendapat anda tentang ayat WA HUM ROOOKI"UUON ...

anda tidak mempunyai kefahaman yg soheh tentang penggunaan dhomir jamak yg membawa makna mufrad/seorg ...  INI MENUNJUKKAN ANDA JAHIL DI DLM KAEDAH BAHASA ARAB , SO STATEMENT AWAK TENTANG TAFSIRAN AYAT ALQURAN ADALAH BUKAN BERDASARKAN PENGETAHUAN AWAK YG MENDALAM TENTANG BAHASA ARAB & BAHASA ALQURAN ...   OLEH ITU PENDAPAT AWAK TIDAK BERAUTHORITY  & TIDAK ADA SANDARAN DI SISI AHLI ALQURAN YG TULEN ...

utk pengetahuan anda hanya jamak hadir shj yg boleh di gunakan kaedah ini ...

namun, kaedah ini tidak boleh di gunakan utk jamak ghoib  seperti HUM , HUNNA dll ...

namun juga , org arab x pernah menjadikan jamak muannas hadir ( antunna ) menjadi mufrad muannas hadir ( anti ) ...


dan sudah tentu kalimah HUM itu merujuk kpd para sahabat RA ....


maka sesungguhnya berpegang dgn sahabat itu samalah seperti berpegang dgn ALQURAN menurut PENGHAKIMAN ALQURAN ....


selepas nih saya nak ulas statement awak tentang tafsir general  DI KALANGAN SETIAP MAZHAB tentang ayat yg berkaitan ALLAH & RASUL NYA ,

IN SYA ALLAH !  





WALLAHU A'LAM ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 14-3-2009 18:09
Reply  #35 billionaire's post

mungkin cik sharifah puntertunggu jawapan dari saya.  saya sebenarnya cuma layan debat macam niikut mood.  dan tidak mengikat diri saya nak jawab atau tidak.

sementara bill berlainan sedikit sebab dia dari awal dok nak carikemenangan.  mungkin ada pertandingan agaknya dalam ni.  atau mungkinrentak macam satu rafidhi tu yang suka buat post terakhir walaupunmerapu tapi nampak macam menang.

Terpulang kepada anda
[quote]
QUOTE:
Patutnyakalau nak menuduh tu biarlah ada buktinya. Kedua lafaz tersebut daridua hadis sahih so boleh bagitau, bahagian mana yang diubah dari hadissahih?
hadis riwayat Muslim sahaja ke yg sahih? Jangan dirunsingkan thread ygdah tutup tu, luahkan sahaja problem anda, marilah kita bincang

bill mendakwa ia dari 2 kitab sahih  (???)[/quote] 2 kitab sahih? Kat mana saya cakap?

[quote][quote]QUOTE:
.擜ku tinggalkan kalian dengan dua bekal (Tsaqalain): Kitabullah danIthrahku, Ahlul Baitku. keduanya tidak akan pernah berpisah sehinggabertemu kembali denganku di Haudh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 14-3-2009 18:20
saya tidak bersetuju dgn pendapat anda tentang ayat WA HUM ROOOKI"UUON ...

anda tidak mempunyai kefahaman yg soheh tentang penggunaan dhomir jamakyg membawa makna mufrad/seorg ...  INI MENUNJUKKAN ANDA JAHIL DI DLMKAEDAH BAHASA ARAB , SO STATEMENT AWAK TENTANG TAFSIRAN AYAT ALQURANADALAH BUKAN BERDASARKAN PENGETAHUAN AWAK YG MENDALAM TENTANG BAHASAARAB & BAHASA ALQURAN ...   OLEH ITU PENDAPAT AWAK TIDAKBERAUTHORITY  & TIDAK ADA SANDARAN DI SISI AHLI ALQURAN YG TULEN...

utk pengetahuan anda hanya jamak hadir shj yg boleh di gunakan kaedah ini ...

namun, kaedah ini tidak boleh di gunakan utk jamak ghoib  seperti HUM , HUNNA dll ...

namun juga , org arab x pernah menjadikan jamak muannas hadir ( antunna ) menjadi mufrad muannas hadir ( anti ) ...


dan sudah tentu kalimah HUM itu merujuk kpd para sahabat RA ....


maka sesungguhnya berpegang dgn sahabat itu samalah seperti berpegang dgn ALQURAN menurut PENGHAKIMAN ALQURAN ....


selepas nih saya nak ulas statement awak tentang tafsir general  DIKALANGAN SETIAP MAZHAB tentang ayat yg berkaitan ALLAH & RASUL NYA,

IN SYA ALLAH !  

WALLAHU A'LAM ...

Sahabat Nabi pun jahil mcm saya juga ke?

Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir:   diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Sufyan Ats Tsauri dariAbi Sinan dari Dhahhak bin Mazahim dari Ibnu Abbas yang berkata
搆etika Ali memberikan cincinnya kepadapeminta-minta sedang dia Ruku
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 08:34 PM | Show all posts

Reply #54 billionaire's post

perkataan  " mentabligh " juga adalah tidak benar menurut kaedah bahasa arab mahupun bahasa malaysia ... SILA BELAJAR LAGI   


bill , sikap anda tidak mencerminkan seruan taqrib anda ...

sedangkan statement saya hanyalah berdasarkan setakat di bidang bahasa shj ... maknanya maseh di dlm lingkungan bidang kemahiran saya , sedangkan huraian anda tentang kalimah HUM di dlm posting # (....) bukan berdasarkan kaedah ilmu bahasa arab malah lagi ia bukan bidang anda ... so , jelaslah yg anda bukan AHLI di dlm masaalah ini ...  so , mengapa anda mahu membantah pendapat org yg ahli ?


dalil anda itu BERKENAAN ASBABUNNUZUL AYAT ITU ... BUKAN  DALILTAFSIRAN KALIMAH HUM ITU SECARA SPESIFIK ...  

2 cabang ilmu yg berbeza tuh bill ... maknanya  hujjah anda itu TIDAK RELEVAN SAMA SEKALI tentang isu kalimah HUM itu ...



bill , sekali sekala anda kena terima pendapat org yg ahli di dlm bidang masing2 ... jangan nak menang memanjang shj , ok.

so , jangan lupa seruan taqrib anda & adab2 persatuan ummat yg telah saya sampaikan kpd awak ...


semoga ALLAH memberi petunjuk kpd saya & kamu , amin .



WALLAHU A'LAM ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 10:36 PM | Show all posts
Adapun kata-kata wa sunnaty (dan sunnahku), saya tidak meragukanke-maudhu'-annya karena ke-dha'if-an sanadnya, dan faktor-faktorlainnya yang sangat mempengaruhi kelemahannya. (Dan ketika berkata ttg hadis Malik): Tanpa sanad


billionaire,

Di sini bukan medannya utk anda bertanyakan sama ada Thaqalain Sunni sahih atau tidak. Anda tidak berhak bertanyakan perkara itu kerana semasa saya membuka satu tajuk yg khusus utk membincangkan Thaqalain Sunni, anda pula berdolak-dalih dan bertempiaran ke sana ke mari. Yg menjadi perbincangan di sini adalah Thaqalain Sunni atau Syi'ah yg bertepatan dengan al-Quran. Selain riwayat Malik ini ada lagi riwayat lain yg menyebutkan Thaqalain Sunni iaitu "al-Quran dan Rasul" tetapi saya memilih yg ini. Kenapa? Sudah tentu ianya sahih di sisi saya!

Dan billionaire, anda berhak membawakan mana-mana sahaja riwayat Thaqalain daripada KITAB SYI'AH yg anda anggap ianya PALING SAHIH di sisi anda. Saya tidak akan bertanya saya tidak akan persoal adakah ianya sahih? Cukup anda mengemukakannya di sini sebagaimana yg telah saya lakukan sebagai bukti perakuan ianya sahih.

Selagi hadis2 tersebut tidak bercanggah dengan konsep Imamah, Imam 12, wasi yg telah  disebutkan di dalam Al-Quran, tidak ada sebab syar'ie hadis tersebut perlu ditolak.


Ini jelas menunjukkan bahawa hadith yg hanya menepati konsep Imam 12 sahaja yg diterima. Secara tidak langsung ia bermaksud hanya Imam 12 penentu segala-galanya. Betapa penting dan tinggi kedudukan Imam 12 di sisi Syi'ah Imaamiyyah. Apakah tiada walau hanya satu sahaja daripada al-Quran yg memerintahkan ummat taat kepada mereka? Apakah tidak pernah disebutkan di dalam al-Quran nama mereka? Aneh!

[quote]Ayat mana satu?


Telah dijelaskan.[/quote]

Mungkin saya terlepas pandang. Diminta billionaire mengemukakan di sini sekali lagi dengan JELAS ayat yg meWAJIBkan ummat menerima walayah Ahlul Bait (Imam 12) supaya dapat kita sama-sama saksikan.

Hadis2 itu dibawa bukanlah sebagai hujjah utama, ianya sekadar menunjukkan bahawa kebenaran Syiah Imamiyyah itu dapat dibuktikan dari Al-Quran dan Sunnah.


Yg kita maksudkan di dalam thread ini ialah supaya al-Quran itu sendiri yg menghakimi Thaqalain Sunni dan Syi'ah, bukannya ayat al-Quran itu mahu dihakimi dan difahami berdasarkan hadith dan logic-logic yg lain. Jelas?

Saya dah bawakan ayat2 Quran yang dijadikan hujjah


Sehingga kini saya belum menemukan lagi ayat-ayat al-Quran yg termuat di dalam tulisan anda yg jelas menyokong Thaqalain Syi'ah (iaitu perintah supaya taat kepada Allah dan Ahlul Bait sebagaimana Thaqalain Syi'ah).

Bagi org seperti anda mungkin susah, tapi secara jujur ia masih terbilang mudah ...


Baiklah, sebelum saya mengulas lanjut, satu perkara lagi yg saya mahu billionaire jelaskan di sini iaitu:

- Apakah yg dimaksudkan dengan "Wali" di dalam ayat tersebut?
- Berdasarkan ayat ini, jelaskan dan terangkan di sini apa yg anda faham daripada perkataan "Wali" itu?!

[quote][quote]Masya Allah, Wilayah adalah penguasaan sesuatu ke atas sesuatu yg lain. Dalam pengertian ini, Wali adalah pemilik Wilayah. Apakah anda fakir orang yang mewalikan Allah tidak perlu menyerahkan dirinya kepada penguasaan Allah? Atau manusia itu tidak perlu tunduk kepada penguasaan Rasulullah saaw yg menjadi wali mereka? Dan hal yang sama terhadap seorang Imam?


Anda belum menjawab soalan.[/quote]

Dah jawab[/quote]

Perhatikan apa yg saya katakan sebelum ini:
Ketiga: Ayat di atas tidak ada menyebutkan apa-apa arahan supaya mentaati wali Allah (Jauh sekali Imam 12).
Lalu, dengan mudah sekali dapat kita simpulkan bahawa ayat di atas TIDAK MENYOKONG Thaqalain Syi'ah.


Di mana kebenaran dan rasional jawapan anda?

Sesuatu yang jelas mejadi ciri khas sdr. Tien ini adalah kekeliruan ketika mengambil contoh perbandingan. Hal ini jelas ketara pada dirinya. Kita telah memerhatikan kesilapan beliau membuat perbandingan antara hadis Tsaqalain dengan ayat Quran. Itulah yg saya katakan comparing an apple to an orange. Kali ini hal yg sama berlaku lagi, namun dalam keadaan yang lebih teruk. Ayat2 tentang Imamah yang telah saya bawa ke sini semuanya menunjukkan jabatan Imamah yang dilantik Allah dengan tugas memberi hidayah kepada manusia sedangkan Tien pula membawa ayat tentang Imam yang menyeru kepada neraka. Kegagalan membezakan Imam yg memberi hidayah dengan Imam yang menyeru ke neraka jelas2 menunjukkan sebuah tahap kecacatan akal yang serius tahap kritikalnya! Malangnya hal inilah yg dilakukan oleh Tien apabila beberapa kali bertanyakan apakah Imam2 yang memberi hidayah tersebut sama dengan Imam yang menyeru kepada neraka?


Heh! Heh!

Sedapnya mulut menghambur, ingat.. "Kerana mulut badan binasa, kerana billionare Syi'ah menjadi mangsa"

Sekarang, dengan hanya berpandukan al-Quran, saya minta billionaire menyatakan BUKTInya di sini bahawa perkataan IMAM yg digunakan di dalam al-Baqarah: 124 dan as-Sajdah : 24 adalah merujuk kepada IMAM 12 Syi'ah dan dan al-Qasas: 41 itu pula adalah Imam lain (Imam mana pula ni??)!!.

Sekalipun Al-Quran tidak menyebut mereka secara langsung, sifat2 mereka dan tugas mereka akan menjelaskan hal itu.


Wah!

Senang sekali anda cuba melarikan diri setelah didapati sendiri berada di pinggir maut?

1. Kemukakan di sini BUKTI yg menunjukkan bahawa yg dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah Imam 12 Syi'ah!
2. SEKIRAnya benar ayat di atas merujuk kepada Imam 12 Syi'ah (Jauh sekali utk ianya menjadi realiti) maka siapakah yg membimbing anda sekarang ini? Di manakah Imam kamu? Benarkah Imam keduabelas anda sekarang sedang bersembunyi? Di mana dia utk memberi petunjuk dan hidayah kepada penganut ajaran Syi'ah?? Adakah 'Imam' Ahmadinejad yg diharapkan?

Ini bukan logik syiah, ini logik manusia biasa yang mempunyai akal hanya sahaja ia disampaikan oleh seorang Syiah! Buktinya, bolehkah anda mematahkan logik ini dengan segala logik yang boleh dihasilkan dari kilang logik otak anda? Boleh tak?  Kalau tak boleh maka bermakna ini adalah sebuah logik yang murni dan tidak dipengaruhi selainnya!


Dan yg pasti:

1. Anda terpaksa melanggar syarat perbincangan ini.
2. Anda terpaksa menggunakan logic Syi'ah utk menyeret maksud al-Quran supaya ia sesuai dengan nafsu serakah anda.
3. Anda belum berjaya membuktikan bahawa Thaqalain Syi'ah yg bertepatan dengan al-Quran setelah melakukan dua kesalahan di atas.

Ahlul Bait adalah Imam bagi umat ini dibuktikan berdasarkan ayatAyatAr-Raad 7 dengan penjelasan2 yg lalu. Kewajiban umat adalahutkmematuhi Imam kerana mereka akan membawa kepada Hidayah.Takkanlah hidayah itu dapat diperolehi dengan mengingkari mereka? Takkan ini pun tak mampu nak fikir?


Buktikan bahawa perkataan "IMAM" dan "Ahlul Bait" di dalam ayat-ayat yg anda nyatakan itu adalah Imam 12 Syi'ah!
[quote]
揌ai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepadaAllah, dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya dan Ulil amri di kalangankamu.擺/quote]

1. Apa yg anda faham daripada "Ulil Amri" di dalam ayat di atas billionaire?
2. Buktikan bahawa "Ulil Amri" itu adalah Imam 12 Syi'ah!

[quote]Al-Quran menjelaskan bahawa Ahlul Bait adalah orang2 yang maksum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2009 10:36 PM | Show all posts
Ya takde masalah, saya akan bawakan sekalipun anda tak pernah Berjaya bawa hadis sahih anda. Ini bagi menunjukkan kebenaran semua hujjah2saya:


Yg anda kemukakan ini adalah hadith Sunni... Tidak adakah Thaqalain dalam kitab dan riwayat-riwayat Syi'ah sehingga terpaksa meminjam riwayat Sunni? Bukankah Syi'ah ada jalur riwayat tersendiri? Inilah masanya dan tempatnya. Kemukakanlah mana-mana yg anda rasa berkenan di sini daripada riwayat Syi'ah sendiri dan yg dirasakan PALING SAHIH di sisi anda. Saya tidak akan persoal saya tidak akan membantah. Tetapi ingat, bukan terjemahan yg saya mahukan tetapi matan (lafaz) hadith itu sendiri (Pusat sumber Syi'ah tidak ada sediakan matan hadith kah?)

[quote]Sebab tu lah jangan dok perati je kat Ayat Al-Ahzab tu. Ayat cakap Ahlul Bait maksum- suci sesuci2nya. Ayat bermula dengan 慽nnama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2009 10:38 PM | Show all posts

Reply #46 aba_abdillah's post

Dan buat aba_abdillah,

jangan lupa kata-kata ini:

"Terimalah kebenaran itu meskipun terlalu pahit utk anda menelannya"



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 12-3-2009 19:09

Ya benar, setiap orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya mengimani ayat ini. Maka ia juga dalil kebenaran Syiah yang tidak meninggalkan pesan2 Quran dan Sunnah utk bersama Ahlul Bait a.s.  ...


assalaamu'alaikum w.b.t...

saudara billionaire.. panjang sungguh post saudara kali ini ya...







tapi..



mana jawapan anda untuk soalan saudara tie ni yer?


KEMUKAKAN HANYA SATU AYAT YG DISEBUTKAN AHLULBAIT(IMAM 12) BERSAMA KETAATAN KEPADA ALLAH DI DALAM SATU AYAT YG JELASLAGI PASTI!

KEMUKAKAN JANJI BAIK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGIKUTI AHLUL BAIT!
KEMUKAKAN JANJI BURUK YG DISEDIAKAN ALLAH KEPADA MEREKA YG MENGINGKARI AHLUL BAIT!


KEMUKAKAN DI SINI SEKIRANYA ANDA DAN SYI'AH ANDA BERADA DI ATAS KEBENARAN!



takkan omong kosong sahaja saudara yang bijak sana oi...

lain yang ditanya lain pulak yang dijawabnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 11:30 AM | Show all posts
selamat perkenalan saudara bill,

saya rasa saudara tidak menjawab soalan2 yang diutarakan oleh saudara tie nan aima, pada pendapat saya saudara lebih banyak copy & paste sahaja.

kalau boleh cuba bebincang dengan syarat2 yang telah ditetapkan yang telah dipersetujui kamu berdua. Kalau tak boleh jawab cakap sahaja tak boleh, bagi saya tidak ada malunya kalau kita mengaku yang kita tidak tahu, yang penting keihklasan kita mencari kebenaran.

Saya tak nampak dalil quran mengenai ahlul bait, apa yang diminta oleh saudara ti e nan aima cuma bawa dalil quran sahaja, tidak dalil hadis syiah mahu pun sunni.

Minta maaf saya cuma memberi pandangan saya yang seberapa ini. Harap kita masih boleh berkawan walaupun berlainan fahaman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 1.303095 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list