|
♪♪ studio AMYLEA - Recording Album ke-2 spjg Ogos♪♪
[Copy link]
|
|
lorr.. leh beli CD yg siap dgn otograp ek? cit! dah beli kat kedai la.. ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hi kristine.. welkem.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 ain_lazerella\ catat
jgn tajadi udahla... teringat masa dayang ngan faizal tahir dulu nak merancang2 sampai tak terancang hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 ultraman3's post
hi kak ultra, kt cni pn kita jupe ye ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
oleh krn tuan pnya studio x msk lg hr ni, ia tlg tempek artikel psl Mel ya, kbetulan trbaca kt website utusan
credit utusan [email=malaysia@22]malaysia@22[/email] Apr
Malang buat Amylea
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0422/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg)
| Amylea berasa sangat tertekan selepas gagal meneruskan saingan bagi memburu gelaran juara OIAM3, malam Jumaat lalu.
|
ANTARA keunikan program televisyen (TV) realiti, One In A Million (OIAM) ialah peserta yang akan disingkirkan pada sesebuah konsert mingguan diumumkan pada awal sebelum sesuatu persembahan dimulakan.
Para peserta program TV realiti itu bukan sahaja tidak tahu penyingkiran mereka, malah persiapan termasuklah daripada segi persembahan dan juga pakaian tetap disediakan seperti konsert minggu-minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, itulah risiko dan kejutan yang terpaksa dilalui oleh peserta OIAM hampir pada saban minggu apabila mereka disingkirkan terlebih dahulu sebelum sempat mengadakan persembahan tersebut.
Peserta OIAM musim ke-3, Amylea Azizan misalnya, berasa terkejut dan tertipu apabila segala persiapannya untuk mengadakan persembahan punah apabila dia tersingkir pada konsert mingguan Top 5 program TV realiti itu baru-baru ini.
"Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Saya umpama penyanyi yang mahu mengadakan konsert tetapi tidak jadi. Macam promoter (penganjur pertunjukkan pentas) telah menipu saya," katanya pada sidang media selepas tersingkir dari OIAM3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Pada konsert itu, Amylea yang tampil dengan pakaian gaun malam berwarna kuning sudah bersedia untuk mendendangkan tiga lagu pilihannya iaitu Yesterday Once More (Carpenters), Fallin (Alicia Keys) dan Love Song (Sarah Bareilles).
Jelas terpampang kesugulan di wajah peserta berusia 22 tahun itu ketika namanya diumumkan terkeluar daripada OIAM3 oleh pengacara program TV realiti tersebut, Awal Ashaari dan Marion Caunter.
Menurut Amylea, dia berasa sangat tertekan selepas gagal meneruskan saingan bagi memburu gelaran juara bagi merebut hadiah RM1 juta pada program TV realiti yang 100 peratus ditentukan oleh khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.
Malah, peserta berasal dari Pulau Langkawi, Kedah, itu turut meluahkan impiannya mahu bergelar juara OIAM3, sekali gus melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di Amerika Syarikat pada masa depan.
"Saya bercita-cita mahu melanjutkan pengajian di Kolej Muzik Berkelee di Boston dan menerbitkan album artis-artis lain pada masa depan kalau saya berjaya menjadi juara pertandingan ini. Saya mahu terbitkan album artis-artis yang berkualiti.
"Kita ada ramai artis yang berbakat tetapi kami tidak ada peluang. Saya masuk OIAM bukan kerana mahu jadi terkenal. Sebab itu, apabila terkeluar dari program saya berasa sangat kecewa.
"Apatah lagi sudah lebih lima minggu saya berada dalam OIAM, tidak berjumpa keluarga, persembahan pentas pun tidak ada," ujarnya finalis program Akademi Fantasi musim ke-3 (AF3)itu lagi.
Biarpun tersingkir kerana mendapat undian SMS terendah, namun Amylea tetap menaruh harapan terhadap bakat yang dimiliki oleh para peserta OIAM3 lain bagi meneruskan saingan mereka dalam program TV realiti terbitan 8TV itu.
Tanpa berselindung, penyanyi kecil molek dan bersuara lantang ini tidak menafikan aura serta populariti Tomok sebagai peserta OIAM3 yang mampu membawa cabaran besar jika berjaya ke final pertandingan itu kelak.
"Kalau ditanya siapakah peserta OIAM3 yang bakal menjadi juara, saya pilih Tomok. Alasannya? Saya tengok dia seorang peserta OIAM3 yang kerja kuat. Dia ada banyak kelebihan," komennya ringkas.
Tomok yang turut serta pada sidang media itu pula menafikan dia berada dalam 'zon selesa' kerana hampir pada setiap minggu berada di kedudukan teratas OIAM melalui undian SMS para penyokongnya.
Sebaliknya, penyanyi kumpulan pop rock, New Boyz ini tetap akan bekerja keras bagi menampilkan konsep persembahannya pada konsert OIAM pada minggu depan.
"Bagi saya, apa pun boleh berlaku dalam OIAM kerana ini adalah pertandingan yang ditentukan oleh SMS. Saya hanya akan buat persembahan yang terbaik. Biarlah orang yang akan tentukannya.
"Banyak lagi bakat dalam diri saya yang belum saya keluarkan. Saya contohnya, banyak menyanyikan lagu-lagu rancak tetapi lagu-lagu perlahan belum cukup mantap lagi persembahan saya. Cabaran saya ialah memikirkan persembahan yang bagaimana untuk minggu depan," katanya.
OIAM3 pada konsert itu menekankan konsep 'in concert' atau di mana setiap peserta menggunakan kreativiti masing-masing seolah-olah sedang mengadakan sebuah konsert besar khusus untuk mereka.
Dengan penyingkiran Amylea itu, OIAM3 akan diteruskan oleh empat lagi pesertanya iaitu Tomok, Esther, Aweera dan Nine pada Jumaat ini sebelum tiga peserta bakal bersaing pada peringkat akhir minggu berikutnya.
p/s bayieng, ko x nak beli utusan hr ni ke, bsr lg gambo si Mel
[ Last edited by kristine78 at 22-4-2009 11:19 ] |
|
|
|
|
|
|
|
yieng ...dlm Mega Utusan besor gambo Mel...
2 page penuh citer mel ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 britney_sapiah's post
ye ke?? kristine dh tepekkan sket kan?
nnt balik kang aku beli and scan
kalo aku rajin nk scan![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|