|
kat chicken rice shop time pose dulu ade gak hidangan sate... tp rase die oberdose... bkn tak sedap mcm rempah kuat sgt smp hilang rasa2 ayam tuh.... adekah kat mb pun sama gak |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #47 niy\ catat
anti mawi la |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #49 niy\ catat
kan teringin plak tgk sate tuh |
|
|
|
|
|
|
|
dah macam kembar siam |
|
|
|
|
|
|
|
berita yg sama.. dari murai
sama jer.. cuma yg lainnya.. instead duta setahun, yg ni kata 2 thn
yg mana betul n salah.. den tak tau
24-Apr-2009 | Oleh: Ellyna Ali Mawi Jadi Duta Ayam Marrybrown
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2009: Kegagalan Mawi mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular, baru-baru ini bukan bererti populariti Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) sudah pun menurun. Tidak juga bermakna zaman kegemilangan Raja SMS ini telah lenyap. Sebaliknya, Mawi masih kekal sebagai insan berpengaruh dalam industri hiburan.
Sebagai bukti, Mawi telah dilantik menjadi duta Marrybrown - restoran makanan segera francais yang sedia popular di kalangan masyarakat Malaysia.
Lebih menarik lagi, Mawi dan Marrybrown mempunyai latar belakang sejarah yang sama. Mawi berasal dari Johor dan restoran pertama dulunya mula bertapak di Johor. Seperkara lagi usia Mawi dan Marrybrown sama iaitu 28 tahun.
Jangan Tak Lihat» Ning Bangkit Membalas Den...
» Mawi Jadi Duta Ayam Marry...
» Jac, Rio Febrian Saling M...
» Aaron Terharu Dipuji Rosy...
» Anak Wayang Perkenal Tena...
Sebagai meraikan perlantikannya sebagai duta produk restoran berkenaan, syarikat francais itu turut mempromosikan menu baru mereka iaitu Nasi Sate Marrybrown dengan Burger Sate.
Mawi sewaktu diwawancara semalam berkata, dia sendiri tidak menyangka Marrybrown yang pertama dulu dibuka di Johor dan usianya juga sama dengan dirinya.
"Bukan setakat itu saja, ia jenama buatan Malaysia tetapi mempunyai cawangan di China, India, Sri Lanka, Dubai, Arab Saudi dan Kuwait. Di China saja, Marrybrwon ada 250 cawangan! Ia satu perkembangan yang cukup menarik. Jadi, kita patut sokong jenama Malaysia.
"Bersama peningkatan bisnes serta reputasi mereka yang cukup memberangsangkan, ia membuatkan saya tertarik untuk menerima tawaran sebagai duta produk ini," katanya.
Sambung Mawi lagi, MB sebenarnya bukanlah asing bagi dirinya keranawaktu kecil dan remaja dia selalu akan singgah di restoran makanan segera tersebut.
"Dulu mana ada restoran makanan segera di Kulai. Jadi kalau makan di Marrybrown, ia kira hebatlah. Apapun saya suka dengan menunya yang dah makin bertambah. Masa di ABPBH2008, baru-baru ini pun saya lepak makan di cawangan Genting Highlands," katanya.
Mawi teringin buka cawangan sendiri di KL
Jelas Mawi lagi, dia juga mempunyai perancangan untuk membuka francais Marrybrown sendiri di sekitar Kuala Lumpur.
"Idea ini timbul sewaktu saya menjayakan iklan TV untuk produk menu baru Marrybrown iaitu Nasi Satey Marrybrown dan Burger Sate, Mac lalu. Tawaran untuk menjadi duta ini diterima Disember tahun lalu untuk kontrak selama 2 tahun.
"Saya terfikir tentang idea untuk membuka francais ini apabila memikirkan masa depan. Takkanlah saya nak menyanyi sampai bila-bila. Tapi saya kenalah tengok kertas kerja dulu, study betul-betul. Perkara seperti ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru. Yang penting, lokasinya mestilah sesuai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mawi juga bakal menerbitkan siri jelajah Langkah Mawi di bawah terbitan syarikat produksinya sendiri, MW Entertainment. Antara destinasi yang menjadi pilihannya kali ini adalah Australia, Itali dan Hong Kong.
"Dulu Langkah Mawi musim pertama pernah diterbitkan oleh pihak Astro. Sekarang ini, sudah sampai masanya untuk saya terbitkan program ini sendiri. Takkan asyik nak harapkan orang saja. ke dah tak ada org nak terbitkan??
"Lagipun banyak yang saya dah belajar. Jadi saya yakin, kali ini saya boleh terbitkan sendiri program ini dengan bantuan pengarah serta penulis skrip yang terpilih," katanya.
Tentang kegagalannya mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH2008, Mawi berkata, ia sedikitpun tidak membuatkan dia berasa gusar.
"Sudah 3 kali saya menyandang gelaran tersebut. Bagilah peluang pada orang lain pula. iyolah tu . Lagipun, tahun ini memang tahun Nabil. Kalau kita tengok semua tumpuan diberikan pada Nabil. Saya lebih dulu sudah rasa semua itu.
"Tapi saya harap dia akan dapat tangani banyak perkara dengan lebih hati-hati. Sebab apa yang datang padanya selepas ini memang banyak dugaannya," pesan Mawi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|