CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akubaik3

tak nak bg harta kpd waris belah bapak...boleh x

[Copy link]
Post time 8-11-2009 11:29 PM | Show all posts
An-Nisaa'

[5] Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

[6] Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

[7] Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orangorang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

[8] Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orangorang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

[9] Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

[10] Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

[11] Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[12] Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

[13] Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

[14] Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 11:46 PM | Show all posts
26# Acong

ikut sistem faraid anak angkat tak ada hak mewarisi harta kecuali harta yang telah dihadiahkan kpd nya sblm orang tua tu meninggal...nak tau lebih lanjut eloklah pi belajark..
sunsuria3 Post at 8-11-2009 23:03
thanks for correcting me.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 12:02 AM | Show all posts
bapak aku  hidup lagi...aku x nak la seandainye aku mati belum sempat ade anak...isteri..dan mak aku masih hidup...harta atas nama aku , die orang (bapak dan adk beradik) mari tuntut gunakan hukum far ...
akubaik3 Post at 8-11-2009 11:03

ko wariskan yg mana sempat kat mak ko.......... balance yg tak sempat wasiat tu kena bahagi antara pak, mak & adik beradik ko........

masa buat penamaan utk EPF, ko tulis je situ 100% utk mak ko jika tak nak bagi org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 01:25 PM | Show all posts
ok kl kes camni.. cmane ek..

EFP si mati.. si mati ade 2 anak pompuan sahaja... semase idup
-isteri dapat 50%
-anak pompuan sulong dapat 25%
-anak pompuan bongsu dapat 25%

insuran- sumer g ke isteri

ibu si mati idup lagi.. tp xde bahagian utk beliau

plss sumone tulung clarify.. camne nak wat

thank u
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 03:53 PM | Show all posts
EPF bukan syariah base.... sebab tu ibu dia tak dapat.

pembahagian tu pun berdasarkan penama dan ikut logik akal semata.

jika ikut pembahagian faraid

ibu 1/6
isteri 1/8
2 anak perempuan 2/3
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 04:07 PM | Show all posts
44# True-X

epfpun dah base on faraid now...guna lah calculator kat website i tulis tu..just letak detail je..ada mak, ada ayah, anak lelaki berapa, anak prmpuan berapa..dlm kotak2 yg dah disedikan nanti dia kira sendiri..mcm calculator zakat jugak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2009 04:09 PM | Show all posts
insurance rasanya stil ada yg under sistem faraid ada yg stil guna penama..kena checklah...rasa takaful sistem faraid gak..tak ingat lah masa beli tu tak soh boh penama pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 10:13 PM | Show all posts
ko wariskan yg mana sempat kat mak ko.......... balance yg tak sempat wasiat tu kena bahagi antara pak, mak & adik beradik ko........

masa buat penamaan utk EPF, ko tulis je situ 100% utk mak ko  ...
Acong Post at 9-11-2009 00:02


lagi satu kau kena belajar.  bukan semua harta boleh diwasiatkan kepada waris.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 10:17 PM | Show all posts
Untuk makluman,

Harta pusaka atau EPF yang jumlahnya melebihi RM500,000 perlu ambil surat kuasa dari mahkamah tinggi.  Bukan dari bahagian harta pusaka, jabatan Tanah dan galian (atau pejabat daerah).
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 10:50 PM | Show all posts
thanks sunsuria..

neeway kl sebelum meninggal arwah dah tetapkan nilai2 pada waris... kene ikut faraid gak ke?

thank u
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 10:59 PM | Show all posts
50# True-X

kalau tak silap itu dah di kira wasiat...kalau ada wasiat terbatal lah faraid....faraid ni kalau tak ada wasiat..i think lah..pernah dgr ceramah wasiah shoppe dulu lama dulu samar2 je..sbb bila tau i tak ter affected as i ada anak lelaki so tak lah risau sgt...risau gak kalau jatuh kat adik lelaki hsuband ke dia kaki joli..
hukum islam tu dah murni..agihan lebih utk lelaki supaya mereka boleh melindungi yg perempuan tak kiralah adik ke kak ipar ke...tapi now days susah lah nak harap kan begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 11:05 PM | Show all posts
51# sunsuria3

thanks
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 11:19 PM | Show all posts
lagi satu kau kena belajar.  bukan semua harta boleh diwasiatkan kepada waris.
ibnur Post at 9-11-2009 22:13
tgh blajar laa nie.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:07 AM | Show all posts
51# sunsuria3

sooo x perlu faraid laa kan.?. rete/duit/insuran/kete arwah simati ni.. even dia xde anak lelaki sbb dia dah wat pename kan?....

anak2 simati ni kene dh kene sound ngan bapak sedaranyerr..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:20 PM | Show all posts
54# True-X

penama dan wasiat two diff things tau..make sure u consult dgn pegawai wasiah shoppe for details..mcm penama under epf tu not necessary dia akan dpt as what stated.....infact epf lah yg kena bagi ikut faraid
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:40 PM | Show all posts
55# sunsuria3

soo ekceli kl org suh letak pename2 kt EPF.. x leh konsider as wasiat si mati utk hartanyer ke?.....

lepas si mati letak pename ( iaitu name isteri dan anak2nyer.. pompuan sumer).. sepatutnyer si mati kene wat wasiat lak?..... camtuh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 12:44 PM | Show all posts
wow... mr True-x persoalan demi persoalan...

Jika tuan nak kan maklumat lanjut, boleh hubungi Ust Riduan Awang Fakulti pengajian Islam pensyarah di UKM dan salah seorang ahli majlis fatwa terengganu.

Pm saya kalau number beliau. atau mungkin kita boleh aturkan pertemuan untuk lebih clear lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:56 PM | Show all posts
Maaf tuan Ibnur ada sedikit pembetulan....
Bagi harta pusaka yang perlu kepada surat kuasa dari mahkamah tinggi syarat²nya ialah:

Lebih dari RM 600k
terdiri dari harta alih atau tak alih atau keduanya.
ada wasiat (walaupun jika nilai harta dibawah RM 600k)
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 01:35 PM | Show all posts
56# True-X

yes wasiat amat penting..kalau ada harta tetap like rumah blh ubah nama siap2 kepada sesapa pun yg anda suka ....

ada gak kes mak bapak dah tukar nama/tanah kpd anak2 sblm meninggal..takut nanti berbalah..end up mereka di halau dari tanah/rumah sendiri...dah byk terjadi ni...

utk buat wasiat pun ada gak sebahagian harta yg boleh diberi kpd orang asing yg bukan waris..call aja lah amanah raya or wasiah shoppe..utk butir lanjut..saya dah dlm comfort zone he he tak perlu risau insyallah..anak lelaki dua, anak perempuan dua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 02:03 PM | Show all posts
pembetulan kak sun... maaf ye...

wasiat tidak boleh dibuat ke atas ahli waris, berdasarkan hadis rasulullah 'La wasiyatan li warisin'. melainkan mendapat keizinan dari ahli waris yang lain.

akan tetapi, stated dalam enakmen perundangan syariah negeri selangor, bagi mana² wasiat kepada ahli waris yang jumlahnya lebih dari 1/3 perlu mendapat persetujuan dari ahli waris yang lain. soalannya, jika kurang dari 1/3? (enakmen ini sedang dalam proses utk dipinda) - sumber asal dari kerajaan mesir 1941, diceduk dari gol syiah.

nilai harta wasiat pula tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta. samada harta alih atau tak alih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.570389 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list