CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Mentor 4 [TAKZIAH kpd MOHD krn baru kehilangan bonda tercinta]

[Copy link]
Post time 10-5-2010 11:10 AM | Show all posts
best giler sore ila smlm..sora dia serak2 gitu..
mmg kelasss la..dh la dpt mrkah plg tggi..
go go  ...
Yna@shynee Post at 10-5-2010 11:04

bukan ke protoge mas idayu ke dpt markah plg tinggi...klu markah juri awam mmg ila plg tinggi tp markah keseluruhan ila plg tinggi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 11:19 AM | Show all posts
bukan ke protoge mas idayu ke dpt markah plg tinggi...klu markah juri awam mmg ila plg tinggi tp markah keseluruhan ila plg tinggi..


wlupun bru je lg mentor nie...ak nk sgt tgk ila pg final..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 06:49 AM | Show all posts
ila best..tapi nape syaq dapat paling tinggi? chitt
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 07:44 AM | Show all posts
nape thalia dggurkan ek:re:
tp mohd pun ok gak,muka skali pdng cam adiputra lak
nape la markah ayim plak tinggi,rasa cam x best jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 09:12 AM | Show all posts
nape ziana tukar protege?? maner thalia tu???

hahahahaha...... ape kes ngan thalia neh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 09:40 AM | Show all posts
ensem nye si toge mus, ayim
kekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2010 09:52 AM | Show all posts
ziana ckp thalia 2 x bersedia lg nk jd penyanyi...2 yg die reject thalia amik mohd...bg aku mohd 2 pon bese2 jer x de la best mne pon...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 10:11 AM | Show all posts
sian thalia
kalo aku dh malu dh nk balik keje


suker gak kat ayim..... 'manis'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 01:40 PM | Show all posts
Mus & Ayim dah siap rakam lagu duet ek.....  :re:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:10 AM | Show all posts
go go illa,suka sgt smlm dia mng
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 11:02 AM | Show all posts
ila tu kalo duet ngan joe sure best...
mcm dlm iklan ribena dorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 03:23 PM | Show all posts
Mas Idayu 'belasah' Shaq!
Oleh Esme Johari Wahab
[email protected]
2010/05/25


NAIK 'bengang' penyanyi Mas Idayu, apabila anak didik atau protegenya, Shaq gagal memberikan persembahan yang diharapkan pada konsert mingguan Mentor 4, di Shah Alam, Ahad lalu.

Dengan mata yang terbeliak dan suara lantang, Mas Idayu melepaskan geramnya pada sidang media selepas acara selesai.


"Saya tak tahu apa dah jadi dengan Shaq. Suaranya memang tenggelam berbanding Mohd. Sebutan lirik serta penyampaian vokalnya tidak jelas. "Saya akan beri hukuman berat kepada Shaq dan akan mendendanya untuk meningkatkan persembahan pada konsert akan datang. "Terus terang, saya tak puas hati langsung sebab Shaq dapat markah terendah untuk konsert malam ini. Pemarkahan juri awam dan profesional yang kurang boleh menjejaskan kedudukannya. Lebih kecewa, peminat Shaq malam ini lebih ramai berbanding Ila dan Nani," kata Mas Idayu.


Shaq pula hanya berdiam diri dan mendengar nasihat yang diberikan mentornya.


Tidak lama selepas itu, Shaq kemudian menitiskan air mata dan dipujuk penasihat Mentor 4, Ajai selain rakannya. Drama itu jelas satu lagi babak menarik dalam Mentor 4 yang sekarang mendapat 'rating' tertinggi. Minggu lalu Ziana Zain menyingkirkan protegenya, Thalia, yang khabarnya ada hubung kait dengan komitmen, disiplin serta sikap. Apa yang nyata, persaingan hangat antara tiga peserta Kumpulan A pada konsert Mentor 4 terus sengit. Jelas selepas selesai, protege Joe Flizzow, Ila, mengungguli konsert itu.


Pada saingan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Ila atau Damiaa Johar, 21, menyerlah melalui Jeritan Batinku yang melonjak mendapat markah tertinggi sebanyak keseluruhan 37 mata.


Nani atau Nurhadzwani Salleh, 24, (protege Azmeer) mendapat 36 mata sementara juara dua minggu lalu, Mohd Shabini Ibrahim atau Shaq, 25, protege Mas Idayu tercicir di bawah dengan 27 mata.


Bagi markah keseluruhan, Ila (Joe Flizzow) menduduki tangga teratas kumpulan A dengan 70 mata diikuti Shaq (69) dan Nani (61).


Joe nyata cukup gembira usaha keras berlatih selama tiga hari di studio memberi hasil.

"Kami mengambil risiko kerana suara Ila lebih kepada rock dan kurang sesuai untuk lagu kedua. Apapun, saya gembira mendapat perhatian juri profesional.


Kami akan memilih lagu lebih sesuai dengan vokal Ila nanti," katanya.


Pada persembahan pertama, Shaq menyampaikan lagu Zapin Ya Salam dan berduet bersama protege Ziana Zian, Mohd dengan membawa lagu Aduhai Seribu Kali Sayang. Ila pula berduet bersama Ayim (Mus May) dengan lagu Paling Comel dan Jeritan Batinku.


Nani pula menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah serta bermain gitar membawa lagu Bencinta sebelum berduet bersama Adi (Dayang Nurfaizah) menyampaikan Ghazal Untuk Rabiah. Pemarkahan dibuat berdasarkan tiga bahagian. 50 peratus melalui juri profesional, 30 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sementara 20 peratus menerusi juri awam. Peserta diadili dua juri profesional, Aubrey Suwito dan Yasin manakala ia dihoskan Ally Iskandar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:35 PM | Show all posts
mas idayu kena tau----shaq adalah shaq.....not black.....tak boleh nak train cam black dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:29 AM | Show all posts
walaupun i x sokong shaq,tapi kesiannye kena ngan mami cam tue...
tgk smpi nangis2 shaq.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 12:18 PM | Show all posts

MENTOR 4-SIAPA PALING BEST!!!!

MENTOR FAVERET AKU ZZ................TAPI PROTEGE FAV IS ILA...................KORG LAK??
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 01:19 PM | Show all posts
Ila....
Sore die sedap. Suke gile die nyanyi lagu `Killing Me Softly`
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 02:54 PM | Show all posts
protege fav ila & nani
mentor~ hmmm~ joe lah kot. paling cool dan tak menggelabah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2010 07:30 PM | Show all posts
mula2 mcm suka suara shaq tapi bl ziana bwk protege baru terus beralih arah coz suara MOHD lg power.. blh kalah protege Mus pulak... dah xminat kat shaq...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 10:07 AM | Show all posts
lisa suka suara ILA
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 08:26 PM | Show all posts
mula2 mcm suka suara shaq tapi bl ziana bwk protege baru terus beralih arah coz suara MOHD lg power. ...
Atul Post at 28-5-2010 19:30


Bila tengok journal Mentor tadi..cuba perhatikan
muka , suara, body language Mohd.....dah macam Mawi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.061364 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list