|
UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Balas #25 HUSSAINTAHIR\ catat
Hussain,
Hussain pegi tiap-tiap tahun ke? seronoknye... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kakniz at 14-6-2009 21:56
Hussain,
Hussain pegi tiap-tiap tahun ke? seronoknye...
ye kakniz...
bukan setiap tahun akak
syukur
tahun lepas dan tahun nie berturut-turut dapat pergi... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pesanan ustaz
1. sebelum pergi minta maaf dengan suami, isteri, ibu, ayah, mak mertu, pak mertua, abang adik, kakak, ipar duai, jiran tetangga
2. minta halal dari suami, isteri dan seterusnya.
3.tahajud..solat tasbih...perseidaan kekuatan diri
4. banyakkan menangis dan taubat...ianya memberi kekuatan yang luar biasa
(crying is a way to overcome perasaan takut)..
5. banyyak kan duduk menyendiri memikirkan kekuasaan ALLAH...orang yang banyak duduk menyendiri memikirkan kekuasaan ALLAH akan dilindungi oleh arasy ALLAH...
(this is external power and spritual stability to meet ALLAH)
inilah persediaan-persediaan penting... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 emiliahani\ catat
emi,
kak niz pegi August.
Ada tak sesiapa yang nak pegi August ni sambung puasa kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kakniz at 14-6-2009 22:08
emi,
kak niz pegi August.
Ada tak sesiapa yang nak pegi August ni sambung puasa kat sana?
salam
kak niz pergi bulan puasa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #42 HUSSAINTAHIR\ catat
kakniz tumpang gembira. kakniz nanti pegi sorang, tak ada muhrim, harapkan TH carikan kumpulan utk kakniz. Ini yang kakniz sebuk dok tanya jika ada sesiapa nak pegi August ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #45 HUSSAINTAHIR\ catat
taklah dapat seluruh bulan puasa, hanya dapat 2, 3 hari je puasa kat sana. package kakniz hingga 25/8, kita start puasa, insayALLAH 22/8 jadi dapat sikit. Moga ALLAH iznkan kakniz sampai disana serta mengerjakan ibadat dengan sebaik mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kakniz at 14-6-2009 22:13
kakniz tumpang gembira. kakniz nanti pegi sorang, tak ada muhrim, harapkan TH carikan kumpulan utk kakniz. Ini yang kakniz sebuk dok tanya jika ada sesiapa nak pegi August ni.
insyaALLAH...TH akan carikan muhrim untuk kak niz..nanti saya tolong update kan list jemaah yg nak pergi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kakniz at 14-6-2009 22:17
taklah dapat seluruh bulan puasa, hanya dapat 2, 3 hari je puasa kat sana. package kakniz hingga 25/8, kita start puasa, insayALLAH 22/8 jadi dapat sikit. Moga ALLAH iznkan kakniz sampai disana ...
untunglah 2-3 hari pun..saya nie tak merasa lagi...
saya doakan semoga kak niz dipermudahkan perjalanan dan segala urusan disana...Amin... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #49 HUSSAINTAHIR\ catat
terima kasih banyak2 atas doa Hussein. Risau tu ada juga ttg boleh pegi atau tidak, kan skrg sebuk pasal H1N1. Tapi ALLAH Maha Besar, rezeki ALLAH yg tentukan. |
|
|
|
|
|
|
|
suntikan meningcoccal
rasanya opik diatas telah dibahaskan dalam rumah yang lepas (umrah V). Just nak share this info from rancangan Nasi Lemak Kopi O Sabtu lepas rentetan dari pengharaman vaksin tersebut oleh klerajaan Indonesia. Panel yang dipanggil adalah Uztaz Zahazan dan seorang Prof (lupa plak nama dia) yang diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia untuk membuat R&D berkenaan dengan vaksin2. Berdasarkan dari perbincangan tersebut, saya difahamkan kesemua vaksin2 yang terdapat di Malaysia masih lagi diimport dari luar negara. Berkenaan dgn Vaksin Meningcoccal ini, belum ada lagi vaksin yang halal. Syarikat Prof ni, masih lagi membuat kajian, dan ia selalunya mengambil masa 8-10 tahun. Malaysia memang sedang bertungkus lumus utk mengeluarkan vaksin sendiri pada masa akan dtg. Uztaz Zahazan pula mengulas, vaksin yang ada dipasaran sekarang ini boleh digunakan jika dalam keadaan darurat, yang memaksa kita menggunakanya dari mengelak dari penyakit dan kemudaratan. |
|
|
|
|
|
|
|
tambang Muasassah naik RM1000 lebih....emmm okay lagik....tambang TH Travel naik RM4000 lebih ....BIAR BETUL.......????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayahjoe at 13-6-2009 07:50
Assalamualaikum.
Jemput masuk ke rumah baru kita
Meneruskan kesinambungan perkongsian ilmu dan pengalaman.
Moga kita semua mendapat keberkatan dariNya....insyaAllah
Link ke rumah lama:
htt ...
Wa'alaikumsalam |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikumm...
semoga segala ilmu dan perbincangan kita di rumah baru ni, memberikan manfaat dan mendapat keberkatan darNya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai tatapan dan renungan bersama, apa kata kita singkap serba sedikit Biodata Nabi Junjungan Kita, Nabi Muhammad SAW..
Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #44 kakniz\ catat
insyallah 23 ogos sampai 5 sept dah daftar dgn andalusia |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #57 sunsuria\ catat
wah.. jadi sunsuria dan mlsnklyn berpuasa penuh kat makah. seronoknya dengar, alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
belum ade kesempatan nk berkunjung ke rumah Allah. niat di hati nk bawa suami (mualaf pergi ke sana). Moga Allah permudahkan niat suci saya ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|