CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Anugerah Industri Muzik [AIM 16]

[Copy link]
Post time 13-12-2008 02:52 PM | Show all posts
dah lama dah aku soh aim ni buat penilaian berdasarkan lagu...dari dulu lagi patut buat..ni tak ..based on album..

akhirnya menjadik jugak...barulah lebih fight..artis yang ade single je..dah boleh calon...kita tgk sape lak yg menang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 04:01 PM | Show all posts
tak aci, shila dgn ayu, single dia kuar radio, sarah xpulak.. padahal lagu rancak sarah tu mmg best. vokal meletopsz :@
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #42 pinguin's post

lagu sarah pasti berbeza tu ek..aku minat gak sarah tp lagu tu kureng la bg aku walau vokal meletopz ke apa ker!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 10:49 PM | Show all posts
jgn lupa single siti saerah ngan saida
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:45 PM | Show all posts

Reply #44 calmille's post

xshudah2 2 beradik tu.. hehe.. xmeletops pun cam adik beradik yang ditengahnyer tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 01:57 PM | Show all posts
aim lg menarik setelah buat mcm ni.. br fight...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2009 10:58 AM | Show all posts
Kategori pop AIM16 tiada pemenang?

POP merupakan genre muzik yang paling popular dan tidak pernah luntur daripada segi penerimaannya oleh para peminat dalam industri muzik tanah air sejak dari dulu lagi.

Ini kerana, irama pop mudah dihayati ramai menyebabkan genre itu tidak pernah terkecuali daripada dicalonkan dalam pelbagai kategori anugerah muzik di negara ini.

Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16) yang akan diadakan Mei ini misalnya, turut menyediakan beberapa kategori pop seperti Album Pop Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.

Sayangnya, kemerosotan bilangan penerbitan album-album baru penyanyi-penyanyi pop tempatan sejak kebelakangan ini telah banyak mempengaruhi anugerah tersebut.

Senario itu dapat dilihat apabila AIM kali ini dikatakan tidak banyak menampilkan lagu-lagu pop yang bermutu tinggi hingga ia meresahkan panel juri yang mengadili kategori itu.

Bukan setakat sukar mencari lagu-lagu yang bermutu daripada segi kekuatan melodi dan kepelbagaian lirik, malah ada juga juri yang kecewa dengan lagu-lagu yang dicalonkan pada kali ini.

Difahamkan, salah seorang juri yang kecewa dengan perkembangan itu turut mencadangkan agar pemenang bagi kategori pop AIM16 dikosongkan.

Beliau berpendapat, tahun ini tiada lagu atau album pop yang dirasakannya berkualiti serta layak diangkat sebagai pemenang pada pertandingan yang 100 peratus ditentukan oleh panel juri itu.

Namun, selepas berbincang dan dipersetujui oleh majoriti panel juri, keputusan untuk mentiadakan pemenang bagi kategori pop telah ditolak.

Baik panel juri profesional dan wakil penganjur AIM16 iaitu Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) mereka telah mengambil pendirian yang matang dalam menangani isu tersebut.

Biarpun kelembapan ekonomi global mempengaruhi industri muzik tanah air, mereka berpendapat pengiktirafan bagi setiap kategori dalam AIM16 haruslah diteruskan.

Selain memberi penghargaan berbentuk trofi, anugerah itu sedikit sebanyak boleh menyuntik semangat para karyawan muzik di negara ini untuk terus berkarya pada masa depan.

Soal kurangnya lagu atau album tempatan yang dihasilkan merupakan masalah lain yang perlu diatasi seperti kurangnya sokongan daripada stesen-stesen radio tempatan.

Ini kerana, tiada gunanya menghasilkan banyak album termasuklah lagu-lagu yang berkualiti tetapi tidak mendapat sokongan terutamanya daripada stesen-stesen radio dan televisyen (TV) swasta.

Apatah lagi, ada stesen TV yang kini menubuhkan syarikat rakaman dan stesen radio sendiri yang dilihat lebih cenderung mempromosikan artis-artis naungan masing-masing.

Kalau segelintir kategori AIM16 ditiadakan pemenangnya, ia mungkin akan memberi kesan kepada komposer, penulis lirik, penyanyi dan syarikat rakaman yang terbabit.

Kemerosotan penerbitan album-album tempatan termasuklah genre pop dapat dilihat apabila AIM16 melonggarkan beberapa syarat dalam kriteria pencalonannya.

Sebagai contohnya, difahamkan album single yang hanya mengandungi dua lagu pun layak untuk dipertandingkan dalam anugerah kali ini, termasuklah kategori Lagu Pop Terbaik.

Tidak seperti pop, kategori rock AIM16 pula memperlihatkan perkembangan positif apabila terdapat lagu-lagu dalam kategori itu yang mampu memberi saingan sengit.

Walaupun kategori Hard Rock sudah dilupuskan dalam AIM, tetapi masih ramai pemuzik yang tampil dengan konsep muzik itu kerana adanya sambutan daripada para peminat.

Dalam isu ini, biar sedikit mana sekali pun bilangan album atau kualiti lagu yang dicalonkan dalam AIM16, galakkan serta pengiktirafan haruslah terus diberi kepada karyawan muzik di negara ini.

Ia bagi memastikan para penggiat industri muzik kita dapat terus berkarya untuk para pendengar generasi seterusnya, selain mengelakkan dominasi artis-artis dari luar negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2009 11:06 AM | Show all posts
Pencalonan terendah
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]

Rap
SEPANJANG 16 tahun Anugerah Industri Muzik (AIM) dianjurkan, tahun ini AIM16 menerima pencalonan paling rendah untuk album dipertandingkan dengan hanya 55 penyertaan.

Perkembangan ini pastinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada penjurian yang dilaksanakan penggiat industri muzik dan wakil media sepanjang dua sesi pada 22 Februari dan 8 Mac lalu.

Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi), Datuk Aziz Bakar dalam ucapannya menjelaskan, kemerosotan jumlah pencalonan album dipertandingkan ada kaitan dengan keadaan pasaran yang semakin mengecil sekarang.

Katanya, ini berlaku kerana keadaan pasaran yang lebih menjurus kepada penghasilan dan penjualan single menerusi muat turun di telefon bimbit di samping stesen radio swasta mengamalkan sistem format.

"Bagi memastikan AIM16 terus relevan dengan keadaan pasaran muzik semasa, beberapa kategori turut diubah dan ada kategori baru turut diwujudkan.

"Ada juga kategori yang dimansuhkan memandangkan kebanyakan penilaian lagu didendangkan penyanyi tempatan lebih menjurus kepada single," katanya.

Antara kategori yang dimansuhkan ialah Artis Harapan Terbaik kerana kategori Artis Baru Terbaik dinilai berdasarkan satu lagu dan bukan keseluruhan album. Ini bermakna ada penyanyi yang baru menghasilkan satu lagu turut layak dipertandingkan dalam kategori itu.

Artis Baru Inggeris Tempatan Terbaik turut dimansuhkan dan disatukan dengan Artis Baru Terbaik. Dalam pada itu, AIM16 memperkenalkan kategori baru, Lagu Terbaik bagi keempat-empat kategori iaitu rock, nasyid, irama Malaysia dan pop dan ia menunjukkan peningkatan dengan 713 pencalonan.

Perkara sama turut dilakukan pada kategori Persembahan Vokal Terbaik yang kini dinilai menerusi satu lagu saja yang dihantar syarikat rakaman, mahupun penyanyi. Ia membabitkan penyanyi lelaki, wanita mahupun berkumpulan.

Kata Aziz, memandangkan sekarang ini begitu banyak lagu dan album berkonsepkan hip hop dihasilkan, Akademi berasakan penting untuk mewujudkan kategori baru untuk jalur muzik itu. Turut diwujudkan Lagu Terbaik untuk kategori berbahasa Cina dan India selain album.



"Berdasarkan pandangan diberikan ahli Akademi sendiri, kategori untuk Susunan Lagu Terbaik berbahasa Melayu dan bukan berbahasa Melayu turut disatukan tahun ini. Perkara ini dibuat kerana penilaian membabitkan teknikal dan bukan bahasa digunakan," katanya.

Tahun ini AIM16 dijadualkan berlangsung pada 2 Mei ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Beberapa minggu sebelum majlis berlangsung, pelbagai aktiviti membabitkan industri muzik tempatan akan diadakan.

"Kami turut merancang mengadakan pameran, forum mahupun bengkel. Di samping itu sebagai pengerusi saya mengharapkan pada forum bakal diadakan nanti semua penggiat akan hadir untuk memberikan beberapa pandangan, pendapat mahupun cadangan.

"Setakat ini apa yang Akademi nampak, kita mahu cuba mencari jalan untuk terus menggerakkan industri yang agak lembap sekarang ini dengan mengharapkan kerajaan turut memainkan peranan membantu penggiat seni tanah air.

"Perkara ini bagaimanapun memerlukan penyertaan semua pihak supaya semua cadangan dan pandangan dapat dikumpulkan serta diserahkan kepada pihak berkenaan," katanya.

Selepas penjurian kedua, satu pengumuman membabitkan lima calon layak untuk setiap kategori akan diumumkan sebulan sebelum majlis berlangsung dan promosi jelajah turut diatur AIM16 bagi mendekatkan penggiat industri muzik dengan masyarakat tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 11-12-2008 16:20

Anuar Zain boleh calon tak ?


calon lagu 'single' terbaik?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 06:25 PM | Show all posts
nikki bolot kali neh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 08:55 AM | Show all posts
ble list penuh nk kua nih?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by mzr at 11-3-2009 11:12


calon lagu 'single' terbaik?


tak leh.... sbb lagu2 anuar kluar thn 2007.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 05:58 PM | Show all posts
Jangan lupa Yuna - DAN SEBENARNYA
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by adik_belle at 18-3-2009 08:55
ble list penuh nk kua nih?


sidang akhbar AIM ptg ni di Concorde Hotel KL
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 04:59 PM | Show all posts
takde saper yg ada latest update calon ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 06:39 PM | Show all posts
Finalis Anugerah Industri Muzik 16

1.        Artis Baru Terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 06:47 PM | Show all posts
OMG... Siti stll dominasir kategori persembahan vokal terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by juan_reyes at 26-3-2009 18:47
OMG... Siti stll dominasir kategori persembahan vokal terbaik

tulah.. aku pon ingat kategori album je dia boleh dominasi..

rupe2nye kategori vokal dalam lagu pun dia masih boleh

hebat hebat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 08:28 PM | Show all posts

Reply #58 eddysheddy's post

patutnye 5-5 tu ct tercalon
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 08:33 PM | Show all posts

Balas #58 eddysheddy\ catat

wakaka...memang hebat tokti..marvelles !!!

ct fight with 3 org artis mudo....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058938 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list