|
sambung pening....
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) 揇an Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 揝iapakah yang menciptakan mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
last2....habis dah.....
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.
Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):揇an jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: 揓ikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama 慉bdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
揝esungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin 慉mr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!) |
|
|
|
|
|
|
|
kepada kiblatku30, sebenarnya niat anda yg baik itu membuka thread ini sangat2 difahami.....
anda mahu menjaga Islam itu kan.....Alhamdulillah lah.....
cuma sedikit2, kita kena tau camna cara terbaik nak jaga Islam....
semoga niat anda nak menjaga Islam itu mendapat balasan dari Tuhan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 7-3-2009 14:35
Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakanpanggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana adaagenda tersembunyi?
akhirnye ada gak org dpt faham apa yg aku nk sampaikan.thanks bro ussopp coz bagi kata2 yg bernas utk aku dan mungkin utk umat ISLAM yg lain. peace! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #44 kiblatku30\ catat
aku harap ko faham keseluruhan mesejnya bukan yg tu jer....
plus, apa yg ko tulis bukan pasal bible, tp pasal agnes monica pnya lagu, yg ko kata mempersendakan Allah....
padahal bukan mempersendakan Allah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 8-3-2009 16:27
aku harap ko faham keseluruhan mesejnya bukan yg tu jer....
plus, apa yg ko tulis bukan pasal bible, tp pasal agnes monica pnya lagu, yg ko kata mempersendakan Allah....
padahal bukan mempe ...
ok ok..mmg lirik tu tentang Tuhan depa. xpe la, lagi aku balas lagi ko x faham, susah org muda mcm aku nk jelaskan veteran mcm ko.tak mengapa. Allah taala tau apa niat aku. peace! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 kiblatku30\ catat
kalau ko nak cakap pasal situasi di malaysia, aku setujulah, lagipun dah dikatakan lagu tu takkan masuk malaysia....
so dah setel. nak bangkit apa lagi?
kalau kau nak kata dia mempersendakan Allah, maka tak kenalah....
maka sekarang, yg mana yg kau nak beritahu dlm thread nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah sebenarnya yg menjadi persoalan adalah adakah salah Agnes monica menggunakan nama ALLAH??...ini kerana dia adalah penganut kristian malah di indonesia sendiri agama tersebut sendiri menyatakan tuhan adalah allah.
Maka di sini yg menjadi persoalannya adalah lirik lagu tersebut yg menyebut Allah Yesusku, ini boleh merosakkan akidah kita bila kita nyanyikan dan penghayatan dgn lagu tersebut.
Harap lagu tersebut di ban dari masuk ke negara kita, takut jika diluluskan maka berapa ramai umat islam yg akan tergelincir akidah mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 8-3-2009 16:42
kalau ko nak cakap pasal situasi di malaysia, aku setujulah, lagipun dah dikatakan lagu tu takkan masuk malaysia....
so dah setel. nak bangkit apa lagi?
kalau kau nak kata dia mempersendaka ...
xpe la bro..
copy paste nye keje sape pun bley..malas nk panjang2 le.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuhan tak perlukan manusia hina macam ko untuk mempertahankan maruahNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kiblatku30 at 6-3-2009 02:23
aku bertegas tentang, MEMPERSENDAKAN ALLAH. diorang x paham. aku x marah agama KRISTIAN. aku MARAH sebab diorang anggap kita ni ape? x bertuhan ke?
Sebenarnya aku dah mls ngan isu penggunaan Allah oelh org Kristian..yg dikatakan mempersendakan TUHAN. Masalah utama anda adalah, apabila anda melihat Allah itu hak mutlak kekal utk agama anda sahaja, jd bila pnganut agama lain ttibba menggunakan Allah..anda marah bagai...siap tuduh org Kristian mempersendakan TUHAN anda.
Masalah utama anda adalah apabila ingat Arab itu Islam, Islam itu Arab, sama juga kat sini, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu..konsep yg ala2 Yahudi gitu...
Kalau anda pergi ke negara lain..jangan anda ingat yg ucap Bismilah..yg bg salam hanya org Islam sahaja...jgn anda ingat yg berkopiah sambil pegang tasbih hanya org Islam sahaja...
Utk makluman anda, dlm Kitab kita org...jangan lg mempersendakan nama TUHAN..menyebut nama TUHAN dng sia2 pun tidak dibenarkan..
Kalau anda lihat, banyak lagi lagu Kristian yg lain, yg penuh dengan keindahan memuji TUHAN ALLAH..
x tau la..kalau itu..anda pon nk cop sbgai Kristian hina Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
kalo tak silap agnes monica dah berkahwin dgn tengku abd rahman, pahang
tak tahu la kalo gossip je |
|
|
|
|
|
|
|
wo, betui ka? benarkah....bile? |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe... weh.. boleh gi masuk board Gossip Kenamaan lah kalo gini gayanya, TPP ada dalam tu boleh tolong jawabkan
Anyway...
Bab guna Allah ni janganlah besar-besarkan sangat ikut skop orang Melayu Malaysia nih. Janganlah lupa, root word Ilah tu bukan hak mutlak orang Islam. Kena tengok dari sudut bahasa lah.. dalam bahasa Arab, Ilah tu word common.. aramaic guna El.. nak dihalang orang lain guna buat apa? Udah benda tu tak salah dari segi bahasa kalau mereka nak sebut Allah pun.
Cuma kita sebagai orang Islam, kita perlu sedar lah siapa Allah bagi kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adi_iskandar at 9-3-2009 08:13
tuhan tak perlukan manusia hina macam ko untuk mempertahankan maruahNya.
sape hina? aku ke?
klu aku,mane ko tau Tuhan tak perlukan aku yg hina ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|